"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, October 06, 2008

Aku Perosak, Hangpa Repair Balik..!

Umno Pulau Pinang berharap Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berusaha memulihkan semula hubungan dengan parti itu yang terjejas susulan kenyataan yang dianggap perkauman oleh seorang ketua bahagian.

Timbalan Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata usaha itu perlu dibuat memandangkan sebelum ini parti itu telah mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

Beliau mengulas hubungan antara dua parti komponen BN itu berikutan pengumuman Dr Koh bulan lalu bahawa partinya memutuskan hubungan dengan Umno negeri berkaitan isu bekas ketua bahagian Umno Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail.

"Saya rasa kita perlu cari jalan untuk memastikan masyarakat Melayu, Cina dan India terus bersatu di bawah Barisan Nasional," katanya semalam.

-malaysiakini

TP - Ni dah jadi tradisi dalam UMNO/BN... orang lain tukang perosak, orang lain kene perbaik... yang buat masalah rilex kat umah isap cigar... yang kene tembak pulak kene setel masalah... dayus... buat malu melayu je... melayu? cih... khak ptuih..!

Yang buat masalah hubungan kaum UMNO... yang buat kenyataan menghina kaum lain pun UMNO... yang keras kepala pun UMNO... aleh-aleh pihak yang kene hina pulak kene pulihkan keadaan... ni ape punya pesen?

Untung betul jadik ahli UMNO... hang boleh lanyak orang, hang boleh bantai orang dan mungkin jugak hang boleh pukul orang, lepas tu orang yang hang lanyak, orang yang hang bantai, orang yang hang pukul kena mintak maaf...

Bingai betul...

Khak Ptuih..!

*Koh... hang bubar GERAKAN pastu bawak ahli-ahli GERAKAN masuk Pakatan Rakyat lagi baguih...

1 comment:

Anonymous said...

Khak Ptuih..!

*Koh... hang bubar GERAKAN pastu bawak ahli-ahli GERAKAN masuk Pakatan Rakyat lagi baguih...


SETUJU !!!!