"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 07, 2008

Gangguan Bekalan Air Di PJ Dan KL

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Beberapa kawasan di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Oktober ini ekoran kerja-kerja pengalihan paip oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).

Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som dalam satu kenyataan berkata gangguan itu akan bermula dari pukul 8 malam hingga 8 pagi keesokan harinya disebabkan kerja pengalihan paip di jalan susur jambatan lot 673, Jalan SS20/27 Petaling Jaya.

"Kawasan yang terlibat ialah PJ North, Universiti Malaya, Penchala, SEApark, SS1 dan SS2, SS20,SS21 dan SS22, Seksyen 11,12,13,14,16,17,17A,19,20,21 dan 22, Jalan Semangat, Phileo Damansara, Hotel Eastin dan Paramount," katanya.

Beliau berkata bagi Kuala Lumpur kawasan yang terlibat adalah Bukit Damansara.

Syabas menasihatkan pengguna agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel)menerusi talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip PUSPEL, jarak, taipkan aduan atau pertanyaan dan hantar ke 39222 untuk maklumat lanjut.

Maklumat mengenai gangguan juga boleh disemak di laman web rasmi Syabas di www.syabas.com.my.

No comments: