"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, October 07, 2008

Bicara DSAI Terkini: Pendakwa Mahu Fail Afidavit Peguam Negara

[Dikemasikini] Seperti yang sudah dijangkan, mereka akan mencuba sedaya upaya untuk memindahkan kes Anwar ke Mahkamah Tinggi. Sebentar tadi pihak pendakwaan telah memohon penangguhan sementara kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membolehkan mereka memfailkan afidavit Peguam Negara, Ghani Patail berhubung hujah bantahan peguam bela terhadap permohonan untuk memindahkan kes itu ke mahkamah tinggi.

Hakim, S. M. Komathy Suppiah menangguhkan sidang sekejap untuk mendengar bantahan pihak peguam bela yang diketuai oleh peguam Sulaiman Abdullah.Terdahulu, Komathy membenarkan bantahan awal pembelaan. Prosiding kes Anwar itu sekarang berhenti rehat sekejap sejak pukul 11.25 pagi. Mahkamah akan bersambung semula pada jam 2.30 petang nanti untuk mendegar hujah daripada peguam Anwar tentang bantahan terhadap penglibatan Peguam Negara, Ghani Patail dalam kes ini.

Nampaknya kes kali ini nampak begitu rumit, dan sesungguhnya ia bakal menjadi satu pertarungan antara Anwar dan Pak Lah dalam usaha menentukan masa depan politik negara kita hari ini. Apapun, kekuatan Anwar kini sukar digugat kerana menampilkan barisan peguam yang terkenal, profesional, berwibawa dan berintegriti.

Justeru itu, kita tidak nampak bahawa kes ini akan memihak kepada mereka. Badan kehakiman negara harus diselematkan segera. Membicarakan kes yang banyak menimbulkan perseoalan dan kekeliruan fakta jelas sekali satu tindakan yang "mencabuli" hak-hak kebebasan manusia di dunia ini. Maka itu, kes ini bakal mencatatkan lagi satu sejarah tentang betapa rendahnya tahap perbicaraan dan mahkamah di Malaysia dimata masyarakt dunia.

-Pahang Daily

No comments: