"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, October 11, 2008

Mufti kesal pelajar Islam dibabit dalam perarakan berhala

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin kesal dengan tindakan pentadbiran sebuah sekolah menengah di Kangar yang mengarahkan
lapan pelajar Islam, iaitu anggota pancaragam sekolah itu, mengiringi perarakan berhala Buddha di Kangar Selasa lalu.

Katanya, tindakan itu menunjukkan pihak terbabit tidak menghormati agama Islam malah perbuatan itu boleh menimbulkan isu perkauman kerana umat Islam erlalu sensitif dalam hal agama dan ini menunjukkan bahawa mereka tidak menghormati agama Islam.

"Saya bimbang kecenderungan pihak bukan Islam bermain dengan isu-isu sensitif akan membawa keburukan," katanya.

Beliau menegaskan demikian ketika diminta mengulas rungutan dan kekecewaan umat Islam di negeri ini berikutan pembabitan pelajar itu dalam perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur itu.

Menurut Bernama, kegiatan itu dikesan oleh beberapa individu dan terdapat rakaman video melalui kamera telefon bimbit mengenai perarakan itu.

Mufti itu turut kesal dengan Jabatan Pelajaran Perlis yang dikatakan tidak peka dengan perkara itu.

"Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menghantar surat bantahan penglibatan pelajar ini kepada Jabatan Pelajaran Negeri dan kita masih belum mendapat sebarang maklum balas dari pihak mereka," katanya.

Bagaimanapun Pengarah jabatan itu, Mansor Lat ketika dihubungi menyatakan beliau belum dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sebelum ini pasukan pancaragam itu dikatakan turut dibabitkan dengan perarakan Hari Wesak dan perarakan mayat orang-orang Cina ke tanah perkuburan.

-malaysiakini

No comments: