Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor (MTPN) yakin mencapai sasaran menarik sebanyak 200,000 pelancong dari Indonesia tahun ini menerusi promosi agresifnya terutama bagi sektor pelancongan, kesihatan dan pendidikan.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Subahan Kamal berkata keyakinan itu berdasarkan trend kedatangan pelancong Indonesia yang semakin meningkat ke negeri Selangor.
Katanya dari Januari hingga Ogos lepas sahaja, Selangor telah menerima sebanyak 108,480 pelancong dari Indonesia, iaitu kedua tertinggi selepas Singapura, dan angka itu merupakan peningkatan sebanyak 5.07 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Ini satu berita baik bagi sektor pelancongan dan juga sektor jenayah di Malaysia.aku yakin sasaran 200,000 akan berjaya dicapai dalam masa yang amat singkat.jumlah PATI akan mengatasi jumlah pelancong.
200,000 pelancong akan datang dari Indonesia, 5,000 pelancong tersebut akan selamat kembali ke Indonesia selepas melancong manakala 150,000 lagi akan terus menetap di Malaysia.
Baki 150,000 lagi dijangkakan akan memenuhi tapak-tapak binaan, setinggan-setinggan, flat-flat, kawasan perumahan dan juga hutan-hutan simpan sekitar ibukota.
Selepas 3 bulan menetap, mereka akan mengimport lebih ramai lagi PATI melalui orang tengah yang telah dikenal pasti.
Pihak berkuasa malaysia akan terus tidur nyenyak diatas tilam "wang" yang dibayar oleh PATI dan tindakan tidak akan diambil sebab "tiada laporan" dibuat oleh sesiapa.kalau ada laporan pun macam biasa la..."sedang dalam siasatan"...tak kan hangpa tak reti-reti...
Mungkin sektor perniagaan "ayam mentah" juga akan mendapat "suntikan baru" selepas ini...
sasaran pengurangan pekerja asing akan hanya tinggal "sasaran"... gomen tidur lagi...
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment