"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 26, 2008

Alkohol: PAS 'bongkak', kata DAP

PAS dianggap "bongkak dan sukar bekerjasama" apabila cuba memperkenalkan peraturan membataskan jualan alkohol di Selangor tanpa merujuk parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Tindakan parti Islam yang membelakang sentimen sokongan pengundi bukan Islam yang memberikan kemenangan kepada Pakatan boleh melemahkan kerajaan gabungan itu, kata ketua publisiti DAP Tony Pua.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menambah, tindakan PAS sedemikian boleh membawa keretakan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Tony mengulas laporan akhbar-akhbar berbahasa Cina hari ini yang menyebut PAS sedang memperkenalkan langkah sedemikian di restoran, kedai runcit dan kedai serbaguna 24 jam melalui anggota-anggotanya yang berada di majlis-majlis pihak berkuasa tempatan.

"Walaupun PAS Selangor berhak mencadangkan sebarang peraturan yang difikirkannya perlu, mereka jangan lupa bahawa di negeri ini, mereka sebahagian gabungan bersama dua lagi parti dengan menguasai lapan daripada 36 kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat," kata Tony.

"Oleh itu, sebarang percubaan oleh PAS Selangor untuk menegakkan dasarnya tanpa mengambil kira rakan gabungannya booleh dianggap bongkak dan sukar bekerjasama, yang hanya boleh melemahkan kerajaan campuran."

-malaysiakini

9 comments:

Unknown said...

Membuat ulasan dari laporan akhbar adalah tidak tepat dan tidak bijak..!!!Umur baru sebulan jagung memanglah mudah diperkotak-katikan oleh musuh luar yang lebih gedebeee...

Anonymous said...

Topeng perak,

PAS dan DAP bertelagah tentang arak itu adalah pekara yang perlu diberi perhatian. Bukan nak menangkan pada mana-mana pihak tapi kita kena tahu bahawa arak juga perosak kesihatan seperti rokok.

Pas cuba mencegah penggunaan arak sebagai minuman untuk hiburan dikalangan rakyat khasnya orang yang beragama islam dan ditujukan juga kepada orang berbangsa melayu adalah tindakan yang betul.

Dan jika DAP ingin terus berdengung dengan arak atas alasan mereka berhak menikmati air tersebut kerana bangsa dan agama mereka membenarkan mereka meminumnya maka ianya juga perlu diberi kelonggaran sebagai satu dasar tolak ansor antara kaum. Biarkan mereka mabok dan tersungkur ditepi parit.

Pekara ini adalah pekara mudah untuk diatasi. Jangan dikusutkan fikiran sehingga menimbulkan kesusahan untuk menyelesaikannya.

Orang Islam, berbangsa melayu hendaklah menjaga akal fikiran nya sentiasa dalam keadaan waras..

Anonymous said...

Sorry Tony Pua,
PAS cuma ada 4 Ahli Majlis Dalam MBSA. Di beritakan pembatasan jualan arak itu dicadangkan oleh Ahli Majlis dari DAP.

Anonymous said...

molek tu, arak memang haram. dah minum arak buleh bawak mampus
arak ibu segala kejahatan

Anonymous said...

Memang patut arak diharamkan atau dibataskan. Ia tidak memberi manfaat kepada umat manusia tidak kira bangsa atau agama.

Anonymous said...

Sebenarnya aku suka keadaan macam nie.. baru ada check and balance.. bila PAS wat salah DAP tegur.. bila PKR wat salah PAS tegur.. Baru seimbang PAKATAN RAKYAT.. Susah nak jumpa mcm nie dalam BARISAN NASIONAL.. mana parti lain tak boleh nak tegur dan akur je... Baik UMNO MCA atau MIC... yang lain lg lar.. skrg nie cerita dalam kelambu pun nak heboh...

Anonymous said...

Tindakan PAS tu betul. Cuma yang menjadi masalah ialah ketidaksefahaman antara parti komponen Pakatan Rakyat yang memang nyata berlainan arah tuju dan perjuangan. Mana mungkin Pakatan yang penuh dengan kelam kabut yang tercetus akibat perjuangan yang berbeza, membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan kukuh? Memang mustahil...

Anonymous said...

Yang DAP kutuk PAS. PAS kutuk DAP... Parti macam ni ke yang nak memerintah negara?... Alamat hancurlah..

Anonymous said...

Itulah susahnya bila masing-masing ada agenda dan perjuangan sendiri tapi duduk di bawah satu pakatan yang kononnya mampu mengambil alih kerajaan sekarang. Belum memerintah dah jadi huru-hara, ada hati nak memerintah negara...Cheh!!!