"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, November 26, 2008

Keadaan politik tidak izinkan saya berundur - Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata, keadaan politik semasa masih tidak membolehkan beliau untuk melepaskan jawatan yang disandangnya selama lebih 18 tahun.

Namun sekiranya terdapat desakan yang jelas di kalangan ahli Pas agar dirinya berundur, Nik Abdul Aziz menegaskan, beliau tidak akan menunggu lebih lama dan tidak teragak-agak berbuat demikian.

Malah katanya, ia boleh dilakukan sekarang kerana sudah lama berhasrat untuk berundur atas faktor kesihatan tetapi beliau tetap mengutamakan kepentingan perjuangan parti.

''Tiada sampai ke telinga saya setakat ini (desakan) untuk berbuat demikian (berundur) disebabkan saya selalu uzur.

''Kalau betul ada orang Pas mahukan saya undur, saya undur selalu (sekarang), petang ini juga saya buat. Dah lama saya nak buat begini (berundur) tapi orang tak bagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan kononnya ada kalangan pemimpin Pas yang mahukan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas berundur tetapi tidak berani menyatakan secara terbuka.

Soal beliau bakal berundur dan siapa bakal penggantinya sudah beberapa kali mencetuskan isu termasuk semasa pilihan raya umum Mac lalu.

Menurut Nik Abdul Aziz, selain desakan agar beliau tidak berundur, ada beberapa faktor lain yang masih menjadi halangan baginya untuk melepaskan jawatan itu.

''Masalah-masalah baru timbul sekarang seperti keadaan politik yang tidak mengizinkan. Dalam keadaan bergelora, angin kencang, saya sebagai kapten, mana boleh saya tidur.

''Kerajaan pimpinan UMNO sekarang juga dalam keadaan separuh sedar, lagi saya tak boleh tinggal. Kalau UMNO dah tak kuat lagi, baru boleh saya tinggal, sebab masa itu dah tak ada musuh lagi," ujarnya.

Katanya, tidak timbul kesukaran bagi Pas mencari pengganti tetapi beliau tidak akan menyebut siapa yang bakal mengambil alih kelak.

''Saya tak boleh sebut siapa pengganti saya, sama macam ketika Datuk Asri dulu, tak ada siapa jangka saya yang ganti.

''Kalau saya sebut, bermaknanya hanya seorang, bagaimana yang lain. Tiap-tiap seorang ada kelebihan sendiri dan saya serahkan kepada Perhubungan. Timbalan-timbalan saya semua berkebolehan," jelas beliau.

6 comments:

Unknown said...

Itulah sikap yang diwarisi oleh umno dan diambil dari penjajah...

Anonymous said...

dah lebih 10 tahun Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan.ramai yang telah datang dan pergi tapi dia masih lagi kekal sebagai MB.

Nik Aziz sudah terlalu tua.bukan maksud untuk menghormati dia tetapi sudah tiba masanya juga dia beri peluang kepada orang lain untuk menerajui negeri Kelantan.

PAS selalu memberi kritikan kepada UMNO untuk berubah dan mahu sesetengah ahli UMNO untuk "get lost".jadi PAS juga haruslah memberi kritikan kepada diri sendiri untuk berubah.

dia sepatutnya sudah boleh berehat.kalau kesihatan mengganggu dalam menjalankan tugas memang dah tiba masa untuk beri laluan kepada orang lain pula.

Unknown said...

Pemimpin yang bercirikan ulamak mana sama dengan yang bercirikan penyangak..!!! Rakyat sayang kepada Tuan Guru kerana keadilannya..barokah tu nak kena lihat..bandingkan lah ....Hanya Jauhari yang kenal maknikam...betoi ke perpatah ni...??

Unknown said...

dah lama sangat Nik Aziz jadi MB.pastinya ada orang lain juga yang mahukan kerusi MB itu.lagipun Nik Aziz dah tua sangat pun.dia sepatutnya dah boleh bersara dan tak dibebankan lagi dengan hal-hal politik dan pentadbiran yang memeningkan kepala.

tak semestinya hanya dengan menjadi MB dapat menabur bakti pada negeri Kelantan.jadi rakyat biasa pun masih boleh memberikan sumbangan kepada negeri :)

Anonymous said...

mmg pakatan rakyat, PAS terutamanya dan rakyat masih memerlukan Tuan Guru Nik Aziz.

mmg ada pemimpin lain yang layak dan pelapis yg berkaliber, tapi cara TG Nik Aziz penuh hikmah, disukai oleh rakyat tak kira bangsa dan agama..itu yg sukar dicari dlm pemimpin yg lain.

Anonymous said...

Topeng Perak,

Selagi TG Nik Aziz masih mampu berkhidmat untuk rakyat Kelantan dan ikon kepada parti PAS, dia seharusnya dipeluang dan laluan tanpa menganggu gugat kedudukannya sebagai MB Kelantan.

Soal pengganti memang ramai, tapi siapa..? Mereka yang ingin mencalonkan diri mesti tunjuk kan kewibawaannya sebagai ulamak yang berpelajaran lagi dihormati.