"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 28, 2008

Babak ciuman lesbian buat Yana gelisah - malaysiakini

FILEM arus perdana pertama arahan James Lee, Histeria, sememangnya memberikan impak yang cukup besar buat salah seorang pelakon muda yang membintangi filem seram terbitan Tayangan Unggul itu, iaitu Norliana Samsudin atau lebih dikenali dengan nama komersialnya, Yana.

Bukan saja kali pertama diberi peluang memegang antara watak penting di dalam filem, malah adegan 'berani mati' yang membabitkan wataknya bersama seorang lagi pelakon filem tersebut, Scha juga membuatkan Yana resah menantikan reaksi penonton kelak.

Babak ciuman gadis lesbian bernama Zeta yang dilakonkan oleh Yana dengan karektor Alissa lakonan Scha itu dijangka akan 'memanaskan' panggung apabila filem ini mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 18 Disember depan.

Apa yang pasti, babak itu telah pun diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan lantaran itu, kata Yana, dia yakin adegan tersebut tidak perlu dijadikan satu isu apatah lagi LPF sendiri yang meluluskannya.

TP - ape benda menatang ni dok melalut ni? "berlakon"? tak perlu dijadikan isu? mampuih la anak bangsa dek kerana menatang-menatang bengong yang tak reti hukum ni... bila la menatang-menatang ni nak mampus???

7 comments:

Anonymous said...

Apa jadi dengan fatwa pengkid. Kalau tayangan inin diteruskan bermakna sudah melanggar fatwa.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Naya, memang naya orang Melayu! Itu yg BN suka tuh!

Anonymous said...

tunggu dulu.jangan cepat membuat sebarang kenyataan melulu.filem2 di Malaysia kadang-kadang sengaja dihangatkan dengan kontroversi bagi menarik minat orang ramai untuk menonton filem tersebut.padahal sebenarnya takde apapun.kontroversi saja yang lebih.jadi tak perlulah nak hemtam BN ke sapa ke.tunggu cerita ni keluar barulah boleh buat kenyataan.

Anonymous said...

Rileks lah. Jangan menggelabah. Filem ni belum pun ditayangkan. Kadang-kadang kontroversi macam ni hanya satu taktik untuk tarik penonton untuk menonton. Media juga membantu mensensasikan babak-babak tertentu tapi bila lihat sendiri filem, bukan ada apa pun. Just gimik je... Belum apa-apa dah salahkan kerajaan...

Unknown said...

menggelabah betul la Web Sutera ni.belom apa-apa lagi dah menuding jari pada BN.haha.tunggu lah dulu filem ini ditayangkan terlebih dulu dan kemudian barulah boleh buat komen.

Anonymous said...

ye la korang ni.....isu ni cuma disensasikan je...xpayah la nak lebih2...kalu tgk trailer movie ni...cium diorg bkn betul2....scha tu elak la bila yana cium.....tu la...korang nk berpolitik...politik la...tp jaga la perasaan org2 len...please la...aku pun dah fed up da ngn sume parti politik di malysia ni...sedarlah,ramai rakyat yg susah,korang bnyk duit,pegi tolong,xyah la nk tunding jari sape salah..tu la name manusia yg ada perasaan...tak sume manusia sempurna,walaupun seorg pemimpin atau bakal pemimpin..

Re!D [TeaSeRS] said...

aiyoo...
no comment... :)