"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 28, 2008

Reformis Nak Bogel Jugak..! - malaysiakini

Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis) akan memohon permit untuk mengadakan demonstrasi bogel yang bakal diadakan pada 12 Disember 2008 ini di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar berkata, permit berkenaan dimohon daripada Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal Disember ini.

"Permit itu akan kami pohon daripada IPK Selangor 1 Disember 2008 ini dan pada hari itu juga Reformis akan lakukan satu kejutan yang kami tidak akan dedahkan buat masa ini," katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di sini, semalam.

Katanya, Reformis merasakan mereka perlu mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwanya zalim dan menindas rakyat miskin dengan menaikkan kadar sewa rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) sebanyak 100 peratus.

Ramlan berkata, Abdul Khalid tidak mengetahui cara terbaik menyelesaikan masalah kesusahan rakyat dan Reformis tidak berniat untuk menimbulkan masalah atau menjatuhkan Pakatan Rakyat (PR) tetapi hanya ingin menegur pemerintahan Abdul Khalid.

"Jika beliau gagal menurunkan kadar sewa rumah PPRT dalam masa terdekat, kami akan mengisytiharkan 'perang' dengan beliau dan kami teguh dengan perjuangan kami walaupun ditangkap, dipukul, dizalimi dan sebagainya.

"Kami juga telah mengadakan pertemuan dan menjalinkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang terbabit di Selangor berhubung isu ini. Dengan tindakan drastik kami nanti apabila perang telah diisytiharkan, kerajaan negeri mungkin akan kehilangan hasil sebanyak puluhan juta atau ratusan juta. Ini amaran Reformis," katanya.

Beliau berkata, sekiranya permit tidak dikeluarkan, mereka masih mempunyai perancangan lain dan mungkin akan menggunakan khidmat guaman untuk menyelesaikan isu kadar sewa rumah PPRT itu.

Bagaimanapun katanya, mereka sudah mempunyai sekumpulan ahli Reformis yang telah menyatakan kesanggupan berbogel semasa demonstrasi bakal diadakan di hadapan SSAAS 12 Disember ini.

Katanya, Abdul Khalid jangan hanya menyalahkan pemerintahan Kerajaan Selangor yang terdahulu sebaliknya perlu mewujudkan pembaharuan dalam pentadbiran di Selangor.

14 comments:

Anonymous said...

Perlu ka sampai nak buat demonstrasi bogel? Kita ni orang Malaysia, ini bukan cara kita untuk menyuarakan ketidak puashatian kita.
Lebih-lebih lagi secara berbogel.

Mr Joker said...

Cik Kiah - yang nak bogel ni dah talayak dipanggil sebagai manusia... elok digelar lembu.

tapi TGNA habaq, lembu pun reti tutup kemaluan...

nak panggil apa ye?

Anonymous said...

nak panggil ape lagi.. ba alif ba ya laa..

Anonymous said...

Banyak lagi cara lain kalau tak puas hati. Bukan dengan berbogel. Bogel tu maknanya buka aurat. Buka aurat tu berdosa...

Anonymous said...

niat elok tapi cara salah.

ini yang kita lihat pada situasi Reformis ni.niat mereka baik untuk membela golongan miskin tapi cara mereka untuk mempraktikkan niat mereka memang amat salah dan tak betul.tak perlulah nak telanjang.buat malu kat orang lain je.banyak lagi cara lain yang ada.

Anonymous said...

lantak pi la diaorg nak berbogel..

aku dah tak sabor² nak gi amik gambar ni...

nak tengok si hamlau² maner yg muka lebih tebal drp kulit babi...

Anonymous said...

Topeng perak,

Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar ni saja ingin menguji setakat mana kekuatan PR di Selangor. Kalau dia seorang saja pasti tak jadi bogel, tapi ada orang lain yang ingin sama bogel..? Siapa yang bayar untuk orang berbogel ni...?

Kalau setakat nak perjuangkan nasib rakyat yang susah tak kan dengan cara berbogel..? Apa kah Ramlan Abu Bakar ni fikir bahawa MB selangor akan berahi melihat jantan berbogel..? Lalu memenuhi segala permintaan reformasi..?Ramlan ni betul-betul bangang! Dan orang yang ikut kata dia lagi bangang!

Walau bagaimana pun kita perlu dengar penjelasan dari MB Selangor tentang pekara yang berbangkit ini.

Unknown said...

apalah Ramlan dengan Reformis dia tu.dah takde cara lain ke nak protes.nak tunjuk rasa tak puas hati pun tak payahlah nak berbogel.kita bukannya macam kat US.malah kat US sendiri pun ada yang tak suka dengan cara demonstrasi bogel ni.

tp yang Khalid ni pun satu.kenaikan 100% tu memang terlalu tinggi.fikirlah tentang keadaan mereka yang betul-betul miskin.mahunya tak susah mereka nak bayar sewa yang melampau punya tinggi.

Anonymous said...

kawan2 jangan lupa bawa lastik dan peluru2 yg dah rendam dengan sambal belacan..latihan melastik akan diadakan pada hari itu..mari kita tengok ada berani ka diorang datang..

Anonymous said...

Reformis melakaukan kerja kebajikan untuk kebaikan orang2 yang berpendapat rendah , reformis sedar kesusaha yang di hadapi oleh orang2 yang menyewa rumah pprt ,

Anonymous said...

Reformis adalah Pertubuhan mempunyai hasrat adalah untuk bersama-sama membangun ,

Anonymous said...

orang2 miskin nak menyumbang reform macamana , orang2 berkuasa hanya melihat orang2 miskin adalah hodoh ( orang2 kaya lihat orang miskin macam anjing kurap ), orang2 kaya takut peluang kakayaan negeri selangor dihakis dari mereka apabila peluang perniagaan atau kontrak perniagaan di beri peluang pada kumpulam miskin , orang2 miskin dapat niaga yang mereka buang aje , sedar lah wahai saudara sekalian , u nak protes macamana yang akan orang2 kaya ikut saudara saran kan ,

Mr Joker said...

ramlan 4:26pm - tak payah nak menyamar la lembu.

ramlan 4:30pm - bahasa melayu hang fail.membangun kejadahnya? perbetul bahasa melayu hang dulu. aku tak paham apa hang mengarut.

Anon 4:38pm - hang pun sama, bahasa melayu hancur... sorang komen 3 kali, pakai nama lain-lain.

komen mcm org x sekolah. cuba lagi.

Anonymous said...

Dah la tu Lan, aku kenal sangat la ko ni dari dulu lagi .... ko ni macam si mamat "E***" yang belot tu ... perangai ko ni tak ubah-ubah dari dulu ... konon kata nak tolong orang susah tapi ada niat udang sebalik mee. Haprak betul... - Ahli Reformis Bosan