"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 14, 2008

Bravo Musa Hassan Tapi Aku Musykil La...

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam tertentu agar tidak mempertikaikan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan pengkid.

Beliau berkata tindakan NGO yang mempertikaikan keputusan tersebut boleh menjejaskan keselamatan negara dan dikhuatiri mendapat tindak balas di kalangan orang Islam.

"Saya memberi amaran dan akan mengambil tindakan tegas kerana ini membabitkan soal keselamatan negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama sempena "Seminar Isu-Isu Mahkamah Syariah ke10: Ke Arah Memperkasa Pentadbiran Keadilan Jenayah Di Mahkamah Syariah Malaysia" di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak, dekat sini hari ini.

Beliau berkata tindakan NGO bukan Islam yang melakukan demonstrasi berhubung pengharaman pengkid di ibu negara baru-baru ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan.

"Ini menunjukkan mereka tidak menghormati agama orang lain, kerana fatwa itu dikeluarkan untuk orang Islam, kenapa mereka harus membuat demo dan tidak berpuas hati," katanya.

Musa berkata beliau memandang serius perkara tersebut dan akan terus memantaunya bagi memastikan tiada pihak lain yang campur tangan.

"Agama Islam ada cara untuk letakkan peraturan dari segi undang-undang Islam, jadi tiada sesiapa yang boleh campur tangan. Tapi masyarakat Islam haruslah menerangkan perkara tersebut agar pihak lain faham mengenainya," katanya.

Beliau berkata polis sentiasa memerlukan kerjasama Jabatan Agama Islam dan jabatanjabatan lain untuk mendapatkan maklumat terutama berhubung isu yang boleh mengugat keselamatan negara dan agama Islam.

Baru-baru ini NGO bukan Islam, Katagender dan FoodnotBombs mengadakan demontrasi membantah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa mengharamkan perlakuan "pengkid' atau wanita yang menyamai lelaki.

TP - Pertama kali aku cukup-cukup bersetuju dan menyokong 100% kenyataan Musa Hassan. aku sokong supaya tindakan dikenakan kepada pendemo-pendemo yang tak reti bahasa ni...

Fatwa yang dikeluarkan oleh majlis fatwa hanyalah untuk mereka yang beragama Islam... hangpa yang bukan Islam tak payah la nak melatah tak tentu hala...

Kalau dah agama hangpa tak larang benda-benda gitu, hangpa go-on jela... lain la hangpa ada niat nak masuk agama Islam... kalau ada niat nak masuk agama Islam tapi tak sedia nak terima sebarang fatwa dari majlis fatwa kebangsaan, baik hangpa batalkan je niat nak masuk Islam tu...

Pahamkan ajaran Islam betul-betul baru boleh nak melatah.

Entah-entah ada yang jadik "tukang cucuk" kot dekat belakan hangpa ni... siapa ye? apa agendanya? "perpaduan kaum" ke? musykil jugak tu...

Musykil sebab tengok dalam video tu, budak-budak je yang dok berdemo... biasenya bebudak ni senang sangat "dipergunakan" untuk kepentingan...

Lagi pulak aku musykil... awat masa depa buat demo tu tak de pun polis dekat situ? kalau ikut rakaman video tu, separuh dari Kuala Lumpur depa pusing... polis tak tau ke?

Musykil sungguh...

4 comments:

Unknown said...

Ada calon baru untuk katagori Pelakun Lelaki Paling Porpular diMalaysia...
Macam baguih je....Yang kes 'pin langit'(tak layak dipanggil ayah) tu main tolak2 je...haaa..aahaaa..

Anonymous said...

Pos yang bernas.

Akan kita terbitkan pos saudara di laman web untuk bacaan pembaca kita di http://mylivingwall.com
dan paut kembali ke blog saudara.

All the best!

mylivingwall.com

Anonymous said...

Memang pelik. Pasal apa pula mereka perlu berdemo untuk bantah fatwa yang dikeluarkan hanya untuk orang Islam sedangkan mereka adalah NGO bukan Islam? Mereka seolah-olah sengaja mencabar kewibawaan Islam dan Melayu. Tapi apa sebenarnya yang mereka cuba tunjukkan daripada demo ini? Pihak berkuasa harus jalankan siasatan terhadap isu ini...

broooo... said...

ALHAMDULLILLAH....

mungkin isyarat yg membawa beliau terlantar berbulan tu telah menginsafkan beliau...

INSYAALLAH....

diharapkan ada lagi kenyataan yang drastic dari KPN kita nih selepas ini... bukan sekadar cakap aja tapi dsusuli dgn tindakan, umpamanya dlm kes Altantuya yg dah bercelaru tu...