"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 14, 2008

Menteri "Raba-Raba" Mengamuk Selepas Solat Jumaat - malaysiakini

KERATONG: [4.00 pm] Satu berita gempar telah terjadi selepas solat Jumaat sebentar tadi. Ia berkaitan dengan "amukan" Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis terhadap Imam Solat Jumaat di Masjid Felda Keratong 4 dekat sini. Kejadian dipercayai berpunca daripada "sakit hati" JJ terhadap Iman Solat Jumaat terbabit yang membuat khutbah perihal soal "Keadilan Dalam Islam". Iman yang mengendalikan khutbah tersebut ialah Ustaz Suhaimi Saad (foto) , yang juga merupakan Timbalan Yang Di Pertua Dewan Pemuda PAS Pahang. Menurut Ustaz Suhaimi, ketika membaca khutbah beliau menyentuh tentang keadilan yang dituntut dalam Islam secara menyeluruh. "Ini termasuklah hal-hal yang berkaitan dengan akta zalim (ISA) yang dilihat tidak adil dalam Islam" katanya.

Menurutnya selepas selesai membaca solat, beliau telah didatangi oleh Ahli Parlimen Rompin itu dalam keadaan yang penuh dengan emosi dan muka yang bengis. "Saya tidak menyedari bahawa Ahli Parlimen Rompin itu turut menjadi jemaah solat Jumaat yang saya imamkan" katanya. Ahli Parlimen Rompin itu telah mengherdik Ustaz Suhaimi yang membaca khutbah berbaur politik katanya. Namun beliau menjawab "Khutbah yang saya baca itu adalah secara umum berkaitan Islam dan tidak bertujuan politik". Namun JJ nampak marah dan tidak berpuas hati dengan berkata "Andainya khutbah seperti itu dibaca, saya pun boleh membawa khutbah". Lalu Ustaz Suhaimi menyahut "Jika Dato' fikir, boleh membaca khutbah apa salahnya. Elok Dato' baca khutbah minggu depan" (Foto: Lihat gambaran JJ menjadi Imam Solat Jumaat) . Kenyataan Ustaz Suhaimi itu amat menyiksakan jiwa Ahli Parlimen Rompin berkenaan. Di mana akhirnya beliau mencabar supaya Ustaz Suhaimi keluar masjid.

Mungkin cabar itu dibuat bagi "membelasah" Ustaz Suhaimi. Kerana kami difahamkan terdapat ramai puak-puak UMNO karat dan kroni Jamaluddin Jarjis sedang menunggu diluar. Melijat keadaan itu, beberapa orang jemaah dan sahabat beliau menasihat agar tidak keluar masjid bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Maka akhirnya Ustaz Suhaimi menjawap pelawaan JJ itu dengan berkata "Elok kita berbicara dalam masjid Dato' kerana ini rumah Allah dan lebih afdal dari diluar". Ketika itu JJ dan kuncu-kuncunya telah menunggu dengan "geram" dan "samseng" diluar. Mungkin bagi mereka, sekajap lagi Ustaz Suhaimi iaitu Imam yang membaca khutbah dan menjadi Imam solat Jumaat di Keratong 4 itu akan dibelasah cukup-cukup agaknya. Namun dek kerana beliau tidak keluar akhirnya kumpulan Ahli Parlimen terbabit beredar dari masjid dengan perasaan yang amat kecewa. Mujurlah kejadian itu tidak berakhir dengan insiden yang lebih buruk lagi. Jika tidak sudah pasti satu peristiwa gempar akan berlaku di Masjid Keratong 4 siang tadi.

Peristiwa yang berlaku ini jelas sekali mencerminkan betapa buruknya keperibadian Ahli Parlimen Rompin itu. Maka sahlah keputusan Pak Lah untuk tidak melantik beliau kekal dalam kabinet barunya adalah tepat sekali. JJ sebelum ini pernah dikaitkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan termasuk kes "Raba Punggung" di sebuah hotel di Kuala Lumpur dan sebelum ini namanya juga dikaitkan dengan kes "Norrita Samsuddin" hingga menyebabkan pihak berkuasa terpaksa menutup siasatan kes tersebut dengan keputusan "tiada pembunuh sebenar". Bahkan lebih aneh lagi pihak polis menyatakan bahawa " terdapat dua lembaga yang tidak dikenalpasti telah membunuh pragawati itu". Hingga sekarang ianya masih menjadi misteri. Apapun, ramai yang mengaitkan nama JJ dalam kes tersebut, samalah dengan TPM Najib yang dikaitkan dengan kes Altantunya selama ini. Sikap panas baran yang ditunjukkan oleh beliau itu, jelas sekali tidak menghormati kesucian "rumah Allah". Beliau tergamak menyerang Imam yang mengimami solat Jumaat dimana beliau sendiri menjadi makmumnya ketika itu. Apakah manusia seperti ini boleh dilantik dan dikekalkan sebagai pemimpin umat Islam. Maka diharap dengan peristiwa ini, ia dapat memberi kesedaran kepada rakyat di Rompin agar menolak beliau dalam pilihanraya umum akan datang.

-Pahang Daily

16 comments:

Anonymous said...

Kurang Ajar...Kalau betulla laporan akhbar cmni, mmg layakla si Jarjis ni pegi maNDI KAT KOLAM NAJIS ...PERANGAI SAMA CAM KAFIR YAHUDI...!

Anonymous said...

RILEKS.....

jgn hantar gi kolam najis..........

hantar kat kandang babi jer biar berkawan dgn menatang alah tu.......

Anonymous said...

Jerung Jantan nih tak sabar najib naik, dia nk jadi menteri.. tgk la dalam parlimen, kemain mengganas jerung ni.. bodek jgn tak bodek...

Anonymous said...

Bangkai punya JJ (Jantan Jadah) dalam masjid pun buat hal!!!! Memang takde tokoh langsung jadi ahli parlimen, ko nie lebih layak digelar melayu BANGSAT!!!!

Unknown said...

Biasalah kalau setan masuk masjid, kan setan akan kepanansan.

JJ = "Jamah Jubur"

Anonymous said...

Wahai hantu UMNO, bertaubatlah kepada ALLAH S.W.T..
CUBA BACA DAN TENGOK LAGI PERANGAI,
DAN AKHLAK PARA MUSLIMIN UMNO, adakah ini cara mengharumi nama Islam. tolong bertaubat UMNO, NERAKA MENUGGU DIRIMU.
tolong tengok sendiri dan buat keputusan sendiri, kalau ini adalah HALAL SEGI AGAMA. Mengapa Jakim tiada buat apa2 pun. Perangai inilah memalukan orang melayu.

http://thedandelions.wordpress.com/2008/11/12/oh-how-i-wish-i-am-part-of-the-elite-stock/

Anonymous said...

salam.
saya rasa terpanggil untuk menulis comment di sini mengenai kejadian yang berlaku di keratong 4.saya merupakan jemaah yang turut sama berjemaah di masjid tersebut dan merupakan peneroka felda keratong 4.
saya begitu terkejut apabila didalam blog ditulis berlainan sekali dengan apa yang berlaku di masjid tersebut.
saya sungguh terkejut seseorang yang mengelarkan diri seorang ustaz dan timbalan yang dipertua pemuda pas pahang sanggup menyebarkan fitnah dan didalam islam fitnah itu adalah lebih teruk dari memakan daging saudara sendiri.

saya pada mulanya terkejut dengan keterbukaan kerajaan barisan nasional yang sanggup memberi peluang kepada pemimpin besar pas pahang untuk memberikan peluang kepada beliau. ini menunjukkan keterbukaan kerajaan bn -umno.

saya selitkan sedikit isi kandungan khutbah ustaz terbabit.

beliau memperkatakan isu ISA tapi mengatakan isa adalah lebih teruk dari tahanan yahudi -israel, lebih teruk dari tahanan guantanamo dan menagatakan obama adalah pemimpin yg baik sedangkan kite tidak tahu apakah dasar beliau kerana belum menjadi presiden us kite mengharapkan dasar yg lebih baik.

khutbah digunakan menggunakan ajaran yang baik kepada umat islam bukan untuk memburukkan orang dan membuat ceramah politik. ini sudah tersimpang dari pengertian khutbah.

oleh yang demikian saya melihat ahli parlimen rompin selepas solat jumaat beliau datang dan bertanya apakah relevan khutbah sebegitu rupa. namun begitu yang melenting ialah ustaz suhaimi dan dato seri j.j mengajak beliau berbincang di luar kerana tidak mahu mencemarkan masjid yg suci dengan isu-isu sebegini.tapi beliau tidak mahu dan tiada samseng umno di luar kerana saya kenal sape yang berada di luar iaitu pegawai2 dato seri. biasalah yb mesti ada pegawai yg megekorinya tidak sepatutnya di gelar samseng sungguh kasar bahasa tersebut.

dan yg paling menyedihkan mereka memugut derma untuk tahanan isa untuk ape sebenarnya derma tersebut.sedangkan mereka diberikan makan yg secukupnya.kite lihat adun seputeh yg pada mula mendakwa di beri makanan anjing tetapi akhirnya mengaku yg makanan diberikan adalah mencukupi.isu ini sengaja di putar belitkan.

ingatlah ustaz mungkin ustaz boleh menipu rakyat yang berada di luar sana tetapi ustaz tidak mampu untuk menipu YANG MAHA ESA.fikirkanlah ustaz.

Anonymous said...

Bangkai punya PAIh, guna Mesjid untuk platform POLITIK sempit. Ushakan Jamaluddin Jarjis, aku pun pernah baling kepala iman Paih yg celupar hingga benjol,

Anonymous said...

kutip derma tu utk meringankan beban anak isteri tahanan ISA tu laaa bongok...

memang bangang org Ameno ni !

Anonymous said...

isk2 teruk betul la
inikah iman pas
ustaz pas
yg memperjuangkan agama islam
menyebarkan fitnah

Anonymous said...

hm yg bagi statement cakap anjing
semua tu baik ke
wat tambah dosa aje kawan2
nak kritik n nak bagi komen boleh
tapi kritikan yg ok
kitakan masyarakat melayu
lemah lembut berbudi bahasa
mcm ini hilang identiti melayu

Anonymous said...

aku tau kan
16 SEPTEMBER
xkan jadi kenapa
nak tahu x kawan2
sebab masa ANWAR
jumpa AGUNG.
AGUNG tanya kamu jadi pm sape jadi TPM
xleh jawab anwar
sebab calon dia cina.
dah kalau cina
habislah org melayu
yang nak lompat pun org cina n india.
X CAYE tanyalah anwar sendiri.
suruh wat pengakuan bersumpah pun x berani
cian dian
biarlah ANWAR ngan labu-labunya

Anonymous said...

Soalan SPM 2008:

Suatu hari Suhaimi pergi kesekolah melalui jalan ladang kelapa sawit, tiba2 sampai dipersimpangan jalan beliau terserempah dgn seekor ular sawa sebesar batang kelapa, pd masa yang sama juga seorang Ketua cwg umno sedang melawat kawasan ladang dan tanpa disedari dia berada hampir dgn ular tsbt, soalan yang perlu anda jawab,

a. katok ular sawa tersebut.
b. katok Ketua cwg umno.
c. katok kedua2nya sekali
d. lapurkan kepada bomba supaya
datang menangkap ular tsbt.

sekiranya anda menjawab d, jawapan anda adalah betul, kerana sebelum
bomba sampai dah tentu ular sawa tersebut kenyang

Anonymous said...

anon 2:46

Kita masyarakat melayu
lemah lembut berbudi bahasa
pakai kain batik, bedak sakura
duduk kat belakang pasar

Unknown said...

pas kata dia betul
pkr kata dia betul
ameno kata dia betul
dap kata dia betul

pas kata judi haram
pkr kata judi halam
ameno ada halal sbb ada lesen
dap kata mau main judi susah

Anonymous said...

Salam...
Dalam hal begini sepatutnya kita menggunakan akal yang dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya. Kita tidak boleh dengar dari sebelah pihak. Itu tidak adil. Saya ucapkan tahniah kepada Anonymous 11.06pm walaupun tidak menggunakan nama sebenar tapi kehadiran komen beliau dalam blog ni dilihat sebagai membetulkan keadaan kerana beliau ada semasa insiden itu berlaku.. Kepada penulis blog dan yang anti kerajaan, jangan kerana anda pembangkang, maka anda boleh sewenang-wenang buat cerita sebelah pihak saja. Saya setuju dengan tindakan Jamaludin Jarjis yang mengajak imam keluar dari masjid untuk berbincang kerana masjid adalah tempat ibadah dan tempat menyampaikan ilmu, bukannya tempat untuk berbincang hal politik... Jangan salah gunakan masjid untuk tujuan politik...