"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 10, 2008

Mahkamah Benarkan Raja Petra Tarik Balik Permohonan Habeas Corpus

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin, yang dibebaskan daripada tahanan mengikut Akta Keeselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Jumaat lepas, untuk menarik balik permohonan habeas corpus beliau yang dikemukakan pada 16 Sept bagi dibebaskan daripada tahanan ISA.

Hakim Suraya Othman membenarkan permohonan itu selepas peguam yang mewakili Raja Petra, Malek Imtiaz Sarwar membuat permohonan secara lisan kepada mahkamah hari ini.

"Anak guam saya mengarahkan saya untuk menarik balik (permohonan) berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskannya daripada tahanan ISA selama dua tahun," kata Malek Imtiaz kepada mahkamah.

Suraya berkata oleh kerana perkara itu telah menjadi perkara akademik, mahkamah membenarkan permohonan itu dan terserah kepada Raja Petra, jikalau beliau mahu, mengambil tindakan sivil berhubung penahanannya.

Terdahulu, Peguam Kanan Persekutuan Najib Zakaria berkata Kementerian Dalam Negeri dan Pusat Tahanan Kamunting tidak membantah permohonan Raja Petra.

Raja Petra memfailkan permohonan habeas corpus pada 16 Sept atas alasan penahanannya tidak mengikut undang-undang dan tindakan Menteri Dalam Negeri itu melanggar Perlembagaan Persekutuan.

No comments: