"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, November 21, 2008

Mukhriz tolak jawatan kerajaan jika dipilih Ketua Pemuda

Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tetap dengan pendiriannya untuk tidak memegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya diberi mandat sebagai ketua pergerakan itu pada pemilihan parti Mac depan.

Katanya, keputusan itu dibuat kerana beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Sebelum ini saya telah umumkan kalau boleh saya tidak berminat memegang jawatan dalam kerajaan sekiranya diberi mandat untuk menjadi Ketua Pemuda Umno sebab kerja politik kita dalam tempoh waktu empat tahun menjelang pilihan raya umum ke-13 ini penting dan saya tidak mahu dialih perhatian dengan tugastugas rasmi kerajaan daripada tugas yang saya ingat jauh lebih penting pada masa ini iaitu tanggungjawab untuk meyakinkan semula rakyat terhadap parti kerajaan," katanya.

"Saya kira walaupun saya anggota Parlimen dan biasanya jawatan penting dalam kerajaan dipilih dari kalangan anggota Parlimen saya rasa biar dulu lah kot," katanya dalam sidang akhbar sempena taklimat Anugerah Francais Malaysia 2008 di sini hari ini.

Mukhriz ialah Pengerusi Persatuan Francais Malaysia.

Mengulas amalan rasuah, Mukhriz berkata, proses pemilihan parti sepatutnya memberi kekuatan kepada parti.

"Kalau ada amalanamalan dalam proses pemilihan ini yang sebenarnya melemahkan parti, ini akan menambahkan lagi ketidakyakinan rakyat terhadap Umno, katanya.

Beliau berkata, Umno mesti mengambil satu tindakan yang meyakinkan semula rakyat kepada parti iaitu dengan melakukan siasatan yang menyeluruh dan mengambil tindakan yang sepatutnya.

2 comments:

Joe Rock said...

sebagai mat saleh, sayae berase lucu melihat bangse kamu yang bangang mengangkat pemimpin moron demi wang..melayu mahu kaye tapi malass macaem kongkang!!

Anonymous said...

Betul ke Mukhriz taknak pegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekiranya beliau jadi Ketua Pemuda UMNO Mac depan? Jangan cakap je. yelah, nak ambik hati ahli UMNO, kononnya beliaulah yang hebat, ikhlas berjuang dalam parti... Kalau dah keturunan Mahathir tu, sama je...