"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 03, 2008

Replika Anwar di Batu Cave diturunkan

Replika besar penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan 'kontroversi' pelbagai pihak di Batu Caves akhirnya diturunkan oleh pengelolanya R Viriya pagi semalam.

Viriya yang sebelum ini bercadang memohon lanjutan tarikh penegakan imej itu daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata, beliau menukar fikiran kerana memikirkan keadaan papan penyokong imej itu yang "ditakuti tidak boleh tahan lama".

anwar ibrahim holding cut out taken down 031108 03"Lagipun saya telah berbincang dengan (wakil rakyat Batu Caves) YB Amiruddin (Shari), beliau cakap cukuplah," katanya kepada Malaysiakini.

Rabu lalu, Viriya berharap permit tempoh pemasangan imej setinggi 12.2 meter tersebut yang didirikan di satu simpang dekat Wisma Keringat, Batu Caves, dapat disambung kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari Natal dan tahun baru.

anwar ibrahim holding cut out taken down 031108 02Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata imej itu diturunkan lebih kurang 10 pagi semalam oleh kira-kira sepuluh penduduk Kampung Indian Settlement dekat situ yang sebelum ini membantu menegakkannya.

Manakala Amiruddin pula, menulis dalam blognya 'Harapan Baru Untuk Batu Caves' (http://adunbatucaves.blogspot.com) bahawa keputusan menurunkannya imej itu tidak bermakna pihaknya tewas dengan desakan parti lawan Umno dan Barisan Nasional (BN).

anwar ibrahim holding cut out taken down 031108 01"Bukan bermakna kita tewas dengan desakan Umno/BN tetapi kita merasakan matlamat kita telah tercapai, iaitu untuk tujuan pernghargaan kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves sempena hari raya (Aidil Fitri) dan Deepavali," katanya.

Umno sambut baik

"Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka; dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan Umno/BN dan mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin).

poster gergasi anwar ibrahim batu caves 061008"Umno/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami (politik) 8 Mac lalu," tulisnya lagi.

Imej itu mula mencetuskan kontroversi awal bulan lalu apabila Dr Mohd Asri dilaporkan mendakwa replika itu "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."

Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula dilaporkan berkata, pembinaan replika gergasi penasihat PKR itu menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".

Ketika dihubungi, Umno Gombak menyambut baik tindakan itu .

Sebelum ini, Umno bahagian berkenaan bercadang mengadakan "bantahan terbuka" jika pihak majlis meluluskan permohonan untuk melanjutkan tempoh pemasangan replika tersebut.

Bagaimanapun, ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin berkata, beliau akan meneruskan bantahan terbuka jika sekali lagi imej sebegitu ditegakkan kembali.

"Kita akan teruskan bantahan terbuka sekiranya buat (replika besar) sekali lagi," katanya.

-malaysiakini

3 comments:

Hasbullah Pit said...

no komen

Anonymous said...

haha.. no komen ja.

Anonymous said...

kalau dah 'no komen' tak yah la hanto,..

Apa la mangkuk ayun!!!