"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 03, 2008

UMNO Sabah: Naib Presiden Untuk Kami..!

Umno Sabah kini meletakkan permintaan terbaru - satu daripada tiga kerusi Naib Presiden parti perlu diberikan kepada pemimpin negeri itu sebagai menghargai peranan parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

Permintaan itu dikemukakan oleh calon Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan itu berkata, pengorbanan rakyat Sabah dalam memastikan kejayaan Umno sebagai tunggak Barisan Nasional perlu diiktirafkan dengan meletakkan seorang daripada pemimpin Umno di negeri itu sebagai pemimpin nombor tiga dalam parti.

"Jawatan ini selaras dengan hasrat kita untuk memperkuatkan jambatan sedia ada antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak," katanya di sini.

No comments: