"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 06, 2008

Dua Terkorban, Lebih Lapan Terperangkap Dalam Tanah Runtuh Di Bukit Antarabangsa - malaysiakini

Dua terkorban, manakala lebih daripada lapan mangsa dikhuatiri terperangkap, dalam satu kejadian tanah runtuh 4 pagi Sabtu yang telah menimbuskan kira-kira 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama yang terletak di kawasan Bukti Antarabangsa di sini.

Jurucakap bomba dan penyelamat berkata dua mayat itu kini ditempatkan di Surau Addinniah.

Banglo tertimbus itu melibatkan lapan unit banglo di Taman Bukit Utama dan enam unit di Taman Bukit Mewah.

Kejadian itu telah mengakibatkan jalan utama ke kawasan perumahan tersebut terputus dan beratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa.

Mangsa termasuk yang mengalami kecederaan kini mendapat rawatan di surau itu.

1 comment:

Anonymous said...

Kejadian yang tak diingini seperti ini berlaku, ada hikmahnya. Mungkin ALLAH Taala nak suruh kita sentiasa beringat supaya jangan terlalu rakus mengejar pembangunan tanpa memikirkan kesan jangka panjang yang boleh menimpa manusia. Allah Taala juga mengingatkan kita supaya jangan leka dengan 'dunia' yang hanya sementara....