"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, December 06, 2008

Pemuda PAS P.Pinang bantah penganjuran 'I Dance'

Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang hari ini membantah penganjuran pertandingan tarian jalanan "IDance" di Pulau Pinang kerana mendakwa ia tidak membawa manfaat kepada masyarakat.

Ketuanya, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, penganjuran kempen "IDance" yang disokong oleh Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri di New World Park itu bukan sahaja menghidupkan budaya jalanan melalui tarian "Shuffle" malahan ia boleh menambahkan masalah sosial di kalangan generasi muda.

Dalam satu kenyataan, Mohamed Hafiz berkata beliau mahu supaya kerajaan negeri bertindak membatalkan acara berkenaan selaras dengan slogan pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng iaitu "Amar Ma'ruf Nahi Mungkar".

"Sokongan kerajaan negeri kepada acara itu jelas bertentangan dengan slogan pentadbiran Ketua Menteri yang mahu mencegah kemungkaran seperti yang dilakukan Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.

Difahamkan, acara yang dianjurkan oleh Danzity Productions itu disokong oleh kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Belia dan Sukannya dan bertujuan mempromosi gaya hidup sihat untuk mengisi masa lapang golongan remaja. Pusingan awal pertandingan itu akan diadakan pada 20 Disember ini di New World Park manakala pusingan akhir pada 27 Disember di Queensbay Mall.

4 comments:

Anonymous said...

kimak la ko PAS, duk hutan le lagi bagus

Anonymous said...

'Shuffle' memang telah menambat hati golongan muda masa kini. Kanak-kanak sekolah rendah pun pandai menari shuffle. Pengaruhnya cukup kuat. Perkara sebegini kita harus lihat sedalam-dalamnya. Jika lebih banyak menyumbang ke arah gejala sosial yang keterlaluan, tiada salahnya jika kita pantau dan banteras.

Unknown said...

tak payah bantah lah kerana ia dianjur oleh PR, lebih-lebih lagi kalau dianjur oleh PAS, kalau UMNO atau BN yg buat baruylah lawan ada paham.

Unknown said...

tulah bila tarbiayah sudah makain jauh banyak politik, cuba lihat website ust dintantawi