"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 18, 2008

PAS Dapatkan Pandangan Penulis Blog Tentukan Calon

KUALA TERENGGANU, 17 Dis - PAS akan menilai pandangan daripada pelbagai pihak termasuk penulis blog sebelum menentukan calon untuk bertanding pada pilihan raya umum, 17 Jan depan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pemilihan calon yang benar-benar sesuai, adalah faktor yang paling penting dalam usaha mereka merampas kerusi tersebut daripada Barisan Nasional (BN).

"Kita akan lihat semua termasuk pandangan daripada penulis blog, malah surat layang juga kita akan lihat sebelum menentukan calon," katanya ketika ditemui di luar dewan selepas hari ketiga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Abdul Hadi, yang baru pulang mengerjakan ibadah haji dua hari lepas, berkata pada masa ini, pihaknya sedang membuat penelitian rapi terhadap calon yang boleh mendapatkan sokongan pengundi di Kuala Terengganu.

"Kita sedang tunggu laporan daripada PAS cawangan, kawasan dan negeri. Kajian terperinci perlu dilakukan bukan sahaja di kalangan penyokong PAS malah masyarakat keseluruhan di Kuala Terengganu," katanya.

Beliau berkata ketokohan seseorang pemimpin itu penting memandangkan pilihan raya kecil itu diadakan di sebuah bandar raya, dengan kemudahan infrastruktur bukan menjadi masalah kepada pengundi.

Abdul Hadi berkata Jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat khas di sini, Sabtu ini dan agenda utama adalah membincangkan soal calon.

"Selepas nama calon dipilih, kita akan serahkan kepada Majlis Syura untuk membuat keputusan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian," katanya.

Beliau berkata daripada pemantauan awal yang dilakukan, parti itu yakin untuk merampas kerusi parlimen tersebut daripada BN.

Mengenai pandangan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berharap Naib Presiden parti itu, Mohamad Sabu dikekalkan sebagai calon pada pilihan raya kecil itu, Abdul Hadi berkata setiap PAS negeri mempunyai pandangan mereka sendiri.

"Kita dengar semua pandangan. Sebagai presiden, saya tidak mempunyai halangan jika Mohamad Sabu dicalonkan. Tetapi, akhirnya keputusan dibuat oleh suara majoriti," katanya.

-Muslimeen United

2 comments:

HelangJagat said...

Salam,

Apa yang saya rasa, soal calon tidaklah genting sangat kerana saya percaya akhirnya mereka akan menentukan calon yang sesuai.

Soal utama ialah adakah PAS telah belajar daripada kelemahan-kelemahan lalu yang menyebabkan mereka ditolak pada 2004.

Jika kelemahan itu telah diperbaiki, ada satu hal lagi iaitu soal PAS dalam Pakatan Rakyat dan DSAI.

Pada hemat saya wujud keadaan yang ironis bagi pihak pengundi yang mengharapkan agar PAS menyokong tanpa berdolak-dalik dan memainkan peranan aktif dan bermakna, tetapi adakah berlaku sedemikian dalam kalangan pemimpin dan ahli PAS?

Kini Dato' Mustafa Ali mula merasai bahananya tentang pendapat negatifnya secara terbuka tentang projek DSAI 16 September.

Faktor kerenah Dr Hassan menerajui PAS Selangor juga sedikit sebanyak akan mempengaruhi pengundi atas pagar dan simpatisan PR. PAS Selangor dilihat nadi kekuatan PR. Kebijaksanaan PAS diuji di Selangor. Pemecatan Khalid Samad dan Shaari Sungip mencalarkan sedikit imej PAS.

Siapa yang menduga akhirnya beliau akan diuji di kawasannya sendiri.

Firasat saya apabila Presiden PAS sampai mengambil kira pendapat blogger dalam soal pemilihan calon ini, jelas bahawa TGHH amat gusar dengan PRK36 ini. Maruah PAS bergantung kepada PRK ini.

Namun, sekiranya 2 perkara itu telah dapat diselesaikan, dan kerjasama dengan PKR dan DAP dapat dikekalkan, saya kira PAS boleh memberi tentangan hebat kepada BN.

saya akan ulas lebih lanjut dalam blog saya.

Helang Jagat,
http://helangjagat.blogspot.com

Anonymous said...

Orang ramai tak setuju dengan pakatan PAS dengan PKR dan DAP. Nampak macam jadi boneka dan dipermainkan je. Tu kena kaji jugak tu.