"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, December 18, 2008

Taman Masjid Terapung 'sakit'

Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu status projek pembinaan Taman Rekreasi Masjid Terapung di Kuala Ibai dekat sini yang berharga RM90 juta sebagai projek sakit.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, pembinaan projek tersebut di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah ditangguhkan.

Katanya, projek yang dilaksanakan bertujuan menyediakan kemudahan rekreasi kepada penduduk sepatutnya siap 19 Mei 2008, namun gagal disiapkan mengikut jadual.

''Surat menamatkan tender kontraktor terbabit sudah dikeluarkan dan ia dikategorikan sebagai projek sakit," katanya menjawab soalan lisan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

3 comments:

Anonymous said...

Sikap kontraktor yang suka melengahkan untuk siapkan projek harus dipantau. Sepatutnya bila dah dapat projek yang bernilai macam tu, buatlah betul-betul. Ni tak, sampai masa yang ditetapkan, projek masih tak siap. Terpaksa tamatkan tender kontraktor terbabit...

Unknown said...

biasalah project kroni...mmg lagu tu... cara senang nak kaut duit rakyat... BPR dok lena.... atau mata rabun...tak nampak...

Anonymous said...

Kontraktor yang tak bertanggungjawab macam tu memang banyak. Kena perhatikan lebih sikit.