"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, January 31, 2009

Terkini Dari Perak - malaysiakini

terkini 22:43pm by

Pengerusi BBC, YB Khalil Idham Lim baru sahaja menghubungi teman, memberitahu keadaan yang berlaku kepada 2 exco Perak tidak perlu dibimbangkan. Tidak akan berlaku sebarang loncatan, mahupun lompatan. Kerajaan Perak tetap kukuh dengan majoriti lebih dari 1 ahli. Jangan bimbang ! kata beliau menutup bicara.

TP -Alhamdulillah Amin... walau macam manapun yeop... jangan dok seghonok sangat... depa tunggu hangpa buat silap je... masih awal lagi untuk hangpa berehat... malam masih panjang... esok masih ada... beringat sebelum kena...

Yang lali selalunya kita, musuh takkan lalai menunggu kita berbuat lalai...

Hangpa paham ka dak...???

Perak: Malam Yang Mendebarkan - malaysiakini

2 Exco Perak diura-urakan bakal keluar parti (PKR) malam ini untuk menyertai UMNO. Pasukan Khas UMNO juga sedang cuba melakukan apa saja untuk membawa YB Nasarudin (Bota) kembali kepada UMNO bagi mencukupkan bilangan kerusi BN untuk membentuk Kerajaan Perak yang baru secepat mungkin.

Perakexpress.com melaporkan Jamaludin Mohd Radzi (PKR - Behrang) dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu (PKR - Changkat Jering) telah ditahan oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan military police. Kedua-duanya dipercayai sedang berada di Pekan, Pahang bersama Dato' Seri Najib Razak.

Petugas AMK sedang mengawasi kediaman YB Nasarudin di Bota berikutan khabar tentang cubaan menculik ADUN Bota itu untuk misi pembentukan kerajaan BN Perak. Nasarudin dikatakan mendapat tawaran jawatan Menteri Besar jika sedia kembali bersama UMNO.

----------------------------------------------------------------------

SOLAT HAJAT DI SELURUH NEGARA

Umat Islam diseru agar bersolat hajat pada malam ini memohon pertolongan Allah SWT menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak. Solat hajat dan munajat untuk maksud ini disarankan supaya diteruskan oleh pendokong Pakatan Rakyat beragama Islam setiap hari.

----------------------------------------------------------------------

NASIHAT PENTING UNTUK JAMALUDIN & OSMAN

Adalah hak kamu untuk memilih parti mana pilihan kamu. Jika kamu memilih UMNO ... silakan berbuat demikian! Kami menerima dengan lapang dada dan penuh keterbukaan. Andai UMNO dapat memujuk atau membeli seorang lagi ADUN Pakatan Rakyat selepas kamu berdua, maka bertukarlah Kerajaan Negeri Perak daripada PR kepada BN. Jika hal itu berlaku, maka amat besarlah saham kamu kepada peralihan itu.

Kami pasti tabah menghadapi realiti. Dulu parti kami bukan kerajaan. Sekarang sebagai kerajaan. Jika kembali menjadi parti bukan kerajaan, kami tidak kekok kerana telah lama berpengalaman. Namun kami PASTI tidak akan melupakan kamu jika kamulah sebab dan puncanya.

Kamu juga tidak mungkin dapat meneruskan kehidupan dengan hati yang tenang walau pun tiada siapa di kalangan kami yang akan menyakiti kamu. Kamu akan 'tak keruan' seumur hidup bersebabkan gangguan dari dalam diri kamu sendiri. Allah tidak pernah lalai daripada memerhati dan mengawasi kamu dan kami.

Tak mungkin ada alasan yang wajar bagi kamu untuk mendiami rumah UMNO yang jijik itu. Kamu sendiri lebih tahu kebangkrapan nilai dan prinsip dalam tubuh UMNO. Kamu juga tahu betapa jahatnya UMNO termasuk rencana memerangkap kamu dengan tuduhan rasuah.

Sebelum melangkah jauh, kamu dinasihatkan supaya beristikharah memohon ilham dan petunjuk daripada Yang Maha Mengetahui. Jika benar kamu masih beriman kepada Allah maka itulah satu-satunya sumber penentuan langkah yang pasti benar dan tidak akan merugikan kamu. Bertanyalah kepadaNya!

----------------------------------------------------------------------

NASIHAT KEPADA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT

Woi...!!! Rilek laaa beb..!!! Khabar ini masih belum sahih. Belum ada apa-apa pengumuman yang resmi. Be cool...!!!

Kah kah kah kah kah... woi..! kau ingat boleh rilek ke? ptuih..!

Dipetik dari jeritan minda politik malaysia

Rakyat Perak, Ayuh Sama-Sama Berdoa - malaysiakini

BERITA TERBARU AKU DAPAT DARI SUMBER MENTERI BESAR PERAK. SAAT NI BELIAU SEDANG MELAKUKAN SOLAT HAJAT...

SEMOGA SEGALA YANG DATANG INI MERUPAKAN UJIAN DARI ALLAH...

DAN JUGA KITA SEMUA HARUS BERSAMA-SAMA MEMOHON AGAR ALLAH S.W.T MEMBERI KEKUATAN KEPADA BELIAU DAN SEMUA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT...


SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PERAK DARUL RIDZUAN...


-sya~reformis

2 Ahli PKR Lompat Malam Ini..? - malaysiakini

Update 8:00pm - Dekat bawah ni ialah pekeliling yang diedar oleh PKR bertarikh 31hb. Januari, 2009... Sila klik imej kalau tak dak kanta pembesar.

Dekat bawah ni pulak sms yang aku terima dari seorang pemaklum yang boleh dipercayai:
  • 2 pkr will cross 2nite. they have been captured by Army Police and SPRM. they are now in Pekan with Najib. tq.
Orang Pekan tolong sahkan perkara ni (bahawa Najib berada di Pekan)... kalau betul, maka dengan ini kita isytiharkan perang keatas SPRM...!!!

Ternyata SPRM hanya alat untuk sesetengah politikus kotor lagi jahanam...!!!

Kemaskini dari PerakExpress :

kemaskini 1942:

Maklumat dari Kulup Sakah.

Dua EXCO ini ditahan oleh oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia) dan military police. Sekarang berada di Pekan Pahang bersama Najib Tun Razak.

Kemaskini 19.34:

Maklumat yang diterima, kedua-dua EXCO ini sedang berada dirumah Najib Razak dan akan membuat pengumuman bila-bila masa.

Dalam masa yang sama, keadaan diBota agak runcing…Rumah YB Nasaruddin sedang dikawal oleh AMK Perak berikutan cubaan untuk menculik YB Nasrudin.

YB Nasrudin ditawarkan jawatan MB sekiranya beliau bersedia kembali semula kedalam Umno.

Mesyuarat MPT PKR baru saja habis dan hampir dipastikan bahawa dua EXCO PKR Perak, Jamaludin Radzi dan Kapt. (B) Osmain Jailu akan membuat pengumuman kelura PKR dan menyertai UMNO.

Mesyuarat MPT PKR tadi gagal menghubungi kedua-dua EXCO ini secara peribadi, tapi menerusi orang perantaraan, dua EXCO ini sudah bersedia untuk bertukar parti.

Apa kesudahannya?…Apakah mungkin berlaku pilihanraya kecil? Atau Umno kembali merampas Perak?

Tunggu malam ini.

Posts Berkaitan:
  1. ADUN PKR ugut keluar parti
  2. Dua Exco PKR Perak .. sesenpun tak laku
  3. Keluar BN, kejutan kedua bakal berlaku di Perak dalam masa terdekat?
  4. MB Perak nafi dua exco sertai BN
  5. Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Amaran Pertama 45': Fairuz TKM1 Buat Hal Lagi..! - malaysiakini

Entah ! Sampai bilalah Mohammad Fairus Khairuddin akan berubah sikap berhenti menyalahkan orang lain bagi menutup kebobrokannya.

Bukan sekali, tapi telah berpuluh, beratus kali episod yang sama ini berulang.

Pada 29 Januari lalu (Khamis), Fairus tidak hadir mesyuarat Jawatankuasa Tanah yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dengan alasan dia tidak tahu.

Seperti biasa, dia akan menuding jari menyalahkan orang lain. Kini para pegawainya menjadi sasaran, dia menyalahkan mereka, kononnya tidak memaklumkan kepadanya.

Padahal para pegawainya telah memaklumkan kepadanya sejak awal lagi.

Fairus, satu-satu pemimpin Melayu daripada keADILan yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan.


Mesyuarat
bermula jam 2.30 petang, tetapi dia hanya hadir ke pejabat jam 5.00 petang.

Itupun dia hadir setelah didesak berkali-kali oleh salah seorang pegawainya agar hadir mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan PDC yang dipengerusikan TKM 2, Prof. Dr Ramasamy yang dijadual pada jam 5.00 petang pada hari yang sama.

Mesyuarat pada tingkat 28 Komtar pada hari itu pun, dia tidak tumpu perhatian, asyik keluar masuk bilik menjawab panggilan telefon.

“Dia langsung tidak profesional,” jelas sumber yang turut hadir mesyuarat.

Pada 7 Januari lalu, Fairus tidak hadir mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri, dengan alasan yang sama, dia tidak tahu. Walhal, semua exco telah sedia maklum tentang mesyuarat mingguan tersebut.

Dalam pada itu, Fairus turut ‘kencing’ tiga pemimpin kanan Keadilan Pulau Pinang, apabila tidak hadir program yang diatur untuknya pada 24 dan 25 Januari lalu di Pulau Langkawi.

Difahamkan, sebelum itu Fairus telah bersetuju untuk hadir.

Pemimpin berkenaan di antara para pengampu yang cuba mengambil kesempatan atas jawatan TKM 1 itu.

Mereka cuba menyelamatkan kedudukan Fairus agar pemimpin tertinggi parti tidak mengambil tindakan terhadapnya, meskipun mereka mengetahui kebobrokan Fairus.

Mereka dikatakan sedang menyediakan laporan untuk diserahkan kepada Anwar Ibrahim, kononnya Fairus telah mengubah sikap buruknya.

Bangkai gajah tidak mungkin boleh ditutup dengan sehelai lalang,” ujar seorang teman.

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

TP - jadi apa la tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim ya?

Aduan demi aduan dah berbakul-bakul...

Keluhan-demi keluhan dah berbaldi-baldi...

Kiranya DSAI ni bekerja untuk rakyat ke macm mana?

Rasanya dah cukup dah masa yang di beri oleh berbagai pihak yang mengadu... penduduk setempat, raka sekerja, sahabat handai, ahli PKR sendiri, AMK, kira semua pihak dah bagi banyak peluang... sampaikan KM LGE pun terpaksa bersuara supaya DSAI "MENDISIPLINKAN" ahli PKR...

Apa tindakan DSAI? tak dak tindakan..? bubar EXCO PKR negeri je???

Ok... ni tindakan aku... 1st kita pakai 45' dulu... amacam DSAI? gayat tak? kalau tak gayat boleh try pulak 90' pastu 135' pastu 180'... amacam?

50 Pendidik Pahang Ditukar 24 Jam??? - malaysiakini

tok iskandar

Tok dapat sumber berita 50 pendidik (guru,ustaz dan ustazah) seluruh Pahang telah ditukarkan dalam tempoh 24 jam pada awal tahun ini.

Ini kes naya. Berpisah dengan keluarga tersayang,terpaksa berulang jauh, rayuan dilengah-lengahkan dan macam-macam lagi.

Apa ke halnya Jabatan Pelajaran Negeri Pahang bertindak sedemikian dengan menyusahkan bangsa sendiri.

Sejak Datuk Azmi, bekas Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang menjadi Pegawai Khas Hishamuddin di Kementerian Pelajaran, semakin kuat UMNO menekan guru-guru yang menyokong pembangkang. Ramai yang tidak tahu Datuk Azmi ketika menjadi Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Pekan.

SPRM kena siasat perkara ini kerana ada unsur salahguna kuasa. Terdapat cikgu-cikgu yang ditukarkan ini cikgu yang cemerlang prestasi kerjanya dan disayangi ibu-bapa murid-murid.

Tok cadangkan SPRM memulakan siasatan di Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Ustaz Ishak,Penyelia agama Islam Pejabat pelajaran daerah Temerloh sedang disoalsiasat oleh SPRM berhubung rasuah politik melibatkan orang kuat Khairi, Norza Zakaria. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ustaz Ishak ialah seorang ketua cawangan UMNO.

Jika kena gayanya,dua-dua kes ini dapat disettlekan oleh SPRM. Perluaskan skop siasatan kepada Ahmad Sanusi(abang Ismail Said,ahli parlimen Kuala Krau),Laily(bahagian pertukaran dan haji Nadzri(Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh).

Alang-alang menyiasat eloklah SPRM siasat sekali punca kelewatan menyiapkan bangunan baru Sekolah kebangsaan Jalan Bahagia yang sepatutnya sudah siap.

Tok juga mahukan kerajaan negeri Pahang dan kementerian pelajaran membersihkan sekolah kebangsaan Jalan Bahagia yang ketika ini sarat dengan nepotisme dan kronisme, ada yang sedara mara, sekampung tapi di sekolah yang sama.

Sekolah ini telah lama didominasi guru-guru yang kuat UMNOnya. Cikgu-cikgu yang menyokong pembangkang pernah ditukarkan serta-merta.

Tahun lepas, kes sms di antara cikgu yang kuat UMNO dengan cikgu yang pro pembangkang telah sampai ke pengetahuan pegawai pelajaran Daerah Temerloh, Hajah Narimah. Puncanya cikgu perempuan, Jamaliah yang kuat UMNO telah menghantar sms provokasi kepada cikgu yang menyokong pembangkang

Cikgu itu membalas semula sms dan smsnya telah dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh. Dia telah dipanggil ke Pejabat Pelajaran Daerah Temerloh dan dibicarakan di depan Hajah Narimah, Sanusi dan Laily.

Pelik juga macamana sms itu sampai ke pengetahuan Pejabat pelajaran Daerah Temerloh. Rupa-rupanya cikgu wanita itu jiran sebelah rumah Ismail Said, ahli parlimen Kuala Krau.

Suaminya pula Mazlan, GPK sebuah sekolah di Jengka ialah pembantu khas YB Chua, ADUN Mentakab.

Tok heran pemimpin UMNO sekarang buta dan tidak reti membezakan kepentingan mendidik anak bangsa dengan kepentingan menyokong BN.

Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia suatu ketika dulu Aminuddin adalah guru besarnya. Aminuddin juga adalah bekas Setiausaha UMNO Bahagian temerloh dan bekas setiausaha sulit datuk Saifuddin Abdullah, ahli parlimen Temerloh. Dia pernah menukarkan uniform pengawas daripada hijau kepada biru. Penggantinya Mohd Ali, pernah menjadi seorang pegawai di Pejabat pelajaran daerah Temerloh berasal dari Rembau juga seorang yang kuat UMNO.

Di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia ini ada cikgu yang telah berada di sini melebihi 10 tahun dan ada kakitangannya yang telah bekerja lebih daripada 15 tahun.

Tok cadangkan mereka ini seperti Aminah, Jamaliah, Akbar, Azani. Sazali dan Ustaz Marzuki ditukarkan kerana tidak boleh langsung menerima kehadiran cikgu-cikgu baru yang pro pembangkang. Mereka berbicara politik dan buat provokasi di sekolah boleh.

Kakitangan sekolah seperti Shamsuddin dan Jamlus yang terlalu lama di situ juga patut ditukarkan untuk mengembalikan imej baru Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia. Shamsuddin mempunyai sebuah kedai makan di Temerloh dan berasal dari Rembau. SPRM juga kena siasat kakitangan sekolah untuk mengelakkan tiada gejala pulang awal dari waktu pejabat dan bercuti ikut suka hati.

Bagi diri Tok sendiri apa guna berdengki dan iri-hati hanya kerana parti sendiri sudah tidak diterima anak bangsa sendiri. berlapang dadalah dan terima kekalahan dengan hati terbuka.
rakyat dan orang melayu dah muak dengan UMNO. Tindakan keras seperti ini akan hanya mempercepatkan kejatuhan UMNO dan BN.

Imbas Balik Isu Jalur Gemilang Berbucu-Bucu - malaysiakini

Dulu aku ada post dekat [sini] pasai jalur gemilang berbucu-bucu masa PM buat lawatan ke uzbek... time tu ramai yang duk hentam cakap tipu lah, cakap photoshop la, tak kurang yang nak buat repot polis, nak bagitau tv3 dan bagai bagai... hari ini aku nak flash back kan semula. tengok lah gambo dekat bawah ni:



Malaysia ada berapa negeri? dalam 3 orang pemimpin Malaysia yang ada dekat situ, tak sorang pun tak perasan? PRIHATINNYA hangpa...!!!

Tak kan dalam 3 orang tu, sorang pun tak leh nak bukak mulut tegur kesilapan tu? tak kan la sebab Malaysia dapat kontrak dengan Uzbek, benda macam tu pun kita dah tak leh nak tegur?

persoalannya: Bendera MALAYSIA ada berapa bucu bintang?Cuba kira reramai.

UNTUK MEMBUKTIKAN DAN MENAFIKAN BAGI ORANG YANG BUAT TUDUHAN CAKAP TIPU,PHOTOSHOP DAN BAGAI-BAGAI TENGOK KAT BAWAH NI PULAK:


laporan berita dari the star
  • Wednesday November 19, 2008
  • Abdullah to intervene in tussle
  • By SARBAN SINGH
  • TASHKENT (Uzbekistan): Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will meet Wanita Umno leaders upon returning from his working trip abroad to find an immediate solution to the power transition plan in the women’s wing.
  • The Umno president, who returns on Friday, expressed concern that there might be a split in the wing if its top post was contested.
  • He said he had been told that Wanita Umno was facing problems with a leadership transition issue and seemed to be in a dilemma because there were many members apparently unhappy that there would be a contest for the wing’s presidency.
  • “I do not want to see infighting in the wing. I do not want to see a divided Wanita Umno,” he told Malaysian reporters on Monday at the sidelines of his three-day official working visit to Uzbekistan.
  • Abdullah, who is also Prime Minister, was asked to comment on the leadership transition plan mooted by Wanita chief Tan Sri Rafidah Aziz, who said she would hand the top post over to her deputy Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil in June next year, three months after the party’s annual general assembly.
  • But the wing’s executive committee member Datuk Kamilia Ibrahim announced her bid for the post of deputy after qualifying for it.
  • Kamilia had said there was no provision in Umno’s constitution for leadership transitions and neither was it a party practice.
  • On Sunday, Shahrizat made an about turn when she urged Rafidah to hand over power in March.
  • The wing’s executive council rejected this and urged Shahrizat to stick to the earlier plan.
  • Abdullah said he was not throwing his support behind any candidate.
  • “I do not want members to speculate that I am supporting a particular candidate. I am doing this because I want the wing to remain united,” he said.
  • Abdullah said he was also saddened by what was happening in the wing and hoped to find an amicable solution quickly.
  • He said that initially he did not wish to get involved in the power transition issue and hoped that the wing’s members would solve matters on their own but that did not happen.
  • In agreement: Abdullah and Uzbekistan President Islam Karimov witnessing the exchange of documents between Unity, Cultural, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Shafie Apdal and Uzbekistan Commission for the Coordination of Science and Technology chairman Shavkat Salihon at the Presidential Residence in Durmen, Uzbekistan, on Monday. — Bernama
  • On other matters, Abdullah said he had asked AirAsia chief executive officer Datuk Seri Tony Fernandes to look into the viability of providing a direct air link between Kuala Lumpur and Tashkent.
  • “I told him of the opportunities here and he said AirAsia would study this immediately.
  • “It will be good if a Malaysian carrier can also provide air services to this part of the world,” he said.
  • The only direct link between both capitals is provided by Uzbekistan Airways, which has been flying the route twice weekly since 1996.
  • Abdullah said Malaysia was also prepared to take in more students from Uzbekistan for tertiary education. At present, there are some 70 students from here studying in Malaysia
TAK CUKUP BUKTI LAGI...??? NAK LAGI...???

cubo tengok dalam official website of the prime ministers office of malaysia

http://www.pmo.gov.my/?menu=gallery&id=996&page=1737


Apa-apahal aku print screen dah siap-siap... mana la tau depa nak delete macam kes Ustaz Ramlang Dulu kan... keh keh keh keh keh... Bangang hai..!





Lagi sekali...

Pak Lah... Khak Ptuih...!!!®

*apa kata penyokong UMNO geng-geng GOMO, PerakBangkit, PPC dan yang sewaktu dengan hangpa...???

Anak Saudara TGHH Maut Dilanggar CRV Milik KPN - malaysiakini

Anak saudara Presiden PAS, Abdul Qahar Mansor maut dalam satu kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu kira-kira jam 10 pagi semalam.Beliau dilanggar oleh sebuah kereta Honda CRV nombor plat WNN 6517 yang didaftarkan atas nama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Qahar yang berusia 23 tahun maut selepas dilanggar Honda CRV dipandu seorang anggota polis yang dikenali sebagai Lans Koperal Mohd Farez di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.Menurut peguam keluarga mangsa, Fariz Mustafa, kemalangan tersebut terjadi ketika mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Rusila menuju ke Kuala Terengganu.

Ketika sampai di sekitar Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Ibai, motorsikal yang ditunggangi beliau dilanggar kereta yang dipandu Mohd Farez yang baru sahaja selesai membeli keropok di sebuah kedai berhampiran yang ingin membuat pusingan U di jalan tersebut.

"Kereta tersebut berada di sebelah kiri jalan terus membuat pusingan U tanpa memberikan signal malah secara tiba-tiba menukar line, menyebabkan motorsikal yang ditunggangi arwah gagal mengawal keadaan sehingga menyebabkan beliau maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harakah.

Tambahnya, saksi di tempat kejadian memaklumkan Mohd Farez meninggalkan kereta tersebut di lokasi kemalangan tanpa kunci kenderaan tersebut yang menyebabkan pihak polis trafik sukar mengalihkannya.

"Malah, menurut anggota polis di beliau(Mohd Farez) kini telah pulang ke Kuala Lumpur manakala kereta tersebut ditinggalkan."Akibat kemalangan tersebut, kereta tersebut mengalami kesan kemek di pintu sebelah kanan," ujarnya.

Walau bagaimanapun, Fariz memberitahu Harakah bahwa pihaknya akan membuat dakwaan terhadap kes tersebut di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan iaitu kesalahan kecuaian memandu sehingga menyebabkan kematian.Jelasnya, pemandu terbabit sepatutnya direman untuk siasatan kerana kemalangan tersebut melibatkan kematian.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mohd Hisham Awang berkata pihaknya kesal dengan sikap yang ditunjukkan oleh Lans Koperal Mohd Farez yang begitu ego ketika diminta memberi kerjasama kepada penduduk setempat sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku.

-PRO REFORM

Kepala Kugan direjam dalam air? - malaysiakini

Dalam berita bertajuk "Experts: Was Kugan drowned?" Malaysiakini melaporkan seorang pengamal perubatan kanan berkata, kepala Kugan yang ditahan berkaitan kes kecurian kereta mewah mungkin direjam ke dalam baldi berisi air seperti siksaan "water-boarding torture" (lihat gambaran pelukis) yang dilakukan ke atas tahanan di Guantanamo Bay.

Sebelum itu, Malaysian Insider melaporkan bahawa bedah siasat kali kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya menemui kecederaan di bahagain luar tubuh Kugan. Pihak polis pula mendakwa Kugan mati disebabkan jangkitan paru-paru berair.

Ketika saya ditahan di lokap IPD Sentul, saya mendengar beberapa orang rakan selokap (saya tak tanya apa kesalahan mereka) menceritakan, kadang-kadang polis menyiksa dengan melumurkan cili pada kemaluan orang kena tahan (OKT) atau memasukkan cili ke dalam dubur OKT untuk mendapatkan maklumat. Pukul bantai tak payah ceritalah. Itu dakwaan mereka.

Saya tidak tahu benar atau tidak. Saya tak pernah tengok. Yang saya nampak ialah bengkak di kepala dan luka-luka pada salah seorang dari mereka. Dia mendakwa dikerjakan polis yang menyoal siasatnya.

Beliau yang ditangkap atas tuduhan rompakan bersenjata (dia yang bagi tau) menceritakan kepada saya, tempat penyiksan paling teruk dan paling ditakuti di negara ini ialah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Hang Tuah. Saya dengar sahaja. Sepatah pun tak jawab. Mana aku tau betui ka, dak ka.

Pada masa ini, saya hanya teringat jawapan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh di Dewan Rakyat pada tahun lepas yang dibangkitkan oleh Haji Husam Musa di mana seramai 1,535 orang mati semasa dalam tahanan polis, hanya dalam tempoh 4 tahun iaitu 2003 hingga 2007.

"Adakah ini tidak menakutkan? Angkanya tak jauh dengan kematian ummat Palestin akibat serangan Israel!" katanya.

~Penarik Beca

11 cawangan 'Umno' bubar !! (Terkini dr. Bota) - malaysiakini

Terkini dari Stadium Bakri Rais, Bota Kanan ! - 11 cawangan Umno telah dibubarkan malam ini - Cawangan Umno tersebut ialah di Lambor Kiri, Bota, Parit, Kubang Candung, Kg. Selat Bota Kanan dan beberapa cawangan lain. Suasana di tapak ceramah - padang mini melaut dengan rakyat. Dianggarkan hampir 15 ribu orang membanjiri Pekan Bota Kanan malam ini. Gerai makanan jadi tumpuan, tokey bihun sup gearbox dah mula senyum ! Periuk sup dah hampir kering ! Jajaan dah nak habis !

Dato' Nasa menjelaskan bahawa tiada duit dan pangkat yg ditawarkan kepada beliau untuk melompat parti, ia datang dengan keihklasan hati demi rakyat. Wow ! ramai juga orang-orang Umno yg datang ceramah malam ini ! Syhhh...., sumpah cakap lu, ini ler ceramah sulung PR yg kaum gerombolan datang dengor secara live! Ramai yg terkejut, Dato' Nasa lagi ler terkejut tengok punya la ramai orang, katanya tak pernah dia berceramah depan orang yg macam ini punya ramai ! Selalunya dalam ceramah umno, kerusi yg ramai dari orang..wakakaka !!

Anwar tengah layan syiookkk..! Kaw..kaw..punya cerita beb! Anwar bilang, berpuluh2 Adun dan Ahli Parlimen BN calling-calling dia, jumpa secara sulit-sulit, tapi nak lompat masih takutt..takutt!, nak buat macamana nanti miss soru...! MB Perak tak dapat datang malam ni, ada hal katanya..mungkin dok tengah bincang hal 4 mata dgn 2 orang Adun BN yang nak loncat hari cuti ni kot! Woi..jangan la main sorok2...boring laaa !!

ABO@al-Banjari - terima kasih kepada sahabatku ude kenang yang memberi input kpd teman tentang suasana 'seronok' dari Bota Kanan, Perak malam ini !

Friday, January 30, 2009

Apa Akan Jadik Kalau......... - malaysiakini

TGNA habaq tadi UMNO doh nok mapuh...

Jadi aku terfikir...

Apa akan jadik kalau UMNO tak dak haaa...???

-

-

-

-

-

-

-

-

-

Hangpa rasa macam mana?

Salah Kita - malaysiakini

ALOR STAR: Akibat tertekan dengan cemuhan segelintir masyarakat Islam kerana memiliki tatu, seorang mualaf mengelar lengan kanannya untuk menghilangkan tatu warisan keluarganya itu lebih lima kali dengan menggunakan pisau cukur, semalam.

Perbuatan Anas Phoon Abdulllah, 30, mengelar lengannya nyaris membawa maut apabila dia kehilangan banyak darah.

Difahamkan, tatu terbabit dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.

Apa yang menyedihkan Anas, kehadirannya untuk menghayati ajaran Islam bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah turut disisih keluarganya sendiri.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Anas, seorang peniaga minyak wangi nekad mengelar lengannya di belakang tandas sebuah masjid di Telok Kechai, Kuala Kedah, selepas berputus asa dengan penghinaan masyarakat serta nasib menimpa dirinya.

Menurut rakannya, Mohd Firdaus Razali, 22, Anas pernah beberapa kali mengelar lengannya untuk membuang tatu itu yang menjadi punca tindakan segelintir masyarakat menghinanya.

"Malah, dia sering menangis setiap kali menceritakan pengalamannya kepada saya yang dicerca masyarakat.

"Tidak cukup dengan itu, Anas sedih apabila kembali daripada menziarahi keluarganya di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina, empat hari lalu. Ini disebabkan dia tidak disenangi anggota keluarganya," katanya yang mula mengenali Anas sejak setahun lalu.

Mohd Firdaus berkata, tindakan Anas pada malam kejadian menggambarkan kekecewaannya memuncak akibat memendam perasaan sejak sekian lama menanggung masalah menimpa dirinya.

Bagaimanapun, keprihatinan Mohd Firdaus menyelamatkan Anas apabila menyedari dia tidak muncul di gerai mereka seperti biasa.

Katanya, dia menghubungi Anas beberapa kali dan sebaik panggilannya dijawab, rakannya itu memohon maaf seolah-olah sudah melakukan kesilapan besar.

"Dia (Anas) berulang kali mendakwa melakukan kesalahan dalam nada terputus-putus seperti seorang sedang menahan kesakitan. Selepas didesak, Anas kemudian memberitahu saya tempat dia berada sebelum mematikan talian telefon.

"Saya segera bergegas ke sana dan mendapati Anas sudah terkulai layu di belakang tandas masjid itu selain lengan dan pakaiannya dipenuhi darah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chengai, dekat sini, semalam.

Dia segera menghubungi rakan lain sebelum berlari memasuki bilik Anas bagi mendapatkan kain.

Sekembali semula kepada Anas, dia mendapati mangsa seperti nyawa ikan dan mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah.

"Saya segera membalut tangannya bagi menghentikan pendarahan itu sebelum rakan lain datang dan mengusung Anas masuk ke bilik," katanya.

Anas segera dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dan luka serius.

Mohd Firdaus berkata, Anas pernah memberitahunya bahawa tatu pada lengan kanannya itu dibuat ketika dia berumur belasan tahun yang menjadi tradisi keluarganya.

Mangsa memeluk Islam ketika berusia 20 tahun selepas tertarik dengan cara hidup Islam.

Dia hairan simbol tatu itu menjadi isu besar sehingga memberi tekanan kepada kehidupan harian Anas.

"Sepatutnya masyarakat memberi panduan kepadanya yang memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Memang ada orang memberi sumbangan kepada Anas yang menerimanya sebagai rakan baru dalam Islam," katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid turut membantu Anas dengan memberi sebuah bilik tidur selepas melihat kesungguhan Anas mendalami cara hidup Islam.

Justeru, dia berharap tiada pihak lagi mencemuh Anas hanya kerana tatu itu, sebaliknya memberi sokongan serta bimbingan untuk menghayati ajaran Islam sebenar.

TGNA Silap... UMNO Bukan Nok Mapuh..! - malaysiakini

Kenyataan TGNA hari ni berbunyi begini :
  • Perkembangan dalam Umno sekarang menunjukkan parti itu hilang daya tarikan sehingga ada pemimpinnya yang berpaling tadah.
  • Katanya, kalau diibaratkan sebatang pokok, Umno kini sebuah parti yang hampir mati dan akan gugur sendiri dahannya satu persatu sebelum menjadi pokok mati.
  • “Umno kini tiada daya tarikan atau `graviti’ untuk menarik rakyat menyokong perjuangannya dan ini menyebabkan ramai ahli dan pemimpinnya mula berpaling tadah menyertai parti pembangkang, terutama Pas,”.
Ambo nok perbetul sikit kenyataan TGNA tu... bukan bermakna kenyataan TGNA tak betul, tapi bagi ambo "kurang tepat".

Bagi ambo UMNO sebenarnya bukan nok mapuh, tapi UMNO ni doh mapuh.

Doh mapuh bagi ambo, bendo hok nok mapuh, masih ada guna dia untuk kita... contoh macam TGNA bagi... pokok hok nok mapuh... kita masih boleh berteduh dibawah pokok hok nok mapuh... tapi... boleh ke kita atau sesiapapun berlindung dibawah UMNO?

Jawapannya tok leh..!

Pokok hok nok mapuh ni kadang-kadang ada jugak burung pi buat sarang... (campur pantai timur ngan utara la pulak... ah... bantai la... MAJMUK... hahaha...) tapi dekat pokok UMNO ni burung bodoh pun tak kelapaq nak buat sarang... tak gitu?

Pokok hok nok mapuh ni, dia ada daun-daun kering dan jugak kayu-kayu kering yang kita boleh buat bahan untuk pembakaran... tapi UMNO ni tak dak apa dah... kosong, sifar, nandri, yillek...

Ni bukan pokok yang nok mapuh... ni pokok yang doh mapuh... dah reput... apa pun tak leh pakai... tinggal... tinggal... ai... tinggal apa ya? tinggal nama je lahhh...

Kayu reput nak buat apa a?

Aaahhhhhh... BUAT BODOH JE LAHHH...

Oit...

UMNO tu apa woi??? macam pernah dengar la... tapi dimana ya???

Lompat Lagi: Lagi Berita Khabar Angin, Jangan Percaya..! - malaysiakini

  • Menteri besar Negeri Sembilan menafikan desas-desus beberapa Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional akan menyertai pembangkang - rujuk [sini].
Hah...!!! jangan percaya..!

Ini semua "khabar angin"...

Ini semua "fitnah" nak menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional..!

Ini semua berlaku lepas dinafikan..! macam berita Tajol Rosli letak jawatan...

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah...!!!*pinjam gelak Tukar Tiub

Terbukti Pakatan Rakyat Menjunjung Keadilan - malaysiakini

2-3 minggu lepas gamat Negara Malaysia dengan isu tahanan mati dalam lokap semasa sessi soal siasat. PDRM dibelasah teruk oleh Pakatan Rakyat manakala Media Perdana yang mewakili Kerajaan pula menuduh Pakatan Rakyat sebagai cuba memenangi isu tersebut dengan agenda perkauman.

Seolahnya Pakatan Rakyat membela penjenayah dalam hal ini. berbagai pihak menyalahkan Pakatan Rakyat didalam isu ini kerana dikatakan cuba memainkan sentimen perkauman supaya timbul suasana kurang baik diantara kaum majmuk di Malaysia.

Jelasnya apa yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat ialah soal keadilan. kezaliman bukanlah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah hatta yang melibatkan orang tahanan.

Tapi ramai yang masih kurang faham atau sengaja menutup mata akan isu sebenar yang cuba diutarakan olek Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tetap dituduh sebagai cuba memainkan sentimen perkauman dalam hal ini.

Tetapi apa yang berlaku semalam telah membuktikan bahawa Pakatan Rakyat konsisten dan jelas dalam perjuangannya menjunjung keadilan tidak kira pada siapa melampaui batas keagamaan dan juga bangsa.

Ini terbukti bilamana seorang ahli UMNO yang ditahan oleh SPRM telah dikasari sepanjang berada dalam tahanan SPRM dan juga sepanjang sessi soal siasat yang dilakukan.

Pakatan Rakyat sekali lagi bangkit membela individu yang dikasari walaupun yang dikasari itu ialah seorang ahli UMNO dan individu itu juga adalah suspek dalam kes rasuah. hari ini pula Dewan Pemuda PAS mengecam tindakan SPRM (rujuk - [sini] ).

Pokoknya ialah KEADILAN. ramai yang tidak jelas. ramai yang menuduh Pakatan Rakyat hanya pandai mengambil peluang.

Hari ini apa kata pencacai-pencacai UMNO/BN bilamana Pakatan Rakyat membela ahli UMNO/BN yang dikasari???

Kalangan komponen Barisan Nasional pula, parti manakah yang bersama-sama mereka ini membela nasib ahli UMNO yang dizalimi??? mana GERAKAN? mana MCA? mana MIC? mana PBS? mana semua rakan-rakan UMNO didalam hal ini?

Aku yakin, kalau mereka-mereka ini mengusul satu demonstrasi membantah kezaliman SPRM, bila-bila masa sahaja Pemimpin-Pemimpin dan Penyokong-Penyokong Pakatan Rakyat akan bersama-sama UMNO turun padang menyatakan bantahan..!

Apa kata pembaca??? aku tetap bersama mereka-mereka yang menjunjung keadilan tak kita dari UMNO atau PKR atau PAS atau DAP atau mana-mana pihak...

DEMI KEADILAN...!!!

SPRM Boleh Blah...!!! - malaysiakini

Majlis Tertinggi (MT) Umno kini sedang bermesyuarat dengan sekumpulan ahli dipercayai, anggota Pemuda dan Putera, mengadakan 'demonstrasi' membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam soal membanteras gejala politik wang.

Mereka menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM, yang didakwa keterlaluan dan kasar semasa menyoal siasat 39 orang berhubung politik wang di Pahang baru-baru ini.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Zuraidi Abdul Rahim iaitu perwakilan dari Baling berkata, tindakan SPRM itu telah mencemarkan imej mereka.

Beliau mendakwa mewakili kira-kira 2,500 anggota Pemuda.

"Dua atau tiga orang daripada mereka telah membuat laporan polis," kata beliau kepada wartawan di sini malam ini.

Kumpulan itu berhimpun di pekarangan Menara Dato Onn di sini dengan membawa sepanduk tertera mesej "Lembaga disiplin sudah nyanyuk", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Kami menolak SPRM, boleh blah".

Enpon, Kemera Tak Leh Wat Masuk??? ye keee......???

Update 2:43pm - Brader Lekir has left a new comment on your post "Hoit DSAI..! Baca Ni Dulu Sebelum Pi Bota..! - mal...":

ha ha ha...
bleh ker engko ambik gambar kertas undi???
setau aku, enpon, kemera tu semua tak leh bawak masuk... ker engko buat sendiri kertas undi tu???

bangang punya perisik lucah...
kan sekarang dah susah...
hah hah hah...
aku tgk jer la telatah ko nie skrg...

Soklan untuk Brader Lekir - enpon kemera tak leh bawak masuk???

Aik? undang-undang mana tu??? Brader Lekir penah mengundi ke tak pernah??? Aik???

Klik [sini] kalau nak tengok...

Pemuda PAS Kecam Cara SPRM Buat Siasatan - malaysiakini

Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan (pemudawilayah) mengecam tindakan ganas sekumpulan penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membelasah seorang pemimpin Umno Maran, Halimi Kamaruzzaman, yang dipaksa mengaku terlibat dalam kes rasuah ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria.

Walaupun beliau seorang pemimpin Umno, kami melihat kes ini atas dasar kemanusian dan hukum Islam. Bagi Pemudawilayah itu bukanlah cara yang betul untuk pihak SPRM membuat siasatan, ianya juga melanggar batas kemanusian dan hukum Islam.

Kes ini seolah-olah ingin mengulangi kes kematian seorang tahanan Polis, A. Kugan yang mati ketika masih dalam siasatan di Balai Polis Taipan, Subang Jaya minggu lepas.

Ternyata kezaliman yang berlaku dibalik 'premis berlesen besar' milik negara ini semakin galak dan ia sudah tidak mengenal latar belakang dan juga mangsanya. Penjenayah beruniform seolah-olah mendapat restu yang besar dari pegawai tinggi mereka.

Pemudawilayah mengakui bahawa tidak semua anggota penguatkuasa di negara ini yang bersikap sedemikian tetapi tindakan beberapa pegawai berpangkat tinggi mengarahkan atau melindungi kejadian sedemikian rupa amatlah dikesali.

Pihak berwajib perlu menubuhkan satu Jawatankuasa Khas bagi meneliti kaedah siasatan yang dilakukan oleh agensi penguatkuasa di negara ini.

Segala aduan dan juga kes yang dilaporkan perlulah disiasat agar mangsa mendapat pembelaan yang sebenarnya.

Sama ada mangsa benar-benar penjenayah atau tidak mereka juga manusia dan perlu dilayan seperti manusia. Mereka bukan haiwan atau apa sahaja yang boleh dipukul, diterajang dan diseksa sedemikian rupa.

Tahanan ISA menerima nasib yang lebih buruk

Jika didalam lokap untuk tujuan siasatan sahaja mereka boleh bersikap zalim seperti ini, bagaimana pula dengan mereka yang ditahan dibawah akta ISA.

Mereka yang mengadu didera sepanjang tempoh tahanan tanpa diberikan ruang membela diri, ternyata menerima nasib yang lebih buruk dari pemimpin Umno yang dibelasah oleh SPRM ini.

Pemudawilayah menyeru agar rakyat sama-sama bangkit untuk menolak akta ISA dan juga kaedah-kaedah siasatan yang zalim dan keji ini.

Kekerasan bukanlah cara terbaik


Keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira siapa mereka. Jika mereka benar-benar bersalah carilah bukti yang lebih kukuh tanpa melakukan kekerasan yang melampau seperti yang dilaporkan.

Setiap apa yang dilakukan itu perlulah ada hadnya dan tidak sewajarnya 'penjenayah beruniform' ini dibiarkan bermaharajalela dan dilindungi.

Siasatan perlulah ada fakta dan bukannya sekadar mereka-reka cerita agar tahanan mengaku dan mengikut skrip yang telah diaturkan oleh penguatkuasa.

Ancaman dan ugutan terhadap keluarga tahanan juga adalah satu tindakan biadap kerana tidak menghormati hak mereka yang disiasat.

Sesungguhnya diluar sana memang banyak penjenayah, tapi dalam diam, dibalik 'premis berlesen besar' juga semakin banyak penjenayah, samseng dan kaki pukul beruniform.

Jadilah penguatkuasa yang berakal

Kami hormati tugas penguatkuasa, tapi dalam banyak keadaan penguatkuasa perlulah gunakan akal untuk bertindak bukannya mengambil jalan pintas dan menyiksa tahanan untuk mendapatkan maklumat.

Penguatkuasa bukan penjenayah, mereka sepatutnya menjadi hero rakyat dan melindungi negara. Tapi bila mereka bersikap seperti penjenayah, dimanakah pula rakyat ingin bergantung harap?

Pemudawilayah tetap menolak kezaliman yang berlaku dalam kes A. Kugan, Halimi Kamaruzzaman, tahanan Isa dan juga penunjuk perasaan yang sering dibelasah oleh Pasukan Polis Pencegah Rusuhan (FRU).

Pemudawilayah berharap agar satu Jawatankuasa Siasatan diwujudkan bagi menyiasat salah laku penguatkuasa ini bagi menjaga nama baik institusi keselamatan negara.

Pemudawilayah juga menyeru agar rakyat bangkit bersama dengan Pakatan Rakyat untuk mengubah Kerajaan yang memerintah supaya sistem perundangan dan keselamatan negara dapat diperbaiki berbanding keadaan sekarang.

Kita bukan negara Polis atau pun pengganas, tapi atas kepentingan pemimpin BN rakyat akhirnya menjadi mangsa kezaliman di 'premis berlesen ini'.

* Penulis merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan - Pengarang


BERITA BERKAITAN

Cerita dan pengakuan penyamun zaman BN - malaysiakini

Dah empat kali aku bersembang dengan seorang penyamun veteran yang aktif di Perak, Selangor, Pahang dan Kelantan sejak 20 tahun lalu. Penyamun ini nampaknya turut beralih cara dan halatuju bersama tsunami PRU12. Walau pun masih aktif dalam bisnes yang sama, tapi modus operandi dan hala tuju untungnya nampak dah dimodified. Kalau tak OK sangat pun, kira OK jugalah. Perubahan awal yang ada potensi bertambah baik.

Dia menceritakan satu kes panas yang baru berlaku dan belum selesai lagi pun. Walau pun hanya SATU kes namun begitulah realiti bagi kes-kes yang lain.

Kata si penyamun ... rakan dalam kumpulannya mendapat khabar bahawa kantung Yayasan Perak (YP) dah kontang. YP perlukan duit untuk melaksanakan aktiviti dan program yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan. Maka rakan penyamun pun berundinglah dengan pengurusan atasan YP. YP dicadangkan minta kawasan balak. Yayasan memohon kepada Jabatan Hutan. Kelulusannya dalam mesyuarat Exco. Pendek kata 'kerajaan memohon kepada kerajaan'. Tak kan lah tak boleh dapat.

Ogos 2008 Jabatan Hutan luluskan lebih kurang 40 permohonan balak. Tapi YP tak dapat pun. 15 Januari 2009 Jabatan Hutan luluskan entah berapa puluh permohonan lagi. Tapi YP tak dapat juga. Apa ke jadahnya ni! Kepada berpuluh-puluh individu dan syarikat boleh diluluskan tapi kepada Yayasan Perak tak boleh lulus. Apa masalahnya?

Apabila Pengarah Hutan si Masran ditanya kenapa tak diluluskan kepada YP, selamber kude je dia jawab "YP tak ada tukul besi". Mangkuk ayun si Masran ni. Senang hati je dia nak memperbodohkan orang.

Kata si penyamun, sebelum Ogos 2008, pengurusan YP dah berjumpa dengan MB. Si Masran Tarbus tu pun ada bersama. MB dah catatkan recommendation nya pada surat/kertas permohonan YP kepada Jabatan Hutan. Malangnya YP tak tersenarai dalam kelulusan Ogos itu.

Sebelum kelulusan 15 Januari 2009, sekali lagi pengurusan YP berjumpa dengan MB. Kali ini si Masran tak ada. Yang ada ialah si Kama yang sikit bawah dari Masran. MB catatkan lagi recommendation nya untuk tindakan Pengarah Hutan. Bila senarai kelulusan keluar pada 15 Januari, YP tetap tak dapat juga.

baca selanjutnya di [sini].

Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) - Jawapan Kepada BPN Dan Juga Para Pencacai UMNO

Assalamu'alaikum...

Jadi selama 2 hari ni berlangsunglah debat yang panjang antara Blogger Pembancuh Nescafe dengan Bloggers Network dilaman blog KuihBangkit. ikut pada laporan diblog AbangBuah kemenangan milik Blogger Pembancuh Nescafe...

Jadi aku bagilah kemenangan tu dekat depa (BPN) sebab depa nak sangat kemenangan... ala... tak luak aih...

*ralat 1 - kesilapan : Blogger Pembela Negara bukan Blogger Pembancuh Nescafe...
*ralat 2 - kesilapan : PerakBangkit bukan KuihBangkit...

*ralat 3 - kesilapan : AbangTuah bukan AbangBuah...

TP - Harap maaf atas kesilapan.


Oleh kerana aku tak terlibat dalam perdebatan tu maka tak dapatlah aku nak jawab soklan dari PerakBangkit tu dekat sana... jadi aku cuba jawab dekat sini lah... boleh kan?

Soklan PerakBangkit ialah :
  • Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan oleh DUN Kelantan berbelas tahun yang lalu...Kenapa tak dijalankan?
Jadi jawapannya sebenarnya TDM dah bagi... bukan TGNA atau PAS tak mau jalan Hukum Hudud... tapi...

Hangpa baca sat dekat bawah ni...

---------------------------------------------------------------------

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu "tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)." Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

---------------------------------------------------------------------

Jadi... merujuk kepada surat dari Mahdet dekat atas,

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26),
Bertarikh 8 Jun 1994,
Tajuk : PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN jelas kepada kita bahawa Undang-undang Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) tidak dilaksanakan di Kelantan atas arahan KERAJAAN PUSAT...!!!

- Rujuk : No 7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

Aku suka nak petik ayat ni "maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya"

Maka tindakan sewajarnya ialah menyekat pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan "Demi menjaga Maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya"... betul ke tu?

Jadi geng-geng yang dok berkokok-kokok pasai Hudud dekat Kelantan tu harap boleh jelaslah sekarang ye?

Draf Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (Hudud & Qisas) telah diluluskan didalam perbahasan Dewan yang mulia Kelantan tetapi telah ditolak oleh Kerajaan Pusat dengan alasan "Demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan pengikut-pengikutnya" dan juga dengan ugutan "Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS".

Bukan PAS tak nak laksana Hukum Hudud dekat Kelantan... tapi Kerajaan Pusat yang menghalang.

Kalau tak paham lagi, sah banyak makan semut... tak pun banyak dok kunyah rumput kering...

*ralat - insya-Allah kita akan siarkan scan dokumen asal surat daripada PM waktu itu (Che Det) kepada Kerajaan PAS Kelantan dan juga kita dalam proses untuk mendapatkan Salinan Draf Enakmen Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) yang telah diluluskan oleh Kerajaan negeri Kelantan waktu itu tetapi ditolak oleh Kerajaan Pusat pimpinan UMNO/BN.

-Harap bersabar.

Thursday, January 29, 2009

Hoit DSAI..! Baca Ni Dulu Sebelum Pi Bota..! - malaysiakini

Di dalam kekecohan isu YB Datuk Nasaruddin Hashim meninggalkan Umno kita dapat mengesan sesuatu yang mengambarkan PKR Perak sendiri bergolak secara langsung dan tidak langsung.Esok Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi ke Bota Kanan.

Harap Datuk Seri Anwar akan menanyakan kemana perginya dua exco PKR menghilang semasa sambutan YB Nasaruddin ke pejabat MB semalam.Inilah gambaran apabila orang lain yang berusaha sapi dapat nama.Saudara Usaili yang berusaha keras menarik YB Nasaruddin pun tidak di jemput.Tanyalah orang DUN Bota siapa yang tak kenal Hj . Usaili dari wakil rakyat dulu sampai sekarang tetap mengutamakan parti dari kepentingan sendiri.Wakil rakyat orang mati dan wakil rakyat orang kawin mengambarkan betapa mesra rakyatnya beliau.Teman kawin pun dia datang hehehe...

Rakyat melihat dan tahu susur galur perkembangan PKR Perak,siapa yang kuat dan bagus buat kerja telah ramai di ketepikan.Teman bukan ahli PKR mahu pun PAS tapi tahu akan talam 18 muka dalam PKR Perak.Budaya cantas mencantas di bawa dari Umno.Harap Datuk Seri Anwar menilai dari pelbagai sumber dan jangan bersandarkan kepada orang sekeliling sahaja.2 exco dari PKR telah gagal menjalan tugas,untuk PRU akan datang carilah golongan yang codek sikit ilmunya dan mulia sifatnya.PKR Perak telah membuang ahlinya yang berkemampuan dan mengambil mereka yang pandai membodek seterus mengutamakan kepentingan peribadi.

Lihatlah AMK Perak bergerak bertopengkan AMK dan berusaha melahap apa yang boleh membuncitkan perut..bukan semua AMK Perak tapi ia semakin membarah.Bagi peringkat negeri terlalu perlahan program yang mendekati masyarakat.Harap dalam ceramah malam esok Datuk Seri Anwar bagi teguran sedikit buat PKR Perak.

Kita jangan hanya dilamun mimpi indah dengan kemasukkan YB Nasaruddin,kerana dua exco ini tiada semangat pakatan rakyat.Yang betul-betul kuat PKR telah keluar jadi bloggers macam MSK dari Perak Express...otaknya jauh kehadapan memang express tak terikut deme...penyudahnya kene humban oleh PKR sendiri.Udah menjadi satu kerugian..kita kena berjuang demi kepentingan ramai bukan sendiri...

Teman bukan nak kempen untuk Hj . Usaili dan Mat Saman Kati,tapi itulah antara contoh-contoh insan yang berguna untuk rakyat..banyak lagi yang memerap dalam dan luar parti..malas nak turut serta dalam kepartian kerana masalah dengki mendengki ni masih subur dalam ahli PKR yang beranak di dalam Umno dulu..

-Telok Bakong Online

Tolong Jangan Potong "Sayap" UMNO..! - malaysiakini

Aku dapat email lawak... cadangan yang agak "BERNAS" ( bukan Beras Nasional )...

Salam,

Rasanya tidak perlu dipotong kedua-dua sayap itu.

Apa kata kalau ditambah sayap-sayap baru seperti Bayi AMno, Belia Amno, Balu/Janda Amno, Ustaz Amno, Ketua Kampung Amno, Mat Rempit Amno dan macam-macam Amno lagi.

Sekadar beri candangan saja.

Sekian.

-abdul said

Kah kah kah kah kah kah...!!!

Majlis Penyerahan Borang Ahli PKR Dan Pembubaran UMNO Bota Esok! - malaysiakini

Salamun'alaik Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh...

Salam serta selawat ke atas Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, ahli keluarga baginda serta salam kepada para sahabat yang berjuang menegakkan Islam di muka bumi ini.

Kepada anak2 Perak, khursusnya asal Bota / Parit, anda dijemput balik malam ini ataupun pagi esok, kerana, DSAI akan turun ke bota untuk menerima penyerahan borang beramai-ramai keahlian PKR dan pembubaran Cawangan UMNO Bota.

Kemungkinan juga (mungkin) kemasukan ADUN lain.

Sekian...harap maklum.

-virusinside.com

Sudahkah UMNO Ditempeleng? - malaysiakini

Pak Karamu: Pada pandangan saya hanya ada satu jalan sahaja iaitu hijrahkan UMNO dari semangat bangsa kepada dasar islam dan saya yakin islam itu boleh dan mendapat jaminan daripada Allah, jika kita yang sudah islampun tidak yakin dengan islam itu boleh maka lebih baik kita tidak usah mengakui sebagai seorang islam, di mana keimanan kita kepadaNya? ( ummi hanni memetik di [sini] )
Mungkin kata-kata Pak Karamu itu benar tetapi tertanya pula di benak, bagaimana pula DAP mahu di "Islam" kan? Jangan asyik bercerita perihal jiran sedangkan anak sedang berzina di bilik belakang (sekadar metafora). Jangan ulangi kesilapan pemimpin UMNO mutakhir. Harimau fikir, kita sorot sedikit perihal kekuatan dan kelemahan parti UMNO.

Biar Harimau mulakan dengan persoalan ini, mengambil contoh sebuah kereta lumba Ferarri yang paling laju di dunia yang gagal memenangi sebarang perlumbaan sepanjang tahun. Menurut data teknikal, sememangnya tiada pesaing terdekat atau paling hampir dengan kehebatan Ferarri namun kegagalan memenangi perlumbaan adalah kesalahan pemandunya.

Soalan Harimau, adakah kita akan menukar kereta atau pemandu? Tentunya pemandu.

Seperti UMNO, dasarnya agak bagus dan sifatnya yang perkauman adalah tuntutan biasa mana-mana parti yang berteraskan sesuatu kaum. Ia sama dengan mana-mana parti lain seperti MIC, MCA dan sebagainya. Konsep ini bukan baharu malah telah bermula sejak sebelum merdeka.

Tanyalah Anwar Ibrahim, adakah beliau akan menentang UMNO jika beliau tidak diaibkan oleh Tun Mahathir dahulu? Percayalah, jawapannya adalah "Tidak sama sekali".

Masalah pokok UMNO adalah sikap. Sebutlah apa sahaja sikap-sikap Mazmumah maka ia terlalu sinonim dengan UMNO. Sebutlah apa sahaja jenayah, maka pemimpin-pemimpin UMNO mutakhir tidak lari dari dikaitkan. Itulah kesilapan dan kelemahan UMNO yang paling nampak dan besar.

Bagaimana pemimpin UMNO mahu mencari kekuatan diri sedangkan kelemahan itu adalah diri pemimpin itu sendiri? Umpama mata yang celik namun tidak mampu memandang dirinya sendiri melainkan dengan bantuan cermin.

Pakatan Rakyat semakin kuat dan hebat kerana mereka respon kepada permasalahan rakyat. Rakyat rasa amat dekat dengan Pakatan Rakyat dan rasa terpinggir dengan UMNO yang bersifat bangsawan dan elit.

Peng"Islam"an UMNO bukan perkara pokok kerana UMNO itu majoritinya Islam cuma seperti biasa, UMNO sering dilihat gagal dalam pelaksanaan bukan sahaja dalam parti malah dalam pentadbiran kerajaan. UMNO tempang dalam memperjuangkan isu hudud namun perkara yang serupa juga telah mula berlaku di dalam Parti PAS. Kerana apa? Kerana Melayu memang terkenal dengan sifat tolak dan ansur.

Kesimpulan mudah adalah, UMNO tidak lemah tetapi sedang mereput kerana terlalu menguna-pakai kelemahannya. Umpama budak tadika, tidak akan sedar bahawa kenakalan mereka terlalu jelik sehingga lah ditampar dan ditempeleng di muka.

Sudahkah UMNO ditempeleng?

-Bila Harimau Sudah Menaip

Pegawai Wanita Tekun Menipu - malaysiakini

Seramai 200 orang mendakwa ditipu seorang pegawai Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) yang meminta mereka membayar RM100 seorang bagi mempercepatkan permohonan pinjaman.

Selepas menunggu enam bulan, mereka berasa telah ditipu pegawai wanita itu dan membuat laporan polis di balai polis Taman Pelangi, Johor Bahru semalam.

"Setiap seorang daripada kami membayar RM100 kepada pegawai wanita ini untuk mendapatkan pinjaman antara RM50,000 dan RM70,000 daripada sebuah koperasi," kata seorang pengawal keselamatan yang mewakili mangsa-mangsa tersebut.

"Sampai sekarang kami masih belum mendapat pinjaman itu walaupun sudah beberapa kali menelefon beliau," katanya lagi.

Hisham berkata pembayaran tersebut dibuat di sebuah restoran di Simpang Renggam pada Jun tahun lalu dan dijanjikan ia akan diluluskan dalam masa sebulan.

Namun ketika ditemui dua bulan kemudiannya, wanita itu berdalih dengan mengatakan pinjaman itu memerlukan masa tiga bulan lagi untuk diluluskan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor Datuk Maulizan Bujang dipetik sebagai menyarankan agar mangsa membuat laporan di pejabat Tekun.

"Apabila laporan telah dibuat, siasatan dalaman akan dibuat ke atas kes ini dan jika didapati benar maka tindakan akan diambil ke atas pegawai tersebut," katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Supt Zainal Baharom mengesahkan laporan itu dan akan membuat siasatan ke atasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya boleh menghubungi polis di talian 07-22 12 999 atau balai polis berdekatan.

JAKIM Berdepan Tindakan Saman - Ramlang Porigi

Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan saman.

Ramlang Porigi, yang berceramah dan mengadakan sidang media bersama PKR ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas, diberhentikan perkhidmatannya minggu lepas.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim yang dipengerusikan oleh Wan Mohamad mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau bagaimanapun akan terlebih dahulu mengemukakan rayuan kepada Jakim - selewat-lewatnya minggu depan - untuk mempertahankan haknya.

-malaysiakini

Bukan Game Over, tapi Starting Game ... - malaysiakini

Ini bukan isu konspirasi, bukan juga kerana cemburu, jauh sekali ada dalang pemimpin tertentu mahu jatuhkan Fairus.

Isunya yang sebenar ialah Fairus tidak layak memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang, kerana 'attitude problem' yang menjadi darah dagingnya sejak azali.

Sikap buruk Fairus telah merobek, mencemar malah merosakkan imej keADILan di negeri ini. Ramai kecewa, kerana slogan Harapan Baru Untuk Pulau Pinang dipandang remeh, dek salahlaku Fairus.

Sebahagian kecil sikap buruknya kami telah dedahkan. Akan ada pembongkaran lebih besar menanti TKM 1 itu yang mendakwa Alahai ... menfitnahnya.

Kami akan bongkar siapa Fairus sebenarnya !

Fairus mendakwa, malangnya dipercayai oleh segelintir pemimpin negeri bahawa dia teraniaya. Fairus menuding jari, kononnya rakan exconya Abdul Malik Kassim sebagai dalang untuk menjatuhkan dirinya. Fairus merekacipta kononnya Abdul Malik cemburu dan mengidam jawatannya.

Tuduhan berat itu, diuar-uarkan kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya, bukan sahaja dalam mesyuarat bahkan kepada tetamu luar yang tidak dikenalinya. Fairus menagih simpati.

Semuanya gara-gara dia tidak berupaya melaksanakan amanah, menunaikan tanggungjawab sebagai TKM 1.

Justeru, seperti biasa, Fairus menuding jari menyalahkan pihak lain. Menududh orang lain menikam dirinya dari belakang. Dalam konteks ini, rakan exconya Abdul Malik Kassim menjadi mangsa !

Fairus memperalatkan beberapa pemimpin negeri yang mempunyai kepentingan peribadi untuk mempertahankan kedudukannya.

Cuma kami ingin mengingatkan kepada para segelintir pencacai Fairus, jika sayangkan parti sila buang jauh-jauh perangai buruk Umno yang masih membaluti jiwa kalian.

Masa depan parti lebih penting, bukan batang tubuh Fairus yang baru kalian kenal dua tiga hari lalu.

Kami tidak pernah melobi, apatah lagi untuk mengangkat pemimpin tertentu untuk dijadikan TKM 1. Itu bukan tugas kami, itu juga bukan bidang kuasa kami, malah kami tidak berminat kerja-kerja sebegitu.

Kami tidak peduli siapapun akan menggantikan Fairus, asalkan pemimpin berkenaan sebenar-benar pemimpin berjiwa rakyat, yang tidak khianat amanah rakyat, yang bertanggungjawab terhadap rakyat dan tidak menipu rakyat. Pemimpin yang bukan hanya mementingkan perut dan bawah perutnya semata-mata.

Tugas kami adalah membetulkan kembali kesilapan memilih Fairus, agar kebobrokannya nanti tidak menjahamkan Pakatan Rakyat khususnya keADILan pada pilihanraya akan datang.

Pada kami, sesiapa sahaja yang menjadi TKM 1, jika dia menyeleweng dari amanahnya, dia menjadi musuh rakyat, dia menjadi musuh kami....
keADILan kena berani berubah.

Ini bukan Game Over, tapi Starting Game.

BERKATALAH BENAR WALAUPUN PAHIT !

-Alahai... FAIRUS TKM 1 Penang !

Kenyataan Blogger BangsaMalaysia Berkenaan Hukum Hudud

Kenyataan Blogger BangsaMalaysia (ahli BPN Blogger Pembela Negara) berkenaan Pelaksanaan Hukum Hudud Di Malaysia.

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..


mengenai isu hudud ini, saya sebagai seorang muslim memanglah sangat2 bersetuju agar hudud ini dilaksanakan kerana hudud ini adalah hukum ALLAH..

tidak ada undang - undang yang lebih baik dan berkesan melainkan dari hukum yang telah ditetapkan ALLAH..
  • 1 ) mengapa kamu takut hudud?
jawapan : sebab takut kena potong tangan!

bangsamalaysia : sebab ko nak mencuri, sebab tu ko takut!!
  • 2 ) mengapa kamu takut hudud?
jawapan : sebab takut kena rejam dengan batu sampai mati!!

bangsamalaysia : sebab ko nak berzina, sebab tu ko takut, kan, kan , kan????
  • 3) mengapa kamu takut hudud?
jawapan : nanti kena bunuh!!

bangsamalaysia : sebab ko nak membunuh orang!!!!

( pandangan aku bukanlah pandangan BPN secara keseluruhan, ini adalah pandangan peribadi aku )

soal pelaksanaan : tidak kira lah sape2 yang memerintah, silalah terapkan nilai2 dan undang2 islam secara perlahan2 dan semoga 1 hari nnti malaysia menjadi negara islam yang undang2 nya adalah undang2 islam..

TP - Alhamdulillah... dalam ramai-ramai ahli BPN, ada jugak yang faham... yang lain macam mana?

SPRM Pun Nak Jadi Samseng? - malaysiakini

  • Seorang ahli UMNO membuat laporan polis mengatakan bahawa beliau dikasari semasa dalam tahanan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri Pahang pada 23 Januari lalu.
  • Halimi Kamarulzamman, 46, mendakwa kejadian tersebut berlaku di dalam lokap tahanan Tingkat 10, Wisma Persekutuan di pejabat SPRM Kuantan, Pahang.
  • Dalam laporan polisnya, Hamidi berkata beliau telah menyerah diri pada pagi 23 Januari berhubung siasatan rasuah melibatkan pemilihan UMNO di negeri tersebut.
  • Menurut laporan polis yang tersebar melalui email itu, Halimi, seorang kontraktor, mendakwa beliau dipukul oleh tiga pegawai SPRM semasa proses soal-siasat.
  • Selain dipukul, mangsa juga mendakwa dibogelkan dan di minta berguling-guling di atas lantai.
  • "Bakul sampah yang kotor telah diletakkan di atas kepala saya, dan saya dipaksa untuk menyanyikan lagu Negaraku berkali-kali, lagu UMNO berkali-kali dan disuruh menyebut Rukun Negara berulang kali. Semasa saya dipaksa berbuat demikian bakul sampah di atas kepala saya diketuk berkali-kali," katanya dalam laporan polis yang dibuat pada 28 Januari.
TP - Hah..! SPRM??? SPRM tu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia ke hapa?

Woi..! tukar l nama tu woi..! tukar jadik Suruhanjaya Penyeksa Rakyat Malaysia la woi..!

Hari tu Polis dera tahanan sampai mampus, ni SPRM pulak dah..!

Woi..! Malaysia ni negara pa woi..? Negara penyangak ke???

Merentas Semenanjung Bersama Ustaz Ramlang Porigi - malaysiakini

Pilihanraya kecil Parlimen 044 mencatat sejarah awal kejatuhan UMNO/BN akibat kesilapan sendiri akibat keangkuhan dan sifat rakus dalam memenangi isu politik tanahair Malaysia.

Silapnya UMNO/BN ialah bila ada makhluk perosak didalam parti "melayu" terbesar itu yang memendekkan akal dengan menggunakan Ustaz Ramlang Porigi sekadar untuk memenangi dan menjuarai tuduhan dan dakwaan Say Fool Bu Kari terhadap DSAI.

Hasilnya UMNO/BN kalah besar di Permatang Pauh.

Kalah kerana kebodohan mereka sendiri. kalah kerana keangkuhan mereka sendiri. kalah kerana muaknya rakyat pada mainan politik jahat para puaka-puaka UMNO/BN.

Sedikit hari lagi kita akan menghadapi Pilihanraya kecil Parlimen Pensiangan dan tak salah kalau aku katakan bahawa Pakatan Rakyat akan meraih kejayaan dalam Pilihanraya kecil yang seterusnya untuk penggal ke-12.

Signal awal telah mula terlihat. sekali lagi peluru UMNO/BN bakal memakan diri sendiri. sekali lagi UMNO/BN memberi bola tanggung untuk Pakatan Rakyat. tinggal untuk di "SMASH" sahaja! kerana dendam kesumat, UMNO/BN bakal mencipta 1 lagi sejarah kekalahan dan kali ini di kubu kuat UMNO/BN.

Jarang sekali kita lihat peluru yang memakan tuan gagal tembus dan menumbangkan tuannya.

rujuk berita semalam -
  • Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan - mendakwa diarah menjadi saksi sumpah laknat seorang pemuda yang menuduh diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
  • Ramlang Porigi, yang ditukar serta-merta ke jabatan tersebut September lalu tidak lama selepas berucap dalam satu kempen politik ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, mendapat surat pemecatan itu minggu lalu.
  • Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".
  • Tindakan itu dipercayai dengan sebab Ramlang dianggap telah "mencemarkan nama perkhidmatan awam" setelah naik pentas politik dalam kempen Anwar pada 24 Ogos lalu.
Ya... kali ini pelurunya masih peluru yang sama... siapa Ustaz Ramlang Porigi..?

-pengundi berdaftar DUN Penanti dan juga Parlimen Permatang Pauh.

Dari mana Ustaz Ramlang Porigi berasal sebelum dia berpindah ke Semenanjung Malaysia?

-Sabah?

Hmmm... ada penyokong UMNO/BN dah tepuk dahi... anak Sabah diperkotak-katik Kerajaan... relakah Sabah menerima perkara ini? seorang Ustaz dari Sabah diperkecil-kecilkan...

Selamat berjaya UMNO/BN dalam Pilihanraya Kecil Pensiangan.

Untuk UMNO/BN...

-bawalah KJ untuk "Lebong" di Sabah nanti... - 60:40
-bawalah Ezam untuk "Bongkarrr" di Sabah nanti... - 80:20
-bawalah hadiah untuk rakyat Sabah...

Kita lihat siapa yang kena..!

Berita Fitnah..! Jangan Percaya - malaysiakini

  • Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak kerana rasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim, keluar daripada Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
  • Sambil menyifatkan tindakan Nasaruddin sebagai tanda undi tidak percaya terhadap kepemimpinannya, bekas Menteri Besar Perak itu berkata, kejadian itu memalukan Umno Perak terutama selepas Barisan Nasional (BN) kalah di negeri ini dalam pilihan raya umum lalu.
  • "Saya bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ketika ini," katanya pada majlis perjumpaan bersama Pemimpin Umno Bahagian Parit dan ketua cawangan dalam bahagian itu di Bangunan Umno Parit di sini, lewat petang kelmarin.
  • Tajol Rosli berkata, surat peletakan jawatannya itu diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada jam 4.30 petang, Isnin lalu.
  • Dalam ucapannya, beliau juga meminta Nasaruddin memikirkan semula keputusannya dan menyertai semula Umno demi kepentingan bangsa Melayu di negeri ini.
  • "Saya meminta sahabat handai dan saudara maranya supaya memujuknya semula untuk kembali kepada Umno demi perpaduan bangsa Melayu," katanya.
  • Menjawab soalan seorang ahli Umno mengenai tindakan yang diambil Badan Perhubungan Umno negeri terhadap Nasaruddin, Tajol Rosli mengibaratkan kes itu umpama isteri meninggalkan suami.
  • "Mungkin tindakan pantas si suami ialah menjatuhkan talak, namun pendekatan yang diambil oleh Badan Perhubungan Umno negeri lebih kepada memujuk supaya si isteri kembali kepada suami. "Kita tidak mahu, tindakan menjatuhkan talak itu akan menyebabkan si suami akan kehilangan isteri dan anak-anak serta saudara maranya," katanya.
TP - Ini adalah berita fitnah yang paling dahsyat pada tahun ini, aku tak percaya ada pemimpin UMNO/BN yang sanggup bertanggungjawab atas apa-apa yang berlaku dalam parti.

Woi..! UMNO tu parti melayu no-1 dekat Malaysia woi..! mana boleh parti no-1 dekat malaysia bermasalah..?

Ini mesti fitnah jahat "pembangkang" yang cuba nak buruk-burukkan UMNO!

Woi..! TPM sendiri dah cakap woi... UMNO/BN tidak terjejas. korang tak paham ke? kalau tak terjejas, maknanya tak de masalah..!

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!
  • "Saya meminta sahabat handai dan saudara maranya supaya memujuknya semula untuk kembali kepada Umno demi perpaduan bangsa Melayu,"
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!

Woi..! perpaduan bangsa Melayu aje ke woi..? bangsa lain macam mana woi? bangsa lain bukan rakyat Perak jugak ke woi? bangsa lain tak de yang Islam jugak ke woi?
  • "Tajol Rosli mengibaratkan kes itu umpama isteri meninggalkan suami."
Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!

Isteri meninggalkan suami? tak terjejas? pujuk? kah kah kah kah kah kah kah..!
  • "Kita tidak mahu, tindakan menjatuhkan talak itu akan menyebabkan si suami akan kehilangan isteri dan anak-anak serta saudara maranya,"
kah kah kah kah kah kah kah..!

Woi Tajul ... Najib cakap tak terjejas la woi! kau tak paham ke? kah kah kah kah kah kah kah..!

Woi Tajul..! 31hb. Ogos apa cerita woi??? tak jadi ke woi???

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah..!