"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, February 09, 2009

Si Tampok Manggis, Tuah & Jebat... - malaysiakini

-Si Tampok Manggis

Salam semua.

Hebat kesah Tuah dan Jebat di Perak seminggu dua ni..

Aku kesal dgn yang mereka yg bermain aci lut di koridor kuasa. Tanpa memperdulikan nasib dan kebajikan kita, rakyat. Asal saja dapat habuan untuk temolok sendiri, persetanlah apa pun nak jadi pada negara, bangsa dan masa depan anak2 kita.

Bayangkan lah kalau Tuanku Sultan boleh memberi perkenan kepada Najib merampas kerajaan Perak dgn cara yang telah dipertontonkan minggu lepas, apa akan jadi kepada negara kita?

Apakah kalau aku ada RM 15 juta aku boleh pulak menyogok ADUN2 di Negeri Sembilan dan membentuk kerajaan aku di sana. Atau aku mintak bantuan US untuk USD 20 bil supaya boleh aku beli 40 MP BN melompat ke PR supaya Anwar pujaanku boleh jadi PM. Sorang MP tu aku kasi USD 500juta. Banyak sangat tu!!! Rasanya USD 5 juta (RM 20 juta) sorang pun dah cukup. Jumlahnya baru USD 200 juta. Woww USD 200 juta (RM 700 juta) untuk sebuah negara. Untung Petronas tahun lepas pun tak kurang dari RM 70bil. Nanti aku suruh Anwar trade off jer Petronas untuk bayar balik USD 200 juta tu. Tapi kalau nilai sebegitu tak payah nanti US, Singapore yang tak der minyak tu pun pasti berminat.Mak datukkk. kecik dan murahnya nilai negara kita. Ehhh sekejap. Kalau beli satu Dewan Parlimen dengan YB Pendikar Speaker tu sekali baru USD 1 bil jer. Yer lah aku beli semua 200 kerusi parlimen, tiap satu berharga USD 5 juta. Mamat yang beli team EPL Man City hari tu pun mampu beb..

Inilah yang disebut orang bahawa 'hilang maruah hilang segala'. Analisis di atas menunjukkan betapa maruah dan harga diri lebih berharga dari segala-galanya. Dalam hal ini aku heran mengapa orang yang bukan Islam, atau kadang2 tiada pegangan ugama pun lebih mementingkan maruah dan integriti dari kita orang melayu Islam. Kita dengar pemimpin di US, Jepun Korea dan negara bukan Islam lain letak jawatan, atau kadang2 bunuh diri bila di tuduh rasuah. Tak gaduh nak pertahankan atau tunggu sampai 'provent guilty' oleh mahkamah. Ini kita, sogok menyogok, terima dan amal rasuah di buat terang-terangan tanpa sedikit pun rasa malu atau bersalah. Rendah benar harga diri dan maruah kita.

Kalau ADUN Behrang tu aku tak heran. Mungkin kesempitan hidup, hutang, ugutan dan sebagainya menjadikan dia rela menggadaikan maruah dirinya. Tapi aku cukup takut, apa akan jadi kalau orang yang akan bergelar Perdana Menteri Malaysia kurang dari dua bulan lagi pun sanggup menggadai maruah demi keangkuhan kuasa. Lebih teruk dari itu aku kesal kerana pasti nantinya tak ada lagi manusia yang berintegriti dan bermaruah, kalau manusia bernama DYM Tuanku Sultan Azlan Shah termakan atau memperkenankan tindakan Najib. Bukankah Baginda Sultan Azlan ini mahsyur seantero dunia kononnya sebagai orang yang tinggi pekerti, bermaruah, berpendidikan, komited dengan prinsip keadilan sejagat? Orang yang mempertahan dan memelihara Rule of Law? Bukan ker selama ini ini yang dijaja kemana perihal Baginda. Itu yang aku baca. Atau semua itu sekadar bahan baca-bacaan tidak lebih sebagai 'bedtime story' untuk anak-anak aku sahaja. Selama ini sebagai rakyat Perak, aku berbangga dengan raja aku ini. Kalau Baginda pun boleh diperlaku begitu, alamatnya negara kita akan dijual beli macam team bolasepat di liga EPL atau liga Spanyol aje ler

Ayuh kenkawan! Bila keadaan dah jadi begini, kitalah yang bertanggungjawab membetulkannya. Pada diri kita tekatkan bahawa kita akan mempertahankan maruah dan harga diri kita. Biar kita terhina kerana tidak berharta, jangan kita terhina kerana tak punya maruah dan harga diri. Semaikan nilai yang sama kepada anak-anak kita. Mereka nanti akan merencanakan masa hadapan negara kita. Ajak dan nasihati rakan taulan dengan cara yang paling berhemah. Katakan kepada mereka ini bukan perkara parti aku Parti Pakatan Rakyat, Parti engkau Parti Barisan Nasional. Perkara ini untuk masa depan kita bersama. Ini melibatkan maruah negara dan bangsa. Sebelum terlambat kitalah yang kena berusaha merubahnya. Mari kita sama2 tolak pemimpin yang walau dari parti mana pun kalau mereka memberi dan menerima rasuah. Kita hindarkan diri dari manusia yang tidak bermaruah. Biar pun manusia itu dari golongan istana yang telah berkurun berdaulat kononnya. Ini bukan mohon derhaka, tetapi harga diri dan maruah kita sebagai manusia.

Jika tidak !. Tunggulah masanya bila nanti negara kita tergadai. Masa itu harganya dijaja dengan nilai di sebut dollar, dinar, yen, rupee, won atau dolar Singapura. Masa itu kita tak mampu lagi menyebut 'hangpa buat ler aper pun, asal aku boleh cari makan'. Kerana masa itu anda tidak lagi kisahkan pasal cari makan, tapi anda melihat anak-anak anda lari mencari perlindungan dari hujan dan ledakan peluru. Masa itu segala yang anda bina semasa MENCARI MAKAN dulu telah berkecai semuanya menjadi abu.

Ooooh apa ni? Hang merapu sampai kemana? Tak percaya? Tengoklah buktinya ada di depan mata. Jengok ke kiri kanan melihat Palestin, Afghanistan, Iraq dan banyak lagi. Tidak ker peristiwa terbaru di Gaza menjadi cermin dan mengingatkan kita supaya kita jangan lagi jadi manusia yang 'aku buat hal aku, hang buat ler ikut suka hang'

14 comments:

Anonymous said...

salam tuan,

sebagai anak kelahiran perak pohon tuan calonkan dan sampaikan pesanan ini kepada pimpinan pas, saya calonkan YAB Nizar sebagai calon MP Bukit gantang.

Harap tolong sampaikan. TK

Mr Joker said...

Salam anon 2:09pm...

rasanya agak payah untuk tunaikan permintaan tuan sebab sepanjang saya mengenali Nizar, beliau bukan seorang yang berminat untuk menyandang banyak jawatan...

beliau adalah seorang yang amat risau akan "tanggungjawab" dan "amanah" yang terpikul.

berkenaan calon, rasanya pihak PAS atau PR masih belum memikirkannya kerana masih awal...

harap depa ada calon yang terbaik untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut seterusnya memikul tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat...

Unknown said...

Salam,

Harap PRK ini mendapat undi yang paling besar majoriti dalam sejarah insyaallah.Tanda protes KERAjaan Mamak perak

Mat Sabu ok kot.

Anonymous said...

KAU LETAK LA SAPA PUN....BILA MENANG .....ADIL LAH TUH.....


TAPI BILA KALAH NANTI.....ADA SAJA YANG KAURANG CIPTA ISU....

AKU RASA DAH TENTU BN MENANG.

Anonymous said...

kawan tu belum ditanam lagi, orang pas sibuk nak cari pengganti. korang semua tak kata yang karpal singh tu dibayar oleh umno untuk burukkan anwar ibrahim yang korang puja tu. kenapa bila anwar ibrahim nak ambik alih lkerajaan pada 16 september dengan cara lompat parti, korang tak bising? korang setuju dan kata itu suara rakyat atau bahasa kelingnya makkal sakti. pada aku hanya melayu bodoh macam korang aje yang akan pilih dan sokong pas dan pkr. tapi apapun syabas pada umno kerana dapat semula perak.

Anonymous said...

Dipetik dari Malaysiakini

Karpal desak Anwar letak jawatan ketua Pakatan
Feb 8, 09 4:56pm
Pengerusi DAP, Karpal Singh telah mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana mempromosikan budaya lompat parti serta mencetuskan masalah dalam gabungan tersebut.

Pemimpin DAP itu berkata, Anwar telah menimbulkan cukup masalah dan sudah tiba masanya bagi beliau (Anwar) bertaubat, menurut The Star.

Ekoran itu, Anwar telah dilantik sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

Dua minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim bertindak keluar dari Umno, tetapi kembali semula ke pangkuan parti itu.

Selain itu, dua Adun PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) telah keluar parti dan menjadi parti bebas bersama dengan Adun Jelapang, Hee Yit Foong.

Ekoran itu, kerusi Pakatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tinggal 28, sama dengan jumlah kerusi BN (28) dan tiga kerusi bebas.

Ketiga-tiga Adun bebas tersebut telah menyatakan sokongan kepada BN untuk membolehkan gabungan tersebut mendapat sokongan 31 Adun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Dengan itu, Sultan Perak bersetuju BN menubuhkan kerajaan baru di negeri itu dan menitahkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan barisan exconya supaya meletak jawatan.

Bagaimanapun, Nizar enggan berbuat demikian dan upacara mengangkat sumpah menteri besar yang baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Jumaat lalu, di tengah-tengah bantahan ribuan penyokong Pakatan.

Karpal turut menegur dua rakannya dari DAP, terutama Lim Kit Siang dan setiausaha agung parti itu, Lim Guan Eng berhubung pendirian mereka yang tidak konsisten berhubung isu melompat parti.

Karpal turut mengkritik BN kerana mengamalkan perbuatan melompat parti - dengan memberi contoh bagaimana BN telah menarik pemimpin DAP menyertainya pada 1979 dan 1982 ketika Anwar masih bersama Umno dan BN.

Karpal yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata kepercayaan rakyat tidak boleh diambil mudah wakil rakyat yang pilih.

Anonymous said...

Raja Ja'afar Raja Muda Musa akan mengambil tempatnya kembali sebagai Paduka Seri Sultan Perak sesuai dengan latar belakang pengalaman, pendidikan dan keluarganya.

Anonymous said...

Dimohon agar calon PR untuk PRK P059 dipastikan DNAnya bebas dari unsur-unsur UMNO... jangan pisang berbuah dua kali!

Kita berjuang dengan ikhlas dan jujur bukan untuk pemimpin yg melompat-lompat...

Pemimpin yg melompat-lompat bukan macam katak... tapi sebenarnye katak macam pemimpin yang melompat2 tu sbb ADUN melompat tu THE KING of KODOK terutamanya YB BOTA

Anonymous said...

eceh...paku dulang paku serpih! korang lagi rakus org tak mati lagi pun dah rampas2 kuasa.korang pun sama pantang ada yg mati gelojoh je cari pengganti.
hmm...betul jugak ckp ko tu...brp la agaknya ameno byr kerpal tuk buruk2kan anwar agaknyer....
ala wat apa nak bising kt anwar lagipun yg bentuk krjn TAK BERMORAL pakai adun lompat skrg ni bukan PR tapi BN.

Anonymous said...

KOME SEMUA NI OTAK SAKIT SEBENORNYA

Anonymous said...

aku suka betol lah pasal politik skang nih tak boring panas jerk.....tapi selalu hero kalah dulu pas tu sorang sorang kantoi....menda haram mana berkat..hehehehe....yang mati biarkan pergi yang hidup jadi pengganti tak gitu...jgn arap ameno nak menang bye jer larrrr kang malu besau ilang wang taruhan kekekekekeke ada brani

Anonymous said...

Umno akan dimalukan lagi dlm PRK kali ini.Dapat kusi pun guna katak macamana nak menang pilihanraya.Kepada penyokong ortodok Umno tu,takyahlah penat-penat berkempen buat perabih boreh jer....lebih baik korang pergi zoo bagi beruk makan...hehehe

Anonymous said...

dapat kerajaan secara HARAM..tak apa...ingat ALLAH akan tarik satu demi satu nanti..kita tengok lah kerajaan HARAM perak yang baru nie yang diketuai oleh mamak ..kalau tak silap saya....akan jatuh sorang demi sorang kerana murka ALLAH...
Biarlah murka sultan..tetapi yang lebih kami takutkan adalah akan murkanya ALLAH...KEPADA HAMBANYA..

Ayuh semua...pendokong PR...
Kita akan buat tendanhan KO kepada jeneral umNO SI NAJIB NIE.......
BIG MAMA dah beragan nak ke putrajaya bulan 3 nanti...tapi nampak gayanya TERBANTUT lah hajat big mama nanti....
kau puak zalim umNo akan kami tunjukkan jalan ke lubang taik pada PRK nanti....kau tunggu..dan kau umNo akan kami campak ke lubang taik.......

Anonymous said...

Udah le kome... politik je keje nye... ngata sana.. ngata sini... kome sama jugak mcm tu jugak... mat despatch jugak.. kerani jugak.. paling tinggi pon cikgu skolah... apa kome dapat... perjuangkan bangsa.. agama.. porraahhh... tipu belaka... bangsa lain yg untung.. hahahaha... kome tengok deme apa.. lawyer.. doktor.. majestret.. bukan ahli muzik.. dan bukan ahlil nujum...

ye ke idak kome... hishhh entah le.. cuba kome contohi perjuangan khalifah ISLAM dulu.. x payah le contohi junjungan besar kita.. Muhammad S.A.W... sbb taraf kome hina sgt.. menipu je krojenye...

Hanya perjuangan atas nama ISLAM yg sbenarnya sahaja yg mendapat berkat dan rahmat dari ALLAH S.W.T.... Yakinlah kemenangan itu akan berpihak kepada kita andai ianya perjuangan yg suci.. bersih dan mulia... tp kalau stakat berjuang sbb nak memerintah... nak cari pengaruh... rentikan lah...

Percaya lah kome.. sapa pon yg duduk kat kerusi empuk pemertintah tu... akan melakukan perkara yang sama... rasuah juga.. kroni juga.. sbb nya apa.. sbb hati dah dikuasai nafsu syaitan...

ntah le... geli teman negok nye org melayu ni..