Tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar keputusan Sultan Perak dalam penyelesaian kemelut politik di negeri itu bukan suatu bentuk penderhakaan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, atas nama Islam, setiap manusia adalah sama di sisi Tuhan dan mereka bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan di akhirat kelak.
"Ini bukan soal Melayu (menderhaka) tetapi dalam Islam, raja atau rakyat, orang bandar, orang kampung, tak kira raja, tok guru, setaraf semuanya dan mereka bertanggungjawab kepada Allah di akhirat kelak,'' katanya.
Terdahulu, dalam kuliah mingguannya di sini pagi ini, beliau menegaskan, Pas tidak mengiktiraf kerajaan baru Perak yang dibentuk oleh BN dengan anggapan ia adalah kerajaan haram.
Katanya, ini berasaskan kerajaan itu muncul dengan tiba-tiba mengambil alih kerajaan yang sah setelah dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya lalu.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak kisah jika sesiapa hendak lompat parti disebabkan rasa tidak puas hati tetapi menimbulkan persoalan apabila mereka hilang dan muncul dengan tiba-tiba.
"Saya berharap apa yang berlaku di Perak tidak akan berjangkit ke Kelantan atau negeri-negeri lain. Sekiranya hendak tubuh kerajaan, hendaklah dipilih oleh rakyat, bukannya main 'tangkap' saja seseorang itu," katanya.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
"Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).
Wahai rakyat Perak, insaflah. Jangan la terpedaya dengan golongan fasik ini lagi. Hapuskan PR, Musnahkan DAP, Robohkan PKR, Tumbangkan PAS. Hidup Sultan Perak.. Daulat Tuanku.
Nak tanya skit....
kalau projek Anwar 16 september anwar tuu jadi kenyataan....
tarik wakil rakyat BN lompat ke PR....
adakah kerajaan itu jugak kerajaan yang haram kerana ambil alih kerajaan bukan dengan cara pilihan rakyat????
Nak lompat tu bior le berpada, jangan lompat dok suka-suka dan gila dah tu dok macam orang dah tak ade matea. Lomopat demi keyakinan bahawa kita boleh beramal dan berbakti untuk sesama manusia kerana Allah, bukan kerana duit semata. Kalau lompat dengan sokongan rakyat yang memilih, rasaenye harus tapi kalau lompat kerana duit di;longgok depan mata....ingat, kehausan masa nak mati tu bukan boleh ditebus (kalau ikut cerita azabnya Sakratul Maut). Jadi kalau nak lompat, bagi yang Islam tu buat dulu Solat Sunat Istikharah, mohon petunjuk, bukan lompat masuk falam lubang nanah dan darah, nanti menangis kerana jatuh terduduk tapi tak senang duduk, Wallaahu A'lam.
Post a Comment