"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, June 07, 2009

Gambar-Gambar Sekitar Muktamar 55 - malaysiakini

Lambat update... bukan apa bro, aku busy lari sana-lari sini... hari sabtu memang aktiviti penuh. pagi aku pergi Muktamar PAS, tengahari aku pergi kenduri kahwin geng aku dekat UPM, petang aku pergi KL jumpa kawan dari Sabah, malam aku kejar ke Muktamar PAS balik.

Gambar banyak, tapi aku pilih yang best-best je. kalau korang nak gambar awek, korang mintak dekat Topeng Perak. aku tak berape reti lagi... koh koh koh koh koh...

Hah... lupa... masa aku ambik gambar belah pagi kat dalam Stadium Malawati, ada sorang Muslimah tahan aku, dia mintak pas media. adoi... penat geng... dok dekat tempat pemerhati pun kena pakai pas media jugak ke?

Ni bukan gambar perwakilan PAS. ni barisan Pimpinan Tertinggi PAS... cuba korang teropong-teropong sikit. DS Ir Nizar pun ada tuh... eh... pembetulan... Perwakilan, yang duduk ramai-ramai depan pentas tu, yang atas pentas tu semua pimpinan tertinggi.

Ni barisan pemenang-pemenang dalam pemilihan pimpinan tertinggi... belah kiri sekali Salahuddin Ayub, Nasaruddin Mat Isa, TG Haji Hadi, Tuan Ibrahim, Mahfuz Omar.

Tahniah, tahniah, tahniah, tahniah, tahniah...

Ni sessi ceramah belah malam... ucaptama dari Ketua Dewan Muslimah PAS.

Tan Sri Khalid pun ada jugak... semangat habis Tan Sri dok sembang pasal rancangan pembangunan di Negeri Selangor... good job Tan Sri... aku carik Khir Toyo kot-kot dia datang nak tengok ucapan Tan Sri, tapi tak dak... tengah masak tempe kot...

Yang ni tetamu khas dari Gaza... aku tak ingat sapa nama dia tapi inilah teman rapat pemimpin Hamas yang meninggal dunia sebab kena bom dengan Yahudi laknat hari tu... jauh datang memenuhi jemputan PAS.

Barisan tetamu undangan.

Yang ni kalau ada lagi sape-sape tak kenal mamang carik nahas...tak yah nak perkenalkan lagi... TG Nik Abdul Aziz Nik Mat... ikon untuk seluruh rakyat Malaysia tak kira melayu, india, cina atau apa-apa kaum cukup-cukup respek dengan TGNA.

Orang UMNgOk je yang tak respek sebab UMNgOk mana la nak terima Islam... UMNgOk tau HadHari je...

Ngoookkk...!!!

3 comments:

tok iskandar said...

Tentang kerajaan perpaduan ni tok tak risaupun pasal semalam TG Nik Aziz dah kata kerajaan perpaduan ni mengarut je.UMNO adalah telur-telur tinggalan penjajah Inggeris yang menetas satu demi satu.telur-telur ini yang perlu dihapuskan.PAS Kelantan sudah masak dengan samseng politik macam UMNO.Ini pemahaman tok tentang apa yang TG Nik Aziz cakap semalam di muktamar PAS.Rampasan kuasa di Perak juga diulas oleh TG Nik Aziz.

Jadi jika benar nanti ada pemimpin PAS yang giat berusaha membawa PAS ke dalam kerajaan perpaduan dengan UMNO,mereka bakal mendapat tentangan hebat ahli-ahli PAS sendiri.Nasib mereka akan berkesudahan seperti Allahyarham Datuk Asri Muda yang membewa PAS menyertai kerajaan campuran BN setelah mendapat tawaran UMNO.Untuk perpaduan kononnya,helah lapuk UMNO tahun 1969.Akhirnya,Arwah mantan presiden PAS itu keluar PAS.
Itu telah menjadi sejarah dan jika ada lagi pemimpin yang bermimpi seperti itu,ahli-ahli PAS akan berdiri teguh di belakang TG Nik Aziz..insyaAllah.TG Nik Aziz semalam sempat menceritakan kepada para hadirin tentang kejahatan menteri UMNO yang melarang kakitangannya bekerjasama dengan kerajaan negeri di Kelantan.
Itulah UMNO,Dulu,kini dan mungkin selamanya akan melayan bangsanya sendiri dengan kejam dan teruk hanya kerana perbezaan politik.

Hari ni paper totok UMNO dah sensasikan isu kerajaan perpaduan impak kemenangan ustaz nasha kelmarin.KJ dan beberapa pemimpin pemuda UMNO mula berkokok tentang muzakarah dan macam-macam lagi.Mereka bolehlah dikira golongan nyanyuk kerana ahli-ahli PAS akan setia berdiri teguh menyokong TG Nik Aziz yang keras membantah idea kerajaan perpaduan.

mat s said...

Kalau nak tubuh jugak UG, satu je caranye, org UMNO masuk PAS dan PAS mesti jadi KETUA atau PM. Dlm kata lain, Kerajaan mesti dikawal PAS dan Umno ni boleh le celah sorang dua je..Jgn le ikut cara Dato Asri dulu..
Tapi yg paling aku tak paham ialah kita sebagai ahli di tarbiyah supaya taat kepada pemimpin, tapi kenapa TGHA dan Ustz Nasa seolah tidak "taat" pada TGNA???
Mengapa teguran dan larangan TGNA mengenai UG seolah tidak diendahkan oleh 2 pemimpin tertinggi PAS ini??
Tahu tak yg korang punye kelakuan ni memeningkan ramai ahli??..

kembara putih said...

kawan aku seorang India yang undi PR pada PRU12 lepas tak kenal TGHH, yang dia paling kenal TGNA, katanya "TGNA ini Presiden PAS kan". "Bukan", kata aku, "Presiden PAS adalah TGHH". "Oh saya tak kenal la, dia jarang datang Selangor ke", kata dia. Aku...no komen. Maybe TGHH kurang aura dan gagal memikat pengundi non-muslim kot. Apa pun tahniah lah pada TGNA, jasamu pada PAS amat tidak ternilai. Tanpamu mungkin Kelab Penyokong PAS tak hidup.