Dengan keputusan Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan Timbalan Presiden, ini bukannya bermakna golongan Pro Muqabalah telah mendapat sokongan majoriti dalam PAS.
Dengan undi yang diperolehi oleh Nasharuddin berjumlah 480 undi. 2 lagi calon iaitu Husam mendapat 281 undi manakala Abang Mat Sabu mendapat 261 undi. Sebelum ini telah digembar-gemburkan Nasharuddin mewakili golongan Ulama' (pro-muqabalah) manakala Husam dan Abang Mat Sabu pula mewakili golongan erdogan ataupun profesional.
Jadi, sekiranya Abang Mat ataupun Husam dapat menjalinkan 'pakatan' iaitu hanya seorang diantara mereka yang akan berentap dalam merebut jawatan ini, sudah pasti golongan yang dikatakan erdogan ataupun profesional ini akan mencapai kemenangan.
Walau apa pun, saya mengucapkan tahniah diatas kejayaan Nasharuddin mengekalkan jawatan beliau.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Saturday, June 06, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
43 comments:
salam bro,
apa-apa pun kalah tetap kalah..
Mat Sabu dan Husam tak pernah bersependapat tentang Anwar.
Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.
Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.
Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.
Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.
Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.
Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.
Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.
Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.
====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.
Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.
Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.
Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.
Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me'liberal'kan PAS.
Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.
padan muka Husam,... sape suruh ada niat nak mencaturkan org2 pas.kan da tersungkur...
lepas ni nasa leh bersetongkol ngan umno.syabas!
sabar2 bro...jawatan yang Nasa pegang tu bukanlah seumur hidup macam presiden FAM...
Jika berulang lagi kesilapan yang beliau lakukan dulu...kita jatuhkanlah dia selepas ini..Apa2 pun berilah ia peluang untuk memperbaiki kesilapan..ini juga adalah satu tuntutan dalam Islam..
Kemenangan ustaz nasa bermakna kemenangan untuk Utusan Malaysia dan sekutunya. Tak sia-sia penulisnya Zulkiflee Bakar berkempen setiap hari. Tahniah!
FROM MALAYSIAKINIKU:UST NASAI DILAPORKAN TELAH BERJAYA PERTAHANKAN JAWATANNYA ITU HANYA DENGAN UNDI POS YG TIBA PADA PUKUL 1.20 AM[KENYATAN DARI YB UST NASA=DENGAN INI SAYA MENGISTIHARKAN PASS AKAN MENJADI PARTI KOMPONEN BNN BERKUATKUASA 15 JUN,1 KEMENTERIAN PENUH AKN DI BERI KEPADA PARTI PASS IAITU KEMENTERIAN PELANCONGAN YG AKAN DIISI OLEH DATO MUSTAPAI ALIYA YG AKN MENGANKAT SUMPAH SENATOR PADA MGGU HADAPAN,SAYA AKAN DIAMANAHKAN MEMEGANG JAWATAN PENASIHAT KPD DS NAJIBU,SATU JAWATAN YG BERTARAF MENTERI..
Tulisan Afyan barangkali benar, mungkin juga tidak. Tetapi melihat keadaan semasa dan fakta sedia ada, rasanya ia kurang tepat. Membayangkan kumpulan yg menyokong dan bersama Anwar di landasan yg salah bererti mengatakan bahawa TuanGuru Nik Aziz juga berada di landasan yg silap.
TuanGuru menyokong dan 'kurang berbalah' dgn Anwar. Mari kita fikirkan kembali, kemenangan PAS & PR dlm PRU12 di atas usaha dan kerja keras di pihak mana?
Bukan nak memuji. Anwar round 1Mlayasia, berkempen berceramah sehingga disekat dan dihalau. Begitu juga dgn pimpinan PAS.. Sokongan bukan melayu/Islam, bagaimana ia dijana??
Jangan wujudkan perpecahan !!
betul, betul tuu...... Kita perkasakan Pas laa pulak! Cukup cukuplah erdogan n ulama', kan kan kan... Pkr pulak yg menang! kih kih kih kih.......
Pandangan "Afyan" boleh dibaca tapi tidak boleh buat rujukan. Ahli PAS yang dikatakan sebagai pro Anuar sebenarnya bukan kumpulan atau mewakili sesiapa. Mereka mengeluarkan pandangan atas dasar peribadi dan individu.
Mungkin kita boleh buat serkap jarang terhadap ahli PAS yang selari dengan pendapat Anuar Ibrahim sebagai pro Anuar. Tetapi bagi kita pendapat atau padangan yang sama adalah kerana mereka dalam satu gabungan iaitu Pakatan Rakyat. Tiada siapa yang mahu mencampuri urusan dalam parti orang lain kecuali UMNO-BN. Kita ada pakaian, maka jagalah aurat diri masing-masing.
Pada pandangan saya, parti PKR tidak pernah takut berhadapan dengan parti yang mahu menentangnya atau tidak bersependapat dengannya. Sebagai orang bukan ahli parti PAS, kami tidak tahu dan tidak faham apa itu kumpulan "ulama dan profesional". Kenapa ada dua kumpulan seperti ada team A dan team B dalam UMNO...?
Benarkah kumpulan ulama tidak terima rasuah atau tidak jadi pengkhianat terhadap ahli parti..?
Benarkah kumpulan profesional akan memesongkan akidah ahli parti kejalan yang songsang...?
Walaupun kita sudah hampir ke putrajaya namun perjalanan parti gabongan Pakatan Rakyat masih berliku. Kita tidak mahu membahaskan pekara remeh seperti apa itu ulama dan profesional ketika kita menangani masaalah yang diwujudkan oleh Barisan Nasional - UMNO.
Ada banyak kerja yang perlu PKR, PAS, DAP duduk semeja dan berbincang sebelum melaksanakan rancangan.
Kita sokong siapa saja yang sudah terlantik dalam muktamar PAS yang ke 55.
PAS DLM AMBANG KEJATUHAN PERCAYALA...DENGAN SI NASA TU...... HANCOR.....PAS HANCOR....... SEKARANG PAS MINTA DUA KERUSI DI W.PERSEKUTUAN...... TENGOK LA GAYA MEREKA NI.... STYLE UMNOOO....NAK MINTA BANDAR TUN RAZAK NGAN LEMBAH PANTAI ....TENGOK LAHHH KEEGOAN FRAKSI UMNO NI.........PAS HANCOR DLM PRU -13 UMNO KETAWA BESAR........ !!!!!
stop..jangan buat fitnah..kat sapa2.....
lani jom berjuang...
jangan sebab kita, jatuhnya gerakan Islam jatuh
hati-hati dengan kata-kata kita,
terutama tuan punya blog ni...
wassalam
salam,
kalau pemimpin buat kerja tak betul , ahli ada hak memanggil mesyuarat agung tergempar untuk menyingkirkan pemimpin. boleh rujuk undang-undang tubuh pertubuhan. buat masa ini bersangkabaiklah dengan pemimpin yang dipilih. gunalah fikiran yang matang dalam menjalankan perjuangan untuk mengganti umno sebagai tulang belakang kerajaan persekutuan yang baru pada pru 13 nanti. kerja mesti berjalan terus.
nasa adalah agen be nate..mengapa perwakilan semua buta?????
nasa dah menipu..dulu kata tak pernah g bincang2 dgn be nate..pas tu bila dah kantoi..mengaku plak???? dasar otak be nate!!!
diharapkan bloggers dapar siarkan gambar2 rumah proxi2 be nate dalam PAS ni..apakah gaya kehidupan mereka seperti parti pojaan mereka? inikah jenis ularmak? nasa tu taraf ulama kaaa? khaaaaaattt puihhhhh,ko nasa!!!
tahniah nasa!
maka ramai la beruk-beruk dalam pas
yang terkejut beruk bila nasa
menang.
terutama beruk kelate kat atas
nih...sampai sanggup meludah
pemimpin yang dia pilih sendiri...
memang buruk beruk pas kelate...
Perjalanan ke Putrajaya semakin hampir.
Yang kita harapkan ialah membina Islam di atas runtuhan jahiliah.
Kita mengharapkan MP-MP PR adalah yang berdaya ketahanan tinggi dan amanah yang jitu.
Bukan seorang yang mudah melompat sebagaimana katak-kata di perak, atau yang tidak tahan diuji dan diugut sebagaimana di kedah.
Inilah yang gagal dibina di dalam PKR.
Dalam masa sama PKR inginkan kerusi-kerusi yang banyak.
======
Peristiwa Nizar dilantik MB adalah pertolongan Allah kepada PAS hasil doa ulama dan usaha profesional di dalam PAS.
Selepas kemenangan BA di Perak, Sultan meminta setiap parti BA menghantar nama calon MB.
Dan PKR turut mencalonkan nama, dan nama bekas posmen itulah yang menjadi calon pilihan Anwar.
Ia telah berlaku dan menjadi sejarah.
Selepas Nizar terpilih, Adun PKR amat-amat itu amat-amat cemburu.
Kemuncak itu, dia melompat parti dengan bangganya.
Adakah ini calon MB daripada Anwar.
Saya kira, jika Adun PAS yang berlaku sedemikian, nescaya hentaman hebat terhadap Hj Hadi.
====
Di sinilah letaknya akhlak para pemimpin PAS, lansung tidak menghentam atas isu Perak, walhal sudah terang-terangan ia timbul daripada PKR yang tidak pandai membuat saringan memilih calon.
PKR hanya pandai hendak bertanding tetapi tidak pandai memilih calon yang bertanding.
Calon yang ada adalah tangkap muat; bekas posmen, perakam video, blogger dan sebagainya.
======
Inilah yang PKR terlalu cemburukan PAS.
Sebab itu mereka amat-amat dahagakan kerusi untuk dipertandingkan.
Sudah banyak terjadi dan terbukti, PKR yang bertanding tetapi jentera PAS yang digerakkan atas dasar semangat PR.
Sudah tiba masanya pembahagian kerusi di kalangan PR dibahagikan mengikut jentera dan keahlian.
naib presiden adalah hak husam..so nasa sebagai kaki penipu tak layak jadi naib presiden..dia terang2 menipu..mengaku bila dah habis konar...adakah org yg begini nak kita lantik sebagai presiden????
Perwakilan PAS telah menunjukkan jalannya.
Usahlah ahli-ahli PKR kesal dengan apa yang berlaku.
PKR dan Anwar sebenarnya kecewa kerana usaha meliberalkan PAS terbantut.
Daripada berusaha meliberalkan PAS, lebih baik PKR menumpukan kepada usaha pembentukan ahli dan jentera PKR.
Janganlah terjadi lagi peristiwa bekas posmen dicalon untuk menjadi MB.
Mujurlah Allah tidak izinkan perkara itu terjadi.
nampak nya pimpinan2 PAS khas nya pusat MASIH tak ambik iktibar dari pengalamam2 PAS yg dulu..masih lagi sayangkan ameno..oleh tu,baik org2 yg sayangkan ameno ni KELUAR dari PAS...anda cuma barah bagi PAS....dan untuk sipenipu tu..aku akan bagi undi aku pada ameno/be n kalu engkau bertanding dikawasan aku..daripada aku pilih si penipu tu..baik undi ameno yg terang2 kaki tipu..
madkri
jawatan yang Nasa pegang tu memanglah bukan seumur hidup macam presiden FAM...
Tapi masalahnya bolehkah kita nak menjatuhkannya walaupun dia buat kesilapan demi kesilapan? Cuba pikir, sedangkan keputusan tak rasminya kalah tiba2 boleh jadi menang, inikan pula nak jatuhkan org yg 'sememangnya" menang! Umpama Bee End membubarkan DUN Perak lah nampak gayanya.. Org2 dibelakang Nasa kan semuanya "ulama2" yg kuat parti dan kaya raya...
ada sekor beruk ameno yg terhina cam berok kena belacan dalam ni...hahahahaa..biasa le jenis beruk ameno..
nate beruk kelate...
membebel lagi macam buntut babun...
bodo punya beruk kelate!
keputusan yang telah dibuat atau
telah dipersetujui sepatutnya di
sokong oleh ahli bukan di
pertikaikan.
kalau tak suka buat apa duduk
dalam pas lagi?
pegi jahanam la keluar...
pas pun bukan lama lagi...nak
melingkup dah.
Afyan cara kau nulis tu macam penulis upahan UMNO je.
UMNO yang selalu ngaku partinya hebat.One Man Show.
Pakatan rakyat dah lama bekerjasama berkempen membantu antara satu sama lain seperti di permatang Pauh,Kuala Terengganu,Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Penanti.
Tak adapun yang ngaku kehebatan masing-masing.
Tok cadangkan agar Husam dilantik jadi ketua penerangan PAS dan Hj mat Sabu sebagai AJK PAS pusat.
Barulah kita dapat merapatkan saf agar UMNO tak dapat ambil kesempatan untuk pecah belahkan parti.
Dulu ada jugak seorang ulama bernama haji nakhaei yang keluar PAS dan join UMNO.naib Presiden lagi.
Ahli Pas tidak mahu kesilapan sama berulang lagi seperti penyertaan PAS ke dalam BN selepas 13 Mei 1969.Ketika itu datuk Asri presiden PAS dan ketika ahli-ahli PAS makin ramai tidak bersetuju dengan pandangannya,maka terpaksalah beliau keluar parti.
ingatlah penulis upahan UMNO,PAS berdiri teguh bukan kerana seorang individu.Sebab itulah UMNO beria-ia nak pecah belahkan PAS kepada golongan profesional dan ulama.tak lain tak bukan itu lemahkan parti.inilah motif sebenar mereka.ahli PAS kena buka mata
Adakah kerana ketandusan modal dan kepupusan hujah, maka tuduhan 'upahan umno' digunakan?
Kedangkalan hujah menyebabkan terpaksa menyerang peribadi lawan seumpama UMNO yang menggunakan ISA lantaran tiada kekuatan mendepani lawan.
"Upahan Umno" Inilah propaganda yang dimainkan oleh pro-anwar untuk menjatuhkan ustaz nasa, yang ternyata dapat dikesan oleh para ulama dan profesional PAS yang ikhlas.
++++
Sepanjang 27 tahun kepimpinan ulama', tidak pernah berlaku YB PAS melompat parti.
Tetapi baru setahun lebih PR memerintah beberapa negeri, sudah 4 YB PKR tersungkur.
Ada yang tersbungur melompat kerana tak tahan jolokan duit, ada yang resign keran amasalah peribadi, ada yang resign kerana tak tahan diuji.
Ini yang membezakan PAS dengan parti-parti lain.
zali beruk,eh apasal ko tersentak? ko berok kaaa? hahahahhahahahaaaaa dasar berok ameno kena belacan..
Pernah tak PKR pertikai kredibiliti PAS yang benarkan Ibrahim Ali bertanding d Pasir Mas.Bukti PKr tak campur urusan parti lain.
Kau ni umnolah.biasanya PAS tak campur langsung urusan parti lain.lain lah macam kau.penulis upahan umno
Adun PKR banyak lompat parti.
Ini bukti kelemahan PKR.
Ada sebarang penjelasan?
Kalu ada org sabotaj PAKATAN bila PRU13..kita dan tau nak cari sapa!!!PAS ka UMNO ka..buat taik..kami balun!!
biasa le tok iskandar..berok2 ameno ni ramai yg cuba menyamar...contoh nya si zali berok tu....
Itu masalah PKR.Kenapa kau pulak sibuk.PKR sebuah parti baru.PAS sendiri ada tokoh pemimpinnya yang kelaur parti seperti datuk Asri Muda,Haji Nakahaei dan ramai lagi.Tak salah toklah kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 60-an dulu pasal ada YBnya yang lompat parti.
Jangan menyalahkan Anwar kerana krisis dalaman yang sengaja diada-adakan UMNO dalam PAS.
Sebenarnya golongan profesional dan ulama yang menguatkan parti selama ini.jika dua golongan ini bercakaran,UMNO akan menunggu masa menanti PAS rebah.
Di bandar-bandar,golongan profesional yang bertanding menang kerana boleh diterima Bukan Melayu.Di kawasan majoriti melayu pula,golongan ulama lebih diterima oleh kaum Melayu.
Inilah yang ditakuti UMNO dan penulis upahannya di sini.Hj Mahfuz sendiri 3 kali mencuba baur berjaya memenangi Naib Presiden.
Husam masih muda dan masih berpeluang lagi dan ini membuktikan PAS tak seperti UMNO yang melarang atau mencantas sesiapa yang ingin bertanding 2 kerusi teratas.
Ingatlah.....tak perlu sensitif atau taksub kepada mana-mana golongan kerana matlamat kita memperkukuhkan PAkatan Rakyat serta menumbangkan UMNO dan BN.
Rundingan dengan UMNO tak ada maknanya kerana spesis penipu dan penyangak ini hanya tahu membaham mangsanya.
Eloklah pimpinan tertinggi PAS melantik Husam sebagai Ketua Penerangan dan Hj Mat Sabu sebagai AJK PAS Pusat untuk merapatkan saf dalam parti
Baguslah jike sedar begitu.
Namunapa yang mendukacitakan masih tidah insaf dan sedar, dan masih inginkan banyak kerusi walaupun tiada jentera dan calon yang kuat.
Apa yang lebih mendukacitakan ialah apabila ada sebahgian pemimpin PAS yang pro-Anwar lansung tidak membuat teguran terbuka kepada Anwar dalam hal ini.
Tetapi, apabila ada Presiden dan Tim Presiden dilihat melakukan kesalahan, cepat sahaja mengeluarkan teguran terbuka di blog dan media.
Tambah mendukacitakan, apa sahaja agenda Anwar, akan disokong sesokong-sokongnya.
Apa sahaja idea daripada Presiden dan Tim Presiden akan ditentang setentang-tentangnya.
diharap tuan guru presiden akan melantik husam dan mohd sabu menganggotai jawatan kanan dalam pas pusat.
bro afyan
jangan adu domba kerjasama erat PAS dan PKR...jangan sebarang buat ulasan...blog ni popular beb..ramai rakyat baca..plsss
anda pun pengikut blog ni...frankly speaking saya tak pernah buka pun blog anda...
respect sikit ya..
P/S kat bloggers perisik rakyat....bukan bodek bro..
Baguslah kalau korang semua sedar dan perasan afyan ni penulis upahan UMNO.
Bukan kerusi PKR lebih..kebetulannya PKR menang banyak.nak buat macamana
PASpun berpeluang memerintah Perak biarpun kerusi kurang.Tak adapun pimpinan tertinggi PKR bising-bising.
Yang melompat tupun 2 orang je.YB-YB PKR yang lain ok jer....
Mereka tetap pertahankan Nizar.
UMNO memang gerun kalau PR kuat.
hancus UMNO dan BN
maka dihantarlah penulis upahan di sini
Aku sangat2 bersetuju dng afyan, tak kiralah samada orang ameno ke pas ke dap ke pkr ke atas pagarke ... tapi banyak fakta yg betul! Pengalaman aku sendiri di negeri pantai timur, mengada2nya lebih! bukan setakat peha, kepala pun nak gomoo!!!
DAP mengusir wartawan Utusan,mengarah 8 Exco PKR meletak jawatan, Teresa Kok menyaman Utusan,PKR pun sibuk menyaman sana sini. Inilah dasar kuku besi pemerintahan pembangkang.Baru berkuasa beberapa negeri,sudah ternampak kezaliman menyekat kebebasan bersuara.PAS pula dikudakan DAP untuk mencabar kuasa sultan.Bayangkan kehancuran yang bakal dilalui negara kita jika PR menguasai negara. Masa depan orang melayu kian pudar.Anak cucu kita akan menangung sengsara atas kebodohan generasi sekarang yang memilih PR.
Saya setuju dengan pendapat Anonymous.Selama 12 tahun saya penyokong tetap PAS tetapi kini,selagi PAS masih bekerjasama dengan DAP,saya tidak akan sesekali mengundi PAS.PAS pula kini sibuk bercakap pasal jawatan Perdana Menteri,nampak sifat tamak kuasa.Memang sah jauh terpesong dari ajaran islam.PRU 13 akan datang, PAS akan mengalami kekalahan teruk.
Segalanya adalah tentang persepsi
Tajuk entri ini pun adalah persepsi penulis blog ini.
Tulisan saya sebelum ini pun adalah satu persepsi saya sendiri berdasakan pandangan dan pemerhatian peribadi saya.
Saya anggap ia adalah satu teguran terbuka.
Saya juga di sni menegaskan bahawa saya tidak suka dengan peristiwa "penipuan" oleh pimpinan PAS tentang isu muzakarah.
Saya sayangkan PAS tetapi saya sayangkan kebenaran.
=====
Alangkah bainya sekiranya setiap hujah dan fakta dikemukakan tanpa membuat tuduhan kepada pembawa hujah dan fakta.
lebih baik lagi sekiranya pengkomen mengkritik dan menzahirkan dirinya.
Sekiranya hanya bersembunyi di sebalik nick-name, nampak macam baling batu sembunyi tangan.
Saya bertanggungjawab atas setiap yang saya tulis.
Aku xkisah jika Husam ngan Mat Sabu xdiberi apa2 jawatan.. Abg Mat xkan kuar PAS, insya'allah.. Husam aku no comment.. Tapi atas didikan TGNA, insya'allah, dia kan istiqamah dalam PAS..
Aku cuma berharap Tuan Presiden tukar geng2 Ganu yang dah expired dari menjadi penasihat dia.. Ganu kena ubah.. MP Kuala Terengganu ada, ADUN Ladang dan ADUN Batu Burok ada.. Dahla gagal pertahan negeri masa PRU11.. Tsunami PRU12, pun Ganu gagal jugak menyerlah.. Ini punca Tuan Presiden mengambil keputusan salah..
My 2 sen..
adalah lebih baik tuan perisik rakyat menapis komen-komen yang memaki hamun serta provokasi-provokasi yang tidak berfaedah demi kebaikan semua ...
Ruang dan pelang ini akan dipergunakan oleh UMNO/BN untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Insaflah wahai saudara2 sekalian.
Post a Comment