"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, June 05, 2009

Muktamar 55: Agenda Kepimpinan Rakyat - Siapa Yang Betul?

Muktamar PAS Pusat kali ke 55 bermula hari ini. Setakat kelmarin Dewan-dewan Ulama', Pemuda dan Muslimat telah menyempurnakan muktamar tahunan masing-masing. Banyak perkara dah dibincang dan diputuskan. Ada perkara yang biasa saja dan ada yang panas. Memang begitulah lumrah bermuktamar sejak 54 kali sebelum ini.

Seluruh dunia sedang memerhatikan muktamar kali ini khususnya sidang utama yang bermula hari ini. Seluruh rakyat Malaysia rentas kaum silang agama juga prihatin dan penuh minat. Ahli dan penyokong parti-parti gabungan Pakatan Rakyat lebih hebat ambil berat. Ahli dan penyokong PAS teruja dalam cemas. Para perwakilan berdebar-debar untuk menunaikan tanggungjawab berbahas dan mengundi. Semua orang ternanti-nanti keputusan pemilihan saf kepimpinan parti yang akan diketahui besok.

UMNO juga tidak ketinggalan. Media arus perdana sibuk mengulas dan menganalisis pertandingan jawatan tertinggi PAS kali ini khususnya jawatan Timbalan Presiden. Tergambar ada pertembungan besar dalam PAS hari ini. Ada kem ulama' dan ada kem profesional, atau ulama' lawan erdogan. Akhbar online dan blog politik riuh rendah dengan kempen mengempen dan bongkar membongkar. Seolah-olah kelompok pemimpin PAS sedang bergaduh besar merebut kedudukan.

Semua orang atau semua pihak berhujah, mengkritik, memberi pandangan malah mencadangkan supaya undi orang itu atau ini. Sama ada disedari atau tidak, semua orang yang berhujah dalam isu kepimpinan PAS ini sedang memberitahu; "Aku tahu perkara sebenar, aku tahu apa yang telah dilakukan oleh orang inidan orang itu, aku tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh orang ini dan orang itu, aku tahu siapa yang sepatutnya diundi oleh perwakilan dan hujah akulah yang betul. Mana-mana hujah yang berlawanan dengan hujah aku adalah tidak betul belaka."

Antara hujah-hujah yang popular (kategori 1) ialah :


- PAS mestilah dipimpin oleh golongan ulama'.

- Kepimpinan PAS mestilah gandingan antara ulama' dan profesional.

- Kepimpinan PAS pasca PRU12 mestilah berimej rentas kaum dan silang agama.

- Kepimpinan PAS mestilah berimej aktivis yang 'merakyat'dan tahan uji.

- Ulama' perlu diprofesionalkan manakala profesional perlu diulama'kan.

- Pemimpin PAS mestilah dipilih dari kalangan yang pro Pakatan Rakyat.

Antara hujah-hujah popular (kategori 2) ialah :


- Pemimpin pro-muqabalah (dengan UMNO) perlu disingkirkan.

- Kepimpinan PAS perlu dianggotai oleh lebih ramai golongan profesional.

- Bukan ulama' tidak layak menduduki jawatan tertinggi PAS.

- Ulama' atau bukan ulama' sama saja. Yang penting ialah kualiti kepimpinan.

Antara hujah-hujah popular (kategori 3 - panas!) ialah :


- Ustaz Nasharudin Mat Isa pro kerjasama PAS-UMNO.

- Ustaz Nasharudin Mat Isa menipu ketika isu pertemuan dengan pemimpin UMNO.

- TG Hadi Awang bertentangan pendapat dengan TG Nik Abdul Aziz.

- Dato' Husam Musa cemar lumrah pertandingan dalam PAS kerana berkempen berlebihan.

- TG Nik Aziz sokong kumpulan Erdogan.

Antara hujah-hujah popular (kategori 4 - terbakar!) ialah :


- TG Hadi Awang juga pro kerjasama dengan UMNO.

- TG Hadi Awang patut berundur kerana lemah daya fikir dalam hal strategi.

- Ustaz Nasharudin hidup mewah ala UMNO.

- Dato' Husam sombong, ada skandal, membayar blogger upahan dan gelojoh jawatan.

- UMNO sokong Ustaz Nasharudin.

Sebahagian pengulas malah melabelkan pemimpin-pemimpin PAS dengan perkataan yang amat buruk dan lucah termasuk babi, dungu, bengap, bahalol, lembab dan mati pucuk.

Dari satu sudut, ruang mengulas dan mengkritik yang terbuka luas di era teknologi ICT ini amat mendewasakan pentas politik tanahair. Parti dan pemimpin politik terdedah kepada pemantauan dan kritikan semua pihak. Hampir tiada lagi maklumat yang boleh dirahsiakan. Kesilapan pasti mengundang padah.

Forum maya sejuta panel 24 jam sehari sepanjang masa mungkin membuka ruang kepada perwakilan memperincikan sebab terbaik sebelum menentukan nama yang akan diundi.

Dari satu sudut yang lain keghairahan mengulas dan berhujah ini mungkin juga membuka peluang kepada UMNO untuk mengenalpasti kelemahan Pakatan Rakyat secara terperinci. Memang kita tidak mahu mendiamkan kesalahan atau kelemahan yang berlaku dalam parti-parti (PR) kita. Kita tegas dengan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Kita serius dengan prinsip keterbukaan. Kita bukan yes man membabi buta kepada pemimpin-pemimpin parti kita. Namun kita ada musuh yang sentiasa menunggu peluang. Profesionalisme tempur politik dan pemikiran strategik menuntut pertimbangan untung-rugi dan penilaian kesesuaian senjata-medan.

Ketidakpuasan hati antara seorang dengan seorang yang lain adalah 'nature'. Apatah lagi dalam perkara yang besar seperti urusan kepimpinan rakyat. Perbezaan pendapat dan sudut pandangan juga adalah fitrah manusia. Bahkan dalam kehidupan haiwan yang satu spesis pun ada perbalahan dan pertikaian. Dalam satu perkara yang khusus, sejarah kemanusiaan membuktikan betapa persepsi, penilaian, pertimbangan dan pendirian manusia sentiasa tidak satu.

Oleh kerana itulah Islam mensyariatkan 'syura' sebagai platform pengurusan masyarakat, sebagai medan menemukan perbezaan dan merumuskan persepakatan. Satu keputusan syura bukanlah hasil persepsi dan pendirian asal yang sama di kalangan semua yang terlibat dalam proses itu. Ia cuma rumusan bagi pandangan dan penilaian yang berbeza.

Begitulah juga prinsip demokrasi. Walaupun syura dan demokrasi tidak sama namun dalam hal menguruskan perbezaan kedua-duanya mempunyai kehampiran. Semua orang atau semua pihak berhak mengemukakan pandangan dan penilaian masing-masing. Perbezaan diperinci dan dibincangkan untuk mencari titik persamaan atau mencari yang lebih baik. Akhirnya diputuskan satu kata sepakat. Keputusan itu berkuatkuasa.

Sama ada dalam sistem syura atau sistem demokrasi, pengurusan perbezaan sudut pandangan itu ada prosedur dan disiplinnya. Proses itu melibatkan seni komunikasi. Kualiti natijahnya sangat bergantung kepada komunikasi yang 'smart'.

Adakah kita berasa damai dan gembira jika anak-anak kita menguruskan perbezaan pandangan 'sesama mereka' dengan penggunaan perkataan babi, bodoh, dungu dan lembab? Apakah kita bahagia jika seorang anak kita menguruskan hujahnya dengan menelanjangkan kesilapan abang, kakak atau adiknya di depan khalayak ramai?

Barangkali perbandingan ini tidak tepat seratus peratus dengan dunia politik dan pengurusan masyarakat. Keluarga hanya sebuah unit masyarakat yang sangat kecil sedangkan kita membincangkan urusan masyarakat umum dan kepentingan yang jauh lebih besar. Namun begitu dalam banyak hal, kes kecil mampu menjadi asas kepada pemikiran berkaitan kes besar.

Penulis menyokong Dato' Husam Musa untuk jawatan Timbalan Presiden. Secara resmi, PAS Kawasan penulis juga mencalonkan Dato' Husam untuk jawatan itu dalam Mesyuarat Agong PAS Kawasan, April lalu. Tetapi penulis tidak sanggup menghentam Ustaz Nasharudin dengan bentuk hentaman yang penuh penghinaan. Sementelah terasa takut dengan butiran Fiqh Ad-Da'wa Wa Al-Baiyinat tentang urusan tuduhan dan pembuktian yang disyariatkan.

WaLlahu A'lam. Ini sekadar persepsi dan pandangan peribadi penulis. Tak mungkin penulis sentiasa 'betul' dalam semua perkara.

38 comments:

Anonymous said...

KEHKEHKEHKEH..BBIASE LAH BILA ORG KUAT PR BERSUARE MCM SEDARE NI SAYE TAK HERAN SGT SBB RAMAI BLOGGERS2 UPAHAN MCM SEDARE PASTI AKAN MENEGAKKAN TALI KAPAL YG BASAH. KUMPULAN ERDOGEN BYK MEMASANG "LUKAH" DI SANA SINI SEMATA2 NAK MENJERAT PEMIKIRAN ORG DALAM DAN LUAR MASUK KEPERANGKAP 'ANU'WAR. RAKYAT BUKAN BODOH LG NAK MENERIMA SEMUA YG DI WAR2KAN PAKATAN NI LG. MINDA MEREKA DH TERBUKA LUAS. LEBIH LUAS DR YG DI SANGKAKAN OLEH ORG2 MCM SEDARE DAN 'ANU'WAR SENDIRI. MUNGKIN PADA PANDANGAN PERIBADI SEDARE NI DIBACA OLEH BERBILION MANUSIA TP KESANNYA BELUM TENTU LG. INGATLAH SIKIT.

Anonymous said...

Kau telah banyak membuat tuduhan dalam blog kau sebelum ini. Pergilah mohon maaf dengan mereka yang kau fitnah. Ingat...tuduhan tanpa bukti dalam tangan kau tu adalah fitnah. Aku rasa KEBANYAKAN bloggers adalah orang yang lemah fikiran, takut berdepan dengan realiti, baling batu sembunyi tangan. Cukup-cukuplah menabur fitnah...Insaflah...

Unknown said...

Kalau di Britain adalah perkara biasa kalau parti-parti politik yang besar-besar mendapat siaran langsung di TV kerajaan, tidak kira parti pemerintah mahupun parti lawan.

Mereka beranggapan TV kerajaan adalah dibiayai oleh pembayar cukai atau duit rakyat, oleh itu tidak salah semua parti ini diberi peluang yang sama untuk mendapat liputan di TV.

Tetapi kita di Malaysia, hanya pemilihan UMNO sahaja yang dapat liputan di TV kita. Mungkin UMNO beranggapan RTM adalah dibiayai dari duit ahli UMNO.

Anonymous said...

untuk sedara jeffry..9.14am

setiap org bebas memberi pandangan......(samada pandangan diterima atau sebaliknya....tu lain citer) ...nak bersuara guna mikrofon buat kat Regent Park or Hyde Park macam london tak leh...jadi melalui blog ajelah....
salah ke?...

Kyra's Bundle said...

ko nampak tak Jeffry apa Alias Mohd Yusof kata... Ngookk gak ko kan Jeffry...
aku sokong >
Presiden - TG Nik Aziz
T.Presiden - Dato' Husam Musa

Anonymous said...

kita boleh menyampaikan hujah dan teguran, tp diharap tidak sampai memfitnah sesiapa

zali said...

sapa pun pemimpin pas dan apa pun
agenda yang di bawa pas dalam
muktamar tak la membawa erti
apa-apa.

semuanya pasti tak mahu selari
dengan kerajaan.

semuanya pasti menentang kerajaan

nak membina ukhwah,bekerjasama
dan membantu umno jauh sekali
sedangkan itu yang dituntut islam.

persaudaraan sesama islam tidak
di tekankan sama sekali.

yang ada cuma kebencian dan ego
pas nak menentang umno kononnya...

parti islam?
pirah!

zizi3131 said...
This comment has been removed by the author.
Lee Copper said...

Zali,

Apa barang lah lu? Umno? Islam? Ukhwah? Persaudaraan sesama Islam? Piraah.... Loklaq.

Betul kah Umno itu Islam? Yang gua tau Umno itu fasiq tahap munafik. Munafik ni lagi teruk dpd kafir. Orang munafik akan dihumban ke dlm Neraka. Sekali lagi... Neraka. Neraka apa? Neraka Jahannam.

Itu sebab orang Umno loyar buruk & munafik terer sebab mereka ingat Neraka Jahannam tu neraka yang dah jahanam dan rosak. Jadi hukuman tak boleh dikenakan atas mereka.

Pas wajib tentang habis2an Umno. Ada peluang musnahkan terus Umno, kerana Umno adalah sarang orang2 munafik.

zambri mandela said...

umno dah kemaruk...pemilihan pas dia pulak pandi pandai nak menyebok...sendiri punya pemilihan bergelumang dengan taik duit..

UMNO..dulu kini selamanya HAPRAK

Anonymous said...

MACAM LAH ORANG2 PAS TU TIDAK MUNAFIK! LEBIH2 LAGI HUSAM... MAT SABU MEMANG DAH TERANG ADA SKANDEL.PENYOKONG PAS MEMANG TAK TAHU SEJARAH. MEMANG DAH MATI AKAL DAN MATI PUCUK AGAKNYA SI TGNA TU.

Anonymous said...

aku pun bukan nye penyokong umno. tapi bila aku pk aku nak sokong pas, orag2 pas pulak perangai macam orang umno. buat pemilihan pas ikot rentak umno. gaduh sana gaduh sini.duit sana duit sini.mana yang aku kene sokong ni?

aku ingat pas ni tulen, rupenye rektorik!. ustaz nasa dicemuh. kesian...

Husam akan mencaturkan orang pas di tangan dia, aku x bebas. politik ni memang kotor. baik umno juga pas memang x berguna.

Anonymous said...

saya bukan penyokong umno maupun pas..tapi apa2 pun pergolakaan dalam kedua2 parti majoriti adalah melayu wajar menerima pandangan dan teguran...sekadar saling mengingati antara satu lain...jangan sampai teguran sedara semua menggunakan bahasa yang tidak elok....org melayu kan kaya dengan budi bahasa...tegur secara berhemah..

apapun saya sokong husam to be TP...jgn mare haa..nanti kena jual..hehe

Anonymous said...

kalau Husam menang bagus jugak, banyak sikit isu2 dia nk kene keluar. boleh hentam PAS habis-habisan untuk PRU13

Anonymous said...

AKU YANG PENYOKONG UMNO PUN AKU SOKONG HUSAM. DIA BOLEH BUAT KEPUTUSAN. TAK MACAM USTAZ NASA, DA LAH LEMBAP. X RETI BUAT KEPUTUSAN PULAK TU. MENYUSAHKAN PEMIMPIN UMNO JE...

SO, LEPASNI USTAZ NASA NGAN HUSAM BOLEH MASUK UMNO. SENANG JE AYAT DORANG NI...

AKU DAH TAHU MANA KELEMAHAN HUSAM, SO, AKU SOKONG HUSAM
HUSAM MENANG
HUSAM MENANG
HUSAM MENANG

CUPING MERAH said...

nk jadikan sesuatu itu lebih baik adalah perlu kita tegur menegur..

nk jadikan parti lebih baik adalah perlu kita menolak umno..

nk jadikan islam lebih baik adalah perlu menolak islam umno..

zali said...

tu la pasal...

bila perasan yang kononnya 'aku
lebih islam dari dia' habis semua
nak di tolak.

bongok!

pas melingkup bukan pasal
pemimpinnya tapi pasal anak buah
seperti cuping merah yang sering
mendengar bisikan iblis agar
menolak sesama islam.

musnahlah pas dengan juak-juak
iblis nya...

tok iskandar said...

Ramai ahli-ahli UMNO yang tinggalkan partinya untuk menyertai PAS.Mereka sendiri dah tak yakin dengan perjuangan UMNO untuk anak bangsa.Alih-alih timbul pulak idea dalam PAS untuk bentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO.
jika difikirkan logik idea ini bukan sahaja tak dipersetujui oleh TG Nik Aziz tapi majoriti ahlinya.

Tok ada masa terfikir jugak,persoalan ini timbul kerana krisis dalaman UMNO di Terengganu.PAS dikatakan berpeluang memerintah semula Terengganu jika membentuk kerajaan campuran dengan Ahmad Said dan pengikutnya.Ini sekadar spekulasi.....kebenarannya belum pasti

Ramai yang heran mengapa mereka yang menyokong idea kerajaan campuran dengan UMNO tidak melihat bagaimana MB PAS di Perak,Y.A.B Nizar ditumbangkan dengan cara mengaibkan.Alasannya pro cina.Tok nak jugak tanya pengundi Gerik yang mengundi mengundi ketua wanita gerakan sebagai MP mereka biarpun di situ majoriti Melayu.
Isu perkauman sengaja dimainkan UMNo dan eloklah dihentikan isu golongan ulama atau profesional kerana kedua-dua golongan ini banyak sumbangannya kepada PAS

Anonymous said...

budak husam ni reti ke nak insaf? makin teruk lagi ada .. agaknya nak jadi macam kickdafela kot?

Pembidik Tepat said...

Ramai xcaya dgn PAS yg kini myokong babi drpd nyokong rakyat. Tu kenyataan.

zali said...

laa...tok kandar kencing lagi...

berapa ramai yang meninggalkan
umno?mana statistik yang
menyatakan ramai umno masuk
pas?sekadar cakap-cakap kopi o tu
yang asyik terkencing je tu tok
kandar...

jika pas boleh menyokong dap
kenapa tidak pas menyokong umno?

apakah dalam islam ada kata
perangi orang islam dan maufakat
dengan orang bukan islam?

parti islam?
porah!

Anonymous said...

kesian tok kandar ni da giler meroyan gaknya...

Kyra's Bundle said...

Hipokrit sungguh si Zali ni... berlagak macam pandai POLITIK... tapi mmg tak boleh di nafi kan lg lah yg org UMNGOK mmg NGOOOK... kahkahkahakahakha...
walaupon aku ni kurang sikit ttg politik... tapi maklumat yg di sampaikan tu kena lah pandai baca... jgn lah setiap maklumat tu di label kan sebagai fitnah... kalau nak tau sgt org UMNO masuk PAS ni salah satu sejarah > http://drhalimahali.wordpress.com/2008/12/25/dua-puluh-lapan-ketua-cawangan-13-ajk-bahagian-pjs-masuk-pas/ .... kalau ko (Zali) masih anggap cerita ni fitnah juga, mmg ko ni NGoook.... kahkahakahkah... itu belum lg aku copy paste org UMNO masuk PKR (Perlis)... ok lah tak pe lah... ko nak hentam aku hentam lah

Fisabilillah said...

Setuju dengan Tok Iskandar,

Jangan kita lupa apa yang pernah Amno lakukan terhadap Pas dari dlu hingga skrg. Berapa ramai orang yang teraniaya gara-gara puak2 Amno ni yang sibuk dok rebut kuasa. Contoh paling dekat tengok sendiri la apa yang berlaku di Perak. Tragedi Memali pun takkan dapat Pas lupakan.Berapa ramai orang kampung beragama Islam yang dibunuh oleh tentera2 Amno? Adakah mereka lupa? Orang Islam sendiri membunuh saudara seagamanya. Inikah yang dikatakan Amno perjuangkan Islam?? Retorik semata2...

Dari dlu juak2 Amno mengatakan mereka perjuangkan bangsa Melayu?? Tengok sdiri la apa yang dah berlaku pada bangsa Melayu hari ini. Kaum manakah yang ramai sekali di pusat serenti? Siapakah juara membuang anak luar nikah pada masa ini? Berapa ramai gadis2 melayu yang telah hilang maruah sebelum sempat bergelar isteri yang sah? Lu pikir la sendiri. Jangan disebabkan korg tu orang Amno, korg leh tutup mata atas semua yang berlaku skrg. Common la, semua ni dah ada depan mata. Jangan butakan mata untuk melihat perkara yang bathil yang jelas ada di depan mata. Jangan la korg sempitkan pemikiran semata2 nak menangkan parti yang jelas salah. Selama 51 tahun memerintah, sepatutnya Amno semakin baik. Bukannya semakin mandom. Rakyat dah hilang kepercayaan dah pada Amno. Cuma tinggal hak berkarat jer...

Anonymous said...

slm kepada semua pengulas...
neraka amat luas dan muat utk umat manusia yg suka reka cerita bukan2@fitnah...bertobatlah tp kalau rasa dir kebal tak lut n tak mati sila teruskan kegiatan "murni" anda semua...kalau nak tegur ada caranya beri bukti yg konkrit bukan main rembat jer.....pilihlah syurga r neraka...salam

tok iskandar said...

UMNO sekarang harapkan talian hayat daripada PAS untuk sembuhkan penyakit kronik dalam partinya.pencacai UMNO dalam ni semua tahu betapa desperadonya umno mengharapkan perpecahan dalam PAS atau ada yang menyokong idea bergabung dengan UMNO.
Percayalah..tak ada kebaikan untuk kita semua menyertai UMNO.dalam pendidikan mereka hanya mampu memikirkan untuk kurangkan subjek dalam SPM kepada 10.think tank mereka dah lemah.Yang tinggal dalam umno hanyalah sampah sarap je.hidup segan mati tak mau.korang tengoklah hujah mereka dalam ni.kalah budak tadika.buat malu je baca.

tok iskandar said...

Kita boleh berbincang pasal perpaduan kalau dengan mereka yang berlapang dada bila kalah dan tak rampas kuasa bila kalah macam kat Perak.
Asal kalah je buat macam-macam peraturan mengarut masa pilihanraya.tak boleh ramai sangat penyokong,tak boleh ada pondok panas,buat hari mengundi waktu kerja.
ramai dah yang tahu tembelang UMNO untuk berkuasa.Pada tahun 2004,SPR lanjutkan masa mengundi di Selangor sampai pukul 7 pasal orang kurang mengundi.Apasal tak lanjutkan masa kat penanti sampai pukul 7.pengundi yang datang pun kurang.
ini yang buat melayu meluat dengan UMNO.cakap je berdegar-degar tapi ekor bergelumang taik.lidah dahlah bercabang.
kepada mereka yang terpedaya dengan sesumpah dalam UMNO,maaf cakaplah,eloklah berenti jadi ahli politik.elok korang ngajar budak ngaji je.....dapat jugak pahala.
umno tak selurus dan sebaik dewan ulama.mereka berbelit-belit.itu semua ahli pas kena tahu.nak memerintahpun kena sokongan rakan kongsi DAP dan PKR.jangan pulak kita mendabik dada perasan menang atas kekuatan parti sendiri

soklan said...

m khairul,
kalau aku cakap kau bodoh jgn marah ya..
presiden tiada pertandingan jd TGHA yg menang!!

tok iskandar said...

PAS bukan parti untuk ustaz sahaja.namapun slogan PAS for all.tok nak tanya,naib presiden PAS yang lompat masuk UMNO dulu,Haji Nakhaei dulu golongan profesional ke.

Sepatutnya lagi berilmu seseorang itu,lagilah merendahkan diri.barulah ahli hormat.tak ada jaminan seorang ulamak akan istiqamah dalam PAS.berhentilah merendah-rendahkan orang lain kerana setiap individu itu ada sumbangannya dalam parti.

orang boleh nilai ulamak mana yang layak memimpin dalam PAS dan mana yang tidak.

Eloklah kita merapatkan saf dan bukannya mengutuk sesama sendiri dalam blog.kalau tak puas hati pegilah cakap kat depan dia bukan meluahkan dalam blog atau media.

semua tahu ulama dalam umno hanya diperalatkan untuk kepentingan parti itu.jawatan dalam parti hampeh....setakat melukut tepi gantang.

sepatutnya harapan rakyat yang kita perlu tunaikan.jangan hampakan mereka dengan bergelumang dengan UMNO

Rakyat Marhaen said...

Bila muktamar bising nak jawatan.. Bila pilihanraya xpulak bising berkempen..

Anonymous said...

UMNO adalah parti bangsat dulu kini dan selamanya. Kepada penyokong-penyokong UMNO.. anda nak kutuk PAS?? Aku pun nak kutuk UMNO? Sesamalah saling mengutuk.. bagi sama2 puas hati.. BOLEH??? Tak payah nak buat ayat pertahankan UMNO yang bangsat..

C4U said...

Alhamdulillah, Husam dah menang.

Jadi UMnOngok buleh ucapkan SELAMAT JALAN KERAjaan Perpaduan!

C4U said...

RASMI

Nasa pulak menang!

UMnOngok buleh KETAWA SAKAN!

Unknown said...

Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me'liberal'kan PAS.

Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

tok iskandar said...

itu teori kau je afyan.kebenarannya boleh dipertikaikan.sebenarnya ahli PAS tak mahu tertipu kali kedua setelah kali pertama ditipu oleh BN untuk menyertai kerajaan campuran setelah peristiwa 13 Mei.
Ulama memang bijak dalam ilmu agama tapi mentah bila berdepan dengan tipudaya umno.
tak payahlah menyalahkan faktor Anwar pula.sepatutnya kita berterima kasih kepada penyokong-penyokongnya dan Alhamdulillah PAS dapat memerintah Kedah,Kelantan dan menang banyak kerusi DUN dan Parlimen hasil perkongsian pintar dalam Pakatan Rakyat.janganlah kita lupa diri dan perasan menang atas kekuatan parti.bila-bila masa je Allah boleh tarik balik pemberiannya itu.
UMNO memang gerun jika gandingan Pakatan rakyat menjadi utuh dan kuat

Unknown said...

Anwar dan PKR menonjol atas kudrat ahli-ahli PAS.

Anwar dan PKR tahu jenteranya tidak cukup.

Tetapi mereka tidak malu untuk menuntut kerusi yang lebih untuk dipertandingkan.

Daripada PKR sibuk-sibuk hal-hal kepimpinan PAS, lebih baik tumpukan pembentukan ahli PKR.

Jangan terjadi lagi peristiwa calon MB daripada PKR adalh bekas posmen.

Selepas tidak puas hati tidak dapat menjadi MB, terus melompat!

Andainya peristiwa ini terjadi ke atas PAS, sudah tentu sumpah seranah dihamburkan kepada TG Hj Hadi.

Tetapi tiada seorang pun pro-Anwar yang menegur beliau secara terbuka dalam hal ini.

Moga-moga selepas ini PKR mengukur baju di badan sendiri sebelum menuntut kerusi.

tok iskandar said...

setahu tok ramai jugak golongan ulama yang melompat parti seperti haji Nakhaei yang dulunya golongan ulama.ahli PAS tahu semua tahu mereka yang belot daripada parti.Di terengganu dulu kerajaan PAS tumbang pasal masalah yang serupa.

kami dah lama bekerjasama dalam Pakatan rakyat.tak ada pulak yang ngaku hebat macam kau Afyan.kau nilah tok rasa penulis upahan UMNO.eloklah kau pencen.
Di permatang Pauh,penyokong PAS dan DAP berkempen untuk Anwar.Di Kuala terengganu,penyokong DAP dan PKR berkempen untuk wahid endut.begitulah jugak di Bukit Gantang dan Bukit selambau.Penantipun sama.kita bekerjasama untuk menang.
orang UMNO je one man show ngaku parti mereka hebat.
cara kau nulis ni bukannya kau ni orang PAS.UMNO mungkin

Unknown said...

Adakah kerana ketandusan modal dan kepupusan hujah, maka tuduhan 'upahan umno' digunakan?

Kedangkalan hujah menyebabkan terpaksa menyerang peribadi lawan seumpama UMNO yang menggunakan ISA lantaran tiada kekuatan mendepani lawan.

Sepanjang 27 tahun kepimpinan ulama', tidak pernah berlaku YB PAS melompat parti.

Tetapi baru setahun lebih PR memerintah beberapa negeri, sudah 4 YB PKR tersungkur.

Ada yang tersbungur melompat kerana tak tahan jolokan duit, ada yang resign keran amasalah peribadi, ada yang resign kerana tak tahan diuji.

Ini yang membezakan PAS dengan parti-parti lain.