"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, July 10, 2009

Manek Urai: Belit UMNgOk (1) - malaysiakini

Berita 1 -

Mansuh PPSMI tiada kaitan politik: Sumber - Utusan Malaysia Online.

PUTRAJAYA 8 Julai - Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) bukan berdasarkan pertimbangan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, keputusan itu diambil setelah mengambil kira keperluan sistem pelajaran di sekolah-sekolah serta manfaat yang bakal diterima oleh golongan pelajar pada masa depan.

"Keputusan ini dibuat atas asas pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus dilakukan.

"Dan atas dasar itulah maka keputusan inilah yang kita lakukan, bukan pertimbangan politik," katanya yang juga Menteri Pelajaran pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan pemberita sama ada keputusan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dalam bahasa Melayu dibuat kerana desakan politik, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini.

Berita 2 -

Pemansuhan PPSMI mampu raih undi (Mustapa): Sumber - Berita Harian Online.

KUALA KRAI: Keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mampu membantu Barisan Nasional (BN) meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Selasa ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata sokongan guru dijangka bertambah kerana sebahagian daripada mereka tidak menyokong pelaksanaan PPSMI sebelum ini.

"Dengan tindakan Kementerian Pelajaran untuk tidak meneruskan dasar PPSMI itu, kita berharap ia dapat membantu BN meraih undi dari golongan pendidik.

TPU - TPM cakap tak de kena mengena dengan politik, Pengerusi Badan Perhubungan UMNgOk negeri cakap mampu membantu Barisan Nasiyonal dalam PRK N-41... macam mana ni...?

No comments: