"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 09, 2009

Kenapa Tuan Ibrahim Menghentam Tok Guru Nik Aziz Dalam Seminar Tempohari?

Saya bersedih atas kenyataan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau melahirkan perasaan tidak puas hati kepada sebahagian ahli jemaah yang menggunakan blog. Secara otomatik, Tuan Ibrahim telah mengatakan bahawa Tok Guru Nik Aziz telah melakukan perkara yang tidak berakhlak jemaah.

Saya sedih kerana hak untuk menegur kepimpinan dan menegur perjalanan parti adalah hak yang diberi kepada kami oleh Allah SWT. Firman Allah SWT :
  • "110. Ye are the best of peoples, evolved for mankind, enjoining what is right, forbidding what is wrong, and believing in Allah. If only the People of the Book had faith, it were best for them: among them are some who have faith, but most of them are perverted transgressors."
Ayat diatas menyatakan bahawa kita adalah umat yang terbaik kerana kita menyuruh yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran. Ertinya selagi Amar Ma'aruf Nahi Mungkar berjalan, maka kita akan terus dimuliakan oleh Allah SWT. Malahan, di Indonesia, disebabkan aktifnya Amar Ma'aruf dan Nahi Mungkar, Allah SWT menghalang berlakunya gempa di Jakarta.

Apa yang dilakukan oleh para blogger adalah semata-mata mencegah kemungkaran yang berlaku dalam jemaah supaya jemaah PAS sentiasa berada atas landasan Islam dan landasan dakwah. Tugas kami memastikan PAS tidak disalah gunakan untuk kepentingan peribadi beberapa orang pemimpin PAS.

Apakah Tindakan Tok Guru Salah Mengikut Syariat Islam?


Tuan Ibrahim dengan selamba menghentam Tok Guru Nik Aziz (walaupun tak sebut nama) kerana dalam posting terakhir Tok Guru, beberapa nama telah disebut. Maksudnya, Tuan Ibrahim kata Tok Guru ni tak ada akhlak jemaah kerana menggunakan jemaah dalam membicarakan hal ehwal parti?

Soalnya sekarang, mengapa ahli2 PAS tidak boleh membicarakan hal ehwal parti? Apabila undi, mahu kami mengundi PAS, Harakah nak suruh kita beli, demonstrasi nak kami ikut sekali, apabila ada ceramah mahu kami ikut sekali, apabila minta derma mahu kami bagi duit dsbnya.

Tapi apabila ahli dan penyokong bagi idea dan teguran, tak sedia pula menerima? Adakah itu adil?

Apa jenis pemimpin kalau teguran dari ahli bawah pun nak dilabel dengan berbagai-bagai label yang negatif. Tak ada akhlak jemaah la, tak ikut saluran la dsbnya.

Bayangkan orang yang lagi baik dari Tuan Ibrahim, namanya Saidina Umar RA telah disergah oleh seorang yang tidak dikenali dengan amaran bahwa sekiranya Saidina Umar RA menyeleweng, beliau akan ditegur dengan pedang. Saidina Umar menjawab dengan bersyukur kepada Allah SWT kerana ada yang masih berani menegur beliau dengan pedang.

Tapi, kalau Saidina Umar ni mengikut sunnah Tuan Ibrahim Tuan Man, nescaya Saidina Umar sudah memaki orang itu dan mengatakan orang itu tiada akhlak jemaah.

Kenapa Masa Hasan Ali Buat Perangai, Ustaz Tuan Ibrahim Senyap?

Saya hairan juga. masa Hssan Ali buat perangai, takda pun Dato Tuan Ibrahim bising. Tapi bila Tok Guru guna blog, tiba-tiba Tuan Ibrahim boleh menyerang dengan begitu hebat sekali.

Malahan, waktu pemimpin2 PAS berselingkuh dengan UMNO dalam gelap, Tuan Ibrahim senyap sunyi tak dengar pun suara beliau. Tapi, bila ahli dan penyokong menegur parti menggunakan blog, itu yang cuba dicegah oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ada komen dari Blog Bongkar Sauh :
Antara Teguran Tuan Ibrahim Dengan Contoh Tauladan Tok Guru Nik Aziz

Saya berpegang dengan contoh tauladan Tok Guru Nik Aziz sebab saya tahu dengan fakta bahawa Tok Guru lebih alim dan lebih memahami Islam berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man.
Dan ada nas yang jelas menyokong tindakan Tok Guru dalam bentuk ijma’ Sahabi berbanding dengan teguran Tuan Ibrahim sendiri yang tiada nas yang jelas.

Seterusnya, janganlah dihalang kebebasan menegur dan bersuara dalam jemaah. Yang dipentingkan adalah hujjah bukan sentimen. Kenyataan Tuan Ibrahim mengarah kepada menjadikan PAS seperti UMNO yang langsung tidak mengizinkan kebebasan bersuara.

Hasilnya, golongan yang jahat dan berkepentingan serta berduit mengambil alih UMNO dan kerosakan UMNO sudah tidak dapat dibetulkan lagi.

Nak Tegur Ikut Saluran. Tapi Saluran Apa?

Itu juga diperkatakan oleh Tuan Ibrahim. Namun semua orang tahu, bahawa dalam PAS sekiranya mengikut saluran biasanya pendapat serta pernyataan kita tidak lama akan hilang.

Lebih teruk lagi macam apa yang terjadi pada Khalid Samad dan Saari Sungip. Apabila menegur ikut saluran, mereka terpecat dari Dewan Harian PAS Negeri.

Blog menjadi medan meluahkan perasaan serta menyalurkan maklumat pada ahli2 dan penyokong PAS kerana saluran bersuara dalam PAS amat sempit. Dan 90% dari biasa suara ahli akan hilang begitu sahaja. Biasanya hanya apabila PAS kalah pilihanraya baru orang nampak teguran2 yang telah dibuat. Misal yang paling besar adalah PAS Terengganu sebelum PRU 2004.

Kalau tidak kerana blog dan saluran berita alternatif, nescaya PAS sekarang sudah pun menjadi komponen Barisan Nasional.

Saya minta Tuan Ibrahim Tuan Man kembali kepada Sunnah para Sahabat yang jelas baik untuk PAS dan Islam. Kalau tiada apa yang hendak dilindungi, kenapa takut dengan pendedahan bloggers?

Kalau Nabi SAW masih hidup sekarang ini, nescaya Nabi SAW tidak akan membuat teguran seperti mana yang telah dibuat oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.

Wallahualam

Tulang Besi

19 comments:

Syafiq Salim said...

btol2

Anonymous said...

Ini pengerusi JKuasa Disiplin parti yg nak dengar isu Selangor? Lepas gitu ajelah Hasan Ali & the gang tu....

Anonymous said...

oii...hangpa lebih kurang UMNO jugak...selama ni mengata kat UMNO...same jeee...hampehhh!!!

Anonymous said...

Apa dah jadi kepada sebahagian pemimpin PAS sekarang lebih menunjukkan kebodohan dari kecerdikan.Maka lahirlah perbagai arahan/peraturan yang menunjukkan kearah primitif. Wala' kepada pemimpin yang lebih diutamakan, bagimana pula wala' kepada pengundi/penyokong.Pembohongan telah menjadi wadah perjuangan sebahagian pemimpin atasan PAS. Go to hell UG and PAS

Anak Lenggong said...

APA HEBAT SANGAT KE NIK AJIS TU SAMPAI TAK BOLEH DITEGUR...DIDALAM SEBUAH PERTUBUHAN SEKIRANYA INGINKAN KEBAIKAN DAN SEMPURNA SETIAP AHLI HARUS MENEGUR DIANTARA SATU SAMA LAIN UNTUK MEMPERBAIKI KEADAAN. DALAM PAS NI AKTA MANA PULAK YANG DIGUNAPAKAI SAMPAI NIK AJIS TU TAK BOLEH DITEGUR...NI PARTI DIA DAN KELUARGA DIA PUNYA KEE...OOO ..BILA NIK AJIS DITEGUT TAK BOLEH TAPI BILA KALIAN MEMAKI HAMUN DAN MEMFITNAH NAJID..PAK LAH ..MAHATHIR DAN ORANG LAIN DARIPADA PEMIMPIN PAS BOLEH PULAK..

Anonymous said...

ko ni kan, memang sedang mencipta pergaduhan, permusuhan dalaman.

Dato` Tuan Ibrahim bukan marahkan TGNA tapi marahkan para blogger cam korang ler. yg asyik mengadu domba je.bahkan lebih dari itu,, jadi batu api.

ada je cerita baru yg korang nak ciptakan supaya org nampak pas kelam kabut.

org semua dah tahu, korang ni memang akan berusaha utk memecah belahkan pas. tak cukup dgn isu UG, ko apai2kan pulak pasal selangor, pastu pasal mesyuarat khas, pastu pasal Ust Bakar Chik pulak, pastu korang nak kenakan pulak Tuan Ibrahim pulak dah. lepas ni siapa pulak ko nak ciptakan pergaduhan?

Raja Petra dah bagitau, 2010 Umno akan berusaha untuk dapatkan selangor, jadi aku rasa ko antara yg diberi tugas dalam cita-cita umno ni.

kepada semua ahli pas, jgn terpengaruh dengan blogger seperti ini.

Mereka ini sebahagian daripada agenda Umno untuk 2010.

hati-hati

Anonymous said...

Biar Pas dengan dunianya.. pandangan rakyat tidak diperlukanlagi...
Undi rakyat perlu atau tidak...

al Kalam said...

Penulis membawa contoh teguran dlm blog adalah nahy an al munkar, contoh tindakan Umar al khattab, kebebasan menegur, dll.
Penulis juga membezakan ilmu antara pemimpin Pas dan kembali dgn sunnah al Sahabah.


Persoalanya adakah salah Tuan Ibrahim menegur Tok Guru. Kenakah tempatnya teguran Tuan Ibrahim tu. Susah sangatkah Tok Guru berlapang dada menerima teguran. Apakah mursyid al Am sudah dikira maksum dari teguran.

Banyak perkara perlu diambilkira. Pertama teguran melalui blog bukan medan yg baik sbg pemimpin apatah lagi setiap patah percakapan di atas jwtn mursid al am adalah dikira fatwa. Teguran pemimpin kpd pemimpin hendaklah melalui saluran krn ia tidak akan terdedah di mata musuh yg sentiasa mencari kesalahan.

Kedua, mencegah kemungkaran pd pendpt peribadi shj akan menimbulkan lagi banyak fitnah jamaah yg lahir lagi banyak kemungkaran. Bg pendpt Tok Guru adalah salah namun bg pendpt jumhur ahli adalah betul lantas mereka memilih pemimpin itu. justeru pendpt yg salah seorg hendaklah diketepikan demi maslahah umum krn kita berjuang atas nama jamaah.


Ketiga, adalah wajar bg pendpt Tuan Ibrahim melabelkan Tok Guru sbg tidak berakhlak jamaah jika kenyataan Tok Guru mungkin bg pendptnya telah memberi ruang peluang kpd pihak musuh mengucarkacirkan jamaah bahkan merosakkan barisan jamaah yg baru disusun tatakala jamaah dlm keadaan diberi ujian memerintah.


Keempat, adalah molek sangat teguran Tuan Ibrahim di dlm simposium jamaah yg terdiri dari ahli demi maslahah jamaah malah Tuan Ibrahim adalah Pengrsi Jwtnkusa Disiplin jamaah dan setiap kesalahan tidak kira mursyid al am atau tidak perlu dibetulkan.

Contoh Saidina Umat ditegur dgn pedang tidak berbangkit krn berlainan biah dan cara. Tidak timbul pula masalah siapa paling alim krn hampir semua pemimpin Pas adalah ulamak yg mempunyai kelebihan dan kekurangan. Sungguhpun Tok Guru adalah mursyid di dlm jamaah namun beliau tetap manusia yg melakukan kesalahan dan kecuaian.

Kenyataan yg dibuat oleh Hassan Ali, Khalid Samad dan Tok Guru amat berbeza kesanya kpd jamaah. Maka tidak boleh samakan mereka. Justeru adalah wajar Tuan Ibrahim membuat kenyataan sedemikian demi perjuangan Islam dan maruah jamaah!

Anak Lenggong said...

ISHH MANA BOLEH SITUA YANG BOLEH MENENTUKAN ORANG LAIN MASUK SYURGA ATAUPUN TAK TU DITEGUR...DIDALAM PAS HANYA DIA SAORANG SAHAJA BOLEH MENEGUR ORANG LAIN SEBAB PAS ADALAH NIK AJIS ..NIK AJIS ADALAH PAS...PENYOKONG PULAK KALAU DISURUH MINUM AIR BASUHAN KAKI NIK AJIS PUN SANGGUP TU..

tengku ciwa said...

mmm.... tiada lagi suara yang boleh menegur nampak gayanya kepimpinan PAS skrg. semuanya pentingkan kedudukan. "PAKU DULANG PAKU SERPIH, NGATA UMNO PAS PUN SERUPA". ALLAH telah memberikan sikit kemenangan kpd PAS dlm PRU12 setelah diberi sikit kemenangan selama 18 tahun untuk kelantan. so tembelang pun dah nampak.

satu lagi sy nak minta para BLOGERS yang hebat2 ni menyiasat lah apa yang terjadi pada AJK MPP ZON 22 shah alam. AJK MPP ZON 22 yang dimaksudkan adalah para AJK dari PAS. apa dah jadi agaknya.

saya tak nak ceritakan lagi disini tapi serba ringkas boleh di beritahu bahawa para AJK PAS CAWANGAN TAMAN BUKIT SUBANG telah buat satu memo bantahan kepada YB KHALID SAMAD. dengar cerita dah dua kali memo bantahan di hantar tapi setakat hari ini belum ada tindak balas yang positif dari YB KHALID SAMAD. memo bantahan adalah merujuk kepada monopoli AJK PKR dan PENGERUSI AHLI MAJLIS MPP ZON 22 terhadap pentadbiran MPP ZON 22.

inilah gayanya YB PAS kalau dah menang. semasa tiada berjawatan hari itu sudi datang TAMAN BUKIT SUBANG mohong undi tapi bila akar telah bermasalah sampai hari ini belum ada sebarang penyelesaian. baru setahun je menang tu..... dan baru nak masuk round kedua dah melupakan kami ahli2 yang memenangkannya.

mungkin kami akan patut bersorak gembira selangor akan jatuh menjelang JANUARI 2010 seperti mana yg di amarankan oleh najib. dari kami AHLI PAS melukut ditepi gantang disaat kami duduk di air tapi tetap mati kehausan, maka kami AHLI PAS TBS merelakan kejatuhan SELANGOR.... tolong kami para BLOGGERS... selesaikan masalah kami

Penembak Babi Anak Lenggong said...

Anak Lenggong dan sewaktu dengannya...TG Nik Aziz bukan Malaikat RIDZUAN yang jaga syurga....DIA sebagai ULAMAK hanya menyatakan HUKUM tak lebih dari itu..contoh siapa SEMBAHYANG akan masuk syurga...itu hukum dalam ISLAM..jadi kalau DR MAHATHIR kata solat kamu, kamu akan masuk SYURGA...jadi DR MAHATHIR pegang kunci syurgalah..begitu kee BODOH...

Aku tak kira orang2 dalam PAS tu...elok ke tak elok ke...itu tak jadi hal...yang penting parti PAS tu nak ke mana...nak tegakkan HUKUM ISLAM DI Malaysia..yang penting BAS tu nak pergi IPOH...drebar TUA ke drebar muda ke...bukan penting...janji majoriti penumpang suka..asal jangan pergi Pulau Batu Putih Singapura...sudahlah..

Parti BN UMngok...membawak BAS ke lurah kehancuran rahsuah, salah guna kuasa...mengkuda POLIS SPR SPRM memaksa HAKIM..jenayah bertambah, judi arak bermaharaja lela, pelacuran bertambah, dadah bersepah2.rumah ,jambatan, stadium selalu runtuh...

PASAL itu TG Nik Aziz kata.. yang sokong BN Umngok masuk NERAKA...berdasarkan hukum ISLAM...siapa yang menyokong KEJAHATAN samalah masuk neraka...
Bukan TG Nik Aziz pegang kunci syurga neraka..BODOH..

lurus said...

anak lenggong memang kayu. kayyu memang x paham manusia ckp atau buat2 xpaham sbb cari rezeki mcm tu. jd abaikan je ler mamat sorang ni. aku sokong al-kalam. ape bezanya tindakan TGNA dgn DHA?? harap2 pmimpin PAS lbih profesional. bila ade perbezaan pendapat jgn sebar2kan. settlekan dulu sesama pmimpin. bila dh selesai baruler diwar2kan. mcm umno buat. sbb tu rakyat xnmpk perpecahan dlm umno walaupun umno dh nk tumbang. TAPI jgn masalah tu sapu bwh tikar mcm umno. pendapat akar umbi pnting jgn mcm umno xnak dngar suara akar umbi akhirnya kita boleh lihat skrng. harap2 PAS x jadi mcm tu. Aku tetap sokong PAS selagi sunnah dan al-quran jd pegangan.

Tulang Besi said...



Dato` Tuan Ibrahim bukan marahkan TGNA tapi marahkan para blogger cam korang ler. yg asyik mengadu domba je.bahkan lebih dari itu,, jadi batu api.

ada je cerita baru yg korang nak ciptakan supaya org nampak pas kelam kabut.
.

Tok guru bukan blogger jugak ke?

Kau tak nampak ke blogger Tok guru tu?

Anonymous said...

Bukan semua orang masuk PAS nak berjuang utk Islam..... kebanyaknya nak jawatan.... harta kekayaan..... dan nak tolong Melayu (UMNO!!!) lagi banyak. Tapi tak dinafikan ada individu yg ikhlas dgn perjuangan menegakan syiar islam dan dakwah islamiah,dgn mengunakan PAS sebagai platform kearah itu.PAS bukan lah ISLAM,pas hanya sebuah parti politik yg konon2nya memperjuangkan syiar islam,tetapi maksud sebenar kebanyakan individu berjuang dlm pas hanya lah utk mendapatkan jawatan,kedudukan dan kuasa pemenrintahan dari kerajaan yg memerintah sekarang.Dan utk itu mereka mengunakan agama dalam setiap perkara yg dapat menarik sokongan manusia terhadap mereka(bukan atas maksud DAKWAH).Apabila ada individu diantara mereka yg sudah mendapat jawatan dan kuasa ,maka terserlah lah watak mereka yg sebenarnya.Ini kita dapat lihat dari kekalutan yg terjadi di antara mereka sekarang,kata-mengata,tuduh-menuduh,fitnah-menfitnah diantara mereka pun bermula..Apa kah ini akhlak org islam yg kita mahu contohkan pada org bukan islam?...TO BE CONTINUE…Insyaallah…
WALLAHUA`ALAM

DR.NARA

Unknown said...

Tulang Besi said....
Tok guru bukan blogger jugak ke?
Kau tak nampak ke blogger Tok guru tu?


Aku nak kata engkau ni bodoh, tak gamak pulak. Aku nak kata engaku ni baghal, takut dapat dosa kering pulak. Cuma apa yang aku nak katakan, apa yang tercatat di dalam blog TGNA mungkin datang dari buah fikirannya tapi bukan dicatat dan diuploadnya sendiri. Begitu juga tulisan-tulisannya di dalam buku-buku. Ada yang mengolah ayat-ayatnya walaupun buah fikiran tu daripada TGNA.
Lagi satu, memang betul Tuan Ibrahim marah pada blogger-blogger macam engkau ni sama seperti apa yang ditulis terdahulu oleh Ust. Derih Ahmad, bukannya dia marah pada TGNA.
Aku harap engkau tak mati dalam kekufuran. Dah banyak dosa engkau ni pada jamaah Islam.

Us. Mohd Said said...

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah anak sedare TGH Nik Aziz apasalahnya dia tegur bapa sedara sendiri...
T Ibrahim T Man seorang yang lemah lembut cuba ikuti kuliah2 beliau kat kuliah.com,,,
Hangpa nie dah banyak sangat ka pahala nak mengata TG Haji Abd Hadi.... Kalau TGH Hadi hangpa fitnah ada chan ke nak masuk syurga.
Selain TGH Hadi ada ka sapa hangpa rasa boleh jadi orang nombor 1 dlm PAS...Jawabnya tarak....
Mengumpat UMNO untuk menjahanamkan mereka dapat pahala.kalau mengumpat TG masuk Narrr...

Anonymous said...

4u anak lenggong... u adalah produk korupsi umno bn.... hati dah gelap dek kerana makan hasil yang melalui pintu belakang... jgm lah terlalu terpemgaruh dgn media perdana seperti tv3suku tu... mereka bukan meyampaikan berita tetapi diupah untuk memutarbelit berita...
sapa kata TGNA tak boleh ditegur?????
bila pulak TGNA jadi tuhan sampai nak tentukan sapa masuk syurga, sapa plak masuk neraka?????
dia cuma bagitau macammana jln nk masuk syurga.

jgn jadi bodoh macam kaldai umno...

Unknown said...

Nik Aziz dah riak. Bapak Setan.

Anonymous said...

Comment by yao siew Lian — March 9, 2010 @ 8:03 PM | Reply

2.Ven. Phra Piya Thammo,
Rumah Pangsa
Blk A-7-9- Jln Padang Tembak,
11400 Pulau Pinang,
Malaysia

Dear Devotees,

Before I commence of my letter-writing toward. All of you, I would like to inform all of you that I am not satisfy with the lawyer, Dato YIP KUM FOOK due to his bad inspirit impressions because he sent an inspector to come to our Buddhist Temple to arrest me without any good reason, moreover, the lawyer, YIP KUM FOOK is not satisfy with Chief monk.

When the Chief monk had me to go to his Temple already and he went away and left me alone to take care until Chief monk come back to the Temple first and he also told me not to leave the Temple if any committees or the chairman want to chase me out, you don’t leave the Temple at all understand? Then I said, alright? To the chief monk! On the second Day, YIP KUM FOOK came to our Temple and talk to me. He tired to make some inquiry from me and he asked me, where I come from? I told him that I came from Penang.

Then, I told to the lawyer (YIP KUM FOOK) that the chief monk came to Penang and fetch me and invited me to accompany him to go to his temple in K.L. I am not aware that YIP KUM FOOK is not in a good terms with the chief monk, chief monk already in this way, YIP KUM FOOK try to create trouble with me unnecessary. That is why, the lawyer want to chase me out of the Temple. Then I asked the lawyer, why you want to chase me out of the temple? Moreover, the Temple is not belonging to you, UNDERSATAND? Then, I asked him, who are you? I don’t know you at all, you have no right to chase me or control me at all, UNDERSTAND? You are just like a layman only. Do you know the regulations that any the chairman or committee cannot control the monks and the Nuns at all, also UNDERSTAND?

I scolded him like that. Then the lawyer (YIP KUM FOOK) is not satisfy with me and he told me that he will called the police to come to the Temple and arrest me. I told him to go ahead and called the police to come and arrest me. I won’t run away, I said to him like that. I have done nothing wrong toward you, why you want to arrest me? He said, he doesn’t like me to stay here. I asked him, why? Again. After this he got very angry with me, then he phoned up to the police and the police came to the Temple and told me to leave the Temple.

I told to the inspector of the again, 1 am sorry, I won’t leave the Temple because the chief monk had instructed me not to leave the Temple without his consent, UNDERSTAND? Then the inspector told me to leave, again. I told him I cannot leave the Temple because the Chief Monk hasn’t come back yet. This time, the inspector got very angry with me and he took out his handcuff and try to threaten me, then I immediately show off my hands for him to lock me up but he scare, then again, the inspector told me leave the Temple again but I still don’t want to leave the Temple.

Then I phoned up to the chief monk again and I told him that the inspector insisted want to arrest me, you better come back to settle the case for me. After this incident, Chief Monk came back to the Temple and take me to go to another temple and stay their. That’s all about this incidents! Last of all, I would like to inform all of you, that no committees or the chairman can control all the monks and Nuns at all also UNDERSTAND? “They are higher than the King,” also! So how can the laymen, the committees and the chairman to control them: – EVEN THE KING ALSO RESPECTED THE MONKS AND NUNS. Why the chairman doesn’t respect the monks and nuns? They will carry the sins later on, UNDERSTAND?

Yours in Dhamma

Ven. Phra Piya Thammo
Penang, Malaysia
Tel: 04-48272710

00Rate This