"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 09, 2009

Kalaulah Pada 1978 Sudah Ada Blog, Nescaya Kelantan Tidak Akan Jatuh

Betul tuan2 dan puan2. PAda waktu itu, keadaan di kalangan akar umbi PAS terutama PAS Kelantan berpecah teruk kerana pada waktu itu, mereka tidak mendapat maklumat yang lengkap. Mana Ketua2 Cawangan yang berada dipihak Pak Natsir akan membawa ahli di bawah mereka menyokong Pak Natsir, manakala mana yang menyokong Datuk Asri, akan menyokong Dato Asri.

Oleh kerana itulah, kalau dikaji keputusan pilihanraya Kelantan 1978, undi yang didapati oleh UMNO tidak mencapai pun 50%. Tetapi, kerana undi PAS berpecah kepada PAS dan BERJASA, maka UMNO berjaya menawan Kelantan dan meninggalkan PAS dengan 2 kerusi (Manek Urai dan Perupok). Undi yang pergi pada PAS adalah sekitar 37% manakalau undi BERJASA adalah dalam 15%. Ertinya, sekiranya undi PAS tidak berpecah, nescaya pilihanraya kecil negeri Kelantan pada 1978 dapat dimenangi kembali oleh PAS.

Kiranya PAda Waktu Itu Ada Blog?

Nescaya majoriti ahli-ahli PAS Kelantan akan mendapat gambaran sebenar kenapa Dato Asri mahu memecat Pak Natsir dari menjadi MB Kelantan. Nescaya majoriti ahli2 dan pengundi2 PAS akan mengetahui bahawa Pak Natsir ni sudah tidak lagi menjalankan kerja sebagai MB PAS tetapi menjadi MB Barisan Nasional.

Nescaya mereka akan tahu bahawa Pak Natsir lebih mengikut cakap Tun Hussein Onn berbanding dengan kehendak parti dan PAS sendiri. Malahan, Pak Natsir sendiri pernah berkata bahawa beliau adalah MB Barisan Nasonal.

Kiranya maklumat2 ini sampai pada ahli2 PAS pada masa itu, nescaya tidak akan ada perpecahan dalam PAS yang mengakibatkan PAS hilang kerajaan negeri pada waktu itu.

PAS juga dapat mengukuhkan tahap sokongan pada PAS dan malahan dapat mengekalkan pemerintahan PAS di Kelantan pada 1978.

Pribadi Pak Natsir sebenarnya banyak mengelirukan penyokong dan pengundi PAS di Kelantan pada masa itu. Kepribadian Pak Natsir hampir serupa dengan Tok Guru Nik Aziz, yakni, dengan tawadhu’ nya, dengan rendah diri, kuat ibadahnya dsbnya.

Tok Guru Nik Aziz pada waktu itu dikatakan akan menyertai kumpulan Mat Natsir ini, tetapi Tok Guru seorang yang faham politik dan mengerti apa itu wala’. Tok Guru Nik Aziz telah menulis sebuah buku bertajuk “Sikap Saya” menerangkan mengapa beliau tidak menyokong Mat Natsir dan menyokong Dato Asri. Ertinya Tok Guru mengerti maksud “wala’” dan biasa dengan menulis.

Apabila ahli2 dan penyokong2 PAS melihat seolah-olah PAS berlaku zalim pada Pak Natsir, maka simpati terhadap beliau amat tinggi. Hasilnya, ramai yang terpengaruh dengan propaganda UMNO dan menyokong BERJASA.

Makan masa 12 tahun baru dapat dikembalikan Kelantan kepada PAS.

Kalaulah pada waktu itu sudah ada blog sudah tentu trajedi ini semua dapat dielakkan. Tetapi, kalau pada waktu itu sudah ada blog, nescaya perancangan menubuhkan kerajaan campuran (seterusnya Barisan Nasional) juga digagalkan seperti sekarang.

Oleh sebab itu, nasihat saya pada Tuan Ibrahim Tuan Man, jangan membuat musuh dengan blogger kerana para blogger PAS dan Pakatan ini lebih banyak jasa kepada PAS berbanding perkara yang Ustaz Tuan Ibrahim tidak suka

Tulang Besi

19 comments:

Anak Lenggong said...

Itu menunjukkan negara ni dah jauh majunya daripada dahulu..sape punya keje adakah kerajaan pas punya kerja..ini lah kemajuan yang dibawa oleh pemerintah yang penyokong pas asyik dok tanya apa yang telah bn buat dlm masa 52 tahun pemerintahan...apa yang pembaharuan dilakukan oleh pemerintah kalian guna...tetapi dalam masa yang sama kalian mengatakan taida sebarang perkara yang dilakukan oleh bn...kalau tahun 1978..sekiranya dalam sebuah keluarga mempunyai sebuah motosikal dah dikira orang mewah..so bandingkan apa yang ada didalam sebuah keluarga sekarang ini...

Anonymous said...

Tak jugak...kalau blogger dan pengundi ISLAM berkecai2 kepada PAS, UMNO dan PKR...keputusannya sama macam 1978...peralatan dan teknologi memang maju...tapi HATI manusia SUKAR nak maju...dengki mendengki jatuh menjatuh tamak kuasa harta dan wanita TETAP ada setiap zaman...sebab itu QURAN dan SUNNAH kekal hingga kiamat...Nabi Muhammad SAW menjadikan PEMBANGUNAN HATI MANUSIA sebagai PROJEK RAKSAKSA Nya...

Anonymous said...

palat mu anak lenggong ... lenggong tu ada apa.

org cakap psl lain nak masuk campur.lenggong-gerik tu kalau letak beruk pakai baju dacing pun boleh menang.

dok perbodoh di tajul bertahun tahun lamanya.

TEKONG DARAT said...

perasan laa ngko anak lenggong...
macam laa pentagon tu BN yg punya..
ker USA tu pun majoritinya ahli umno?...kalau orang ulu tu ulu jugak...sebab tu lenggong yg tempat awal tamadun manusia di semenanjung sekarang dah macam new york...sebab ada umno laa yer...
bodoh

zali said...

tuan ibrahim pun kena hentam jugak?
bagus!

Anonymous said...

klo la 1978 TP sudah lahir kt dunia ak rase PAS makin huru hara....hahaha biase la pencacai negara la katakan.....

azmie said...

mana ngko tau tak jatuh? klu jd mcm hari ni, tgna pun kata blog punya pasal la sprm datang pulak jengok anak menantu dia. klu tgna kata wala' semua ok, klu org lain kata semua salah. berenti la berangan benda yg dah lepas. pru 13 dah dekat, kena keja utk yg tu bukan yg dah lepas dulu

Anonymous said...

SIAPA PEMBOHONG DAN SIAPA YANG BETUL

Berberapa hari lepas, ada berberapa geng-geng blogger anti pembangkang mendedahkan tentang cerita bai'ah mengarut yang dibuat oleh pas kepada semua Ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyat, dalam bai'ah tu menyebut, barang sesiapa yang meninggalkan parti pas (lompat parti) maka akan gugurlah talak tiga ke atas isterinya. det pun ada keluarkan cerita tu, malangnya det dimaki kaw-kaw oleh berberapa penyokong pas yang tahu no hp det, mereka suruh det tarik balik cerita tu kononnya det buat fitnah, "fitnah apak kau"

Dan semalam cerita yang dikatakan fitnah oleh puak-puak jumud ini di sahkan oleh ahli dewan rakyat kawasan shah alam iaitu khalid samad @ khalid gereja, dia sah kan cerita tu dalam akhbar utusan dan nst yang mana memang wujud bai'ah seperti itu dalam pas.

Siapa ada tengok Buletin Awani semalam, semasa ucapan hadi di seminar politik pas, hadi menafikan sekeras-kerasnya yang wujud bai'ah bodoh macam tu dalam pas, kata hadi lagi, majlis syura pas tak pernah mensyaratkan bai'ah macam tu kepada setiaap ahli dewan negeri dan ahli dewan rakyatnya, tapi khalid samad @ khalid gereja mengaku yang memang ada bai'ah macam tu, soalannya sekarang ni yang mana satu betul hadi atau khalid samad?

aesalno said...

wakakakaaka aku bangga dengan anak lenggong...sekurang-kurangnya anak hulu lagi banyak guna akal dari anak-anak yang kononnya bertamadun... nak kata apa lagi? dah terang-terang BN yang bawa kemajuan dalam Malaysia....tuh pun nak bangkang? memang taksub tak kira tempat...

aesalno said...

dah terang-terang BN dapat undi 48% n PAS 37%... kalah ler tuh... sembang watpe lagi.....

cucu chemat melaka said...

blogger umno keje nya puji aje umno,jilat umno,tipu rakyak dan memusing dan dan putar belitkan fakta kebenaran...saya ucapkan tahniah pada blogger2 pakatan yg berani menyatakan kebenaran,jgn takut untuk berkata benar walau pun ia nya pahit...kenapa kita mesti membiarkan anai2 memakan pas secara senyap pas akan hancur di musnahkan anai2 yg ada dalam pas....jgn biar pas hancur kerana sikap kita berwala kan anai2 ini....berkata benar lah walau pun ia nya pahit,org2 yg membaca blog2 ini ada lah org bijak dan boleh membezakan benar atau salah...kita kena cerdik tak pandai takpe tapi otak kena cerdik....teruskan membuka pekong yg akan memusnahkan perjuangan untuk kebenaran.....

Anonymous said...

sudah-sudahlah blogger-blogger menulis perkara yang boleh memecahbelahkan perpaduan parti. Kepimpinan sudah sepakat, apa lagi yang enta bising-bisingkan dalam blog?

Anonymous said...

Tulang besi kamu syaitan(mungkin) teguran kurang ajarmu terhadap pimpinan adalah dosa.beradab sikit nanti kaun yang sakit gilaaaaaaa

cucu mamak kutty said...

apakah menegur pimpinan satu yg kurang ajar,kita kena tegur tak kira siapa pun pimpinan ,kalau nak di bawak nya ahli pas ni masok ke gaung umno yg penuh dgn kemungkaran,bila ditegur di kata tidak ada mesyuarat dlm gelap,bila dah pecah tembelangar bu nak mangaku,sebelum tembelang pecah kenapa berbohong,saya langsung tak dapat terima pimpinan yg pembohong ni,kan tu salah satu sifat2 org munafikin,mcm nak dapat kemenangan dari ALLAH kalau berwala kan si pembohong....terus terang saya katakan saya dan mungkin ramai lagi grassroots yg tak dapat terima untuk berwala kan pemimpin yg pembohong.....sekali pembohong maka akan selamanya pembohong......ni bukan ahli biasa yg pembohong tapi pimpinan parti .....boleh pakai ke pimpinan ni.....pimpinan ni bertaraf ulamak.sebenar nya mereka ini tak amanah bila di beri amanah oleh ahli....letak aje le jawatan tu ,ramai lagi org lain boleh pimpin pas...tgnaziz ada dan boleh pantau pimpinan yg baru ni....erdogan pun takpe...daripada berwala kan mereka2 yg berpendidikan agama tapi pembohong....kecewa ..kecewa....kecewa...betul dgn pimpinan....

Anonymous said...

Demokrasi la sikit, tegur sikit dah melenting. Perjuangan apa ni.. tak boleh terima teguran..jangan fanatik tuan nanti makan diri.. betul juga dr hassan kata 201 % blogger-blogger dah berubah angin. Fakta ni betul melalui kajian ilmiah beliau. Syabas dr.

Anonymous said...

Zaman ni, tegur pemimpin dengan pena saja, pun dah dikatakan biadap.Kalau mamat ni idup zaman sahabat, dia mesti terkejut beruk punya...sahabat tegur amirul mukminin dengan pedang!!

Anonymous said...

anak lenggong ni buduh betoi la...lama sangat tajoi dok suap, pasai tu tak boleh nak guna akai. Lenggong, tempat Perak Man, dekat sempadan Siam, sepatutnya maju macam JB, tapi haprak..tu pun tak buleh pikir.

Anak Lenggong said...

KAH KAH KAH..NI LAA BANGANG NYA PENYOKONG PAK LOBAI JANGGUT SEJEMPUT..KEPALA JE PAKAILEBAI..PEJUANG ISLAN LAA KONON..TAPI NAK BEZAKAN TOPIK DENGAN APA YANG DICAKAP PUN TAK RETI..NI LAH DINAMAKAN PEJUANG ISLAM SEJATI AJARAN NIK AJIS..DENGAN GAYA BAHASA YANG TERLALU INDAH..DAN NI LAH CARANYA BAGI PUAK PAS NAK MENARIK SOKONGAN DARIPADA ORANG RAMAI IAITU DENGAN MAKI HAMUN DAN FITNAH...BERUNTUNG SUNGGUH MAK BAPAK KALIAN MENDAPAT ANAK YANG BERPERANGAI BAGUS CAM NI...LAIN KALI KALAU TAK RETI NAK BAGI ULASAN BAIK DOK DIAM JEE..JANGAN PULAK MENDEDAHKAN KEBODOHAN DAN SIKAP KURANG AJAR KALIAN ..KESIAN MAK BAPAK TU DOK DIDIK DARIPADA KECIK..

Anonymous said...

ehh... love this text :))