"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 19, 2009

Mahkamah : SPRM Diharamkan Soal Siasat Saksi Selepas Waktu Pejabat

Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu.

Seorang lagi saksi yang turut disoal siasat ketika itu, Tan Boon Wah, telah memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak sama ada SPRM berhak menyoal siasat saksi pada bila-bila waktu.

Boon Wah turut mendakwa beliau di kasari oleh pegawai penyiasat SPRM ketika beliau di soal siasat.

Beng Hock mati dalam keadaan mencurigakan, malah seorang pakar bedah dari Thailand tidak menolak kemungkinan mendiang mangsa jenayah.

Berikutan keterangan pakar itu pada inkues Beng Hock bulan lalu, arahan diberi untuk menggali semula mayat mendiang Sabtu ini bagi membolehkan bedah siasat yang lebih terperinchi dijalankan.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Mohd Ariff menolak tafsiran SPRM bahawa Seksyen 30 (3) (a) Akta SPRM kononnya memberi kuasa kepada badan itu untuk menyoal siasat saksi sepanjang masa.

“Ungkapan dari hari ke hari (untuk jalankan siasatan) dalam seksyen itu tidak bermaksud 24 jam tetapi waktu kerja pejabat yang biasa,” kata beliau.

“Justeru, saya bersetuju bahawa pemohon (Boon Wah) dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah untuk disoal siasat.

Sumber - TVSelangor

6 comments:

Anonymous said...

Jangan terlalu ghairah dengan arahan mahkamah tidak membenarkan lagi SPRM menyoal siasat saksi selepas waktu pejabat.

Kita jangan lupa PM Malaysia adalah Mohd. Najib Razak. Beliau pernah mengingatkan kita bahawa jangan terlalu ghairah dengan keputusan hakim kerana hakim dalam mahkamah rayuan boleh membatalkan semua arahan hakim mahkamah tinggi.

Apa pun yang diperkatakan oleh hakim, kita tidak boleh terima dengan penuh kepercayaan kerana dalam Malaysia Peguam Negara dan hakim-hakim memang tidak boleh dipercayai selagi Barisan Nasional memerintah.

Pada kebiasaannya keputusan yang tidak adil akan berlaku pada rakyat terutama mereka yang terlibat dalam politik pembangkang.

Kalau Peguam Negara dan hakim dalam mahkamah bertindak secara saksama dan adil dalam setiap perbicaraan kes itu bermakna Barisan Nasional akan tersungkur bumi tidak berapa lagi.

Jangan percaya pada Peguam Negara, Hakim dan Barisan Nasional.

is said...

Thursday, November 19, 2009
TG Nik Aziz Sebagai Mudalilul Am?

Akhbar Sinar Harian melaporkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.


Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.



“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di Tumpat.



Sebagai guru agama pondok, Tuan Haji Abdullah Sa'amah tentunya amat arif dengan segala kekeliruan yang telah dituturkan oleh TG Nik Aziz selama ini. Marilah sama-sama kita sorot kembali sebahagian omongan yang pernah beliau ucapkan di akhbar-akbar:

“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Berita Harian, 12 Mei 1999.

“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

"PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan takapa ..." - Berita Harian, 25 Jun 1999.

"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit darimana?" - Utusan Malaysia, 26 November 1994.

"Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia dimana tempatnya." - Utusan Malaysia, 28 April 1999.

"Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.

"Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

Anonymous said...

Macam kereta go-head gos-tan, keputusan kes ini masih boleh gostan balik, dan mereka yang mendakwa mungkin didakwa.....

Satu lagi projek Barisan Nasional

Anonymous said...

SPRM kuda umno..

Anonymous said...

SPRM ni nak tunjuk rajin dari jabatan kerajaan lain. Tapi kerja mereka macam sampah!

nijar said...

takleh la sprm panggil nik aziz anak beranak lepas kol 6... Boleh sembahyang magrib lama sikit lepas ni poknik