"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 19, 2009

PKR Kuala Krai Dibubar..?

KUALA KRAI - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Kuala Krai semalam secara rasmi dibubarkan apabila Pemangku Ketua Bahagian bersama Ahli Jawatankuasanya termasuk Ketua Pemuda, Naib Ketua Wanita dan empat Ketua Cawangan mengumumkan keluar parti.

Pembubaran itu secara langsung menyebabkan Kelab Penyokong PAS Parlimen Kuala Krai turut ditutup memandangkan apabila saf kepimpinannya yang rata-rata terdiri daripada orang yang sama turut meletakkan jawatan.

Pemangku Ketua PKR Kuala Krai, M. Amavasay berkata, tindakan itu diambil selepas mereka hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Negeri dan PKR kerana gagal memperjuangkan nasib kaum India di negeri ini terutama di Parlimen ini.

Menurutnya, beliau percaya kesemua ahli PKR di bahagian ini yang kini berjumlah seramai kira-kira 1,500 orang akan turut me-ngikut jejak langkah kepimpinan bahagian itu. “Saya sebagai Ketua Kelab Penyokong PAS Kelantan dan Ketua Bahagian PKR telah menerima banyak aduan daripada rakyat di Parlimen ini tetapi tidak ada satu pun yang dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan.
  • "Sebagai contoh, masalah tanah, kuil, tapak rumah, kubur dan kebajikan kaum India di sini diabaikan malah kami seperti anak tiri sedangkan sebelum pilihan raya umum mereka memberikan pelbagai janji".
  • "PKR di sini ibarat parti nombor dua, ia berpunca daripada pembahagian kerusi pada pilihan raya umum lalu dan sejak dari itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil dari PKR, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria jadi wakil rakyat nombor dua yang tidak dapat membantu ahli PKR,"
Katanya pada sidang akhbar di Kampung Baru Keroh di sini, semalam. Hadir sama Ketua Pemuda PKR Kuala Krai, K. Jeganathan; bekas ADUN Mengkebang, Azizzuddin Hussein dan wakil MIC Kelantan yang juga Pengerusi MIC Pasir Gajah, K. Krishnan.

Turut hadir Pengerusi Penaja Parti Makkal Sakhti Kelantan, A. Bathmanathan bersama kira-kira 50 ahli PKR Bahagian Kuala Krai. PKR bahagian ini mem-punyai kira-kira 1,500 ahli dengan tujuh cawangan iaitu lima mewakili kaum India manakala dua lagi cawa-ngan mewakili Melayu.

Amavasy berkata, beliau telah berkhidmat sebagai Penghulu Tanpa Mukim (Wakil Kaum) Parlimen Kuala Krai yang dilantik oleh kerajaan negeri selama 14 tahun tetapi tidak ada satu permohonan yang dibuat oleh pihaknya diluluskan oleh Kerajaan Negeri.
  • "Kira-kira 10 bulan yang lalu saya telah digantung daripada jawatan ini tanpa sebarang sebab atau alasan walaupun telah bertemu dengan Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman serta kepimpinan PKR negeri ini".
  • "Lebih baik Barisan Nasional (BN), tidak memerintah pun tetap memberikan sumbangan kepada kaum India tetapi selepas berbelas tahun saya jadi penghulu tidak ada satu pun sumbangan diberikan oleh Kerajaan Negeri".
Katanya. Ditanya hala tuju bekas ahli PKR terbabit, beliau berkata, terpulang kepada mereka untuk menyertai mana-mana parti tetapi mesti di bawah payung BN. Sementara itu, Jeganathan berkata, selepas 20 tahun memerintah, Pas tidak melakukan sebarang perubahan atau memberikan sumbangan kepada penduduk kaum India di negeri ini.
  • "Kita menghadapi pelbagai masalah tetapi tidak seorang wakil Kerajaan Negeri pun ambil tahu, sebagai contoh tidak pernah sekali pun wakil Kerajaan Negeri melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Pasir Gajah, ini adalah satu-satunya SJK Tamil di negeri ini".
  • "Dulu ketika pilihan raya janji hendak memberikan tanah dan tapak rumah kepada 100 orang India tetapi sehingga sekarang tidak ada, tetapi dengar khabar orang Melayu dapat".
Amawasay berkata, PKR Kelantan ada juga memohon kepada Kerajaan Negeri untuk menyediakan tapak kuil disebabkan rumah ibadat sedia ada telah dirobohkan untuk didirikan sekolah.
  • "Kita telah mendapat pampasan daripada Kerajaan Pusat tetapi apabila kita memohon tanah untuk membina kuil tidak diluluskan".
  • "Penduduk India di sini memerlukan sebuah kuil disebabkan kuil yang lain terletak jauh di kawasan ladang-ladang, begitu juga dengan masalah tanah perkuburan".
Menurutnya, mesej yang ingin disampaikan kepada kaum India lain di seluruh negara ialah jangan tertipu dengan dakyah pakatan pembangkang yang hanya manis dibibir.

TPU - Itu berita yang dilaporkan didalam akhbar Sinar Harian Timur. kebetulan pulak aku berada di Kelantan pada 17 & 18 November dan aku juga telah dihubungi oleh seseorang dari Pejabat ADUN Guchil untuk penjelasan.

Penjelasan - Kesahihan laporan PKR Kuala Krai dibubarkan adalah sama sekali tidak benar..!

Menurut M. Amarvasay (Pemangku Ketua Cabang Kuala Krai) ahli PKR yang terbaru adalah seramai 1500 orang sedangkan ahli PKR Kuala Krai adalah seramai 641 orang SAHAJA dan 90 orang dari mereka ialah kaum India.

Sebelum ini, mereka ini adalah daripada Kelab Penyokong PAS sebelum PKR Kuala Krai di tubuhkan. Mereka ini telah dilantik ahli Majlis Daerah Kuala Krai, Penghulu Tanpa Mukim dan peserta Ladang Rakyat. Selepas PRU-12 dan PRK-PRK mereka tidak terlibat dalam kempen dari segi tenaga atau wang ringgit.

Tugas-tugas parti di serahkan secara sukarela oleh Timbalan Ketua Bahagian kepada Naib Ketua iaitu Sdr. Mohd Ariffin Ali. Begitu juga tugas Ketua AMK diserahkan kepada Timbalan Ketua AMK iaitu Mohd Zuki Bin Mat Lik.

Berhubung dengan apa yang dinyatakan didalam laporan diatas, isu kuil tersebut sebenarnya telah lama selesai dimana, kuil tersebut telah di beri semasa zaman Penyelia DUN Guchil Hj. Mohd Razali Bin Abdullah.

Kerajaan Negeri telah meluluskan tapak di Daskoh iaitu sebelah Pejabat RISDA yang kini sedang dalam pembinaan...

Apa yang kita tahu setalat ini melalui sumber terdekat, Mustafa Mohammad telah menjanjikan dana berjumlah RM100.000 bagi mana-mana cawangan Makkal Sakhti yang berjaya mengumpul keahlian yang mencecah 2500 orang.

Kemungkinan besar tindakan M.Amarvasay adalah kerana "imbuhan" yang menarik yang kemungkinan telah ditawarkan kepada beliau.

Betapa terdesaknya UMNO sekarang dan seperti biasa, "IMBUHAN" adalah tawaran terbaik untuk membeli "manusia" yang semakin tiada harga diri.

9 comments:

Anak Bugis said...

Umno memang sentiasa menyerang, bagaimana pula dengan PR.. asyik dengan isu dalaman..? pihak lawan sentiasa mengintai kepincangan dengan menggunakan sentimen perkauman, tak kiralah sentimen melayu, india dan cina.. balik lah pada benda yang asas.. yang menyebabkan rakyat menyokong PR.. iatu kebajikan rakyat menjadi wadah perjuangan..

Anonymous said...

1sms diterima:

"Hassan Ali akan merasmikan satu program di Bdr Baru Salak Tinggi pada Jumaat 20/11/2009. Orang ramai dijemput hadir, sila pakai 'baju melayu dan samping'.. "

kalau pakai jubah or kemeja, tak boleh ker? hehehe..

Ketuanan Melayu betoi lar..!

MALAYSIABARU said...

MALAYSIABARU.COM SAID

PAS memang tak tahu jaga hati pengundi cina india.


BAPAK SEGALA retorik melayu islam

HASSAN ALI dah berjaya buat pengundi cina india rasa bosan dengan PAS.?

tahniah

ikhlas drpd www.malaysiabaru.com

Lan Pon said...

dalam dunia politik,mana ada kejujuran..tak usah mana2 parti mendabik dada mengatakan partinya bersih dan tidak menganaktirikan org lain..tetapi kalau nak sedap mulut dan nak tipu bolehlah mengaku partinya hebat,jujur,amanah dan segala2nya baik..
dalam politik ,siapa ada wang,siapa ada otak,siapa ada ilmu putar belit,insyaalah,parti tersebut pasti berjaya..kalau sekadar ada air liur,sekadar pandai berjanji..jgn bermimpi nak menang ..jgn bermimpi nak berjaya

politik penuh dgn taik..politik penuh dgn hasad dengki..politik penuh dgn tipu helah..serban tujuh lapis pun belum tentu , seseorang itu ahli politik yg jujur..percayalah..

dulukini said...

itulah BN yang suka merasuah rakyat jelata bile semakin kehilangan kuasa.

Kuda Perang said...

Bukan sepertinya yang anon, malaysiabaru dan lan pon perkatakan itu.
Itu FITNAH!!

Anonymous said...

POLITIK banggang...ciptaan yahudi..PAS pun ikut banggang juga..kononnya nak tegak syiar ISLAM,tapi hakikat sebenarnya nak dapatkan jawatan dan kuasa..Dalam pimpinan PAS,TGNA sorang jer yg aku tengok yg penat ke hulu ke hilir utk sebar kan syiar ISLAM,tapi syg-nya, dia berada dalam jemaah yg silap.Yg lain lebih pada sibuk kejar jawatan dan nak dapat kuasa memerintah..MOTIF pimpinan PAS hanya nak dpt kuasa memerintah..takde langsung sibukan diri dgn dakwah islamiah.Asbab mereka ni lah..anak2 muda FOBIA dgn ISLAM dan org2 bukan ISLAM jauh dari ISLAM..JGN marah...nanti kena LELONG..ini pandangan gua jer..hehehe..

Mr Joker said...

Anon 2:17 AM... lu punya pandangan 1000% betul..!

Elok hentak je kepala geng2 gila jawatan tu.

Yoto Khir said...

Hassan Ali goreng jangan tak goreng

Goreng sambil menari ronggeng

Buat apa nak layan kaum pendatang

orang kita berlagu memakai bersamping