"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Monday, November 30, 2009

Mengapa Tarbiyyah Tulang Besi Berlainan Dengan Tarbiyyah Ahli2 PAS Sekarang?

Masa tu saya baru darjah enam. Arwah bapa saya bawa saya ke usrah PAS dalam kawasan Tampin (sekarang Kawasan Rembau) dalam cawangan Astana Raja. Arwah bapa saya adalah antara yang terlibat dalam penubuhan cawangan PAS Astana Raja. DUN Astana Raja PAS tak pernah hilang wang pertaruhan dan antara sebabnya adalah kerana Cawangan Astana Raja.

Dalam usrah yang pertama itu, kitab yang dibaca dan dihurai adalah kitab Mastika Hadeeth dalam bab “Syirik”. Bayangkan seorang budak berumar 12 tahun tapi topik pertama yang saya ditarbiyyahkan adalah “syirik”.

Saya kekal istiqamah sebagai ahli PAS kerana PASlah yang telah memperkenalkan kepada saya apa itu Syirik dan perkara tersebut seperti terpahat di kepala otak saya sampai ke hari ini.

Pemuda-pemuda PAS sekarang ini mana ada belajar sangat pasal Syirik? Mana ada khatam pasal Akidah? Kalau saya bariskan pemuda2 PAS, dalam sepuluh satu pun susah nak cari yang tahu apa maksud syirik? Apa maksud Tauhid Uluhiyyah, Rubbubiyyah, Asma was Sifat?

Pemuda-pemuda PAS sekarang ini diindoktrinisasi untuk “Wala’” dan “Taat” kepada kepimpinan. Sedangkan sewaktu saya mula-mula ikut tarbiyyah dulu, perkara yang dipahat di kepala kami adalah akidah islamiyyah yang menekankan kepada kita peri pentingnya menolak syirik dan kufur.

Jadi, orang-orang seperti saya yang mengikut tarbiyyah PAS dari mula-mula diperkenalkan dahulu merasa sangat janggal bila kami lihat generasi baru PAS ini lebih fasih dalam bab wala’ tapi bila ditanya apa itu Tauhid Rubbubiyyah, Uluhiyyah, Asma wa Sifat, semuanya terngaga tak boleh jawab.

Adakah PAS juga telah menjadi UMNO? Melatih ahli-ahli mereka untuk taat kepada manusia lebih dari Allah SWT?

Kitab Mastika Hadeeth dan Peristiwa Memali

Waktu itu kejadian Memali baru berlaku. Maka imej yang cuba dilakarkan oleh UMNO ke atas PAS adalah imej sebuah pertubuhan membawa ajaran sesat.

Maka atas kebijaksanaan kepimpinan PAS, kitab akidah yang digunakan untuk usrah adalah kitab “Mukaddimah Mastika Hadeeth” terbitan Jabatan Perdana Menteri tulisan bekas Mufti Kelantan. Sahibus Samahah Allahyarham Dato' Haji Muhammad Noor.

Tiada isu untuk mengaji kitab ini kerana kata2 pengantar bagi kitab ini diberikan oleh Allahyarham Tun Razak bin Tun Husin. Mana mungkin kandungan kitab ini sesat kalau bekas PM sendiri memberi kata-kata pengantar?

Hasilnya, dapatlah saya mempelajari apa itu akidah islamiyyah dan bagaimana mengenali Allah SWT serta mengenali diri saya sendiri.

Ramai Pemuda2 PAS ni tidak sedar bahawa persoalan imamah dan akidah adalah persoalan yang dibincangkan dalam satu kitab. Persoalan “wala’” ini berkait rapat dengan akidah islamiyyah kerana ketaatan yang tulin hanyalah kepada Allah SWT dan Rasul SAW. Ketaatan kepada makhluk itu bersyarat dan tidak mutlak.

Tapi dalam PAS sekarang, topik2 seperti syirik dan “uluhiyyah” ini sudah jadi topik sampingan. Topik “wala” dan “tsiqah” menjadi topik utama sehingga ahli2 sudah terkeliru perbezaan di antara ketaatan kepada pimpinan dengan ketaatan kepada Allah dan Rasul SAW.

Bagi mereka yang mau menuduh saya bukan ahli PAS dan bukan dari tarbiyyah jemaah PAS, saya nasihatkan saudara carilah alasan lain. Kalau nak fitnah saya pun, carilah modal lain.

Saya ni PAS generasi kedua. Arwah bapa saya adalah bekas aktivis PAS dan bekas Ketua Pemuda Negeri Sembilan. Saya lahir dan besar dalam PAS bukan dalam jemaah lain. Saya PAS dari sekolah, ITM, universiti, bekerja dan sampai sekarang. PAS terus dan tiada jemaah lain.

Orang-orang yang nak tuduh saya agen UMNO dan agen IRC dsbnya, dia tu sendiri baru berapa hari ada dalam PAS berbanding saya? Kaji dulu sebelum nak tuduh orang.

Akhir kata, saya ingin mendoakan pengarang Kitab Mastika Hadeeth, Allahyarham Sheikh Mohammad Noor semoga Allah SWT merahmati serta mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan roh beliau di kalangan para syuhada dan para nabi-nabi dan rasul-rasul AS.

Begitu besar jasa beliau kepada saya sehingga saya dapat mengenali Islam itu dengan baik dan menyelamatkan saya dari kesesatan dan kesyirikan.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh bapa saya kerana telah mengheret saya ke usrah2 PAS walaupun masa itu saya baru umur 12 tahun dan masih gian main bola. Kalau saya dibiarkan begitu sahaja, tak tau apa yang berlaku pada saya sekarang ni.

Alfatihah

Tulang Besi

p/s - Saya pernah berceramah di satu cawangan PAS di Tampin dan ketua Cawangan tersebut memberitahu kepada hadirin bahawa beliau pernah bertamrin dengan arwah bapa saya satu masa dahulu. Lepas tu ketua cawangan bertanya kepada para hadirin, bagaimana dengan anak-anak tuan puan? Adakah mereka juga menjadi aktivis PAS dan pejuang2 Islam?

Saya berasa cukup gembira masa tu kerana contoh yang bapa saya tinggalkan itu, insya-Allah akan diikuti oleh ahli2 cawangan tersebut. Ramailah anak-anak muda kampung tersebut akan jadi pejuang Islam.

Tulang Besi

24 comments:

Anonymous said...

ahh poyo lah TB..
ko je la jd tok guru mcm bagus je ko ni..

Anonymous said...

iya ke ni????mcm cerita dongeng je......

Anonymous said...

nagkat bakul sendiri la TB ni.....bab cipta cerita dongeng hang mmg 1st class...tp nk bg kita semua percaya IM SORRY la yeeeee....hahhaahhahahha hakktuuuiihhhhh..

Tulang Besi said...

puak2 UMNO macam hang, tuhan pun hang tak percaya.

Tapi kalau besok aku bayar korang, apa pun aku cakap korang percaya.

Anonymous said...

agak2 la TB ak masih waras dan percayakan tuhan..antara ko n tuhan mmg jauh beza ..... percaya ngn kata2 ko mmg xde faedah....

Cheguman said...

Pesongan yang menarik.

joostspring said...

org xcaya dah ko mu tule wei...

mu dgn meli kapak jangak sapa lagi lama dlm pas????

zali said...

haah?
tulang besi?
sapa tulang besi?

kalau tulis melalut-lalut,dah tu
blasah pemimpin sendiri....emm pi
jalan daa...

pi kije kilang la kat penang.

Tulang Besi said...

wahhhh

almaklumlah semua cybertrooper baru lepas dapat duit

tu yang semua semangat gile tu

Korang punya tuhan kan duit.
Judi,arak, kaberet semua korang bantai

betul tak?

Anonymous said...

TB, TB
ko marah ke TB.
sabo, ahli yang ikuti USRAH PAS sejak berumur 12 tahun tentu dah banyak bertarbiyah.

tapi ko....
aduh tarbiyah ape ke mende nye ni...
ni namanya bukan tarbiyah tapi terBAIYAH...

ka ka ka ka, ki ki ki ki ,ku ku ku ku.

Anonymous said...

TB, TB
ko marah ke TB.
sabo, ahli yang ikuti USRAH PAS sejak berumur 12 tahun tentu dah banyak bertarbiyah.

tapi ko....
aduh tarbiyah ape ke mende nye ni...
ni namanya bukan tarbiyah tapi terBAIYAH...

ka ka ka ka, ki ki ki ki ,ku ku ku ku.

Anonymous said...

TB;

ekau orang nogori, mati-mati eden ingat ekau ni orang Kelantan, penyokong totok PAS,

Orang nogori bukannyo suko kek PAS ni.. melalut jo.. sumo salah .. kek dio ajo yang boto..

Berkawan ngan setan boleh kan TB, ikut kato Mursyidul ekau tu.. kah kah apo punyo ulamak cakap macam ni

Rontilah sokong PAS ni..habis boreh jo.. PAS sekarang dah lain dah.. Kalau dulu boleh cakap pasal uluhiyah dsb, pemimpin PAS dah cakap nada lain sekarang ni.. tak de sebut hudud, tak ada sebut permintahan Islam, pemimpin Islam.. dalam hati masing mereka hanyalah satu, untuk menjatuhkan BN dan memerintah dengan DAP dan PKR...kerana kedudukan sanggup bersekongkol dengan DAP.. kalau dulu PAS kata haram pulak UMNO berkawan dengan MCA tapi sekarang dah halal ye..

Saya rasa TB ikhlas dalam perjuangan sepeti rakan-rakan sepejabat saya.. teruskan dan berdoalah sentiasa pada Allah untuk mendapat pertunjuk.. Kalau kita taksub tanpa rasional, selipar Nik Aziz pun kita akan ambik, rendam dan minum airnya.. nak ambik berkatlah.. kalau kita berfikir secara rasional; kita akan sedar melalut sebenarnya orang tua ni..sebenarnya dia hanya insan biasa seperti saya dan TB..

Sepatu Gaban said...

Biarlah mereka...

Kita pegang pada Good Governance...

Asal dapat dengar azan berkumandang adalah cukup bagiku...

Kerana AZAN adalah dakwah paling sempurna...

Nak pergi atau tak, muazin dah tunaikan tanggungjawap...

Pegang meLAYU akan LAYU...

zali said...

tulang besi kata : Korang punya
tuhan kan duit.

uik tulang besi...
ko mengaku ada 'tuhan duit' ker?

tulang tulang...ko nih makin lama
makin melalut ler...

Anonymous said...

ok le pasal tarbiyah si tulang ni kita respek le

tp yg buat ramai dari kita meluat ialah perangai dia yang tak menunjukkan langusng dia ni seorang yang ditarbiyah

bila ahli pas kata pasal wala n tsikah dia ingat dia sorang je yg wala n tsikah secara berilmu dan bukan taklid buta

tengok je le bila si tulang ni berhujah. semua yang tak sependapat dgn dia dilabel umno lah, ejen umno lah ntah apa2 umno lagi

segalanya dia tengok kalau sokong dia pas n kalau tak sokong dia umno. amende punya otak daaa

pada aku si tulang ni lebih disukai orang umno berbanding hadi awang atau hasan ali

kayukelat said...

bukan setakat usrah aje dalam pas kitab mastika hadith digunakan, pagi-pgi jumaat huraian mastika hadith dari tok guru haji hadi di rusila, ustaz awang jidin di batu enam, ustaz harun di kubang lembik, apakah hanya tulang besi aje yg belajar kitab mastika hadith kat rembau org lain di seluruh pelusuk negara malaysia menggunakan, kitab ini juga digunakan dalam usrah di negeri terengganu yg mana tulang besi mengatakan kitab usrah kat negeri terengganu dan malaysia telah diubah suai oleh geng terengganu, apakah kitab mastika hadith hanya wujud di rembau, di cawangan astana raja, yg mana pas tidak pernah hilang wang pertaruhan tapi tidak pernah menang.

ANAKSENGAT' ( aku tak rela diperdaya umNO) said...

TB besi hanya ada modal dia anak pejuang PAS..cuma nak ingatkan yang Pak Lah tu cucu tok Guru, semua tahu hubungan dan jasa atuk dia kat PAS!

Jangan ingat dia sorang je tarbiah...tarbiah apa setakat mustika hadith je.. umNo pun baca.. Tapi umNo memang tak ngaji pasal wala' sebab depa bukan pari Islam..

Kalau setakat mustika hadits...semua baca..takde beza ngan umNO..tu la sebab duduk kat luar tak tahu tarbiah kita sekarang...
Cuba balik tanya dan tengok sukatan usrah sekarang...apa la ko ni TB syok sendiri

Tulang Besi said...


Berkawan ngan setan boleh kan TB, ikut kato Mursyidul ekau tu.. kah kah apo punyo ulamak cakap macam ni

Rontilah sokong PAS ni..habis boreh jo.. PAS sekarang dah lain dah.. Kalau dulu boleh cakap pasal uluhiyah dsb, pemimpin PAS dah cakap nada lain sekarang ni.. tak de sebut hudud, tak ada sebut permintahan Islam, pemimpin Islam.. dalam hati masing mereka hanyalah satu, untuk menjatuhkan BN dan memerintah dengan DAP dan PKR...kerana kedudukan sanggup bersekongkol dengan DAP.. kalau dulu PAS kata haram pulak UMNO berkawan dengan MCA tapi sekarang dah halal ye..
.
Yang den nengok, oghang nogoghi ghamai dah boghubah. Sokaghang ni tak macam dulu.

Oghang noghoghi sumo macam lombu kono cucuk idung.

Sekaghang ni oghang noghoghi dah ado internet, dah ado maklumat, dan pandai monilai.

Yang pomimpin2 UMNO kek noghoghi tu buek ngabih bogheh komain handal, namo nak bangunkan oghang Islam oghang mlayu jauh panggang dari api.

Sampai kiamat la nunggu tak sampai2.

Cumo adolah sokoret duo macam kau yang bangang yang amek amek laieee, tak mampuih mampuih.

Bilo la gek eh kao nak mampuih. Idup pun monyusah kan oghang jo.

Tak koso den nak molayan kao.

mampuih la kao.

Tulang Besi said...


bila ahli pas kata pasal wala n tsikah dia ingat dia sorang je yg wala n tsikah secara berilmu dan bukan taklid buta

tengok je le bila si tulang ni berhujah. semua yang tak sependapat dgn dia dilabel umno lah, ejen umnolah ntah apa2 umno lagi



Abih kalau pemimpin tu dah penipu pembohong, nak tsiqah apa jadahnya lagi?

Kao ni sehat ke tidak?

Tulang Besi said...

kitab ini juga digunakan dalam usrah di negeri terengganu yg mana tulang besi mengatakan kitab usrah kat negeri terengganu dan malaysia telah diubah suai oleh geng terengganu, apakah kitab mastika hadith hanya wujud di rembau, di cawangan astana raja, yg mana pas tidak pernah hilang wang pertaruhan tapi tidak pernah menang..

Abih tu harapkan ngaji je lebih, tapi stkat dengar je la, tak pernah jadi ilmu.

benda akidah ni mana boleh taqlid bang? Tapi korang terus menerus taqlid hatta dalam akidah pun.

maksudnya korang ngaji ada sikit tak betul la bang.

Anonymous said...

TB da start meroyan cam org gilo...xmcm seorang yg ditarbiyahkan darpada PAS....AK TGK DA MCM ORG YG DITARBIYAHKAN DARI DAP ADALAH!!!!

Anonymous said...

kalau lah TB ini hasil dari tarbiah PAS,..

yg suka mencarut

yg suka memaki-hamun

yg suka melebel org dgn berbagai lebel hina,..

aku sgt bersyukur krn tidak pernah pegi usrah PAS,..

jika tidak aku juga mgkin jadi pencarut dan pemaki-hamun mcm tb,.

SYUKUR ALHAMDULILLAH

Anonymous said...

PAS bukan jemaah ISLAM,PAS hanya sebuah parti politik,Sebab tu lah kebanyakan individu2 dalam PAS berjuang atas maksud dunia sama saja mcm BN..Jadi kalau pemimpin dalam PAS menang pun takde jauh beza sangat dgn pemimpin UMNO yg ada sekarang.Contohnya kita dapat lihat pemimpin2 PAS di Selangor.Kesimpulannya,aku memang dari dulu tak pernah sokong PAS,cuma aku sokong PAKATAN RAKYAT.Bagi aku PAS hanya guna agama demi kepentingan politik peribadi pemimpin2 dan individu2 tertentu.Kalau betul lah pemimpin dikalangan PAS ni berjuang demi agama..Kenapa org2 yg terang2 mengkhianati perjuangan mereka tak disingkir kan?atau pemimpin2 berkenaan letak saja jawatan?sebab mereka kata berjuang demi agama.Sekarang mereka ini telah manjadi asbab fitnah kepada islam itu sendiri.JAdi kalau benar2 ikhlas berjuang utk agama...LETAK JER JAWATAN..org utara cakap TAKDAK HARI..sorry lah depa nak letak jawatan..sebab benda tu yg depa ligan pun...cuma duk wayang guna agama jaa...supaya org sokong...antara yg jelas menunjukan sifat gila kuasa ni adalah GENG2 perpaduang..CETT..wayang semua..

wirautama said...

kenapa bangga sangat, sehingga boleh kata pemuda pas sekarang tak tahu tauhid.. sedar atek diri.. org klu belajar makin belajar makin rendah diri, ni makin bangga diri.. sudah lah.. cuba fikir baik2 yg kau duk sebut pemimpin penimpu ni umno suka ke tak suka? pah tu klu kelas pemimpin leh menimpu kau yg jadi ahli pas gi lantik pemimpin tu cam ne org nak percaya.. kelah pemimpin pun org tak percaya inikan pulak ku yg tak tahu mana asal usur.. sudahlah sulong.. berenggang lah ko sorg diri...