"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, November 12, 2009

PAS Mungkin Hilang Kelantan dan Kedah - Dr Shamsul Amri Baharuddin

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

Pas mungkin kehilangan Kelantan dan Kedah PRU Ke-13?
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.

"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.

Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.

Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.

Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.

"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.

Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.

Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.

"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.

Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.

Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.

Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.

Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.

"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya

18 comments:

Anonymous said...

aku yg kurANG tau pun pasal politik..mmg sukar ler UMNO nak menang kat kelate..mustahil

Anonymous said...

Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin tu Umno. Mendpt tokoh Melayu dan Umno dari kjaan. Cuba lihat profail dia kat ukm. Bekas pensyarah aku dulu tu..Dialah Pengatur strategi gerakan Umno.

Jadi tak hairan ler klu ckp mcm tu..

Anonymous said...

prof pencacai

AntiBeerN said...

Kenapa ramai blogger skrg ni suka sgt petik propaganda BeerN utk dimasukkan dlm blog mereka?? KENAPA?? KENAPA??

Bukan aku tak leh terima, tapi bila aku visit blog pro Pr ni, aku expect berita tentang PR yg akan menyebabkan aku terus bersama berjuang menumbangkan Barisan Korup nasional... bukannya yg menjatuhkan semangat.

Kalau nak tahu berita dr belah sana... aku akan lawat blog mereka. Tak payah lah dimasukkan kat sini...

INI BUKAN CARA UTK MEYAKINKAN MEREKA YG DIATAS PAGAR AGAR MENYOKONG PR. Tapi memberi bola tanggung utk geng pecacai "smash" kita. Tolonglah hentikan ini semua.. halakan meriam kita ke kubu kebejatan Barisan Korup nasional ni & serang sampai mampus!! BUKANNYA PINJAM MERIAM MEREKA & TEMBAK KAKI KITA SENDIRI...

chor said...

PAS di Kelantan akan kekal kerana kredibiliti TG Nik Aziz. Yang dibimbangi ialah di Kedah. Sekiranya Ustaz Azizan boleh keluar dari bayangan Hj Hadi, Kedah akan kekal dikuasai PAS (baca:Pakatan Rakyat). Insyaallah!

AntiBeerN said...

Kickdefella tu nanti jgn jadi mcm Ezam sudah... nak dedah akhirnya dia yg terdedah. Terbogel ngan kotak - kotaknya... ahaksss

Anonymous said...

Satu hujah professor kangkung. mengapa perlu merendahkan Pas?walhal umno lebih teruk dari itu.
Mengatakan Pas tunduk pada ahli Pakatan tak benar, tapi Pas bertindak adalah satu konsensi yang perlu buat sementara waktu untuk memastikan umno tidak berkuasa lagi selepas ini. Ini hanya terjadi pada Selangor dan Penang saja sebab Pas tidak memenangi banyak kerusi di situ.

Analisis yang sangat dangkal dan memalukan bagi yang bergelar professor tapi tak ikhlas. Hakikatnya umno sekarang tersangat lemah dengan PM mereka yang di palit berbagai skandal dan rasuah dalam kerajaan dan umno.

Umno perlu buktikan tidak joli wang rakyat untuk kerja2 tak berfaedah, barulah boleh dabik dada boleh menarik sokongan rakyat. tapi kalau perkauman dan penindasan kepada rakyat untuk bebas bergerak dan umno tak menghormati undang2 negara, lupakanlah saja hasrat umno nak dapat perintah lagi.

Anonymous said...

Prof kangkung ni ingat dengan semudah itu org Kelantan & Kedah akan melupakan segala kebejatan yg dilakukan oleh BeerN semata2 kerana ada sedikit masalah dlm kepimpinan PAS?? Dia ingat rakyat Kelantan tak marah dengan isu wang ehsan??

Prof kangkung ni cakap ikut sedap mulut pembodek dia je. Dilaporkan dlm Utusan tu pun dilaporkan sahaja... bukannya berdasarkan kajian dia sendiri. Seorg ahli akademik yg bagus akan kemukan hujah berdasarkan kajian & fakta yg sahih... bukan dgn baca laporan Utusan Meloya @ dengar dr TV3 suku sahaja...

Meli Pdg Tembak said...

Confirm PAS akan kalah di Kelantan!!!Tak percaya buatlaj kajian sendiri..rakyat Kelantan kini dah meluat dgn janji2 kosong dan sikap pemimpin PAS yg suka bercakaran sesama sendiri....cthnya : aku dan kawan2 aku dulu sokong PAS kini kami tak percaya pd PAS lagi!!!

Anonymous said...

meli pdg tembak. umno dh bagi ko duit ehsan ko swing ler kt umno ye x? org klantan pun ade nfsu nk kaya jugak. x caya ko tngok masa manik urai. bg jmbatan terus korang swing. ko ingat kalu PAS kt klantan jatuh PAS ngeri lain beterabur ker? dasar materialistik... pemimpin PAS brcakaran tu alasan jer tp sebabnya ko dh masyuuuukkkk....

Anonymous said...

ingatlah orang klantan dan kedah!! kejatuhan empayar islam adelah kerana pemimpinnye berkiblatkan harta kemewahan dan ianya dirancang rapi oleh musuh islam sebab bila berperang dgn pedang confrm kafir kalah so dia orang tabur dgn kemewahan maka jatuh ler empayar islam dan tanah melayu juga telah dijajah pada masa itu oleh kafir. masa perang masa zaman rasulullah tentera islam berbondong-bondong mengejar harta dari bangkai2 kafir laknat walau telah diingatkan oleh rasulullah supaya tidak berbuat demikian akhirnyer tentera islam kalah. stategi ini juga ler yg sedang digunakan oleh BABI END (tangan dan lidah yahudi) kt malaysia ni. jd jgnler pasal harta kekayaan mnjadikan korang lupe..

Anonymous said...

satu lagi jarum sedang dicucuk oleh Babi End. mereka sdang mencipta cerita husam ade agenda nk jatuhkan TGNA plak. jootspring lidah dan tangan yahudi kt malaysia ini sedang menjaja cerita....

Anonymous said...

jootspring memang yahudi kalu ko nak tahu. dia ler yahudi mabuk yg p.ramlee rembat baju dia masa nk jumpe pak mentua dlm tiga abdul...ha...ha...ha...ha...

Anonymous said...

jootspring tangan dan lidah yahudi sedang memfitnah lg. hati2....

hangnadzalim said...

Bai'ah kan ade? takkan boleh kalah.. tapi sebenarnya YB-YB pun nak makan jua nak projek takan duk asik melayan rakyat tanpa fulus yang lebih _ape ader dengan allownce YB sikit jer?

kembara putih said...

Siapkan jambatan sultan yahya petra 2 di Kota Bharu dulu baru bercerita pasal nak tawan Kelantan. Dah dekat 3 tahun projek tu tak siap2, jadi projek terbengkalai. Menyusahkan rakyat saja. Kalau tak ikhlas nak buat, jangan la buat.

Anonymous said...

bukak mata dan telinga,..apa dh jadi di Manek Urai????

Anonymous said...

aku rase x mungkin kelantan akan jatuh..selagi tuk guru ade..aku harapkan pemimpin PAS yg lain mencontohi sifat2 kepimpinana yg ade pada tuk guru..