"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, December 01, 2009

Kalau Tok Guru Boleh Terima Nasihat AJK PAS Pusat, Presiden Bila Lagi?

Baru-baru ini Tok Guru telah menerima dengan lapang dada nasihat dari AJK Pemantau yang mewakili PAS PUsat. Lantaran, Tok Guru telah mengarahkan Arifahmi untuk meletakkan jawatan beliau sebagai CEO PMBK.

Walaupun, dari maklumat yang saya dapat, kontijen PAS Pusat itu sebenarnya dijemput oleh Tok Guru Nik Aziz untuk membantu beliau mengeluarkan arahan yang agak payah bagi beliau. Tapi, tu cerita lain la.

Hakikatnya, Tok Guru akur dengan muhasabah dan teguran PAS Pusat dan menghormati kehendak PAS Pusat.

Soalnya sekarang adakah Presiden akan meniru jejak langkah yang baik yang telah ditunjukkan oleh Mursyidul Am PAS Pusat?

Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat baru-baru ini secara majoriti telah mengkehendaki supaya Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar. Ia adalah kehendak jumhur AJK PAS Pusat dan ianya berasaskan kepada bukti-bukti yang kukuh lagi sahih.

Tiada sebab untuk Presiden menolak kehendak AJK PAS Pusat. Namun, kehendak AJK2 PAS Pusat tetap ditolak. Sedangkan Hasan Ali ini sedang merosakkan nama baik PAS di kalangan pengundi dan penyokong Bukan Islam seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Dia lebih teruk dari liabiliti sekarang ni.

Namun, masa masih ada masa untuk Presiden menunjukkan rasa hormat beliau kepada institusi yang dipanggil sebagai AJK PAS Pusat.

Soalnya adakah Presiden PAS mahu atau tidak?

Ataupun siapa sebenarnya Presiden PAS sekarang ini? Adakah Ayahchik ataupun SU nya? Tak mustahil sebab ada organisasi yang SU Agung lebih berkuasa dari Pengerusi.

Tapi yang saya dengar, SU Agung PAS sekarang adalah “Masters of the Universe”. Itu yang saya dengar la. Tak tau betul ke tidak.

Sebagai penutup, masanya telah tiba untuk Presiden PAS meniru contoh tauladan yang ditunjuk oleh Mursyidul Am tempohari. Mursyidul Am bukan sahaja bercakap tapi menunjuk contoh tauladan dengan apa yang diperkatakan oleh beliau.

Tulang Besi

p/s - Tapi, nampaknya PAS Pusat dah nak jadi macam PAS Terengganu. Keputusan akan dibuat oleh 3-4 orang dan yang lain kena wala’. Sedih, sedih.

Saya takut lepas ni AJK PAS Pusat hanya jadi rubber stamp untuk menyokong segala agenda "geng perpaduang".

Sudahlah Presiden dikelilingi oleh orang-orang yang tidak mengerti satu habuk berkaitan politik baik negara mahupun dunia.

Aii nampak sangat-sangat PAS ni nak jadi macam kapal karam. Cepat2 lah EGM hendaknya.

Tulang Besi

5 comments:

Anonymous said...

sekarang musim hujang tulanggg besi..dok ngan bini lg sedakkk..poligami mesti adil.

Anonymous said...

setiap kata yang dituturkan akan dihitung di hadapan Allah kelak.. bertaubatlah wahai manusia..

Anonymous said...

dalam pas cuma tulang je hebat..cakap celupar dan tibai orang sebab dia rasa dia sorang je btul

skrg ajk pas pusat, dulu presiden, pesuruhjaya, kalau nik aziz pon kritik si tulang atau tak buat apa yang tulang suruh, silap2 nik aziz pon dia kata bodoh

ni lah tulang, manusia terhebat di zaman umno

noel said...

Aku ada baca MalaysiaKini berita tajuk "Hadi salahkan penasihat Nik Aziz isu lantik menantu" ..

Apa punya pemimpin la TGHH nie? Sengaja bagi peluru hidup kat parti lawan. Sengaja nak "busuk" kan ahli2 PAS sendiri.

TGHH, i'm sorry to say. If you don't know politics. Please resign. Cukuplah kalau TGHH bagi ceramah/mengajar agama. Takyah lah nak jadi "president".. takder ketokohan pun.
Wajib seorang pemimpin mempertahankan organisasinya, bukan menyerang bagi pihak lawan.

TGHH tak mampu melihat dari kaca mata rakyat!!!!

---------------
Note:
1. Abaikan teks diatas andai memang TGHH ada agenda tersembunyi untuk kepentingan peribadi

2. Aku baca MalaysiaKini jer selepas aku tahu Tapa ada kat belakang tabir Harakah.net

Anonymous said...

Kah...Kah.. Kah

Kapal PAS dah nak karam, sebelum karam elok penyokong totok PAS macam hang carilah pelampung kot kot kau tenggelam dengan kapal sekali..

Kalau dah dasar munafik, agama pun sanggup dijual beli asalkan dapat kuasa dan kedudukan.. bukan begitu dasar PAS sekarang ?