"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, December 04, 2009

Pendedahan Dokumen 1: International Zone Shah Alam

Antara kesah yang disebarkan dengan meluas kepada ahli-ahli PAS Selangor yang menyebabkan ahli2 PAS ramai yang membenci Pakatan Rakyat adalah cerita berkaitan dengan International Zone Shah Alam.

Sepanjang hampir dua tahun PR memerintah Selangor, bermacam-macam fitnah yang telah disebarkan di kalangan ahli dan aktivis PAS Selangor berkenaan dengan karajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Ini adalah salah satu contoh terbesar.

Kononnya International Zone (IZ) ini dicadangkan oleh DAP seperti yang dilaporkan oleh Zainul Faqar :
Hakikatnya tuan2 dan puan2 pembaca sekelian, ianya adalah projek yang telah siap dan dibina oleh syarikat yang bernama I-Berhad. I-Berhad pula adalah sebuah syarikat yang dipunyai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dan, kebenaran untuk mengadakan "pusat hiburan" di I-City tersebut adalah permohononan yang dibuat oleh I-Berhad kepada Istana Selangor sendiri. Buktinya surat ini hanya di c.c. atau dihantar salinan kepada MB Selangor. Surat ini tidak ditandatangani oleh MB Selangor seperti yang boleh dilihat di bawah :
Pun begitu Tuanku Sultan Selangor adalah seorang raja yang adil lagi bijaksana dan memahami cara menseimbangkan antara keperluan ekonomi Selangor dan juga menjaga akhlak serta nilai-nilai Islam di Selangor.

Hiburan yang dibenarkan di I-City tersebut hanyalah berbentuk hiburan kekeluargaan sahaja :
Hiburan-hiburan yang tidak diizinkan jelas dinyatakan dalam surat ini :
Keputusan ini di buat demi untuk mengizinkan para pekerja-pekerja "high skill" dari luar negeri datang ke I-City untuk bekerja di sana. Ianya bukan bertujuan untuk merosakkan atau membiak perkara-perkara yang berlawanan dengan Islam. Itu sahaja. Keputusan ini jelas menampakkan kebijaksanaan Tuanku Sultan Selangor di dalam mentadbir serta memerintah negeri Selangor.

Sebagai penutup, ahli-ahli dan aktivis PAS Selangor mesti bangun dan membersihkan diri mereka dari segala yang mereka dengar selama ini berkenaan dengan pentadbiran Kerajaan Selangor.

Walaupun saya sudah menulis artikel ini, tapi ramai yang menolak penerangan saya dengan mengatakan siapa TUlang Besi. Dia tidak duduk pun dalam exco.

Nah, sekarang saya bawa sendiri surat rasmi berkaitan dengan isu ini. Jelas, saudara/ri telah dibohongi oleh Fraksi UMNO dalam PAS Selangor demi untuk membuat saudara/ri membenci Kerajaan Pakatan Rakyat serta membenci Pakatan Rakyat itu sendiri.

Gambar surat ini ada dibawah untuk rujukan.

Tulang Besi

ps ini adalah gambar-gambar surat tersebut :
Tulang Besi

15 comments:

Unknown said...

ziarah.

Anonymous said...

surat ko taip sendiri ek tulang????

jamadon said...

apa khabar tuan ibrahim ketua displin pas ? bila nak keluar keputusan kes hasang ali ?

pas pusat pula sanggup turun jumpa mb kelantan tapi tak buat apa-apa berkaitan pas selangor.

joostspring said...

tule babi..

lu xnak ke ltk gmbr ahli syurga pas yg g perhimpunan pemegang2 tiket ke syurga ajis..

10 juta org dgr kabar hok g....nak tgk jgk muka2 hok ada tiket tu!!!

Anonymous said...

Anonymous said...

surat ko taip sendiri ek tulang????

inilah minda penafian yang dibiakkan oleh bn..belum apa2 dah nafi dan zero fakta..
apa ni bro ..kenalah tahu beza yg benar dan yg bohong..buka minda sikit ini dah zaman cyber ..
kalu nak nafi sgt hujahlah dgn fakta ,,,
..benar itu pahit ..tak betul tolak lah ..hargailah akal yg Allah bagi tu..

--Permerhati---

Anonymous said...

Dengan adanya surat pendedahan ini kita berharap Datok Hassan Ali tampil kehadapan menyanggah surat tersebut sebagai palsu.

Kita juga berharap Datok Hassan bersikap berani mengatakan bahawa Tulang Besi ini adalah blogger penipu dan berniat jahat untuk memporak-perandakan perpaduan PAS Selangor dengan Pakatan Rakyat.

Kita sokong Datok Hassan Ali kerana "cakap serupa bikin..."

matkambing said...

wahai pencacai umno, hayat najib menjadi pm malaysia akan berakhir tak lama lagi, cayelah!

Anonymous said...

POLITIK jelas sekali memecah belahkan sesama islam.Politik demokrasi yg kita guna pakai sekarang adalah ciptaan YAHUDI,bukan POLITIK cara NABI saw.POLITIK NABI saw ialah dgn DAKWAH untuk menyatukan umat.

PENYAKIT UMAT-UMAT TERDAHULU:
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,"Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi saw. menjawab,"Penyakit-penyakit itu ialah (1)terlalu banyak seronok, (2)terlalu mewah, (3)menghimpun harta sebanyak mungkin, (4)tipi menipu dalam merebut harta benda dunia, (5)saling memarahi, (6)hasut-menghasut sehingga menjadi zalim menzalim".
H.R Hakim

Anonymous said...

PAS bukan jemaah ISLAM,PAS hanya sebuah parti politik,Sebab tu lah kebanyakan individu2 dalam PAS berjuang atas maksud dunia sama saja mcm BN..Jadi kalau pemimpin dalam PAS menang pun takde jauh beza sangat dgn pemimpin UMNO yg ada sekarang.Contohnya kita dapat lihat pemimpin2 PAS di Selangor.Kesimpulannya,aku memang dari dulu tak pernah sokong PAS,cuma aku sokong PAKATAN RAKYAT.Bagi aku PAS hanya guna agama demi kepentingan politik peribadi pemimpin2 dan individu2 tertentu.Kalau betul lah pemimpin dikalangan PAS ni berjuang demi agama..Kenapa org2 yg terang2 mengkhianati perjuangan mereka tak disingkir kan?atau pemimpin2 berkenaan letak saja jawatan?sebab mereka kata berjuang demi agama.Sekarang mereka ini telah manjadi asbab fitnah kepada islam itu sendiri.JAdi kalau benar2 ikhlas berjuang utk agama...LETAK JER JAWATAN..org utara cakap TAKDAK HARI..sorry lah depa nak letak jawatan..sebab benda tu yg depa ligan pun...cuma duk wayang guna agama jaa...supaya org sokong...antara yg jelas menunjukan sifat gila kuasa ni adalah: Hassan Ali,Nasha,Mustapa Ali dan GENG2 perpaduang..CETT..wayang semua..

Anonymous said...

kekeke...bro dia org tok leh tehe tengok ini surat...bangsat punya umgok

i'm no king

matstimketum said...

umnolah pemecah umat. pemimpin umno tidakk amanah, makan rasuah, tamak dan mengamalkan kronisme dan nepotism! tak percaye ke?

Anonymous said...

alah...surat sape2x pun boleh send dan boleh tulis.
tapi masa exco meeting harian...hang ada ke????

hang takde di situkan...so kalu tak tau ape2x jgn suka buat spekulasi....

Anonymous said...

alah anon 3.02,
hang pun sama 2 x 5.
kalu hang diberi jawatan, hang pun tentu terhegeh-hegeh....

aku dok perati... korang semua jadi sakit hati n dendam, dengki kianat sejak PR menang je..
may b sebab hangpa x popular pi mesy sana sini.

org berjuang secara ikhlas pun hangpa x boleh terima...kata macam2 malah ade saja yg tak kena.

awat...sakit hati tak habis lagi ke.Ini lah penyakit org melayu. bila tgok kawan tu lebih sikit...hangpa pun mulalah sakit hati n dengki.

muhasabah lah sikit.hangpa lebih suka kalu PR kalahkan!!!!
KALU AKU XLEH PEGANG JAWATAN PENTING, BIAQ SEMUA ORG X DPT APE

Editor said...

Ini adalah satu lagi fitnah untuk kerajaan PAS Selangor.. PAS Selangor sentiasa komited bersama Pakatan Rakyat dan segala usul yang telah diputuskan oleh Pakatan diketuai TS Khalid Ibrahim adalah hasil perbincangan dan persetujuan bersama..

Sila rujuk kepada YB2 PKR mahupun DAP, mereka sendiri jelas tentang perkara ini dan tiada konflik di kalangan mereka dengan PAS.

Tulang Besi sendiri menyebarkan fitnah dengan kononnya mendedahkan surat ini di blog namun sebahagian surat itu ditutup kerana kenyataan surat itu bakal mendedahkan penipuannya.

Sultan sentiasa menyokong usaha Pakatan Rakyat untuk menolak aktiviti-aktiviti yang menjatuhkan nilai moral dan merosakkan masyarakat bukan shj untuk orang Islam malah seluruh kaum dan agama di Selangor. Ini adalah sentiasa sejajar dengan perjuangan PAS dan tiada sebab untuk PAS bertentangan dengan parti komponen yang lain tentang perkara yang membawa kebaikan.

Sila rujuk pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat berhampiran anda untuk maklumat tepat tentang perkara ini.

Tulang Besi sepeti 'the boy who cried wolf! wolf!'. Sudah-sudah lah tu menipu.. anda tidak lagi boleh dipercayai..

Anonymous said...

Ya betul tul anon 4.34.
wolf!!!wolf!!! kata tulang besi