"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Saturday, March 20, 2010

Tulang Besi Berkomunikasi Dengan Dr Shamsuri

Melalui kawan Tulang Besi, Encik N, Tulang Besi telah berjaya menghantar masej yang penting kepada Dr Shamsuri.

Mesej itu adalah permintaan kepada Dr Shamsuri menafikan beliau terlibat sama sekali di dalam konspirasi menjatuhkan MB Selangor.

Tulang Besi memandangkan isu Konspirasi menjatuhkan MB Selangor dan perkaitan dengan Dr Shamsuri telah pun sampai ke pengetahuan umum, maka tiada salahnya Dr Shamsuri mengeluarkan kenyataan umum membersihkan nama beliau.

Tulang Besi telah memberitahu pada Najman supaya memberitahu Dr. Shamsuri untuk menafikan apa yang Tulang Besi tahu berkenaan kes ini. Yakni:
Dr Shamsuri wajib menafikan bahawa beliau pernah bertemu dengan Nazree GERAK membincangkan kes ini bersama-sama dengan Roslan SMS.
Pada mulanya Najman mencadangkan saya bersemuka dengan dr Shamsuri dan Dr Shamsuri telah menyatakan kesediaan beliau bersemuka dengan Tulang Besi.

Namun, Tulang Besi teringat pengalaman Tulang Besi dengan seorang rakan Dr Shamsuri yang terang-terang telah kelentong Tulang Besi hidup-hidup. Jadi, maaflah, Tulang Besi sudah tidak mempercayai geng-geng ini lagi kalau hanya sekadar berkata-kata.

Maka, Tulang Besi tidak berminat untuk berjumpa secara pribadi sebegini. Yang terbaik adalah Dr Shamsuri membuat kenyataan terbuka kepada media secara bertulis. Biar semuanya ada rekod (“on record” supaya tiada lagi keraguan selepas ini.

Lagipun apa yang hendak ditakutkan?

Apabila ada kenyataan rasmi dari Dr Shamsuri sebegini, maka Tulang Besi akan menyiarkan kenyataan Dr Shamsuri dalam blog Malaysiawave secara “VERBATIM” (asli) dan tiada edit.

Cuma Tulang Besi meminta supaya kenyataan Dr Shamsuri itu diberikan melalui Encik N kerana Tulang Besi mahu memastikan keaslian kenyataan tersebut. Kalau dari sumber lain, Tulang Besi tidak akan iktiraf dan siarkan kerana Tulang Besi tidak dapat memastikan keasliannya.

Maka, Dr Shamsuri, “the ball is in your court”. Tulang Besi sentiasa bersedia untuk menyiarkan penafian Dr Shamsuri. Tak perlu berjumpa secara pribadi kerana ianya hanya buang masa dan wang. Bulan ni harga tiket mahal sangat. Tak tau sebab apa.

“Let everything be on record”. Mudah untuk generasi masa depan dan mudah untuk berkira.

Tulang Besi

2 comments:

Anonymous said...

Apa dua2 PAk Lebai PAS ini gaduh2. Saya ini pihak berkecuali,Nak tanya sikit kenapa TB sebuk sangat nak pertahankan Tan Sri Khalid, dia tu PKR. Samsuri pula SPolitik Presiden PAS. Mungkin PAS nak jawatan MB kepada PAS, baru senag nak laksana segala janji PRU dulu terutamanya berkaitan Islam seprti haramkan arak dan lain2.

TB ini PAS, UMNO atau PKR? Pening fikir hal TB ini.

dewatawanberapi said...

cik anon,
buat apa ko nak pening2kan kepalo ko tu...

Baiklah..aku bagitau kau supaya kau tak pening2 lagi...

Aku sebenarnya makan gaji dengan DSAI. Tapi aku perlu menyamar sebagai ahli Pas supaya kalau aku hentam Pas pun senang...

Kalau mereka tau aku PKR...pastu hentam Pas...mampuslah aku