"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, April 06, 2010

LAGI GENG PRO UMNO DILINDUNGI OLEH KEPIMPINAN PAS PUSAT?

NOTA EDITOR: Saya menerima satu surat dari seorang ahli PAS yang satu negeri dengan Suwardi Yaakob, yakni Perlis Indera Kayangan.

Surat ini adalah pendedahan tindakan tidak sopan dan tidak amanah beberapa kepimpinan PAS Negeri Perlis di dalam berkawan dengan rakan dalam Barisan Alternatif.

Saya nasihatkan saudara supaya membuat laporan rasmi kepada SU Agung seperti yang saya telah lakukan kerana ada kemungkinan SU Agung yang baru ni pun tidak sedar akan memorandum ini.

Yang penting adalah kebenaran dan keadilan mesti ditegakkan. Sikap menikam kawan sendiri adalah sikap yang jijik dan tidak melambangkan akhlak Islam. Pembahagian kerusi adalah keputusan yang diambil di Peringkat PAS Pusat.

Apa pun alasannya, Keria Senawi tetap calon PKR yang menjadi komponen Barisan Alternatif. PAS patut menghormati keputusan parti kawan kita sepertimana mereka menghormati PAS apabila tidak meletak calon di tempat kita bertanding.

Kalau dicampur undi Bebas dan PKR, BN cuma menang dgn majoriti 948. Kalau ada satu calon Barisan Alternatif, kemungkinan ada harapan BA untuk merampas kerusi ini.

Tindakan seperti ini jelas menunjukkan betapa tidak wala’ kepimpinan PAS Perlis terhadap PAS Pusat.

Saya dah kata sebelum ini. Wala' hanya untuk ahli-ahli biasa dan picisan macam saya. Untuk orang atas, kalau langgar keputusan parti secara terbuka pun, masih boleh dilantik sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS Pusat.

Yang saya pelik juga, PJ Perlis juga terus dikekalkan sebagai Ahli Majlis Syura walaupun sudah ada aduan rasmi berkaitan perkara ini terhadap beliau?

Wala' dan akhlak jemaah HANYA UNTUK ORANG KECIL.

Sekian
Assalamualaikum W.B.T

Untuk makluman, PAS Perlis yang dipimpin oleh Ustaz Hashim Jasin salah seorang geng perpaduang telah secara terbuka menyokong Pengarah MTD Titi Tinggi Mohd Radzi Mustafa sebagai calon bebas menentang calon dari PKR dalam pilihanraya umum yang lepas.

Kami telah menghantar memorandum bantahan kepada Setiausaha Agong PAS sejak tahun 2008 tetapi sehingga ke hari ini kami tidak pernah dipanggil untuk siasatan oleh SU Agong dan Mohd Radzi masih bergiat dalam PAS dan masih memegang jawatan AJK PAS kawasan Padang Besar (lihat gambar yang dilampirkan; gambar terbaru pada Mesyuarat Agong PAS Kawasan). Setahu kami, mengikut perlembagaan PAS, ahli PAS tidak boleh bertanding sebagai calon bebas. Ini tambahan pula menentang calon parti rakan daripada PKR.

Ustaz Zolkarnain Abidin yang pada PRU lepas bertanding sebagai calon bagi kerusi Parlimen Padang Besar (Titi Tinggi dalam Parlimen ini) boleh mengesahkan bahawa beliau telah berkempen bersama-sama calon bebas ini dan calon bebas menggunakan Markaz PAS serta poster dan wang deposit calon bebas ini telah disediakan oleh Perhubungan PAS Perlis.

Di manakah keadilan dalam PAS kerana memorandum yang kami hantar telah diperam dua tahun oleh SU Agong parti?

Harap Sdr Abdul Rahman dapat dedahkan dalam blog saudara.

Salam perjuangan,

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Ahli PAS Perlis Indera Kayangan
*gambar Mohd Radzi Mustafa di barisan kedua, lima dari kanan (baju melayu berwarna hijau)

8 comments:

Anonymous said...

ini lagi bukti sua sorok salahlaku fraksi umno dalam pas! pas perlu mengadakan egm segera bagi membetul keadaan.


cucutokpas

dino.yp@gmail.com said...

PR dah nak tenggelam, cepat lompat!

aliffnajmi said...

Knp harus memarahi mereka?
Mereka bukan golongan pro umno, mereka cuma golongan yg boleh berfikir dgn bijak.

Anonymous said...

Blog ni memang hampehh. Big time!

Unknown said...

salah laku ... salah laku ... salah laku.

kronisme.... mmg puak UG ni sama mcm umNO.

mn blogerer UG diam menikus. smlm kf bantai TGNA depa pun sama bantai TGNA. ha hari mcmn?

Anonymous said...

aliffnajmi..

si puak UG ni bukan berfikir dgn bijak, mereka cuma tak mahu berterusan bersekongkol dgn syaitan yg menyesatkan, dan tidak ingin melihat agama Islam semakin dilacurkan puak2 Edrogan + nik ajis demi kesempitan politik..better than nothing..

yg aku tau, org PR esp PAS (pencacai2 kat blog ni) ni bodoh2 belaka..bukan bodoh je, tp bengap, bebal, bodoh sombong, kepala otak berjambul..kat parlimen asik nak merapu aje..asik kena bodoh dek anwar aje..mcm lembu DAP (babi tunggangan bak kata DAP) je aku tgk..after all, bodoh2 diorg ni dijanjikan syurga nik ajis..

anti-firaun..

Anonymous said...

nie sorang piraun kat atas
muak2

Orang Perlis said...

cerita kat titi tinggi semua orang kampung kenal sapa keria senawi...jadi aku rasa dalam hal ini, PAS Perlis dah bertindak bijak ....biar kalah, asal jgn jadi mcm katak 3 ekor kat perak sudahla