Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat UMNO kini semakin terdesak untuk menarik perhatian rakyat dan Sultan khususnya di Kedah. Mereka mendendangkan lagu "PAS hina Sultan Kedah" hanya kerana mereka kini sudah ketandusan isu untuk menyerang Kerajaan Pakatan Kedah.
Adun PAS Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membangkitkan dua soalan dibawah ini dalam sidang Dun?
1. Sejauh manakah bidang kuasa KDYMM Tuanku Sultan sebagai Ketua Agama Islam di negeri ini dihormati oleh kerajaan Pusat?
2. Setakat manakah tahap tidak boleh campur tangan kerajaan negeri Kedah dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam, nyatakan perkara tidak boleh tersebut?
Rakyat yang membaca soalan ini pasti akan ketawa melihat reaksi UMNO yang begitu panik dan culas dalam membuat bantahan.
Soalan pertama jelas sebagai sindiran kepada Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN kerana begitu sibuk mencampuri hal ehwal urusan Agama Islam di Kedah. Nasir membuat soalan ini selepas mendapat laporan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB. Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj Baharom mengunakan JAKIM untuk memanggil imam-imam seluruh negeri Kedah mengadapnya dalam satu program di SP Inn pada 4 April 2010.
Jadi beliau mahu tahu sejauh manakah kuasa Kerajaan Persekutuan dalam hal ini berbanding kuasa Sultan yang menaungi segala program dan aktiviti keagamaan di negeri Kedah.
Soalan kedua jelas menunjukan bahawa beliau mahu satu penjelasan dari pihak Kerajaan berhubung bidang kuasa Kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dinegeri berkenaan sebagai memudahkan rakyat dikawasannya dan diseluruh negeri melihat kuasa-kuasa Kerajaan negeri dan Sultan dalam urusan berkaitan.
Ini adalah satu cara untuk mendidik rakyat melihat hak pemimpin mereka ke atas agama dan diri mereka serta hak mereka terhadap pemimpin mereka.
Dalam kedua-dua soalan ini PAS tidak nampak sebarang unsur penghinaan kepada Sultan dan Umno jelas memutar belitkan fakta sebenar lantaran kedangkalan mereka sendiri.
Rakyat tidak lupa sejarah UMNO menghina Sultan-sultan selama ini;
* Pada tahun 1991 dalam Persidangan Agung UMNO, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di Kelantan.
* Tahun 1983, UMNO membelasah Raja-Raja Melayu di Parlimen kerana menolak cadangan supaya kuasa Yang Di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan.
* UMNO turut berdemo dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan sebagai tanda protes serta mendesak harta DiRaja disiasat.
* UMNO juga cuba merampas kuasa dengan menabalkan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti Sultan Ismail Putera pada 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan.
* Dato’ Zahid Hamidi yang menjadi Ketua Pemuda UMNO ketika itu mencabar supaya Sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta.
* Pada 2008 UMNO Terengganu mengumpulkan ahli-ahlinya untuk berdemo membantah tindakan Sultan yang kini menjadi Yang DiPertuan Agong kerana memilih Dato’ Mohd Said sebagai Menteri Besar dan menolak cadangan UMNO yang mahukan Datuk Idris Jusoh dilantik semula. Kain rentang menghina Sultan dan memanggil baginda sebagai "Binatang" diarak dalam demontrasi itu.
* Pada tahun yang sama Perlis menyaksikan Sultannya di boikot oleh Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Shahidan Kasim yang ditolak Istana dalam Istiadat perlantikan Menteri Besar Baru, Datuk Seri Mohd Isa Sabu.
Banyak lagi kisah-kisah penderhakaan UMNO yang tidak pernah serik memaki hamun Sultan hingga ke hari ini. Ternyata sikap PAS dan UMNO terhadap Istana begitu jauh berbeza.
Umno menganggap tindakan PAS yang bertanya secara baik dalam DUN sebagai menghina Sultan dan dalam masa yang sama mereka menganggap tindakan mereka memaki Sultan sebagai teguran kepada Istana.
Rakyat perlu melihat perkara ini dan memahami bahawa mereka bukanlah rakyat yang bodoh, yang tidak pandai membezakan soalan atau makian.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
ahahaha teringat lak ayat ni kat banner umno terengganu,,,
"kami nak jusoh nate"
ahahahahahhaha
Salam saudara Perisik-Rakyat,
saya ucapakan terima kasih kpd saudara yg banyak memberitahu fakta2 jelas yg ramai orang tak tahu. Semuga Allah memelihara saudara/keluarga dan teruskanlah menulis demi yg sebenar utk penghuni alam ini. Banyak artikel sekarang ini putar belit utk kepentingan diri sahaja, terutama pada orang2 yg "pandai" cakap je.
politik biasa lah sahabat.nak cari kesalahan orang.hari ini pas jumpa salah umno.esok lusa umno pula jumpa salah pas.sampai kiamat tak habis kalau dengan dunia politik.pada ust azizan lain kali sebelum sidang dewan buatlah pre council.dulu kita cari kelemahan bn.hari ini bn cari kelemahan kita.macam roda.speaker agaknya lena kot semasa terima soalan.politik sama lah dengan bekho kereta cari makan.korek sana korek sini.bagus juga........
frankly aku rase aku tak nampak tang mane yg salah soalan yg dikemukakan mase sesi dewan KEdah..mungkin PAS ni salah susun ayat kot..
tp yg tang nicky ajis sebut pasal politik di masjid tu mmg aku tak bleh blah bro..itu jelas menghina titah Sultan selangor yg specificly melarang masjid digunakan utk berpolitik..
dah la da melanggar titah sultan, boleh plak dia kasi org naik angin mengatakan itu kesan zaman penjajah..bodoh punye nicky ajis..
nak menambahkan kebodohan nye, nicky ajis cakap:
-azan itu politik..dangkal sungguh kenyataan ni..ikut sedap2 kepala otak dia je menafsirkan azan itu politik..patutlah cara dia tafsir alquran pun byk terpesong..
- zaman rasullullah -hahaha, mcm biase, dia akan mengaitkan zaman rasullullah mcm dia la rasullulah zaman skrg..Sultan da terangkan menda ni..
dahla berada kat negeri org, boleh lak dia nak mempersoalkan "undang2 yg bukan negeri dia yg punye"..
mmg titah sultan baru2 ni mmg kena TEPAT kat muka nicky ajis - tp nicky ajis ade cakap, dia tak sedar dia hina sultan - jwpan standard dia - TAK TAHU..
anti-firaun
p/s: ape ye dia TAHU?
-
keh,keh, raja dah jadi boneka umno!
matcacai
wakkakakaka firaun taik..apo yang ekau tau plak?? wakakakakkakaa
bangang bangang bangang.. wakakakaka
cakap macam pandai..tapi sah standard pencacai jugak.. wakakakakakkaa
Masjid2 di WP Kuala Lumpur sepatutnya dibawah kuasa Ketua Agama YDPA yang mana meliputi keadilan semua pihak tanpa merujuk kepada kepartian. Tapi realitinya kuasa agama Islam & JAWI diWPKL telah dirampas kuasa oleh UMNO/BN dimana semua lantikkan AJK Masjid/Surau mesti direstui oleh UMNO dikawasan masing2. Bahkah konsep syura & muafakat tadbir masjid/ surau di WPKL tiada langsung. Pemilihan secara autokratik atas nama kuasa JAWI tanpa melalui proses demokrasi sama ada syura ummah atau atau mesyuarat pemilihan qariyah tempatan. Pemilihan AJK dan pegawai masjid/ surau mesti tidak dari kalangan ahli PAS/PKR, bahkan khusus di kuasai oleh ahli UMNO saja. Ada sesetengah AJK pula tidak pun membayangkan ciri2 seorang mukmin yang taat dan faham hukum hakam serta kelayakan sebagai barisan kepimpinan urusan agama. Ada AJK Masjid tidak pun mengimarah/ memakmurkan masjid, datang ke masjid kerana ada mesyuarat atau majlis2 tertentu saja. Ada sesetengah AJK Masjid sekadar nakkan kuasa dan tugasnya menghalang aktiviti Islam yang tidak mengikut selera UMNO. Amalan tadbiran masjid yang jumud dan fanatik kepartian UMNO ini telah lama berlangsung, berpuluh tahun yang lampau.
Itulah sebabnya fungsi masjid sekadar ritual/ upacara keagamaan mengikut tafsiran selera UMNO saja sedangkan sebagai tempat pusat ibadat, pusat ilmu, pusat dakwah, pusat kebajikan, pusat perpaduan dan pusat kekauatan ummah amat sepi sekali. Maksiat & mungkar disekitar masjid/ surau berleluasa. Majoriti masyarakat Islam semakin jauh dari penghayatan agama yang sebenar. Agama dijadikan sebagai adat & upacara saja. Syariat & amal soleh sebenar diketepi & diabaikan.
Sebenarnya UMNO telah lama membonekakan Institusi Islam dan Institusi Raja demi kepentingan kuasa politik sekular mereka. Adakah dengan manipulasi kuasa dan songgokan kewangan... kedua2 institusi ini diperkudakan oleh para pemimpin fasik dalam UMNO?!!!
Jika benar Institusi Islam dan Institusi Raja ingin dimertabatkan, ia harus bebas dari pengaruh sebarang politik kepartian. Keanggotaan dalam badan2 penasihat bagi kedua2 institusi ini perlu bebas, profesional dan seimbang. Jika UMNO ada 3 orang , maka PAS pun mesti 3 orang, PKR Melayu pun 3 orang jugak! Atau sebaik2nya dilantik dari mereka2 yang neutral, pakar dan tidak cenderung kepada mana2 pihak yang bertentangan.
Mungkin masa itu, Institusi Islam dan Institusi Raja dilihat sebagai pihak bebas, adil dan bertanggungjawab!
Umno bukan setakat Maki Sultan dan RAja2 Melayu....malah TELAH menelanjangkan mereka....Kejadian ini berlaku setelah timbulnya Kerajaan MAHAFIRAUN dan kini diteruskan lagi oleh generasinya.
umno mmg biadap bro....
jgn melampau-lampau sngt hina ulama...kelak kita yang binasa.....
Mana lebih besar dosanya antara mereka2 yang ..
HINA SULTAN/PENGUASA dengan HINA ALLAH & RASUL?
HINA PEMIMPIN2 KORUP/ ZALIM dengan HINA ULAMAK2/ IMAMUL ADIL?
HINA AHLI2 DUNIA/ FASIK dengan HINA AHLI2 AKHIRAT/ MUKMIN LAGI SOLEH?
HINA PEJUANG JALAN SYAITAAN dengan PEJUANG JALAN ALLAH?
.... mana otakmu, ... mana hatimu, mana agamamu ...???????
aku amat setuju dngn komen hang Putra Ghg Jerai,nak buat baik ada politiknya,nak jadi penyangak pun ada juga caranya.
Post a Comment