Sepanjang hampir 3 tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian asset, peralatan, pembayaran upah operatives, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf.Pembiayaan Sebanyak RM4 Juta
Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan satu Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?
Saya kira, antara mereka-mereka yang bergelar "Blogger", "Penulis", "Editor" atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan "Media", Blogger Kick adalah seorang yang amat-amat bernasib baik. pembiayaan sebanyak RM4 juta (lebih kurang) bukanlah 1 jumlah yang kecil untuk diperuntukkan kepada "seseorang" daripada seseorang melainkan "tujuannya" itu "besar" dan berbaloi.
Agak malang kerana selama ini Kick menikmati jumlah sebanyak itu seorang diri sahaja dan tidak berkongsi dengan saya atau lain-lain Blogger yang sealiran dengannya (pada waktu itu)...
Lebih malang lagi apabila Kick mengaku menerima pembiayaan sebanyak hampir atau lebih dari RM4 juta bagi mengendalikan 1 operasi yang dinamakan sebagai "Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan".
Pak Lah 2008
Perdana Menteri Malaysia ketika Pilihanraya Umum ke-12, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu dan beberapa tahun sebelumnya (sebelum Kick "berhijrah" ke Kelantan) dikenali kerana kelemahannya dalam pentadbirannya, tabiatnya yang seronok tidur dalam majlis-majlis rasmi, tunduknya beliau pada Al-Menantunya dan beberapa lagi kelemahan yang kalau nak dilistkan dibawah... terlalu banyak.
Jadi saya tak fikir keperluan untuk memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk 1 Operasi seperti yang disebutkan oleh Kick. kenapa perlu membazirkan sejumlah wang yang besar untuk berperang dengan musuh yang sedang tidur..?
Tambahan pula, dalam Pilihanraya Umum ke-12, sebilangan besar pro UMNO/BN sendiri bermati-matian "tidak mempertahankan" Pak Lah malah mereka-mereka ini jugalah yang menonjolkan watak Pak Lah "Sleeping Beauty" kepada umum dengan dibantu oleh media-media Perdana yang kita tahu 100% dipengaruhi oleh KERAjaan Pusat.
Jangan kita lupa bahawa Tun Dr.Mahathir sendiri yang sehingga kini adalah ahli UMNO/BN mengetuai gerombolan mereka-mereka yang berusaha menjatuhkan Pak Lah dan Tun Dr.Mahathir sendiri pada ketika itu hanya bermodalkan 3 patah perkataan yang sangat murah harganya iaitu "Budak Tingkat 4". ayat murah itu seterusnya menjadi modal "makan untung" UMNO/BN anti KJ dan Pakatan Rakyat sehingga ke hari ini.
Dalam hal ini saya tak fikir modal sebanyak itu diperlukan untuk menjatuhkan KERAjaan Pak Lah the "Sleeping Beauty" (UMNO/BN) di Kelantan sebab pada ketika itu, KERAjaan Pak Lah the "Sleeping Beauty" sudah nyawa-nyawa ikan. perlukah kita melancarkan sebutir bom nuklear untuk membunuh seekor ikan yang tinggal "nyawa-nyawa ikan"..? tak mungkin...
Ikhlas
Dalam perjuangan baik pro UMNO/BN atau pro Pakatan Rakyat, yang sering disebut-sebut dan menjadi modal untuk menunjukkan "power" ialah "keikhlasan dalam perjuangan". bila ada keikhlasan bermakna 100% jujur dalam perjuangan tak kiralah yang diperjuangkan itu betul atau salah. puak Yahudi juga "ikhlas" berjuang untuk kaum mereka walaupun caranya tak betul tetapi pokok pangkalnya ialah "jujur dan ikhlas".
Kalau kita jujur dan ikhlas, apa sahaja yang kita buat adalah kerana kita mahu, kerana kita yakin pada diri dan kita tahu apa yang kita buat adalah kerana kehendak "roh" kita. bukan kerana pengaruh dari mana-mana pihak atau material lebih-lebih lagi "RM".
Senang cerita dan ringkas - kalau mati pun mati tanpa harta, hutang pulak saya yakin terpaksa dilangsaikan oleh saudara-mara dan handai-taulan yang ada perasaan bertanggungjawab. bab ini saya yakin ke 2-2 pihak pro UMNO/BN dan Pakatan Rakyat bersetuju 100%. geng-geng katak lompat Insya-Allah tidak akan merasa keadaan ini tetapi terpaksa berhadapan dengan "hari pengadilan"... ini saya sangat-sangat yakin.
Ikhlas II
Ikhlas II pula merujuk kepada "ikhlas kerana bla bla bla" (bla bla bla merujuk kepada RM) noktah.
Kalau Blogger Kickdefella menyatakan secara jelas bahawa beliau ada menerima pembiayaan secara jelas didalam tulisannya yang melibatkan jumlah sebanyak lebih kurang RM4 juta untuk mengendalikan Operasi tersebut dalam masa 3 tahun, timbul persoalan - ikhlaskah Blogger Kickdefella dalam perjuangannya selama ini..?
RM4 juta telah dijelaskan oleh Blogger Kickdefella sebagai "pembiayaan" untuk 1 "Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan".
Berapa juta pula agaknya pembiayaan yang diterima oleh Blogger Kickdefella untuk 1 Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Menteri Besar Kelantan - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat seterusnya mempermudahkan bagi Barisan Nasional menewaskan PAS di Kelantan..?
RM4 juta itu "keikhlasan"..?
TV3 (suku)
Beberapa hari sebelum kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan (serta-merta), Blogger Kickdefella dikatakan ada menerima tawaran daripada Stesyen Berita TV3 (suku). tawarannya ialah mengendalikan "1 Operasi" yang diklasifikasikan sebagai "Media ke-2" atau "Alternative Media" yang mana antara tugasnya ialah menyelia laman-laman Blog dan Website dengan tujuan menarik para pengundi muda dan celik IT supaya cenderung kearah UMNO/BN dan seterusnya meningkatkan undi anak muda kepada UMNO/BN.
Jumlah Gaji/Salary/Peruntukan atau "pembiayaan" yang ditawarkan oleh pihak TV3 (suku) kepada Blogger Kickdefella ialah tidak kurang dari RM15,000 sebulan.
Modus Operandi
Pada ketika ini Blogger Kickdefella dilihat (malah dipersetujui) banyak menyerang Kerajaan PAS Kelantan dengan agresif sekali seolah-olah Kerajaan PAS itu terlalu pincang dan tidak layak untuk menerajui Negeri Kelantan padahal majoriti rakyat Kelantan berkata sebaliknya.
Modus Operandinya lebih kurang sama dengan apa yang berlaku pada zaman Pilihanraya Umum ke-12 cuma "subjek"nya berbeza.
2008 - Pak Lah Al-Menantunya.
2010 - TGNA Al-Menantunya.
Ada persamaan dengan apa yang dilakukan oleh Tun Dr.Mahathir pada tahun 1998 dan 2009 terhadap musuhnya DSAI.
1998 - DSAI Liwat
2009 - DSAI Liwat II
Kebetulan pula Blogger Kickdefella ialah pengkagum kepada Tun Dr.Mahathir dulu, kini dan selamanya.
Persepsi
Lagi-lagi "Persepsi". tapi itulah tujuan utama. menimbulkan "Persepsi" yang kurang baik kepada subjek. tak kiralah apa yang diwar-warkan itu betul atau salah. kelebihan menyertakan "dokumen" adalah 1 kelebihan. MeLAYU mudah terpengaruh dengan dokumen padahal dokumen boleh sahaja di"klon"kan. tak percaya..? tanya pemegang-pemegang "sijil beli" Universiti Kangkung.
Persoalan
Dalam hal ini, siapakah dibelakang Blogger Kickdefella..? skill yang sama, musuh yang sama cuma subjek yang berlainan. kebetulan pula Tun Dr.Mahathir yang cukup-cukup dikagumi oleh Blogger Kickdefella cenderung menggunakan "senjata yang sama" setiap kali berperang.
Apakah Blogger Kickdefella berdiri teguh dan setia dibelakang Tun Dr.Mahathir dulu, kini dan selamanya...?
Siapa sebenarnya yang membiayai "Operasi" yang dikendalikan oleh Blogger Kickdefella..?
1997 - TDM..?
2010 - TV3 (suku)..?
-Task Force 13
10 comments:
tulisan ini sungguh jelas siapa dia Kicker ini. sebab dia pandai tulis, dia tulislah macam2, tapi bila saya baca artikel dlm perisik-rakyat ni macam drama pula. saya kagum dgn TP, muga2 tuan akan terus menyatakan yg benar.
perang saraf bagi melawan perang saraf! teruskan poji.
tula, kalu mase dalam PAS si KICK tu bleh buat camtu (Gerak Saraf BEDULLAH), tak hairan jugak kalu dia buat perkara yg same (utk lawan NICKY AJIS)..KOT2 si KICK ni BARU MENDAPAT HIDAYAH - lepas kena kick ouT, wallahualam, ALLAH dan KICK je yg tau..
PASAL NIAT si KICK tu, soal no 2, sbb kite ni kena sokong sape2 yg tegakkan keadilan berdasarkan BUKTI, amal makruf nahi mungkar..
sbb SI KICK ni setiap kali posting belasah si Nicky ni, ianya bersertakan dgn BUKTI, dan BUKTI tu masih tak terjawap oleh PAS kelantan sehingga arini..LEBIH MEngecewakan BILA Nicky JWAB "tak tahu menahu, si Kick cilako"..camtu la lebih kurang maksudnya..mcm MANE ORG NAK PECAYE SI NICKY AJIS NI?
Operasi Saraf ni mmg dah lame taktik PR, si RPK tu diupah NUAR JUBURI utk tujuan YG SAMA..bezanya si RPK, asik TABUR FiTNAH, suh kasi bukti dia CILABUT..harap2 TB tak macm tu la kan TB..
SI UMNO ni plak, asik TIDO, kena belasah kat dunia CYBER (blog), dia still buat bodo..nasib baik2 ade blogger2 jalanan ade yg terPANGGIL utk MEMBELA..demi syg agama,bangsa dan negara dari dicemarkan oleh PENGKHIANAT NO 1 NEGARA, si NUAR JUBURIT..
anti-firaun
p/s: BN still perlekehkan PENANGAN BLOGGER so lantak PI la dia..
BORINGNYE BACA ARTIKEL KORANG2 NI..... MASING2 PERJUANGKAN HAL2 KECIK YANG TAKKAN MEMBAWAK KEMAJUAN ISLAM DAN UMMAH PUN, TAPI CARA BERJUANG TU SEOLAH2 MCM KALAU MATI, BOLEH DIANGGAP MATI SHAYID LAYAKNYA.....
BODOH LA AKU RASA TULANG BESI KARAT DAN TOPENG PERAK LUSUH NI..... DOK LAYAN KICKDEFELLA BUAT APA.....
Kick dah lari selepas dibagi dihadiah "kapak kecil" dalam kawasan tempat dia tinggal. Itu dia cakap sendiri dalam blog.
Kalau dia balik Kelantan aku nak bagi dia kek besar macam TGNA dapat. Kalau dia nak repot rasuah aku tak kisah la. Aku suka orang perangai hero jahat macam ni..hehe.
poji gigi mancung..
akhirnya lu akuai jgk ye pru12 yg lalu pr menang besar disebabkan org2 bn sendri yg sabotaj dan bencikan bodolahwi tu ye..
Kah...kah...kah Lawak sangat.
Perisik rakyat, Tulang Besi dan juga Topeng perak jadi selama ini kau membohongi rakyat kelantan dengan mengatakan aura TGNA yang memberikan kemenangan kepada PAS di Kelantan. Tu le kalau nak membalun pun ingat-ingat sikit jangan dok balun aja kan dah terpecah rahsia. Habis le lepas ni tak laku le sup Wali Selipar, selipar TGNA dan apa-apa yang berkaitan dengan selipar dan terompah.
Selama ini aku ingat PAS kuat sangat rupanya kecik aja kekalahan UMNO di Kelantan adalah kerenah UMNO sendiri bukanya kerana PAS tu kuat.
DENGARKANLAH RAKYAT MALAYSIA PERISIK RAKYAT, TULANG BESI DAN TOPENG PERAK DAH PECAHKAN RAHSIA BESAR PAS SELAMA INI.
KAUORANG SEMUA NI SENGAJA NAK TIKAM BELAKANG PAS KE SEBAB PAS DAH NAMPAK MACAM DAN MELENCONG KE LORONG PENYUNDALAN ATAU TAK SENGAJA? TAK APA LE APA PUN KAU ORAN DAH KASI TAHU SAMA UMNO YANG SELAMA INI PAS BUKANNYA KUAT SANGAT SAMPAI KENA LABUR RM4 JUTA NAK MENJATUHKAN PAK LAH TAPI TAK JAYA KERNA UMNO SENDIRI YANG MENJATUHKAN PAK LAH.
kah...kah...keh...keh...kui...kui..
korang ni jolok sarang tebuan.... aku rase akan lingkup kerajaan negeri pimpinan TGNA akibat kesilapan sendiri.
malaysiabaru.com said
PADA TAHUN 2005-2008
ADA GOLONGAN YANG MAHU MEMBURUKAN PAKLAH
DAN GOLONGAN INI TELAH SETUP SATU GROUP UNTUK TUJUANTERSEBUT
KICKMANGKUKFELLA NI DI HANTAR OLEH TDM MELALUI KATAK ALI KPD PAS KELANTAN BAGI TUJUAN PR
KICKMANGKYKFELLA YG TAK BARUAH NI AKAN BANTU STRATEGI PR KELANTAN TERMASUK MELALAUI BLOG, MEETING RAHSIA DAN SALURAN WANG
PENDEKATA KAKI RASUAH UMNO YG BENCI PAKLAH DAH PAKAT DGN PAS KELANTAN UNTUK JATUHKAN PAKLAH
KALAU (HUSAM MUSA) PAS BOLEH KERJASAMA DGN KAKI RASUAH UMNO, MENGAPA TIDAK DGN DAP KAPIR?
PENDEKATA PAS AKAN BEKERJASAMA DGN IBRAHIM ALI, TDM DAN APA MAKHLKUK SEKALIPUN ASALKAN PEMIMPIN UMNO HANCUR...
PETIKAN
WWW.MALAYSIABARU.COM
topeng perak, tukang besi dan perisik rakyat. aku mau jagi bloger pihak korang. bulih kjo. aku bagi maklumat ko orang hulur2 la sikit.. dari pendapatan gaji korang dapat tu..mesti ko orang ada tuan. aku masih berkeliaran tanpa tuan lagi ni
Post a Comment