"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Tuesday, April 20, 2010

PERKASA Kempen Lawan Calon Melayu, Sokong Calon MIC?

Hairan bin Ajaib. Dalam PERKASA sebuk-sebuk berkokok kononnya mempertahankan hak Melayu, boleh pulak turun berkempen lawan calon Melayu.

Dilaporkan Berahim Ali akan berkempen di Hulu Selangor untuk memenangkan calon MIC, P. Kamalanathan.

Inilah orang-orang tua kata Mengata Dulang Paku Serpih. Tidakkan PERKASA sedar kiranya menang Zaid Ibrahim, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERTAMBAH. Kiranya menang calon MIC, jumlah MP Melayu di Parlimen akan BERKURANG.

Jadi, apa hujjah Berahim dan PERKASA berkempen di Hulu Selangor untuk MIC? Tindakan Berahim ini tidak lain membuktikan Berahim serta PERKASA adalah BARUA UMNO semata-mata. Tidak lain dari itu.

Sampai sekarang kita tak dengar walau satu nada pun kemarahan dari PERKASA terhadap kerjasama UMNO dengan syarikat Zionis Yahudi bernama APCO.

Ertinya PERKASA redha dengan hubungan dengan Yahudi/Zionis. Yang PERKASA tidak redha hanyalah Pakatan Rakyat dan PERKASA digunakan sebagai alat untuk MENJATUHKAN PAKATAN RAKYAT.

PERKASA tidak hairan dengan judi, arak, hubungan dengan Yahudi Israel, zina dan sebagainya. Ini semua adalah sebahagian dari perjuangan PERKASA.

Dan, menentang calon Melayu di Hulu Selangor pun sebahagian dari perjuangan PERKASA.
Secara otomatik, jadilah PERKASA ni pertubuhan TIDAK TENTU ARAH. Sedihnya tengok ramai yang dokong pertubuhan macam ni

Tulang Besi
Kami bukan rasis, kata Ibrahim di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 19 April — Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali muncul dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor secara langsung sambil menegaskan, badan bukan kerajaan (NGO) itu, malah dirinya sendirin”bukan rasis” sebagaimana dilabelkan oleh sesetengah pihak.

Ini kempen pilihan raya kecil pertama dihadiri beliau selepas Perkasa — NGO kaum Melayu terbesar di negara ini sekarang — mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun Ibrahim memulakan ceramah pertamanya di Batang Kali malam tadi dengan berkata, beliau tidak berada di Hulu Selangor atas kapasiti sebagai Presiden Perkasa.

Awal bulan lalu Ibrahim juga mengetuai usaha penubuhan Majlis Perundingan Melayu — di mana kedua-duanya bermatlamat memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Bagaimanapun suara lantang Perkasa dan MPM dilihat sebagai golongan ultra Melayu dan bergerak atas landasan perkauman dengan menafikan kepentingan kaum-kaum lain.

Justeru, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kesediaan beliau untuk turun kempen membantu calon Barisan Nasional (BN) P. Kamalanathan dengan sendiri membuktikan beliau dan Perkasa tidak berjuang berlandsarkan garisan perkauman.

“Perkasa bukan rasis, saya bukan rasis, saya ini bukan Melayu ultra,ntapi saya datang dan menyokong calon BN Kamalanathan walaupun ada calon Melayu bertanding,” kata beliau ketika ditemui di bilik gerakannya di Prima Beruntong, Bukit Beruntong sini semalam.

Kemudian beliau berceramah di kawasan Batang Kali. Ibrahim telah mengaturkan siri aktiviti ceramah termasuk majlis Bersama Datuk Ibrahim pada Jumaat ini.

Pilihan raya kecil menyaksikan empat calon bertanding iaitu Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim dari Pakatan Rakyat, V.S. Chandran dan Johan Mat Diah masing-masing calon Bebas.

Pandangan Ibrahim ini keluar dua hari selepas Kamalanathan, yang juga penyelaras Putera MIC, mempertahankan peranan Perkasa yang memperjuangkan hak orang Melayu dan Bumiputera.

Tidak salah bagi mana-mana badan untuk memperkasakan kepentingan kaum masing-masing, katanya.

Malah menurut Kamalanathan, Perkasa yang dilabelkan sebagai kumpulan sayap kanan tidak ‘berperang’ dengan bukan Melayu kerana mereka bermatlamat bagi meningkatkan pengeupayaan komuniti Melayu.

Ibrahim berkata, Perkasa tidak terlibat dalam kempen pilihan raya kecil ini, sebaliknya beliau turun berkempen membantu selaku wakil rakyat Bebas atas dasar semangat kepentingan nasional dan kestabilan negara.

“Perkasa tidak berkempen dalam pilihan raya kecil. Saya tengok (berkempen) atas kepentingan nasional,” katanya.

Mengenai pengedaran gambar yang memuatkan mesyuarat agung tahunan Perkasa, Ibrahim memberitahu gambar-gambar yang digunakan itu bertujuan menakut-nakutkan orang Cina dan India kononnya Perkasa adalah rasis.

“Kita juga boleh buat begitu, ambil gambar NGO Cina dan edar di kalangan orang Melayu dan India… saya boleh guna perkara yang sama… tetapi kami tidak buat sebab kami bertanggungjawab atas keselamatan negara,” katanya.

“Tetapi saya pastikan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan tidak berakhlak,” kata beliau sambil menambah ia satu tindakan publisiti murahan.

“Saya tidak fikir orang bukan Melayu akan terpengaruh dengannya,” Kata beliau yang berpandangan ia boleh menyebabkan kesan songsang kepada mereka yang menggunakannya.

Ibrahim yang turut menyentuh isu Zaid berkata beliau akan mendedahkan wajah sebenar bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Jumaat ini.

“Datuk Zaid minum arak atau tidak, saya akan dedahkan pada 23 April ini,” katanya.

Bagaimanapun kata Ibrahim, wakil rakyat dari Kelantan di mana Zaid merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Baru, pengakuan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan sendiri menunjukkan Zaid pernah mengambil minuman keras.

“Tetapi Hadi berkata Zaid bertaubat… buktinya memang wujud,” kata Ibrahim.

Kelmarin, Hadi dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata Zaid sudah berubah selepas kembali dari Mekah.

“(Naib Presiden PKR) Azmin Ali semalam (kelmarin) kata buktikan (berhubung perangai Zaid)… saya akan buktikan pada 23 April ini,” katanya.

Ibrahim juga berkata, Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak sengaja meminta bukti kerana hendak menjatuhkan Zaid sebagai persiapan menghadap pemilihan jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.

Dalam ucapannya Ibrahim juga mempersoalkan pendirian Zaid yang mencabar isu hukum hudud di mahkamah dan bagaimana PAS boleh mempertahankan beliau sekarang.

16 comments:

Anonymous said...

Hmmh...

PERKASA SAMALAH DENGAN PARIA MELAYU SAMA JUGA DENGAN UMNO BARUA YAHUDI LAKNATULLAH. ITU KESIMPULANNYA. PERKASA ELOKLAH DITUKARKAN JADI PERKASAM SAJA.

MEMANG MELAYU UMNO DAN PERKASA MELAYU TU KASTA PALING PARIAH DALAM DUNIA MELAYU YANG PARIAH TU.

Anonymous said...

Tidak kepada Islam Liberal dan Melayu Libreal.

mankeldai said...

perkasa dah betul jadi pekasam. keris meelayu dah simpan dalam almari antik. sikit lagi pun pertubuhan ni jadi antik.hanya boleh menjadi pencacai umno-apco sahaja dengan upah yang tak seberapa!

I help you, you help me wakakaka... said...

50tahun akan datang jika blog ini masih tersimpan, mesti keturunan beghahim katak akan malu besar kerana sifat beghahim ini tak ubah seperti anjing.

Aku tak heran sangat kalo isu zaid...tapi bila masuk beghahim Ali ni aku tak sangka betul manusia macam ni punya munafik pun boleh ada.


Ok pencacai umno ada sesapa yang nak mempertahankan perangai munafik beghahim Ali nih aku buka laluan. Mari kita tengok siapa pemuka yahudi sebenarnya.

Awang Dogol said...

Aku ingat lagi masa si Berahim Ali jadi Timbalan Menteri Undang2....bukan main la dia ni jet si Mahadiaq.....sana-sini dia angkat. Masa tu dia ni memang dah terkenal dengan gelaran 'RAJA KATAK".

Jadi dalam satu ceramah di Selangor, semasa si Berahim Ali ni sedang syok besemangat ceramah.....adalah seorang mamat ni menjerit....'KATAK...KATAK...KATAK". Maka terdengarlah akan si Berahim...lalu menjeritlah dia dalam ceramahnya dengan laungan "SIAPA KATAK....HAH....SIAPA KATAK"
Maka kami kat belakang..ketawa terkehel2.

Rupanya...terasa jugak noh si Berahim Ali ni.....TAPI apa nak buat....memang katak pun....
Ha...ha...ha...

Anonymous said...

apa bezanya Melayau PAS, PKR yang sokong Lim guang eng??????

benn said...

Katak kan hidup 2 alam bro.. hahaha

Adek Awang said...

Agak2 pada PRU-13 nanti Ibrahim Ali ni akan bertanding tak kat Pasir Mas??????? he...he...he...

Agak2 lambang apa dia nak bawa???

Anonymous said...

aper bezanya umno yg sokong parti:
1.mca
2.mic
3.gerakan
4.ppp
5.makkal sakti

yg ini baru melayau umno

I help you, you help me wakakaka... said...

Aku tambah laie sikit...

Apo bezanyo umno yang pakso pencacai umno jilat jubor samy...

Ado sesapo boleh nafikan...

Awang Dogol said...

Kah...kah...kah....
Melayu UMNO dah jadi Melayu Melayau...

chot said...



brahim ali persis jantang gersang..

tahap joki kuda longkang...

Anonymous said...

Beb jangan lah lebeh lebeh, gua nak cari makan, nak cari duit banyak, duit banyak boleh cari puki banyak boleh cari rumah besar makan angin pegi jalan jalan antar anak belajar kat luar negeri

Presiden PERKASA

pengundi bebas pasir mas said...

BRahim akan guna lambang katak dalam PRU 13 nanti..

Tapi aku lebih suka kalau dia pakai simbol BIAWAK sebab lidah dia panjang lagi bercabang..hehe.

Tinta Hitam said...

Satu kebaikkan PRK Hulu Selangor ialah ianya membuka temberang PERKASA dan Ibrahim Ali...Buang masa aje bagi sesiapa yg beria ia nak sokong kumpulan kumpulan melayu ni..

Anonymous said...

Dua alam.