"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, April 09, 2010

Pilihanraya Kecil Sibu: Isu Royalti Akan Ke Sarawak

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.

Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.

Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Mat Saleh cakap "Right time at the right moment". jadi bersempena dengan Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu, aku rasa ini adalah masa yang terbaik bagi Pakatan Rakyat menaikkan isu Royalti Minyak melangkau ke seberang Semenanjung Malaysia pulak.

Bermula dengan Sarawak.

Setelah hampir 30 tahun hasil bumi Sarawak ditarah oleh KERAjaan Pusat, Sarawak masih berada dalam carta 5 Negeri TERMISKIN di Malaysia. kemana perginya hasil Bayaran Tunai sebanyak 5%..?

Kepada Rakyat Negeri Sarawakkah..? atau ke kantung-kantung Pimpinan Barisan Nasional Sarawak..?

Rakyat perlu tahu..!

2 comments:

Anak Lenggong said...

hanya itu lah sahaja cara pas nak kelengtong rakyat..nak bawak ke mahkamah tak berani..sebab dah tau takde isu...so dok berceramah tepi longkang je laa..teluq tarakk..

Anonymous said...

antara pencacai gerombolan yang mengunakan komputer pejabat untuk buat komen ialah anak lenggong! maluler yob!

matkuale