"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Thursday, April 15, 2010

Rakyat Kelantan Gemar Belanja & Bayar Tunai

Sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja dan membuat pembayaran secara tunai adalah antara faktor utama syarikat pelancongan Bumiputera, Al-Quds Travel Sdn.Bhd. terus maju dan mampu berdiri kukuh dengan menyaksikan peningkatan pendapatan setiap tahun.

Pengarah Urusan Al-Quds Travel Sdn.Bhd. Wan Mohd Zamri Wan Salleh berkata sikap rakyat Kelantan itu disifatkan satu keistimewaan yang secara tidak langsung telah membantu mengukuhkan kewangan dan pendapatan syarikat berkenaan.

"Sehingga kini, sejak sepuluh tahun penubuhan syarikat ini bermula tahun 2000, pihak kita belum pernah mengalami masalah kekurangan pendapatan dan mencatatkan peningkatan membabitkan pelbagai jualan pakej pelancongan ditawarkan sesuai dengan kehendak pelanggan."

"Bermula dengan pendapatan sebanyak RM1 juta pada tahun 2000, Al-Quds pada tahun lepas memperolehi pendapatan RM17 juta dan yang uniknya pendapatan itu disumbangkan 100% oleh rakyat Kelantan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran agen Yang Dilantik MAS di sini Rabu.

Majlis itu dirasmikan oleh Pengarah Urusan MAS Datuk Tengku Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz.

Wan Mohd Zamri berkata sikap rakyat Kelantan yang gemar berbelanja secara tunai meskipun dalam jumlah yang besar juga mendorong syarikat terbabit mencatatkan keuntungan setiap tahun.

"Orang Kelantan memang suka berbelanja secara tunai dan ada yang bayar tunai RM50,000 terus di atas meja... itulah sikap dan keistimewaan rakyat Kelantan menyebabkan kita di Kelantan boleh berjaya kerana mereka mempunyai kuasa berbelanja yang hebat," katanya.

Selain itu, beliau berkata rakyat kelantan juga dilihat kerap melancong ke luar negara terutama menunaikan haji dan umrah.

"Rakyat Kelantan kerap menunaikan umrah dan pada suku pertama tahun ini juga Al-Quds Travel telah menghantar kira-kira 600 orang menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.

"Dalam tempoh yang sama juga, lebih 400 orang rakyat Kelantan lagi telah ke negara China selain destinasi pilihan lain di seluruh dunia termasuklah negara Eropah dan juga Jepun," katanya.

Wan Mohd Zamri berkata, pemilihan destinasi itu bagaimana pun berdasarkan kepada dua faktor iaitu membabitkan acara peringkat antarabangsa seperti Sukan Olimpik dan juga tanggungjawab pada agama.

"Setiap orang Islam akan mempunyai hasrat untuk pergi umrah dan bilangannya sentiasa bertambah, mereka akan pergi ke sana (menunaikan umrah) meski pun terpaksa berdepan peningkatan harga tiket (penerbangan), tetapi permintaan sentiasa ada," katanya.

Wan Mohd Zamri berkata Al Quds Travel melantik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai agen bagi membolehkannya menikmati keutamaan dalam tempahan tiket pelanggan danm menerima diskaun lebih murah bagi destinasi yang dilalui syarikat penerbangan itu.

Sementara itu, Datuk Tengku Azmil Zahruddin berkata jalinan kerjasama antara MAS sebagai agen yang dilantik Syarikat Al-Quds Travel Sdn Bhd merupakan satu usaha untuk memajukan bidang pelancongan di Kelantan dan Kota Baharu khususnya.

Menurutnya, pengalaman Al Quds Travel yang telah berfungsi sebagai agen pelancongan selama hampir sepuluh tahun menjadikan pihaknya yakin untuk bekerjasama dan memberikan keistimewaan kepada pelanggan syarikat itu.

Al-Quds Travel Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2000 dengan tumpuan awal membabitkan pakej umrah dan sehingga kini mempunyai cawangan di Kuala Lumpur, Kuching, Sarawak, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuantan, Pahang.

Selain itu, selain menyediakan kemudahan pelancongan, Al-Quds Travel turut menyediakan kemudahan penginapan iaitu Al-Quds Hotel & Resort, yang kini sudah beroperasi di Wisma Al-Quds di sini.

24 comments:

Mr Joker said...

Website aku, aku punya suka la nak letak berita apa pun...

Aku bagi kau masuk, baca, komen FREE pun dah kira nasib baik... "bos" kau pulak bayar dekat kau... 1 komen - RM50 hengget...

Buat kerja kau sudahlah... kang aku blok kau kang, mati tak makan pulak hujung bulan ni...

Jangan lupa baca zikir UMNO...

Zikir Utama - RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM, RM (baca 50 kali sebelum keluar rumah).

Zikir ke-2 - MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU, MeLAYU (baca 50 kali sebelum keluar rumah).

Zikir ke-3 - Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan, Pembangunan (baca sampai meroyan).

Anonymous said...

1.Puak kelantan gemar belanja dan bayaq tunai!
2.Tepat sekali!!!!!!!!!!!!
3.Biaq papa!asai bergaya!!!!!!!!
4.ha,ha,ha,ha,ha...

Mr Joker said...

Papa dan Bergaya itu lebih berhemah dari Papa, Bergaya dan berhutang keliling pinggang...

Tak kena gaya, putus tangan kena tetak dekat Along...

Anak bini hidup dalam ketakukan semata-mata nak Bergaya tapi berhutang...

Eh... kes berhutang dengan Along paling banyak dekat mana ek..?

Keh keh keh keh keh...

Anak Bugis said...

Ekonomi org klate semakin teguh dan kuat sepanjang pemerintahan kerajaan Islam PAS..itu menunjukkan keberkatan dari kepimpinan Tuan Guru.. alhamdulilah, tp kita jengok plak kat ganu.. hehehe dpt duit royalti pun kepimpinan asyik bertelingkah jer.. baik bg PAS pegang balik.

Anonymous said...

hahahah..anak bugis..ko ikt fakta ke x ni..neg klate last la dlm segi pembngunan..fdi kt klate pon no last thn lps..berkat btul ye..heehe..seb baik dieorg xtadbir negara..kalo xhancur ekonomi malaysia..ko nk aku bg angka ke..tu la hasil kepimpinan n.ajis..rakyat klate bertaburan kt neg org lain..jgn la cube putar belit fakta wei wahai budak2 pr..tula..kwn lg dgn bapak munafik nuar berahi..

Anonymous said...

kes utang along paling byk kat SELANGOR!

tima kasih kepd ROnnie Liu di atas percambahan kemudahan2 kredit flexible kpd rakyat yg tidak dapat dilaksanakan oleh bank2 tempatan yg diwujudkan utk BN..

kontrak2 dan tender2 buat rantai besi pun da bertambah, utk menggari pembebal2 penghutang yg liat..

takebeeer!

joostspring said...

ekonomi teguh dan kuat sbb separuh rakyat kelate yg berduit mencari rezeki di negeri org...yg ada di kelate yg berduit pun sbb kerja dlm sektor awam...nak harap sektor swasta mapuh keras cokeng r....org2 yg mmg dah sedia kaya tu xpyh cerita r...

se lagi golongan org yg berduit di kelate ni...golongan tok lebai yg pki serban dan jubah hok duk makn pitih balak dan hasil masil dr bumi kelate.....

demo lak mkn pitih sapa poji????
xsoh duk bual r poji mu x dok link dgn kick......
mu dgn kick tu wayang jah lbh kpd puppet master mu dua ekor iaitu si huse kuse...

tp xaper poji...kl huse nak jatuh nik ajis gak,kawe sokong huse...sbbnya pas kelate kuat sbb nik ajis...bkn sbb pas sendri...

aku th yg inner circle pas di kelate rmi yg sokong huse..tp penyokong pas yg hanya amik th g2 g2 je pasal pas sokong nik ajis dan golongan ni lbh rmi...

joehan said...

sian aku tgk bdk2 pr ni..putar belit fakta je kjenye cm anak bugis tu..samada die putar belit ataupun die xtau fakta..hahaha..crla fakta2 dlu wei sblm bg komen..jgn la jd umat islam yg bodo yg percy je ckp2 org..terutamanya bdk pr..ape yg kuar dr mlt busuk pemimpin2 korang trus korang percy..selidik la sendri..psl israel kt bkt amn yg asiasoft tu..korng crla fakta sendri psl tu..nuar putar belit jgk..suruh jgk org2 pas pelajari ilmu dunia..kne seimbang dunia akhirat..br betul..ni ilmu dunia kureeeeng..ape nuar ckp trus percy..apela..

joehan said...

KLAKANYER..XDE BDK2 PR MELALAK KT CNI.. NI BLOG PRO PR KE BLOG PRO BN..HAHAAHA..KE KORANG XBRANI NK BG KOMEN SBB XDE FACTS UTK EN3 NI..HEHEHE..YG KLATE LAST DR PEMBANGUNAN...RAKYAT KLATE CR RZKI KT LUAR HASIL PENTADBIRAN PAS..HAHAHA..INI FAKTA YE WAHAI BUDAK2 PR..BKN PUTAR BELIT CM PEMIMPIN AGUNG KORANG..NUAR BERAHI..HAHAHA.

I help you, you help me wakakaka... said...

Bukan tak berani...topik kurang stim.

kalau nak fakta dalam topik macam ni senang jeh...ko tengok deretan rumah kedai kat Kelantan dan bandingkan dengan Kl, berapa ramai melayu yang berniaga berbanding cina.

Ko pergi pasar siti khatijah kau boleh bandingkan berapa ramai Melayu yang berniaga berbanding cina.

Jadi apa masaalah kalau orang melayu ada kuasa membeli?

Geli sangat pusat korang sebab apa?

Anonymous said...

org umno bangang tkdek mata
ramai orang melayu berniaga dkat kelantan
berapa kerat org cina jer ader dkt kelantan

pegi negeri lain
sumer org melayu arap noreh getah nanam padi
fdi naik atas usaha tokei cina
melayu miskin memanjang negeri lain
iklan calsberg penuh sana sini

Anonymous said...

Baguslah org kelantan kaya raya. Alhamdulillah. Tentu banyak kutipan zakat di Kelantan,

Anonymous said...

bagus2..buat ape nak utang2 ni kalu da ade duit? byr cash. senang, takyah pikir2 utang keliling pinggang..ade duit belanja..takde duit, kumpul..takyah berutang..

anti-firaun

p/s: tp jgn bawak cash byk2, takut diragut..

I help you, you help me wakakaka... said...

Betul tu anti-firaun...ada duit bayar cash takde duit kumpul...jangan jadi macam pemimpin umno serta juak-juaknya...takde duit makan rasuah...

Mamat Drebar said...

yg bayar RM50 ribu cash tu adalah 'derma' tokey balak pd seseorang amik pakej VVIP... hehe

Anak Bugis said...

Sebenarnya yg miskin bukan rakyat Kelantan.. tp penyokong UMNO..miskin . .ilmu.. miskin budibahsa, tapi KAYA Rasuah.. muahahahaha

مَعهَدين الُمعلمْ said...

Kalau kat kampung aku kat Kelantan hok jenis menoreh getah, hidup susoh2 kebanyakannya ore2 UMNO...

Segelintir jer yg kaya sebab jadi kroni UMNO..

golongan profesional mcm guru, doktor, akauntan kebanyakannya org PAS..

Ore UMNO bukan sahajo di Kelantan semuanya miskin.. kalau tak miskin harta ia akan miskin akal.. bodo nk mapuh...

jgn busuk hati..tuhan benci said...

kalau org PAS tu kaya..dia tak ler terhegeh2 mintak juga duit wang ihsan tuu..ha ha ha PAS kaya..kaya dgn busuk hati ade lerr

Anonymous said...

1.Betuila tu!berapa kerat je!puak cina berniaga dikelantan!berbanding dengan peniaga melayu dipasar siti khadijah!
2.Puak cina dan yahudi tak main la berniaga yang kupang-kupang!
3.TESCO yahudi diKB dan tokeh balak yang tebang semua balak dikelantan tu!puak melayu ka!!!
4.Otak dimana puak kelantan ni!!!

I help you, you help me wakakaka... said...

Kah kah kah...anonok nih...

Cuba ko kira berapa ramai melayu yang jadi saudagar emas kat Kelantan?

Pernah pergi Kelantan ke ko ni atau ko pakai tembak jeh. Nampak sangat ko ni bangangkan. Sebab tula takut pakai ID ANONOKIMAK.

Jangan busuk hati lagi bodoh...bukan terhegeh-hegeh tapi hak...macam bini kau la tak bagi kau main kau kena mintak sebab dah hak kau sebagai suamiisteri.

Memang bangang rupanya pencacai umno ni. Menyerlah sifat bangangnya.

Anonymous said...

sape kata org kelantan miskin2?

suma kayo rayo weih..sorg adun PAS tu hutang tax dekat satu juta..bayangkan pendapatan dia brapa..

org kelantan tak perlu keje keras..yg laki duk kedai kopi main daun terup sambil isap cerut, yg si isteri dia buat keje dari umah..relax je..

tapi duit cash masyukkk!..tokey balak ade weih..byk DERMA dia dapat..

anti-firaun

p/s: "DERMA ok per? relax arr.." - nicky ajis

I help you, you help me wakakaka... said...

Hah..yang ni anti-firaun nama kena liwat ke atau anti-firaun yang palsu...kang salah orang lak.

Nasib baik hutang tax bukan kena tangkap makan rasuah.

Takpe orang Kelantan yang duduk rilek main terup lagi baik dari makan duit rakyat jadi cybertropper umno.

p/s: dalam parti tak panggil rasuah... politik wang...dalam dunia maya tak panggil rasuah dipanggil upah jadi pencacai.

Anonymous said...

mempelung,

yg atas tu aku, anti-firaun real..

see the word "nicky ajis" tu? anti-firaun palsu takkan tulih camtuh..

anti-firaun..

I help you, you help me wakakaka... said...

Oh...ye ke

orait-orait...lain kali kalau kita nak balun membalun tengok trade mark ko ya...ok ok

Kalau ada kaum cilok jugak nama ko...baik ko pakai nama...anti-firaun diliwat...gerenti orang tak berani nak cilok lagi..

p/s: good fren...