"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Wednesday, April 14, 2010

YBK Gadai Tanah Berjumlah RM102 juta.


NOTA EDITOR: YBK adalah salah satu contoh perangai UMNO. Apabila mereka tersepit kerana dah buat "perangai", terus mereka gunakan slogan "Melayu" dan slogan "Hak Melayu". Selama ini Zainal Sakom bermatian mempertahankan YBK dan tidak mahu memberi laporan audit kepada kerajaan Negeri Selangor. Sampai apabila juruaudit yang dihantar oleh Kerajaan Selangor pun mereka KECUT PERUT nak benarkan masuk.

Saya pun paham kenapa Zainal Sakom takut untuk diaudit. Macamana nak jelaskan ke mana tanah seluas 1,977.428 ekar telah digunakan untuk aktiviti basmi kemiskinan. Malahan, susah Zainal Sakom nak jelaskan aktiviti salah satu anak syarikat YBK,Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) yang terlibat mengadai tanah yang diberi kerajaan negeri berjumlah RM102 juta.

Untuk menutup pekung YBK dan Zainal Sakom, maka dilaungkanlah semboyan Melayu. Kononnya Kerajaan Negeri Selangor menggadai hak Melayu dan menindas Melayu. Dikerahkan PERKASA untuk membuat demonstrasi membantah tindakan Kerajaan Negeri Selangor. Hakikatnya, semua ini untuk MENUTUP segala kebobrokan serta amalan tidak sehat YBK yang selama ini dipendam oleh Zainal Sakom and the gang.

Inilah dia sifat UMNO. Segala amalan salah guna kuasa dan rasuah akan ditutup dengan laungan "Hidup Melayu" dan "Perpaduan Melayu". Apabila Tengku Razaleigh menentang penipuan Dr Mahathir dalam pemilihan UMNO 1987, Mahathir naik kampung turun kampung minta Melayu bersatu dan jangan bersengketa.

Hakikatnya, Mahathir tidak mahu ahli-ahli UMNO terus mempersoalkan kebobrokan serta salah guna kuasa yang telah beliau lakukan. LAgi beliau takut adalah ahli-ahli UMNO mempersoalkan penipuan dalam Pemilihan 1987 yang ditaja oleh beliau dan Sanusi Junid.

Zainal Sakom orang UMNO. Mustahil beliau dapat bertindak lain dari perangai yang bukan UMNO. Kita rakyat Malaysia mesti bijak supaya tidak jatuh dalam "trick" puak-puak UMNO ini.

Sekian
Laporan audit: YBK gadai tanah lebih RM100 juta

Kerajaan Selangor hari ini mengedarkan kertas putih mengenai Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada DUN Selangor, antara lain mendapati penggadaian 16 lot tanah bernilai lebih 100 juta kepada beberapa pihak.

Menurut laporan setebal kira-kira 60 mukasurat - termasuk lampiran - itu, kerajaan negeri menganugerahkan tanah seluas 1,977.428 ekar di beberapa daerah di Selangor tetapi tidak menerima bayaran dan sebarang laporan selama 13 tahun.

Membacakan ringkasan eksekutif laporan tersebut, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga mendedahkan, salah satu subsidiari yayasan tersebut - Permodalan YBK Sdn Bhd (PYBK) - terlibat dengan gadaiaan berjumlah RM102 juta.

"Gadaian ini boleh menyebabkan tanah yang dianugerahkan untuk tujuan membasmi kemiskinan jatuh ke tangan pihak ketiga," kata Khalid dalam sidang media di pejabat menteri besar di DUN Selangor.

Khalid juga mendakwa laporan yang disediakan Jabatan Audit Selangor - sebuah agensi di bawah kerajaan persekutuan - akan dibawa kepada penelitian sebuah jawatankuasa khas kerana ia "belum lengkap" sepenuhnya.

"Siasatan audit negeri Selangor telah dihalang masuk ke dalam premis YBK walaupun yayasan terebut memberitahu media tidak akan menghalang usaha pengauditan," kata Khalid lagi.

Sehubungan itu, satu jawatankuasa khas dianggotai badan bebas seperti majlis peguam dan Tranparency International akan dilantik untuk menganggotainya.

Butiran lanjut jawatankuasa tersebut belum ditentukan buat masa ini, tambahnya.

Antara kandungan laporan tersebut:

* YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

* Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat.

* Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

* Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin.

7 comments:

Anonymous said...

ai.. geng2 BOLOGger taik palat ameno(gomo,joehan,anti firaun & seangkatan) xberani nk komen ka?? xkan xdak idea kot.. reka la apa2pon.. tu kan kerja wajib korang.. kang xdpt elaun baru tau...

Anak Bugis said...

Dorang tu buta hati, tak nampak kebaikan pemerintahan PR, tp manusia tahap otak lembu... UMNO itu perniagaan.. org melayu yg menyokong umno boleh kemas barang pindah ke Israel..

matkambing said...

contoh salahguna kuasa pemimpin yang tak amanah!

Anonymous said...

Aku rase kan, PR ni buta pembangunan dan buta kepada keperluan dan syarat2 pembangunan dan juga buta tentang pelbagai cara pembangunan yg lebih berkesan..

YBK punye tujuan hanya satu, yg utama - membasmi kemiskinan..so TANAH diberi..dgn kata lain, tapak telah diberi, so pandai2 la ko bangunkan dan berniaga utk menaikkan ekonomi dan seterusnye utk mencapai objective pembasmian kemiskinan..

tahukah korg, dgn beri tanah je, cukup utk YBK mencapai amanah tersebut? org bagi ko tapak berniaga, kau rase tak perlu modal ke nak beli barang2 mentah, proses, and kos jualan?

YBK memerlukan funds dalam pelbagai bentuk, paling practical, pinjaman2 bank..standard bank2 malaysia apebila memberi pinjaman berjuta2, requirement dia salah mencagarkan tanah, land security to secure the loan..inilah yg korg sebut YBK gadai tanah..

utk itu, jawapan aku berdasarkan findings report tu:

* YBK dianugerahkan tanah khas untuk aktiviti membasmi kemiskinan, tetapi terdapat daripadanya digunakan untuk projek komersial.

agaknye kalu PR punye pendekatan dgn menggunakan tanah YBK yg dianugerahkan adalah dgn mensedekahkan bhgian2 tanah tersebut kpd org miskin..so org miskin berharta..hahaaa..bangang punye PR..YBK perlu menjana ekonomi, hasilnye itu kesinambungan objective pembasmian kemiskinan..hasil dari kegiatan komersial ini la digunakan utk memastikan hasil YBK tidak putus2 dlam jangka panjang supy dapat melaksanakan objective tersebut..


* Terdapat keraguan terhadap rancangan pembinaan universiti di Serendah kerana YBK didakwa tidak membuat permohonan rasmi kepada agensi kerajaan terlibat..

Masih dalam perancangan/or development planning belum finalization lagi takkan nak terus apply? development planning kena la secara holistic, sturdy planning, and comprehensive sblm application di hantar..bilakan ia akan dihantar utk proses mendapatkan approval bukannya isu? or saje nak jadikan isu?

terdpat keraguan/didakwa..ayat2 ini just nak create perception je bro..mcm yg slalu org PR buat..


* Laporan kewangan YBK yang disiarkan di laman web tidak membuat perincian terhadap aktiviti subsidiari, termasuk cagaran.

- perlukah ia disiarkan? atas undang2 apekah YBK diwajibkan menyiarkan laporan dilaman web?..milik siapa YBK ini..kalu SSM tak impose company2 antar laporan kewangan syrkt masing2 kau ingat diorg nak bother upah auditor buat audit company diorg? lagi sekali, findings ini hanya ingin mewujudkan persepsi..


* Terdapat rumah YBK yang diduduki oleh pihak yang bukan daripada golongan miskin

rumah YBK or rumah2 YBK? sape yg menduduki rumah tersebut, status kemiskinannye mcm mane pulak? ini lagi satu nak menimbulkan general perception lagi..

anti-firaun..

p/s: mmg anak didik nuar la korg ni, asik nak menimbulkan perception negative..didakwa, diragui, tiada perincian..mane satu yg dalam report tu kata YBK menipu? YBK menyalahgunakan tanah diberi? YBK memalsukan document2 perincian kewangan? TAKDE!

I help you, you help me wakakaka... said...

Anti-firaun...

Komen balas yang bagus panjang dan padat boleh jadi peguambela.

Yang hairannya RM102juta untuk apa ya? Ada pendapatan tambahan lagi melalui projek komersial.

Hairan dan hairan lagi dari tolor labuh jadi kecut. Sebab apa tak bagi audit masuk?

Anonymous said...

ALJUBURI
Kalo dapat kat PR tanah nie, harus di buat jirat cina jer..
takpon bagi kat DAP 999tahun cam kat perak..huh..

I help you, you help me wakakaka... said...

Kesian PR belum dapat dah kena balun.
BN yang memerintah gasak tanah rakyat tiap-tiap tahun dapat kredit.

Ishkkkk....