Kerajaan Kelantan akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas berhubung isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jalan Duta pada hari Isnin, 30hb. Ogos, 2010 ini.
Keputusan itu dicapai dalam meyuarat EXCO Kerajaan Negeri Kelantan hari ini.
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Paduka Haji Husam Musa berkata, tindakan undang-undang diambil terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar Royalti Minyak dan Gas kepada Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam perjanjian yang telah ditandatangani oleh ke 2-2 belah pihak.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir ke mahkamah pada hari tersebut.
Dato' Paduka Haji Husam Musa berkata demikian kepada wartawan selepas mesyuarat EXCO, di Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Beliau turut menyeru rakyat Kelantan serta warga prihatin terhadap tuntutan itu supaya dapat bersama-sama hadir menunjukkan sokongan pada hari tersebut.
Ketika ditanya, beliau memberitahu mesyuarat sebentar tadi hanya membincangkan perkataan-perkataan yang perlu disebut dalam saman terbabit.
Bagaimanapun, jumlah tuntutan tidak dibincangkan dan pihak Kerajaan Negeri Kelantan menyerahkannya kepada mahkamah.
“Kita tak bincang pasal jumlah tuntutan kita, itu terpulang pada mahkamah nanti”, ujarnya.
Satu majlis solat hajat akan diadakan di Masjid Wilayah Pesekutuan, Jalan Duta selepas urusan memfailkan saman tersebut selesai.
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
eleh. mcm leboleh menang
YES....akhirnya si husam kusam ni berani nak saman setelah sekian lama berdolak dalih...
30/8/2010 ni xdok saman jgk siap la mu poji....hahahahahhaaha
Saman jangan tak saman...
Jangan biarkan PENCURI yang bernama UMNO mencuri wang rakyat kelantan.
Jangan biarkan PEROMPAK yang bernama UMNO terus merompak kekayaan hasil bumi kelantan.
Jangan biarkan PEMBELOT terus membelot perjanjian yang ditandatangani.
Jangan dibiarkan kumpulan yang bernama UMNO daripada terus BONGKAK dengan perbuatan hina mereka.
AYUH RAKYAT KELANTAN... kita bangon dan humbankan UMNO kedalam Sg. Golok.
Dalam al-Quran menyebut ada enam rukun hidup bermasyarakat yang perlu kita ikuti iaitu kita tidak boleh hina-menghina, merendah-rendahkan orang lain, perli-memperli, gelar-mengelar (yang tidak baik), berprasangka buruk dan mengumpat antara satu sama lain...
Renung-renungkan.....wassalam
OII MANGKUK KAKI GANJA!!!NAMPAK SANGAT KO NI ORG KAFIR,PUASA KE TAK KO NI???BAHLOL PUNYA MANUSIA!!!KAKI GANJA MCM KO NIE BYK AKU JUMPA,BILA DAH STIM,MATA MACAM NAGA MULALH MERAPU KORANG KUAR!!!NI LER SALAH SATU ANJING KURAP BABI YG BERLAGAK ALIM,BAGUS,PANDAI SANGAT NAK JUDGE ORG!!!!KAU LAH TOPENG ANJING BABI SIAL!!!!!NASIB BAIK AKU TAK POSE ARINI,BOLEH LER AKU MAKI KO PUAS2 ANAK HARAM POJIE@TOPENG PERAK GAMPANG BUTUH!!!!!!!!!!
Lepas ni kita tunggu Kerajaan Terengganu akan saman PETRONAS pulak.
Mampus la kau PETRONAS....
Busuk lah nama mu PETRONAS di arena Oil & Gas Company di dunia ni.
Pelabur2 luar negara tak akan berani lagi melabur...kerana...perjanjian yang telah ditandatangani di langgar oleh mereka begitu saja.
semua org akan mati,bukan sahaja petronas...anda juga tidak terkecuali wahai maisara...siapalh kita utk menentukan hidup matinye sesuatu itu...jgnlh kita berlagak menjadi mcm tuhan dlm hal ini...persiapkan diri anda untuk hari kemudian...bertaubatlah sebelum terlambat....
bangangnya org klantan pr
Apakah PETRONAS yang terkenal di arena antarabangsa dalam bidang O&G yang menjadi kebanggaan negara akan terus menjadi sebuah badan yang penipu....pembelot...dan badan yang sukan melanggar perjanjian?????
Apakah pelabur antarabangsa akan mempercayai PETRONAS lagi sekiranya terus bersikap demikian.???
Kini berita terbaru memperkatakan KERAjaan Persekutuan telah mengambil dana dpd PETRONAS berjumlah lebih RM1.3 juta semata2 utk membayar "angpau" hariraya ni pada kakitangan kerajaan sedangkan ramai kakitangan PETRONAS yang telah mengkritik dan memprotesnya didalam sebuah blog.
Lihat sekali lagi PETRONAS di jadikan mangsa kerakusan BN. Persoalannya....apakah KERAjaan Persekutuan sudah kehabisan modal sehingga sanggup mengambil dana dpd PETRONAS?????
Post a Comment