"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Sunday, July 03, 2011

BERSIH 2.0: Agung Seru Kerajaan Amanah, Adil & Bijaksana

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai.


Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:
Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Topeng Perak Unmasked: Alhamdulillah, Tuanku YDP Agong nampaknya tidak menghalang perhimpunan tersebut diadakan walaupun ada peringatan "Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik".

Gua jugak tertarik dengan kenyataan DYMM YDP Agung: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

Allahu Akbar..!
Allahu Akbar..!
Allahu Akbar..!

Setelah gua teliti Kenyataan dari DYMM YDP, Gua memutuskan bahawa Tuanku Mizan sebagai Raja yang Adil lagi Bijaksana faham tujuan Himpunan BERSIH 2.0 diadakan dan gua juga 110% percaya dengan yakin bahawa Tuanku juga faham Gerakan BERSIH 2.0 bukanlah 1 gerakan "Memerangi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung Tuanku Mizan" dan juga Kerajaan Negara Malaysia.

Gua juga faham dan 110% yakin bahawa Tuanku Mizan tidak menghalang Himpunan BERSIH 2.0 diadakan kerana niatnya baik atas ingatan Tuanku kepada Kerajaan supaya "menangani masalah ini dengan sebaik mungkin".

Pihak Kerajaan khususnya Najib perlu faham "Tanggung-jawab & Amanah" yang diberikan oleh rakyat. Ingat juga kata Tuanku Mizan "Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara".

Allahu Akbar..!
Allahu Akbar..!
Allahu Akbar..!

*bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora*

1 comment:

Jeo Botak said...

Aku nak cadangkan pada BERSIH 2.0 supaya masukkan juga tuntutan pada Memorandum kepada Agung supaya Ketua dan Penolong Ketua Polis Negara yg ada kini meletakkan jawatan kerana DERHAKA pada titah Agung.

INGAT.....
Selepas kita serahkan Momo tu pada AGUNG kita berarak pula ke Bkt Aman desak KPN dan TKPN letak jawatan kerana menyalahgunakan kuasa dan DERHAKA pada titah AGUNG.

Kedua2 mereka ini sadah melampau kerana memperkudakan anggota polis bawahan. Inilah rungutan dpd anggota mereka sendiri yg bertugas kini. Mereka mahukan BERSIH mengusulkan perkara ini.

AYUH...KITA BERSIHKAN YG MANA KOTOR.
9/7 MENANTI KITA DI KOTA KL