"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Showing posts with label Ukhuwah Pas. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwah Pas. Show all posts

Monday, June 22, 2009

Lupakan Sengketa,Rapatkan ukhuwah,Reputkan Umno-Malaysiakini

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak,Seluruh pimpinan PAS sepakat menguburkan sama sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno/Bn.

Selesai masyuarat khas di pejabat agung PAS di ibu negara 6.55 petang tadi,Mursyidul Am PAS Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat,Presiden PAS Dato Sri Abdul Hadi Awang dan Timb.Presiden PAS ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata,PAS tidak lagi mahu terjerumus dalam tektik murahan Umno/Bn.

PAS dilihat menjadi permainan media arus perdana yang cuba melaga-lagakan antara Mursyidul am (Nik Aziz) dan Timbalan Presiden (Nasharudin) dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan tepat menolak sama sekali isu Kerajaan Perpaduan yang hangat diperdebatkan saban hari.

Dato Nik Aziz berkata dugaan ini tidak pernah melemahkan semangat setiakawan parti aliran islam itu,sebaliknya menguatkan lagi iltizam dan tekad PAS untuk melawan politik kotor Umno/Bn.

"Kami bersetuju sebulat suara bahawa polemik Kerajaan Perpaduan dihentikan serta merta" Tegas Mursyidul Am PAS dan MB Kelantan itu.

Menyentuh kata dua kepada ustaz Nasharudin Mat Isa tempoh hari,Dato Nik Aziz menjawab,Isu antara beliau dan Timbalan presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok itu telah diselesaikan dalam suasana penuh kekeluargaan dan keharmonian dengan menarik balik segala kenyataan terhadap Nasharudin.

Sumber:Anjung Info

BN?ada isu lagi dijaja di Manik Urai??ada.....Isu komunis nak balik kampong le....