
"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)
Thursday, July 17, 2008
Hadi: PAS setia bersama Pakatan
Dalam suasana politik negara yang penuh dengan fitnah dan kegawatan sosial dan ekonomi, PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat, katanya.
"Amat perlu dijelaskan di sini, bahawa isu ini jangan sesekali diseret bagi digunakan Umno demi menutup dan mengalih perhatian rakyat tentang pergolakan yang sedang parah berlaku dalam parti tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Kenyataan itu dibacakan timbalannya Nasharudin Mat Isa, yang juga ahli parlimen Bachok, dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Turut serta setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaffar, bendahari Dr Hatta Ramli, ahli jawatankuasa pusat Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Kamarudin dan Dr Hatta masing-masing ahli parlimen Tumpat dan Kuala Krai.
Menurut laporan Harakahdaily.net, PAS menyifatkan BN gagal menangani isu-isu rakyat seperti isu kenaikan kos sara hidup yang mendadak dan ketidakstabilan ekonomi serta masalah jenayah yang meruncing.
"Kepada seluruh penyokong PAS saya menyeru agar kita terus mempertahankan dasar perjuangan PAS yang suci dan mulia serta memanjatkan doa bermunajat kepada Allah agar keadilan dapat ditegakkan di bumi Malaysia," kata Abdul Hadi, juga ahli parlimen Marang.
Abdul Hadi, yang mengalami masalah kesihatan, tidak hadir. Beliau baru-baru ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara.
Kenyataan ini dipercayai mengulas ura-ura rundingan parti itu dengan Umno dan dakwaan keretakan dalam Pakatan - termasuk ulasannya dalam satu wawancara minggu lepas - seperti dilaporkan media.
-malaysiakini
Isu liwat halang Anwar kuasai k'jaan
Pemuda PAS menyifatkan siasatan dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai percubaan untuk menghalang penasihat PKR daripada mengambil alih kerajaan persekutuan, kata ketuanya Salahuddin Ayub.
"Dewan Pemuda PAS melihat bahawa kerajaan BN sengaja memanipulasikan isu liwat ini untuk menyekat Anwar daripada meneruskan usahanya mengambil alih kerajaan daripada BN," katanya hari ini.
"BN kini benar-benar tergugat kerana Anwar telah mengumumkan beberapa lagi wakil rakyat BN akan melompat dan beliau sendiri akan bertanding dalam pilihanraya dalam masa terdekat ini."
Selain menuduh polis telah diperalatkan untuk berbuat demikian sewaktu menangkapnya "secara keras" dan "di luar batas kemanusiaan", ahli parlimen Kubang Kerian juga berkata siasatan itu satu helah BN menghalang Anwar bertanding dalam satu pilihanraya kecil.
"BN hanya mencari helah supaya Anwar tidak dapat bertanding dan menggunakan isu liwat ini untuk menahan Anwar, sekali gus menyekat gerakan pembaharuan politiknya. Ini adalah satu pendekatan yang kotor dan tidak bermaruah, bahkan sama sekali menyalahi semangat demokrasi," katanya dalam satu kenyataan.
-malaysiakini
Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta?
Mungkin ramai yang ingin mengenali siapa susuk watak Saiful Bukhari Azlan yang telah 'menggegarkan' negara dan antarabangsa tentang aduan dan dakwaan liwatnya oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun kes ini belum pun diputuskan kesahihannya malah masih dalam siasatan mengikut lunas undang-undang, namun segala tindakan individu selama ini masih menimbulkan tanda-tanya yang sehingga kini belum lagi muncul daripada 'tempat persembunyiannya' walaupun setelah membuat aduan dan laporan polis di pondok polis Hospital Kuala Lumpur pada 28 Jun lalu.
Satu laporan menyiarkan Saiful disifatkan sebagai seorang yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.
Bekas pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya tahun lalu, dalam pilihanraya umum Mac, mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.
"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.
Dalam pada itu perkara yang agak menghairankan banyak pihak ialah kemampuan Saiful menyewa Unit 1151 of Kondominium Desa Damansara di Kuala Lumpur jika dilihat dari sudut latar belakang pekerjaannya.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan sebuah unit kondo mewah itu berharga sekitar RM 2.2 juta manakala sewa bulanannya adalah diantara RM7,500 sehingga RM15,000 yang mana terdapat kemudahan seperti sauna, kolam renang, gelanggang squash dan tennis serta 'fitness centre'.
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang dipetik sebagai berkata mengakui gambar yang tersiar diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari lalu bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran.
"Dia (pembantu Anwar) seorang pemimpin di kalangan pelajar. Dia pun ambil gambar dengan pemimpin lain. Soalnya bukanlah peranan sesiapa tetapi sama ada perkara itu berlaku atau tidak. Saya bukan orang di sebalik perkara ini. Itu terserah pada polis untuk tentukan," katanya.
Najib berkata pembantu Anwar itu merupakan bekas pemimpin pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala pegawainya di dalam gambar itu bertanggungjawab antara lain, bagi perkara berkaitan dengan pendidikan tinggi.
"Adalah menjadi lumrah tetamu, terutamanya para pelajar yang datang ke pejabat TPM (Timbalan Perdana Menteri), untuk mengambil gambar dengan pegawai-pegawai sebagai kenangan lawatan mereka," katanya. _
Mesej Kepada Ahli UMNO & Penyokong BN
Assalamu'alaikum kepada para REFORMIST dan warga PerisikRakyat....
Tidak cukupkah peristiwa 1998 dan perbicaraan DSAI yg didakwa atas kes liwat telah membuktikan bahawa beliau ternyata dianiaya. Dakwaan tersebut terbukti fitnah untuk membunuh karier politiknya dan menjahamkan keperibadian beliau di mata masyarakat.
DSAI dijatuhi hukuman penjara 6 tahun BUKAN atas kesalahan meliwat tetapi atas kesalahan rasuah (menyalahgunakan kuasa).
Pada zaman pemerintahan TDM dulu, hanya DSAI shj yg berani menyuarakan bangkangan terhadap TDM samada dlm mesyuarat kabinet mahupun dalam mesyuarat majlis tertinggi ameno (sesiapa di sini yg mempunyai akses, sila semak rekod ameno be end).
Pada pandangan saya, kes liwat terbaru ini yg didakwa melibatkan si SiFool Sodom (pembantu peribadi DSAI di ibupejabat PKR) juga semata-mata suatu tindakan kotor politik ameno be end untuk menghentikan perancangan dan perlaksanaan rencana Pakatan Rakyat dengan melencongkan tumpuan umum daripada terus memberi perhatian dan sokongan kepada gagasan Pakatan Rakyat yg diterajui DSAI.
Cuba kita perhatikan sejenak beberapa isu lain seperti:- PAS dikatakan bersetuju bergabung dgn ameno untuk kepentingan dan perpaduan melayu, TKM 1 PP dikatakan meletakkan jwtan krn tidak dpt bekerjasam dgn KM PP - Saudara Lim Guan Eng, memperlekehkan MB Perak dari PAS yg dituduh ada perjanjian sulit dgn DAP hanya untuk mendapatkan kerusi MB tersebut....
Berbalik kepada isu tuduhan liwat yg dikenakan ke atas DSAI ini, saya ingin bertanya kepada ahli0ahli ameno, penyokong-penyokong be end di sini. Tidakkah kalian tidak dapat melihat dan menilai susur galur perjalanan perbicaraan kes yg terdahulu? Tidakkah ada sekelumit rasa kasihan atau simpati ke atas seorang TPM yg diperlakukan sebegitu rupa? Tidak pernahkah terfikir difikiran waras saudara/saudari/tuan/puan/
Ini bukan hanya perjuangan untuk batang tubuh DSAI semata-mata tetapi natijahnya amat bahaya kepada negara Malaysia tercinta ini jika kita berterusan menerima FITNAH sebegini sebagai kaedah untuk menjatuhkan atau menjahanmkan hidup seseorang. Tatacara penangkapan DSAI pd tengahari smlm shj sudah menunjukkan betapa PDRM memungkiri pernyataannya sendiri dan DSAI. Kejadian di Parlimen juga menjelaskan lg betapa MP ameno be end menjerit melolong mahukan DNA TEST segera dijalankan ke atas DSAI. Mereka berdegar-degar bercakap ttg sikap berkecuali dan professional yg tinggi PDRM dalam melaksanakan siasatan. Ya! Professionalisme PDRM hanya untuk ameno be end shj! Bukan untuk bersama-sama menjaga keselmatan dan keharmonian rakyat!
Kes rogol menjadi-menjadi! Kanak-kanak hilang tidak selesai lagi makin bertambah! Kes rompakan semakin kerap berlaku terutamanya beberapa minggu selepas kenaikan harga minyak! Penyeludupan diesel dan khazanah negara terus berlaku tanpa ada rasa ragu!
Perhatikan dengan mata hati dan minda terbuka.... isu kenaikan minyak ini ialah isu berangkai.... Mungkin ahli-ahli amneo be end dan penyokong-penyokongnya terlalu kaya raya atau mempunyai stok simpanan minyak yg banyak atau mendapat bekalan makanan percuma sehingga tidak merasakan keperitan rakyat terbanyak. Oleh itu, PDRM wajib memainkan peranan lebih efisien meredakan tekanan rakyat dengan memantau, menangkap seterusnya mendakwa penjenayah-penjenayah sebenar bukannya menjadi pak turut kepada ameno be end mengadakan sekatan-sekatan jalanraya mencari dan menangkap penyokong-penyokong Pakatan Rakyat!
Saya ada soalan kepada ahli-ahli ameno dan penyokong-penyokong be end yg bekerja dengan jabatan-jabatan kerajaan terutamanya PDRM, TENTERA, KASTAM, IMEGRESEN, BPR di sini:- Menurut pengalaman dan pengetahuan saya, seseorang kakitangan atau anggota kerajaan tidak kira apa jawatan yg disandangnya itu, hendaklah digantung perkhidmatannya dan tugas-tugas rasminya buat sementara waktu (atau mengambil cuti rehat) pada jangka masa tertentu sekiranya seseorang kakitangan atau anggota tersebut berada dalam siasatan melibatkan masalah displin atau siasatan yg melibatkan perundangan. Ini adalah perlu agar seseorang itu diyakini tidak mengganggu perjalanan / proses siasatan itu berlangsung serta diyakini dapat memberikan kerjasama kepada pegawai penyiasat berkenaan. Jika benar, mengapa Najib, Musa Hassan dan Gani Patail masih bebas ke sana ke mari menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai penyandang jawatan sekarang? Adakah mereka ini ada keistimewaan dan kekebalan tersendiri di segi undang-undang Malaysia?
Amaran Kepada Anwar?: Lif Dinaiki DSWA & Anak Meletup, Berasap & Hampir Terjatuh
Pejabat Anwar Ibrahim mengarahkan keselamatan rapi 24 jam menjaga keselamatan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seisi keluarga selepas terjadinya insiden menakutkan sedang mereka melawat Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.
Lif yang dinaiki Dr Wan Azizah berserta dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman tiba-tiba meletup, menyebabkan salah satu dari tali kabelnya terputus. Lif itu kemudiannya menjadi senget sebelum ia ditenggelami asap.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika Dr Wan Azizah dan dua anaknya itu mahu menghantar persalinan dan kegunaan mandi kepada Anwar Ibrahim yang ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur.
Anwar Ibrahim ditahan sekembalinya beliau dari Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.
Bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir satu jam untuk membuka dan menyelamatkan keluarga Anwar Ibrahim.
Peguam Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media di luar IPK berkata kejadian itu "mungkin disebabkan penyelenggaraan lif yang tidak baik".
Polis meminta maaf diatas kejadian tersebut, dan membenarkan Dr Wan Azizah membawa naik semua anaknya menemui Anwar Ibrahim. Sebelum itu, polis hanya membenarkan Dr Wan Azizah ditemani dua anaknya.
Anwar enggan beri DNA bimbang dimanipulasi pihak berkuasa, kata peguam
KUALA LUMPUR 17 Julai — Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur mengambil sampel DNA beliau kerana khuatir ia akan dimanipulasi oleh pihak berkuasa, kata peguamnya, Sankara N.Nair.
Katanya, mereka bimbang DNA akan dimanipulasi kerana pasukan penyiasat dalam kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998 juga terlibat dalam siasatan kali ini. “Lagipun DNA (Anwar) telah diambil masa kes dahulu (1998), kenapa perlu ambil lagi,” kata Nair.
Anwar, yang ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya di Bukit Segambut di sini pada 1 tengah hari semalam, dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini.
Semalam, Anwar menolak permohonan polis untuk mendapatkan sampel DNA secara sukarela. Polis juga gagal mendapatkan kebenaran beliau untuk mengadakan pemeriksaan perubatan penuh terhadapnya semasa berada di HKL.
Bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis pada 28 Jun lepas mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar pada 26 Jun lepas.
Anwar telah memfailkan saman dengan mendakwa Mohd. Saiful membuat laporan palsu. - Bernama
Siasatlah DSAI dengan penuh adil, telus dan penuh profesional
Saya kira ramai yang menjangkakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditangkap semalam, ekoran laporan polis yang dibuat oleh bekas pembantunya Saiful yang mendakwa diliwat oleh Penasihat PKR itu. Sebelum ini ada yang menjangkakan DSAI akan ditahan sebelum debat beliau dan Shabeery di DBP, ada yang menjangka sebaik selesai debat, apa pun kini beliau telah pun ditangkap lantas menamatkan pelbagai spekulasi dan bacaan ahli-ahli nujum politik profesional dan amatur.Saya dan saya yakin ramai yang lain bersimpati di atas nasib yang menimpa DSAI dan keluarga. Penangkapan ini megembalikan ingatan kita kepada peristiwa malang tahun 1998 dahulu.
Justeru itu kita menggesa pihak polis dan kerajaan agar memastikan segala profesionalisma dan ketelusan digunakan kali ini bagi menjamin yang kerajaan ini benar-benar telus dan tidak sewaenang-wenang menzalimi orang yang tidak bersalah. Kita tidak mahu episod hitam yang berlaku diera Tun Dr M berulang lagi.
Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, DSAI semalam enggan melalui pemeriksaan penuh di hospital termasuklah mengambil DNA nya. Kita boleh memahami alasan DSAI setelah melalui pengalaman ngeri dan pahit pada tahun 1998 lampau. Oleh itu saya merasakan tidak keterlaluan kali ini jika perlu benar pemeriksaan penuh dilakukan dan sampel DNA beliau diambil demi membantu proses penyiasatan, pihak polis dan kerajaan hendaklah membenarkan pihak ketiga yang bebas jika perlu dari luar Malaysia untuk melakukannya.
Bukan kita meragui atau tidak mempercayai pakar tempatan, tetapi demi keadilan dengan mengambil kira pengalaman yang lepas, saya percaya inilah jalan penyelesaian sebaik-baiknya.
Kalau kerajaan BN ini benar tidak mahu mengulangi kesilapan era Tun Dr M, dan tidak mahu dituduh zalim dan berkonspirasi terhadap DSAI, bertindaklah sewajarnya. Jika tidak selama-lamanya mereka akan dikritik oleh rakyat dan dunia luar.
ciplak dari : Roslan SMS corner
Anwar freed on police bail
BREAKING NEWS! updated 12.02pm
PKR de facto leader Anwar Ibrahim, who was arrested yesterday, was freed on police bail at 9.45am.
|
|
AJK MCA keluar, ura-ura sertai PKR
Ahli jawatankuasa pusat MCA Dr Tan Yee Kew meninggalkan MCA dan bakal mencetuskan kegemparan baru apabila bekas setiuasaha parlimen ini diura-urakan akan menyertai PKR.
Dalam sidang media mengumumkan keputusannya keluar parti hari ini, Dr Tan berkata "PKR satu pilihan yang baik" apabila diminta mengulas ura-ura itu.
Bagaimanapun beliau akan mengumumkan parti baru yang bakal disertainya tidak lama lagi.
Dr Tan, bekas timbalan ketua Wanita MCA, diura-urakan akan dilantik pengerusi Majlis Perbandaran Klang.
-malaysiakini
Petra diseret ke mahkamah
Penulis blog terkenal Raja Petra Kamarudin ditahan dan dibawa ke Mahkamah Jalan Duta untuk didakwa berhubung akuan berkanunnya yang mengaitkan isteri timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Beliau dijangka didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan berhubung akuannya 18 Jun lalu yang mengaitkan Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia itu.
Raja Petra dan peguamnya tiba di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada jam 10 pagi.
Isterinya Marina Lee Abdullah bimbang Raja Petra sekali lagi enggan diikat jamin dan berada tahanan seperti sebelum ini.
"Ini adalah kesalahan yang boleh diikat jamin. Saya harap dia tidak akan mengejutkan saya lagi dan enggan diikat jamin," katanya.
Dua bulan lalu, apabila Raja Petra didakwa dengan tuduhan hasutan kerana menyiarkan artikel bertajuk 'Let's send the Altantuya murderres to hell' dalam lamanwebnya Malaysia Today, dia enggan diikat jamin.
Dia bagaimanapun bersetuju diikat jamin tiga hari kemudiannya setelah bermalam di Penjara Sungai Buloh.