"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 08, 2008

Blogger stands by posting, apologises for "stupid mistake"

Bakaq released! Abu Bakar Mohd Rashid, 50, who runs the blog Penarik Beca, has been released by the police. He walked out of the CCID hq in KL about 5.30pm, nearly 40 hours after he had been picked up from his home on Wednesday night.

The blogger said he was being investigated him under Section 4 (1) of the Sedition Act, which deals with the act of republishing materials which are seditious in nature.

The material in question is the police crest that accompanies his posting Kenapa Tak Saman Raja Petra? (which I am not going to reproduce here for obvious reasons).

Bakaq told me he will stand by the contents of his posting. "I defended my posting during the police interrogation and I will defend it again and again".

But of the crest, Bakaq expressed regret.
"I would like to say that I regret putting the crest there. It was wrong, a stupid mistake. I would like to tender my sincere apology to the whole police force.

"I defended and still defend what I wrote but since the first moment they hauled me in, I've said without any reservation that I regretted having copied-and-pasted the image."

The police crest has a tiger at the centre; in the crest that Bakaq republished in his blog, the tiger is replaced by the image of a dog. The word "Allah" (in Arabic) on the top right hand corner of the crest has been replaced by "$" and the word "Muhammed" (also in Arabic) by "C4".

Bakaq said he intends to bring down the image (but not the posting) from his blog, "but I don't have my computer". The cops took away his desktop, sound box, etc when they picked him up.

p.s. The National Alliance of Bloggers and the Centre of Policy Initiatives issued a joint press statement this afternoon calling for the release of the blogger. That press statement has now been overtaken by events, but my gratitude to Dr Lim Teck Ghee and my bro Desi for the initiative. Click here to read the press release.

I would also like to thank Bakaq. His unreserved regret about republishing the defaced crest has compelled me to review my earlier stand on how we should/should not treat the crest.

-rocky's bru

Tiada lagi penahanan dan bicara sewenangan

Oleh Anwar Ibrahim
Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang sewenangnya. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Keselamatan doktor tersebut ternyata menjadi kebimbangan kami. Saksi utama kes berprofil tinggi di Malaysia sering hilang pada masa lalu seperti PI Balasubramaniam. Saya memuji individu-individu berani yang mempamirkan komitmen mereka kepada kebebasan dan keadilan dengan melangkah ke hadapan membawa bukti penting. Saya mahu pihak berkuasa memastikan keselamatan mereka.

Semalam di mahkamah, kita sedar kejelikan kes yang dibawa oleh pihak pendakwaraya ternyata mempunyai persamaan dengan kegagalan perbicaraan 1998, pendakwaan sudah pun bertukar dari aksi yang memaksa kepada aksi sukarela. Ini semua terjadi kerana konspirasi yang dicipta pada minggu terakhir bulan Jun sudah mulai retak dan berkecai. Ada usaha yang terburu-buru dari pihak polis untuk menutup sebarang kelemahan pengakuan petuduh. Usaha mereka pastinya gagal kerana bukti yang ada sangat jelas menunjukkan sebaliknya serta adanya rakyat Malaysia yang berani ke hadapan untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah.

Perdana Menteri telah secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan kareer politik beliau. Penglibatan beliau dalam kes ini pasti mengakibatkan krisis tenat di dalam pentadbirannya. Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi Perdana Menteri Abdullah Badawi sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah berkenaan penglibatan beliau di dalam korupsi dan politik wang.

Bayangan korupsi dan salah urus ekonomi menjadi legasi pentadbiran beliau. Perdana Menteri Abdullah masih gagal memberikan sebarang penjelasan yang meyakinkan berkenaan keuntungan besar yang diraih oleh keluarga beliau hasil dari penglibatan keluarga beliau dalam skandal Minyak untuk Makanan yang melibatkan rakyat Iraq yang terdesak dan di ambang kematian.

Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang.

Agenda Reform Pakatan Rakyat kembali ke landasan yang tepat dan Harapan Baru untuk Malaysia sudah semakin dekat. Kami akan memastikan kempen yang bersepadu untuk memenangi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti besar meliputi penduduk yang pelbagai latar dan etnik dari kawasan tersebut. Saya berhasrat untuk memasuki Parlimen pada 27hb Ogos 2008 dengan sokongan rakan-rakan saya di dalam pakatan sebagai pemimpin mereka yang baru.

ANWAR IBRAHIM

Police probing authenticity of doctor's SD

Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin KUALA LUMPUR, (Aug 8 , 2008) : Police are probing the authenticity of a Statutory Declaration (SD) purportedly made by Hospital Pusrawi medical officer Dr Mohamed Osman Abdul Hamid on Aug 1.

"There are certain contradictions and errors in the SD that police are concerned about," said

Criminal Investigations Department director Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin in a media statement released today.

He said police have commenced investigations into the matter, including verifying the authenticity of the SD.

A copy of the SD said to have been made by the doctor was published in the Malaysia-today newsportal yesterday under the heading What the IGP and AG do not know...Yet!

Bakri said police strongly belived that the article is intended solely to skew public perceptions and undermine the police.

He added that police are not at liberty to disclose further information as the doctor is a witness in the upcoming trial of Parti Keadilan Rakyat defacto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The SD which was posted together with what is claimed to be a report made on June 30 about the medical examination of Anwar's accuser Mohamad Saiful Bukhari Azlan conducted on June 28.

In posting the article, Malaysia-Today news portal editor Raja Petra Kamaruddin claimed that in charging Anwar, "what they (the government) do not know yet is that we have a few surprises in store for them. One of them is the documents below."

"The documents, including the SD, prove that there is no case against Anwar and the police are trying to build a case around fabricated evidence.

Anwar had yesterday claimed trial in the Sessions Court to a charge of sodomising his former aide Mohamad Saiful in June.

He is alleged to have sodomised Saiful, 23, between 3.01pm and 4.30pm on June 26, at Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium at Jalan Setiakasih, Bukit Damansara here.

The offence of carnal intercourse against the order of nature under section 377B of the Penal Code carries a penalty of up to 20 years imprisionment and whipping upon conviction.

When pleading not guilty before Sessions Court judge S M Komathy Suppiah, Anwar had declared the charge to be malicious and treacherous defamation.

-TMB

Musa: Kepala anjing di logo PDRM

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan meletakkan gambar anjing pada logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman blog 'Penarik Beca' adalah satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis.

Polis telah menahan penulis blog tersebut, Abu Bakar Mohd Rashid, 50, Selasa lalu.

Bercakap kepada pemberita di ibunegara hari ini, Musa berkata polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Penulis blog "Penarik Beca" itu ditahan di rumahnya pada pukul 10 malam Selasa lepas di Taman Koperasi Polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, demikian menurut laporan Bernama.

Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur.

Difahamkan, Abu Bakar yang ditahan reman semalam, akan dibebaskan petang ini.

Musa juga ditanya mengenai dua dakwaan kes penyelewengan dalam PDRM yang kini disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Musa berkata ia adalah satu proses biasa bagi mencari kebenaran.

Beliau berkata kadang-kadang aduan yang dilakukan itu berbentuk tohmahan.

Bagaimanapun, katanya, sebagai sebuah organisasi yang berperanan sebagai penguatkuasa undang-undang dan menjaga keamanan, setiap aduan itu perlu disiasat bagi mencari kebenarannya.

"Biasalah, ada yang tak suka polis ni buat tohmahan macam-macam, ada tohmahan yang betul dan ada yang tak betul. Kalau betul akan dibawa ke mahkamah," katanya.

-malaysiakini

Blogger Penarik Beca Sedang Diuji, Semoga Terus Tabah

" Penarik Beca atau nama sebenarnya Abu Bakar Mohd Rashid sedang ditahan polis di bawah Akta Hasutan. Saya agak terkejut apabila diberitahu penahanannya ini pagi tadi apabila tiba di pejabat DPP Pusat. Saya telah membaca maklumat ringkas yang dimasukkan di dalam laman tranungkite mengenai berita penahanan ini.

Inilah besarnya pengorbanan bloggers dalam negara kita ketika suasana politik semakin berkecamuk. Dua hari yang lalu, ketika berceramah di Kluang bersama sdr Mazlan Aliman, saya menyebut bahawa politik Malaysia kini ibarat politik Yo-Yo kerana ia boleh berada di atas dan di bawah pada bila-bila masa.

Berbalik kepada kes penahanan sdr Penarik Beca ini, saya menerimanya dengan perasaan hati yang terbuka walaupun saya membantah penahanan tersebut. Inilah yang saya katakan tadi pengorbanan yang dilakukan oleh para bloggers yang terus berani untuk menegur kepincangan yang dilihat perlu didedahkan kepada umum.

Walaupun pendedahan ini sudah dapat dirasai kepedasan dan kepanasannya tetapi para bloggers mengambil risiko demi keadilan dan kebenaran. Sebelum ini Raja Petra dan Cucu Mat Kilau telah menerima nasib yang sama, hari ini pula Penarik Beca dan mungkin juga esok saya dan para bloggers lain pula akan menerima gilirannya.

Saya yakin bahawa berita penahanan sdr Abu Bakar ini akan menyemarakkan lagi para bloggers untuk terus berjuang dan ia juga merangsang bloggers baru untuk muncul dalam persada politik Malaysia.

Apapun, sebagai umat Islam, kita yakin dan percaya seperti mana yang Allah telah rakamkan di dalam Al-Quran betapa umatnya akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian;

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap akan menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga nyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang di kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan sehingga Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” - Surah Muhamad : 31

Semoga Penarik Beca terus tabah, sabar dan cekal menghadapi ujian ini. Yakinlah bahawa Allah bersama dengan mereka yang benar.

Teruskan perjuangan!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Blogger minda-kembara.com

-minda kembara

Selepas Anwar, Giliran Blogger Ditahan Polis!

Salam kembali…

Telah saya katakan semalam, di saat perang saraf semakin memuncak menjelang Pilihan Raya Kecil Parlimen P044 Permatang Pauh, kita akan dapat melihat ujudnya tindakan lebih agresif daripada satu puak, yang kelihatan seakan-akan cuak dengan perkembangan yang berlaku.

Senja tadi, saya kaget seketika tatkala terbaca berita tentang penahanan penulis blog oleh pihak polis di [ sini ]. Abu Bakar A. Rashid, atau nama timangannya ‘Bakar Hak’, pemilik blog penarikbeca.blogspot.com, di tahan oleh 4 orang anggota polis di kediamannya, beserta telefon bimbit dan laptop miliknya. Hanifah Maidin, peguam yang mewakili Bakar telah menghubungi polis dan mendapat pengesahan bahawa Bakar ditahan di bawah Akta Hasutan. Nampak gayanya blog penarik beca diberi cuti untuk seketika, atau mungkin akan dibubarkan terus.

Hmm…nampaknya rakyat bakal dinafikan satu lagi hak untuk bersuara. Ruangan blog yang semenjak kebelakangan ini menjadi platform rakyat untuk menyuarakan pandangan dilihat sebagai satu ancaman kepada kerajaan Barisan Nasional. Wajar juga rasanya kalau mereka rasa tergugat. Di blog ada macam-macam hal. Video ucapan, gambar-gambar skandal, dan kadangkala bahan-bahan bukti yang didakwa dibocorkan terpampang di laman utama blog-blog. Apatah lagi blog menyediakan perkongsian maklumat yang lebih pantas dan meluas ke serata pelosok negara, bahkan ke medan antarabangsa. Berita baik atau buruk hanya dapat dicungkil melalui hanya sebatang jari. Maka wajar mereka gusar…dan kegusaran itu pasti disebabkan tersebarnya kisah-kisah yang tidak enak didengar di blog-blog.

Kebebasan media di Malaysia belum sampai ke tahap yang seimbang. Contohnya rangkaian berita tv masih lagi kelihatan berat sebelah. Kalau pun pemimpin pembangkang yang kadangkala ke udara hanyalah segelintir, seperti Tuan Guru Dato’ Nik Aziz. Rakaman kenyataan beliau pun kadangkala tak sepenuhnya, hanya bibir bergerak dan dialihsuara dengan ulasan penyampai berita. Radio tak payah cakaplah…langsung tiada. Jika kebebasan melalui penulisan blog juga turut disekat, maka apakah medium bebas yang tinggal buat rakyat bersuara? Adakah rakyat mahu berceramah? Adakah rakyat dibenarkan untuk melontarkan suara di tengah-tengah hiruk pikuk kota atau di ceruk-ceruk jalanan?

Menahan blogger daripada bersuara sebenarnya hanya merugikan Barisan Nasional. Sebabnya, rakyat akan melihat penahanan ini sebagai suatu tindakan yang terdesak untuk mengalih perhatian dan menyekat kebebasan bersuara. Di kala negara sedang fokus pada perlawanan di utara Semenanjung, maklumat-maklumat terkini sangat penting. Lantas peristiwa di atas diragukan objektifnya, lantas tidak menghairankan jika rakyat memandang serong dan menuding jari ke arah Barisan Nasional.

Soalnya, wajarkah rakyat turut dipersalahkan? Rakyat tidak akan menelan bulat-bulat segala isu yang timbul, sebaliknya mereka mengkaji dan berundur kembali ke sejarah lepas. Mereka membuat ramalan dan perbandingan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman, melalui apa-apa sumber sekalipun. Rakyat kini berpelajaran dan sudah celik sebundar-bundarnya. Dari itu pimpinan Barisan Nasional juga harus buka mata dan merenung perkara ini dengan sedalam-dalamnya, dan berpatah balik sebelum hari mulai gelap…

-whereha.wordpress.com

Bekas KP Imigresen dijadual didakwa hari ini rasuah sakit dada

WAHID Md. Dom ketika ditemui wartawan di luar Mahkamah Majistret Kajang pada 14 Julai lalu.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md. Don yang sepatutnya dihadapkan di mahkamah pagi ini bagi menghadapi tuduhan rasmi berhubung rasuah urusan pengeluaran visa kemasukan pekerja asing dimasukkan ke hospital kerana sakit dada.

Beliau sepatutnya hadir di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menerima suapan.

Pegawai kanan imigresen itu merupakan antara lebih 10 orang yang telah ditahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pertengahan bulan lalu berhubung isu tersebut.

Mereka yang berumur antara 35 dan 64 tahun ditahan di sekitar Lembah Klang.

-mSTAR Online

Anwar mahu bermu'aruf dengan Umno

PETALING JAYA: Hampir 12 jam selepas didakwa atas tuduhan meliwat, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah bermusuh atau membenci Umno.

Sebaliknya, kata bekas Timbalan Presiden Umno itu, beliau akan sentiasa mahu mendekati Umno dengan mengajak para pemimpinnya berma'aruf untuk permuafakatan bangsa Melayu.

Kata beliau, dalam apa keadaan sekalipun kepentingan bangsa Melayu tidak akan diketepikan termasuk dalam apa jua bidang.

"Saya tidak akan berganjak untuk membela kepentingan orang Melayu tetapi dalam masa yang sama tidak akan mengetepikan nasib kaum lain," katanya pada ceramah perdana PKR bertajuk "Pembongkaran Konspirasi: Menjawab Tuduhan" di Taman Medan di sini malam tadi.

Anwar berkata, beliau turut akan menumpukan sepenuh perhatian kepada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini dengan mengetengahkan isu ekonomi.

Katanya Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali telah ditugaskan untuk mengetuai jentera pilihan raya PKR di Permatang Pauh.

Selain Anwar, beberapa peminpin PKR termasuk Azmin dan ahli dewan undangan negeri Taman Medan Haniza Talha turut berucap pada majlis itu yang dihadiri hampir 5,000 orang itu.

Semalam Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun

Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim S.M. Komathi Suppiah membenarkan Anwar, yang akan menyambut hari jadinya ke-61 Ahad ini, dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama.

Anwar, penasihat Parti Keadilan Rakyat yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini, didakwa melakukan perbuatan itu antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas di Unit 1151 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini.

  • Anwar bebas bon peribadi, sebab Saiful tidak didakwa
  • Kronologi detik Anwar muncul di mahkamah

  • -mSTAR Online

    Apabila menantu Nik Aziz Disiasat BPR?

    MENURUT prinsip undang-undang seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi mahkamah tidak memutuskan ianya bersalah. Bagaimana pun dari segi moral apabila seseorang itu ditangkap dan disiasat ia memberi persepsi yang kurang baik.

    Dengan mengira tidak ada sebab polis menyiasat kita atau pegawai BPR mengerumuni rumah kita sekiranya tidak ada sesuatu yang boleh membawa mereka ke situ. Selalunya adalah masalahnya kalau tempua bersarang rendah!

    Biasanya baik polis, BPR dan pegawai keselamatan lain akan bertindak, menyiasat, memantau dan menangkap apabila ada laporan dibuat. Itulah prinsip dan amalan dilakukan oleh badan penguasat kuasa (enforce) di negara-negara di seluruh dunia.

    Apabila BPR dilaporkan memasuki ke pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ia memberi berbagai tafsiran. Mesti ada sesuatu yang tidak kena berlaku sehingga pegawai BPR bergegas ke sana. Jangan fikir ia sebagai satu strategi untuk memburukkan MB atau kerajaan, tetapi pegawai BPR berkenaan pastinya bertindak berpandukan asas-asas logik baginya.

    Menurut laporan akhbar semalam BPR sudah mula menjenguk ke pejabat PMBK yang terletak di bangunan bersebelahan dengan kompleks Kota Darulnaim itu. Beberapa dokumen juga telah diambil. Kedatangan BPR itu ialah ekoran tersebarnya surat layang yang mencerca perbadanan yang dipengerusi oleh Tok Guru Nik Aziz itu. Orang yang menjadi sasaran dalam hal ini ialah menantu MB Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas itu, bernama Ariff Fahmi Abdul Rahman.

    Sebenarnya kedatangan pegawai BPR ke pejabat-pejabat kerajaan seperti itu perkara biasa. Tetapi seperti juga dihuraikan tadi pemergian itu akan ditafsirkan dengan berbagai makna dan pengertian prejudis. Kedatangan ke pejabat PMBK itu bukan perkara baru, sebelum ini BPR juga pernah singgah di pejabat salah seorang Exco kanan dan mengambil beberapa fail dan dibawa ke pejabat BPR di Wisama Persekutuan Jalan Bayam.

    Sekarang natijah daripada surat layang berkenaan dan kedatangan pegawai BPR ke pejabat PMBK itu umum sudah tahu yang seorang menantu MB Kelantan bekerja di situ. Tidak ada masalah kalau menantu MB bekerja di situ. Menantu Perdana Menteri bernama Khairy Jamaluddin juga bekerja di pejabat di bawah bidang kuasa Abdullah Badawi. Jadi kalau dicongkak dan dikalidharabkan sama saja.

    Di sini saya tidak mahu mempersoalkan itu. Menantu MB itu berhak berkerja di mana sahaja mengikut kelayakannya. Dan kedudukan bapa mertuanya sebagai MB dan pengerusi syarikat itu sepatutnya tidak menghalangnya.

    Hal sama pernah dikatakan Mahathir Mohamad, “maka sukarlah anak-anak saya untuk cari makan di Malaysia kerana bapanya Perdana Menteri. Ini tidak adil,” begitulah kata Mahathir. Kita faham dan mengerti maksud kata-kata Mahathir itu.

    Bagaimana pun hadith Mahathir itu sepatutnya tidak dituruti atau diambil sebagai justifikasi. Mengambil kira kata-kata Mahathir atau apa yang berlaku di sekitar Abdullah itu untuk menjustifikasikan apa yang menimpa kita samalah seperti apa yang berlaku kepada Pak Pandir yang kematian anak dengan mengatakan anak orang lain juga mati walhal mayat yang ditemui dijalanan itu adalah anaknya sendiri yang tercicir dari keranda!

    Sebenarnya kebimbangan mengenai akan berlaku konflik interest dalaman hal seperti ini sudah lama diwaspadakan. Pernah satu ketika anak beranak Tok Guru itu dikatakan membuat protes dalaman apabila MB itu bersetuju dengan satu cadangan untuk menggantikan Pengarah Eksekutif Syarikat Air Kelantan, Fauzi Abdullah yang ketika itu menghadapi masalah dengan Ariff Fahmi Abdul Rahman menantunya itu.

    Nasib baik kejadian itu disedari anak beranaknya dan mencegah Tok Guru itu agar tidak melantik Ariff Fahmi. Bantahan itu pun katanya disaat-saat akhir di mana ketika Tok Guru sudah melangkah untuk turun rumah menuju ke pejabat dan menghadiri mesyuarat bagi tujuan perlantikan itu.

    Katanya dengan berat hati beliau telah memaklumkan semula kepada orang yang mencadangkan nama Ariff Fahmi itu bahawa Ariff Fahmi tidak boleh dilantik mengganti Fauzi kerana dibimbang timbul masalah dikemudian hari.

    Ekoran penolakan cadangan itu juga menyebabkan Fauzi Abdullah kekal sampai kini menjadi Pengurus Eksekutif Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd.

    Beberapa persoalan timbul di sebalik isu yang boleh dikaji dan seharusnya difahami oleh YAB Menteri besar Kelantan itu. Apakah cadangan perlantikan Airff Fahmi sebagai Ketua Pegawai Operasi PMBK itu adalah atas cadangan orang yang sama mencadangkan agar Ariff Fahmi mengganti Fauzi Abdullah itu dulu?

    Apakah cadangan itu mempunyai motif politik tersendiri yang dibuat secara penuh taktikal untuk memburukan imej dan maruah Nik Aziz sebagai MB Kelantan? Kalau anggapan ini benar maka ia kini telah membuahkan hasil. Apa yang berlaku kini sedikit sebanyak mencalarkan peribadi Nik Aziz sebab PMBK berkenaan adalah di bawah bidang kuasanya sepenuhnya. Calaran itu tidak boleh disapukan dengan mengambil sikap seperti Pak Pandir tadi dengan menuduh menantu PM juga bekerja dengan pejabat Perdana Menteri!

    Dalam pada itu sudah pasti Nik Aziz tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas PMBK itu. Tugasanya yang banyak tidak mungkin beliau dapat memantau perjalanan PMBK berkenaan hanya akan mengambil peduli apa yang penting saja. Dalam hal ini pasti beliau serahkan sepenuhnya kepada penasihatnya.

    Yang memusykilkan kini apakah bahana dan kesan perlantikan Ariff Fahmi di situ tidak terfikir oleh para penasihatnya? Nik Aziz sering mengkhabarkan bahawa penasihatnya seorang yang cerdik dan pandai mencari ‘pitis’ untuk Kelantan. Apakah orang pandai juga boleh silap ke? Ataupun memang perlantikan berkenaan adalah agenda dwi penasihat yang dikatakan sering menggunakan lorong tikus ke Pejabat MB itu!

    Adalah diharap dalam usia yang sudah lanjut dan sering keuzuran Nik Aziz tidak mudah menerima nasihat daripada sesiapa saja tanpa membuat pemeriksaan serapi mungkin terlebih dulu. Seboleh-boleh janganlah menggunakan dua tiga orang penasihat sahaja atau terus menerima khidmat penasihat lama, sebaliknya carilah seberapa ramai yang boleh.

    Yang penting Tok Guru kena ingat kepada pepatah ada sokong yang membawa rebah. Hakikinya kini ada orang yang sudah lama terliur untuk duduk di kerusi yang kerangkanya dibuat dari kayu cengal merah yang terpilih itu!

    -MSO

    Little Men Against The Orwellian Government

    In Brazil, a little man known as Sam Lowry unknowingly in his pursuit of the woman that he saw in his dreams, one Jill Layton, breaks many rules that it seems that challenges the might of the an Orwellian English government and somehow won psychologically and spiritually over the big machine.

    And so does Anwar Ibrahim and and this blogger called Penarik Beca.

    I'll start with Anwar. Anwar has a strong alibi, he has proof including a SD by the Puswari doctor and etc to say that the government is deliberately setting him up. Yes, they are setting him up because the moment he walks into Parliament, it's likely to be a premature game over for Abdullah Badawi and Najib Razak. And now the semen evidence that they are banking on is not likely going to work. And then there's a taped confession by Saiful's associate that is going to be revealed later that shows that Saiful lied all along.

    You could picture how the prosecutors in the AG chambers react in this morning's court session. Their reaction implies that they are being pressured politically by either the F.F.B or Abdullah Badawi himself or the inner circle that he belongs to. Abdullah indeed is lying to the public to say that he's not involved. He is involved. He is ordering them to keep charging Anwar, and to put him away at jail.

    At least Komala, the judge isn't stupid. She asked DSP Jude Pereira whether Anwar had co-operated fully. He nodded, so she gave a personal bond minus surety. Isn't that better? At least someone had co-operated and not run away as many police top brass would believe in Anwar.

    I can be like Roy Batty in Blade Runner - a tragic figure who wants to preserve his memories and wants to move on. I am kind of similar to him, scared of what will happen when things change. I wanted to go along with the change, but not without people helping me through - otherwise I could be lost in the middle. At least, I admit that I'm not like UMNO people who refuses to change for the better good.

    I remembered reading a page from David Eick's book called Tales of the Time Loop which says that if you say things that is you feel is right and not against what government wants, in other words different opinions, you are considered as an extremist. So that's what happened to Penarik Beca today - arrested for Sedition Act. When the real thing comes out, the wrong will use that to gag the truth and people who look for truth. To put fear in people - the kind of people who could stand up against the corrupt machinery, the Orwellian government.

    After some time keeping tabs of the updates of Penarik Beca, I thought of maybe the name Little Taffer carries the same purpose as this two men...little men against Big Brother who calls them low-life..maybe that's what my blogs means for now!
    Image by Kickdefella

    -MELVIN MAH