"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 08, 2008

Blogger Penarik Beca Sedang Diuji, Semoga Terus Tabah

" Penarik Beca atau nama sebenarnya Abu Bakar Mohd Rashid sedang ditahan polis di bawah Akta Hasutan. Saya agak terkejut apabila diberitahu penahanannya ini pagi tadi apabila tiba di pejabat DPP Pusat. Saya telah membaca maklumat ringkas yang dimasukkan di dalam laman tranungkite mengenai berita penahanan ini.

Inilah besarnya pengorbanan bloggers dalam negara kita ketika suasana politik semakin berkecamuk. Dua hari yang lalu, ketika berceramah di Kluang bersama sdr Mazlan Aliman, saya menyebut bahawa politik Malaysia kini ibarat politik Yo-Yo kerana ia boleh berada di atas dan di bawah pada bila-bila masa.

Berbalik kepada kes penahanan sdr Penarik Beca ini, saya menerimanya dengan perasaan hati yang terbuka walaupun saya membantah penahanan tersebut. Inilah yang saya katakan tadi pengorbanan yang dilakukan oleh para bloggers yang terus berani untuk menegur kepincangan yang dilihat perlu didedahkan kepada umum.

Walaupun pendedahan ini sudah dapat dirasai kepedasan dan kepanasannya tetapi para bloggers mengambil risiko demi keadilan dan kebenaran. Sebelum ini Raja Petra dan Cucu Mat Kilau telah menerima nasib yang sama, hari ini pula Penarik Beca dan mungkin juga esok saya dan para bloggers lain pula akan menerima gilirannya.

Saya yakin bahawa berita penahanan sdr Abu Bakar ini akan menyemarakkan lagi para bloggers untuk terus berjuang dan ia juga merangsang bloggers baru untuk muncul dalam persada politik Malaysia.

Apapun, sebagai umat Islam, kita yakin dan percaya seperti mana yang Allah telah rakamkan di dalam Al-Quran betapa umatnya akan diuji dengan pelbagai bentuk ujian;

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap akan menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga nyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang di kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan sehingga Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” - Surah Muhamad : 31

Semoga Penarik Beca terus tabah, sabar dan cekal menghadapi ujian ini. Yakinlah bahawa Allah bersama dengan mereka yang benar.

Teruskan perjuangan!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
Blogger minda-kembara.com

-minda kembara

No comments: