"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 08, 2008

Apabila pemimpin telah tergelincir ...

Suatu ketika dulu , saya pernah menyaksikan suatu peristiwa yang agak lucu.Mungkin tidak patut saya katakan peristiwa itu sebagai lucu.Saya pun tak tahu nak kategorikan bagaimana.Saya katakan lucu, sebab saya terpaksa nak gelak bila mengingatkan semula kejadian tersebut. Macam saya katakan tadi , saya serba salah kerana rasa simpati dan rasa kesihan tu memanglah ada , tapi tergelak tak dapat nak elakan.Macamana tu ya?

Ceritanya begini, dulu-dulu , di pekan Gunung Rapat ni terdapat satu penempatan Pusat Latihan Orang Buta. Disitu mereka dilatih menganyam bakul rotan dan seumpamanya.

Setiap hari Jumaat, ada sekumpulan dari mereka yang pergi untuk sembahyang jumaat di mesjid kampung saya , Sungai Rokam. Mereka berjalan dalam satu barisan . Orang di hadapan , sebagai ketua sahaja yang memegang tongkat putih. Yang lainnya masing-masing memegang hujung baju kawan yang didepan. Gambarannya seperti anak gajah memegang ekor ibunya dengan belalai , lebih kurang macam tu lah!

Memang lucu melihatkan telatah mereka berjalan gitu.Masa itu , jalan raya tidaklah sesibuk dengan kereta seperti sekarang ini. Waktu itu saya baru belasan tahun lagi.Ini cerita 40 tahun dulu!

Mereka sedang dalam perjalanan balik dari mesjid.Berjujut mereka berjalan di sepanjang pinggir jalan raya.Entah macam mana , ketua dihadapan ni leading the way agak laju sikit. Tapi mereka tu nampak girang sesama mereka. Masing-masing saya lihat mendongak kelangit dan menapak demi tapak dengan penuh yakin mengekori ketua yang dihadapan.

Entah macam mana , (nak tergelaklah saya ni!) orang depan tu telah tergelincir masuk ke dalam longkang di tepi jalan ! Saya lihat satu, satu, hingga kelima-lima semuanya masuk kedalam longkang beriringan dengan gelak ketawa mereka. Orang-orang yang melihat pun turut ketawa tahan perut takut pecah!

Nasib baiklah longkang tu tidak dalam dan masing-masing dapat keluar dari longkang itu dengan selamat; mereka duduk ditepi longkang masing-masing gelak tak sudah!

Saya pasti mereka telah hilang kepercayaan terhadap orang yang jadi ketua tadi.Sambil duduk-duduk dengan gelak tak sudah itu, tentunya mereka terpaksa melantik orang lain untuk memegang tongkat putih kerana perjalanan perlu diteruskan lagi.

-ALHUSSEYN

No comments: