"Pandangan Dalam Laman Ini Tidak Semestinya Menunjukkan Sikap WebMaster & Lain-Lain Penulis. Dasar Kami : Menyiarkan semua posting para penulis jemputan tanpa sebarang edit dari segi bahasa dan ejaan (Mungkin ada bahan yang tidak begitu menyenangkan). Berfikirlah dalam menerima sebarang maklumat). ©1422 Hakcipta Tak Terpelihara. Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami. Email: poji2ya@gmail.com

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap Negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan Negeri tersebut yang dijual oleh PETRONAS atau ejensi-ejensi atau kontrektor-kontrektornya".
- Tun Abdul Razak, Dewan Rakyat (12hb. November, 1975)

Friday, August 08, 2008

Polis mulakan siasatan kesahihan akuan bersumpah Dr.Mohamed Osman

KUALA LUMPUR: Polis memulakan siasatan bagi mengesahkan kesahihan akuan bersumpah yang disiarkan dalam portal berita, Malaysia Today semalam yang dikatakan dilakukan oleh pegawai perubatan Pusrawi Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang merawat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Bakri Zinin dalam satu kenyataan hari ini berkata polis sangat bimbang berkenaan beberapa kesilapan atau percanggahan fakta dalam akuan bersumpah itu.

Katanya polis sangat yakin bahawa artikel yang disiarkan dengan tajuk "What The IGP and AG Do Not Know....Yet" itu adalah semata-mata bertujuan untuk memesong pandangan orang ramai dan merendah-rendahkan polis.

Bakri berkata polis pada peringkat ini tidak boleh mendedahkan maklumat lanjut berkenaan perkara itu kerana doktor berkenaan merupakan saksi dalam perbicaraan Anwar bagi kes itu.

Semalam, Anwar dibebaskan dengan bon jaminan peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin setelah beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara pada 26 Jun.

Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii.

-mSTAR Online

TP - tunggu la...lepas ni ade la yang tarik balik akuan bersumpah ni...pas tu trusss hilang...malaysian magic circle@asian triangle.

No comments: